You are on page 1of 66

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS


JUDUL: TAHAP PENGGUNAAN APLIKASI WEB 2.0 DALAM KALANGAN
PELAJAR INSTITUT PENGAJIAN TINGGI AWAM DI MALAYSIA

SESI PENGAJIAN: 2010/2011

Saya NUR FADZILAH BINTI OTHMAN


(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan
Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.


2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja.
3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi
pengajian tinggi.
4. **Sila tandakan (

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
SULIT kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam
AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan


oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

 TIDAK TERHAD
Disahkan oleh

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap:
167, JALAN PERMAI
DR. DAYANG HJH TIAWA
FELDA AIR TAWAR 3, BINTI AWANG HJ HAMID
81920 KOTA TINGGI, JOHOR Nama Penyelia

Tarikh: 28 APRIL 2009 Tarikh: 15 DISEMBER 2010

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.


** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini
perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara
penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau
Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
“Saya akui saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya
ini adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan
penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan (Teknologi Pendidikan)”

Tandatangan: ……………………………………
Nama Penyelia: DR. DAYANG HJH TIAWA BINTI AWANG
HJ HAMID
Tarikh : 15 DISEMBER 2010
KAJIAN TAHAP PENGGUNAAN APLIKASI WEB 2.0 DALAM
KALANGAN PELAJAR INSTITUT PENGAJIAN TINGGI AWAM DI
MALAYSIA

NUR FADZILAH BINTI OTHMAN

Laporan projek ini dikemukakan


sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan ijazah Sarjana Pendidikan (Teknologi Pendidikan)

Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia

Disember, 2010
ii

“ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan: ……………………………………
Nama Penulis: NUR FADZILAH BINTI OTHMAN
Tarikh : 15 DISEMBER 2010
iii

DEDIKASI

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Teristimewa buat keluargaku yang dikasihi dan disayangi sentiasa…


Ayahanda Othman Bin Salimon dan Bonda S Meriam Binti Sis

Istimewa juga buat penyeliaku yang amatku hormati


Dr. Dayang Hjh. Tiawa
“ Terima kasih di atas segala dorongan, semangat dan tunjuk ajar yang telah
diberikan...”

Buat rakan-rakan seperjuangan.


“ Terima kasih di atas segala bantuan yang dihulurkan. Hanya Allah S.W.T. yang
boleh membalas jasa kalian semua...Semoga kalian akan berjaya di dalam semua
bidang yang diceburi kelak...InsyaAllah... ”
iv

PENGHARGAAN

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah dan


kurniaNya, akhirnya dapat saya menyiapkan tesis saya dalam tempoh yang telah
ditetapkan. Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada
penyelia saya iaitu Dr. Dayang Hjh. Tiawa, di atas segala sokongan dan dorongan
yang telah diberikan oleh beliau dalam membantu saya menyiapkan tesis ini.

Setinggi-tinggi penghargaan saya tujukan kepada pelajar Sarjana Pendidikan


(Teknologi Pendidikan) kerana sanggup meluangkan sedikit masa untuk membantu
saya di dalam mendapatkan maklumat dan memberikan kerjasama dalam
menyiapkan tesis saya ini. Selain itu, terima kasih juga diucapkan kepada pensyarah-
pensyarah dan kakitangan di Fakulti Pendidikan yang banyak memberi tunjuk ajar
dan membantu saya dalam menyiapkan tesis ini.

Terima kasih tidak terhingga ditujukan khas kepada keluarga saya yang
tersayang, sahabat-sahabat dan kawan-kawan yang sentiasa mendoakan kejayaan
saya serta tidak jemu memberi semangat dan dorongan dalam menyiapkan tesis ini.
Akhir sekali, sekalung penghargaan diucapkan kepada mereka yang turut terlibat
dalam membantu saya menyiapkan tesis ini sama ada secara langsung atau tidak
langsung. Budi dan jasa kalian amatlah dihargai. Semoga kalian semua sentiasa
memperolehi rahmat dariNya buat selamanya. Wassalam.
v

ABSTRAK

Seiring perkembangan ilmu dan teknologi, media yang sering digunakan


dalam proses pembelajaran ialah media pembelajaran melalui internet. Pembelajaran
melalui internet telah mula mengorak satu langkah baru di mana satu kaedah
pembelajaran melalui kemudahan aplikasi Web 2.0 mula diperkenalkan.Aplikasi
Web 2.0 kini menjadi alat pengajaran yang sering digunakan di peringkat pengajian
tinggi. Tujuan kajian ini dijalankan untuk mengakaji tahap penggunaan aplikasi Web
2.0 dikalangan pelajar Universiti Teknologi Malaysia. Set soal selidik diedarkan
kepada 70 orang pelajar yang mengikuti program Sarjana Pendidikan (Teknologi
Pendidikan) Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Data latar
belakang pelajar seperti jantina dan status pengajian telah dikutip. Selain itu pelajar
juga dikemukankan soalan mengenai tahap penggunaan aplikasi Web 2.0, faktor
penggunaan aplikasi Web 2.0 dan Keberkesanan Penggunaan Aplikasi Web 2.0
Dalam Pembelajaran. Kajian rintis yang dijalankan sebelum kajian sebenar memberi
nilai Alpha Cronbach 0.7494. Dapatan kajian ini menunjukkan purata min bagi
setiap bahagian yang diuji adalah tinggi iaitu melebihi 3.67. Tidak terdapat
perbezaan yang signifikan antara sikap pelajar terhadap blog dengan jantina dan
status pengajian. Secara umumnya, kajian ini menunjukkan pelajar perlu
menggunakan aplikasi Web 2.0 dalam aktiviti pembelajaran supaya menghasilkan
suasana pembelajaran yang lebih efektif dan efisyen.
vi

ABSTRACT

In parallel with the development of science and technology, media are often
used in the learning process is the learning through the Internet. Learning through the
Internet has put into place a new approach in which a method of learning through the
provision of Web 2.0 have being introduced. Web 2.0 application has become a
commonly used teaching tool in higher education. The purpose of this study was to
study the use of Web 2.0 applications among the students of Universiti Teknologi
Malaysia. Sets of questionnaires were distributed to 70 students of Educational
Technology in the Faculty of Education, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.
Student background data such as gender and education status were collected. In
addition, students also have been asked a questions on the use of Web 2.0
applications, the factors and the effectiveness of Web 2.0 applications in
education. A pilot study shared the Cronbach Alpha value of 0.7494. The findings
showed that the mean of each section of the test is high (>3.67). There was no
significant difference between students' attitudes toward the gender and education
status. In general, this study shows that students need to use Web 2.0 applications in
learning activities to generate an effective and efficient learning environment.
vii

ISI KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

JUDUL i
PENGESAHAN PENYELIDIK ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
ISI KANDUNGAN vii-x
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xii
SENARAI SINGKATAN xiii
SENARAI LAMPIRAN xiv

1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 2
1.3 Pernyataan Masalah 5
1.4 Objektif Kajian 6
1.5 Persoalan Kajian 7
1.6 Skop Kajian 7
1.7 Kepentingan Kajian 8
1.8 Batasan Kajian 8
1.9 Definisi Istilah 9
1.91 Penggunaan Web 2.0 9
1.9.2 Web 2.0 9
viii

1.9.3 Pelajar 10
1.9.4 Institut Pengajian Tinggi Awam 10
1.10 Penutup 10

2 SOROTAN KAJIAN 11

2.1 Pengenalan 11
2.2 Teknologi Internet Sebagai Media Pendidikan 11
2.3 Perkembangan Internet Dalam Sistem Pendidikan 14
Malaysia
2.4 E-pembelajaran 16
2.4.1 Kelebihan dan Kesan E-Pembelajaran 17
Terhadap Pelajar
2.4.2 Sikap Pelajar Terhadap E-Pembelajaran dan 19
Faktornya
2.5 Web 2.0 21
2.5.1 Sejarah Web 2.0 22
2.5.2 Definisi Web 2.0 23
2.5.3 Ciri-ciri Web 2.0 24
2.5.4 Aplikasi Web 2.0 26
2.5.4.1 Blog 27
2.5.4.2 Wiki 27
2.5.4.3 Forum Atas Talian (Online Forum) 27
2.5.4.4 Social Bookmarking 28
2.5.4.5 Rangkaian Sosial 28
2.5.4.6 Perkongsian Media 28
2.6 Aplikasi Web 2.0 Dalam Pendidikan 29
2.6.1 Penggunaan Blog Dalam Pendidikan 31
. 2.6.2 Penggunaan Rangkaian Sosial Dalam 32
Pendidikan
2.6.3 Penggunaan Laman Perkongsian Media 32
Dalam Pendidikan
2.6.4 Penggunaan Wiki Dalam Pendidikan 33
ix

2.7 Kajian Lepas Tentang Aplikasi Web 2.0 33


2.8 Penutup 34

3 METODOLOGI KAJIAN 35

3.1 Pengenalan 35
3.2 Reka Bentuk Kajian 35
3.3 Prosedur Kajian 36
3.4 Tempat Kajian 39
3.5 Populasi Dan Persampelan 39
3.6 Instrumen Kajian 40
3.6.1 Soal Selidik 41
3.7 Kajian Rintis 44
3.7.1 Kesahan 45
3.7.2 Kebolehpercayaan 45
3.8 Pengumpulan Dan Analisis Data 47
3.9 Penutup 50

4 ANALISIS DATA 51

4.1 Pengenalan 51
4.2 Latar Belakang Responden 51
4.3 Analisis Data Pengetahuan Tentang Aplikasi Web 53
2.0
4.4 Analisis Data Faktor-faktor Penggunaan Aplikasi 56
Web 2.0
4.5 Analisis Data Keberkesanan Penggunaan Aplikasi 70
Web 2.0 Dalam Pembelajaran
4.6 Perbezaan Keberkesanan Penggunaan Aplikasi Web 74
2.0 Di Antara Jantina
4.7 Perbezaan Keberkesanan Penggunaan Aplikasi Web 76
2.0 Di Antara Status Pengajian
4.8 Penutup 78
x

5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN 79

5.1 Pengenalan 79
5.2 Perbincangan 79
5.2.1 Tahap Penggunaan Aplikasi Web 2.0 80
5.2.2 Faktor-Faktor Penggunaan Aplikasi Web 2.0 82
5.2.3 Keberkesanan Aplikasi Web 2.0 Dalam 84
Pembelajaran
5.3 Perbezaan Keberkesanan Penggunaan Aplikasi Web 84
2.0 Di Antara Jantina
5.4 Perbezaan Keberkesanan Penggunaan Aplikasi Web 85
2.0 Di Antara Status Pengajian
5.5 Rumusan 85
5.6 Implikasi Kajian 86
5.7 Cadangan 87
5.8 Cadangan Kajian Lanjutan 87
5.9 Penutup 88

6 RUJUKAN 89
7 LAMPIRAN 95
xi

SENARAI JADUAL

NO TAJUK HALAMAN
JADUAL
3.1 Taburan populasi dan sampel kajian 40
3.2 Profil Responden 42
3.3 Pilihan Jawapan Bahagian B 42
3.4 Taburan Skala Likert 43
3.5 Pembahagian item soal selidik mengikut bahagian 44
3.6 Pekali Alpha Cronbach 46
3.7 Tahap Analisis Min 48
3.8 Jadual Ringkasan Pengujian Statistik Objektif Kajian 49
4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 52
4.2 Taburan Responden Mengikut Status Pengajian 52
4.3 Data Frekuensi Pengetahuan Tentang Aplikasi Web 2.0 53
4.4 Analisis Data Faktor-faktor Penggunaan Laman Blog 56
4.5 Analisis Data Faktor-faktor Penggunaan Laman 59
Rangkaian Sosial
4.6 Analisis Data Faktor-faktor Penggunaan 62
LamanPerkongsian Media
4.7 Analisis Data Faktor-faktor Penggunaan Laman Wiki 67
4.8 Analisis Data Keberkesanan Aplikasi Web 2.0 Dalam 70
Pembelajaran
4.9 Hasil Ujian-t Keberkesanan Penggunaan Aplikasi Web 74
2.0 dalam Pembelajaran di antara Jantina
4.10 Hasil Ujian-t Keberkesanan Penggunaan Aplikasi Web 76
2.0 dalam Pembelajaran di antara Status Pengajian
xii

SENARAI RAJAH

NO TAJUK HALAMAN
RAJAH
3.1 Carta Alir Prosedur Kajian 38
xiii

SENARAI SINGKATAN

UTM - Universiti Teknologi Malaysia


IPTA - Institut Pengajian Tinggi Awam
IT - Information Technology
ICT - Information and Communication Technology
www - World Wide Web
SPSS - Statistical Package for Sosial Science Version 12.0 for
Windows
xiv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK HALAMAN


A Jadual Persampelan 95
B Statistik Jumlah Pelajar 96
C Pengesahan Pakar 99
D Borang Soal Selidik 100
E Analisis Pekali Alpha Cronbach 105
BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Perkembangan pesat era Sains dan Teknologi dekad ini ternyata memberi
pengaruh yang meluas kepada kehidupan seharian. Apa yang lebih membanggakan ia
turut memberi impak yang meluas di dalam sistem pendidikan Malaysia di dalam usaha
meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Sehubungan dengan itu,
penggunaan teknologi terkini seperti aplikasi Web 2.0 yang semakin meluas
membolehkan pelajar mencari maklumat dan informasi dengan lebih mudah dan
berkesan.

Aplikasi web 2.0 bukanlah merupakan perkara beru dalam dunia internet. Jika
sebelum ini masyarakat hanya menggunakan web untuk mencari maklumat semata-
mata, tetapi dengan kewujudan web 2.0 , komunikasi dapat dijalankan secara dua hala
selain menjadikan komunikasi begitu berkesan, pantas dan mudah. Masyarakat bukan
sahaja dapat melayari web malah dapat mempamerkan, memperluaskan dan berkongsi
kreativiti mereka dengan sesiapa sahaja tanpa batasan masa, ruang dan lokasi.

Aplikasi Web 2.0 merupakan persekitaran yang sempurna bagi para


pendidik. Penggunaan Web 2.0 ini membantu mengubah landskap abad ke-21 dalam
bidang pendidikan. Ia membentuk pendekatan pelajar untuk belajar, pendekatan
pengajar untuk mengajar dan bagaimana pendidik berinteraksi dengan pelajar
2

(Hargadon, 2009). Menurut Khalili dan Shashoani (1994) dan Moore dan Kearsley
(1996) penggunaan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran mampu
meningkatkan hasil pembelajaran.Selain itu, Bower (1998) pula menekankan lagi
bahawa pengajaran berasaskan teknologi adalah lebih alternatif dan perlu terus
ditingkatkan. Penggunaan teknologi dalam bidang pendidikan menyediakan kaedah
dengan memberi penekanan kepada penciptaan dan penerokaan ilmu secara aktif serta
menjadikan pelajar lebih berfikiran kreatif dan inovatif. Tentu saja, ini adalah berita baik
untuk pendekatan pendidikan atas talian kerana menyediakan medium untuk menjadikan
sistem pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan mudah.

1.2 Latar Belakang Masalah

Kebanyakan pengajaran di peringkat tertinggi di Malaysia dijalankan secara


kaedah visual dan auditori di mana pelajar banyak membaca serta menggunakan deria
pendengaran serta perbincangan di dalam kelas (Rosniah Mustaffa, 2007). Teknik
pembelajaran satu hala ini hanya melibatkan komunikasi antara pelajar dan pensyarah di
mana pelajar hanya mendengar pengajaran daripada pensyarah dan seterusnya mencatat
input-input pengajaran. Namun begitu, timbul persoalan adakah sistem pengajaran satu
hala ini dapat memberikan tahap pemahaman yang maksimum kepada pelajar.

Sistem pendidikan pada masa kini sudah banyak mengalami perubahan dari segi
penggunaan teknologi dan bahan-bahan rujukan. Kaedah pembelajaran secara trasional
yang menggunakan buku, kapur dan papan tulis telah mengalami anjakan paradigma
kepada pembelajaran menggunakan komputer (Baharuddin et al., 2000). Perkembangan
teknologi dan peningkatan kepentingan penghantaran maklumat berkomputer telah
membawa kepada e-learning atau e-pembelajaran. Menurut Masher (2005), e-
pembelajaran telah mengubah landskap pembelajaran dari pengajaran di bilik darjah
kepada pembelajaran di depan komputer. Oleh itu, pembelajaran menjadi hal yang
peribadi dan strategi penilaian yang efektif menjadi semakin penting.
3

Pada waktu ini, pembelajaran dan pengajaran melalui internet bukanlah satu isu
yang asing di Malaysia terutamanya di kalangan pelajar-pelajar institusi pengajian
tinggi. Ini kerana telah wujud satu budaya pembelajarn moden menggantikan budaya
pembelajaran tradisional (pembelajaran melalui pembacaan buku) yang mana internet
menjadi satu medium pembelajaran utama. Ini dibuktikan dengan satu tinjauan oleh
Mohd Amin bin Said (2002) mengenai penggunaan internet dalam pembelajarn dan
pengajaran di kalangan guru-guru di sebuah sekolah bestari di Negeri Sembilan. Dalam
kajiannya beliau mendapati perkhidmatan asas internet yang kerap digunakan semasa
pengajaran dan pembelajaran ialah perkhidmatan World Wide Web iaitu dalam aplikasi
mencari sumber dalam internet dengan menggunakan enjin gelincir.

Selain penggunaan World Wide Web, elemen perbincangan melalui forum e-


pembelajaran juga merupakan antara perkhidmatan asas internet yang digunakan. Kajian
yang dilakukan oleh Anili Fasha Mahadi (2008) mendapati tahap penggunaan forum e-
pembalajaran di kalangan pelajar tahun akhir Jabatan Multimedia Universiti Teknologi
Malaysia adalah pada tahap sederhana di mana min keseluruhan adalah 3.51. namun
begitu, dapatan daripada kajian yang dilakukan oleh Mohd Yusri Yahya Ariff (2007)
menunjukkan aspek kemahiran asas dan tahap penggunaan e-pembelajaran pelajar
Universiti Teknologi Malaysia telah berada pada tahap yang tinggi. Melihat kepada dua
kajian di atas, ia sebenarnya telah menunjukkan bahawa tahap penggunaan e-
pembelajaran di kalangan pelajar institusi penj\ajian tinggi adalah pada tahap yang baik.
Penggunaan forum atau perkongsian maklumat menerusi laman-laman web yang
berasaskan web 1.0 di dalam e-pembelajar itu sendiri kurang berjaya menarik minat
mereka untuk turut serta secara aktif dalam perbincangan yang dijalankan.

Sama ada di peringkat pelajar sekolah ataupun mahasiswa, semua golongan


muda-mudi ini aktif menggunakan web 2.0 dalam kehidupan sosial mereka. Ini
dibuktikan dengan data statistic yang diberikan oleh David (2007) yang menyatakan
bahawa terdapat lebih kurang 120000 blog baru wujud setiap hari, 80% pelajar kolej di
seluruh dunia telah menggunakan Facebook, manakala MySpace mencatatkan nilai
sehingga 375000 ahli baru setiap hari.
4

Jika dahulu banyak kelemahan yang wujud apabila proses pengajaran dan
pembelajaran yang dijalankan hanya bergantung kepada buku sepenuhnya. Lantaran itu,
pembelajarn berkomputer menggunakan internet atau e-pembelajarn telah berjaya
memberikan satu penyelesaian bagi kelemahan-kelemahan yang wujud dalam
pembelajaran tradisional dahulu (Nur Azlina, 2004). Namun pada hari ini kita telah
dapat melihat pada beberapa kekurangan pada e-pembelajaran yang mana dahulunya
menjadi penyelesaian kepada pembelajarn secara tradisional.

Antara aplikasi teknologi maklumat yang digunakan dalam pengajaran dan


pembelajaran ialah pengunaan laman web melalui Worl Wide Web (www), kewujudan
laman web pendidikan tempatan seperti Portal Pendidikan Utusan, MySchool Net,
Cikgu.Net dan sebagainya tumbuh bagaikan cendawan. Perkembangan positif ini secara
tidak langsung member ransangan kepada pelajar dan guru untuk menggunakan internet
khususnya laman web di dalam pengajaran dan pembelajaran. Ini disokong oleh Siti
Hajar (2006) yang berpendapat memang sudah tidak dinafikan lagi bahawa laman web
mempunyai potensi untuk bertindak sebagai satu medium yang boleh digunakan untuk
merevolusikan cara pengajaran dan pembelajaran di sekolah mahupun di institut
pengajian tinggi.

Walau bagaimanapun, kita dapat melihat kekurangan e-pembelajaran yang hanya


terhad kepada muat turun (download) dan muat naik (upload) oleh para pensyarah dan
pelajar yang terlibat dalam sesuatu kelas atau kuliah sahaja. Lantaran itu, wujud
kekangan maklumat yang hanya disalurkan dari beberapa pihak seperti pensyarah dan
pelajar tanpa melibatkan masyarakat atau pihak yang lebih umum di luar sana, yang
mana mereka berkemungkinan mempunyai maklumat terkini yang kita tidak ketahui.
Pembelajaran atas talian (online) mempunyai pelbagai ledakan infromasi atau maklumat
yang hanya menunggu masa untuk kita temui. Jadi untuk apakah kita menghasilkan
perkongsian maklumat yang hanya berpandukan kepada nota pensyarah atau rakan
sebaya sahaja.
5

Daripada kekurangan dan kelemahan laman e-pembelajarn biasa seperti yang


telah dibincangkan di atas, penggunaan laman-laman web e-pembelajaran kepada
teknologi web 2.0 boleh dijadikan sebagai suatu penambahbaikan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran sedia ada dalam bilik kuliah. Kehadiran aplikasi Web 2.0
ini dilihat sebagai revolusi untuk menyebarkan maklumat secara meluas khusunya dalam
bidang pendidikan.Oleh itu, penggunaan laman-laman web bercirikan web 2.0 dalam
pengajaran dan pembelajaran di bilik kuliah harus dikaji dengan lebih mendalam
memandangkan penggunaannya dalam bidang pendidikan masih di peringkat rendah di
Negara ini.

Namun begitu kajian perlu dijalankan untuk mengenalpasti sama ada aplikasi
Web 2.0 ini dimanfaatkan sepenuhnya oleh para pelajar untuk meningkatkan mutu
pengajaran dan pembelajaran mereka.

1.3 Penyataan Masalah

Berdasarkan masalah yang sedia wujud, pengkaji ingin menjalankan kajian


terhadap tahap penggunaan aplikasi Web 2.0 di kalangan pelajar. Dalam perlaksanaan
pengajaran dan pembelajaran dengan e-pembelajaran, tidak kurang juga yang
menyatakan kelemahan dan kekangannya. Menurut Urdan & Weggen (2000), walaupun
berusaha penuh dalam perkembangan e-pembelajaran, tetapi hanya sebahagian
keterangan yang menyokong bahawa e-pembelajaran adalah efektif. Oleh itu aplikasi
Web 2.0 dilihat dapat membantu mengatasi kekangan sistem e-pembelajaran kerana
aplikasi Web 2.0 sangat popular di kalangan remaja yang sebahagian besarnya adalah
pelajar. Terdapat banyak jenis aplikasi Web 2.0 seperti laman wiki, blog, laman
perkongsian video, laman perkongsian dokumen, laman perkongsian foto dan rangkaian
sosial yang jika digunakan sebaiknya dapat membantu sistem pengajaran dan
pembelajaran . Contoh-contoh Web 2.0 ini adalah Wikipedia, BlogSpot, Youtube,
SlideShare, Scribd, Flickr dan Facebook. Setiap halaman mempunyai hak sendiri
6

berdasarkan fungsi mereka untuk menarik pengguna internet. Aplikasi Web 2.0 boleh
memberikan maklumat yang bermanfaat kepada masyarakat dan jika kita melihat dari
sudut pembelajaran,ia juga dapat menjadi media yang berkesan dalam pendidikan.

Oleh itu pengkaji ingin mengkaji tahap penggunaan aplikasi Web 2.0 terhadap
pelajar-pelajar di Institut Pengajian Tinggi di Malaysia. Kajian ini juga adalah untuk
mengenalpasti . faktor-faktor yang terlibat serta keberkesanan penggunaannya dalam
bidang pendidikan.

1.4 Objektif Kajian

Kajian yang dijalankan ini berasaskan kepada beberapa objektif tertentu,


antaranya:

i. Meninjau tahap penggunaan aplikasi Web 2.0 dalam kalangan pelajar.

ii. Mengkaji faktor-faktor penggunaan aplikasi Web 2.0 dalam kalangan pelajar

iii. Mengkaji keberkesanan penggunaan aplikasi Web 2.0 dalam pembelajaran dalam
kalangan pelajar
7

1.5 Persoalan Kajian

Berdasarkan objektif kajian yang dinyatakan, persoalan kajian yang boleh


dibentuk:

i. Apakah tahap penggunaan aplikasi Web 2.0 dalam kalangan pelajar?

ii. Apakah faktor-faktor penggunaan aplikasi Web 2.0 di kalangan pelajar?

iii. Sejauh manakah keberkesanan penggunaan aplikasi Web 2.0 dalam membantu
pembelajaran dalam kalangan pelajar?

1.6 Skop Kajian

Untuk memastikan kajian ini memenuhi matlamat dan objektif kajian, terdapat
sempadan bagi kefungsian aktiviti kajian yang telah dikenalpasti. Hal ini adalah
bertujuan untuk memastikan agar kajian dapat mencapai matlamatnya. Skop bagi kajian
ini ialah:

i) Kajian ini hanya dilakukan untuk pelajar-pelajar di institusi pengajian tinggi.

ii) Kajian ini hanya mengkaji tahap penggunaan aplikasi Web 2.0 dalam bidang
pendidikan sahaja.

iii) Kajian ini mengkaji faktor-faktor penggunaan aplikasi Web 2.0 dalam
bidang pendidikan sahaja.
8

1.7 Kepentingan Kajian

Seperti kita ketahui, aplikasi Web 2.0 menjadi suatu fenomena baru dalam hidup
kita. Aplikasi ini tidak hanya digunakan untuk berkomunikasi antara satu sama lain,
malah turut digunakan di dalam bidang penyebaran maklumat. Oleh itu, sejajar dengan
perkembangan teknologi saat ini, kajian harus dilakukan untuk menentukan tahap
penggunaan, faktor-faktor penggunaan aplikasi Web 2.0 di kalangan pelajar dan
keberkesanan aplikasi Web 2.0 dalam membantu sistem pengajaran dan
pembelajaran.. Dengan mencari faktor-faktor, ini diharapkan dapat meningkatkan tahap
pencarian maklumat yang berguna di kalangan pelajar dan menghasilkan sistem
pengajaran dan pembelajaran yang lebih baik.

1.8 Batasan Kajian

Penyelidik tidak mengira faktor-faktor emosional responden saat menjawab soal


selidik dan mengandaian semua responden mempunyai emosi yang stabil ketika
menjwab soal selidik. Penyelidik juga menganggap semua responden menjawab soal
selidik secara jujur tanpa dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti menyalin jawapan dari
teman-teman.
9

1.9 Definisi Istilah

Dalam penulisan ini terdapat beberapa istilah yang perlu diperjelaskan bagi
menerangkan dengan lebih tepat kehendak dan keperluan tentang perkara–perkara yang
dibincangkan oleh penyelidik di dalam kajian ini. Antaranya adalah seperti berikut:

1.9.1 Penggunaan Web 2.0

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka penggunaan membawa maksud


pemakaian, penerapan atau perbuatan menggunakan sesuatu. Oleh itu penggunaan
aplikasi Web 2.0 menerangkan tentang usaha dan perbuatan menggunakan aplikasi Web
2.0.

1.9.2 Web 2.0

Web 2.0 adalah istilah umum yang berkaitan dengan aplikasi web yang
memudahkan perkongsian maklumat interaktif yang beroperasi melalui media internet
dengan bantuan pelayar web dan tidak perlu proses instalasi terlebih dahulu seperti yang
umumnya kita gunakan sehari-hari. Sebuah laman Web 2.0 memberi penggunanya
pilihan bebas untuk berinteraksi atau berkolaborasi antara satu sama lain dalam komuniti
maya, berbeza dengan laman web di mana pengguna terhad kepada pasif melihat
kandungan yang yang diciptakan untuk mereka. Contoh aplikasi Web 2.0 termasuk
laman web rangkaian sosial, blog, wiki, halaman perkongsian video dan halaman
perkongsian grafik.
10

1.9.3 Pelajar

Menurut Kamus Dewan (1989) pelajar adalah orang yang belajar atau orang
yang mengaji (murid).

1.9.4 Institut Pengajian Tinggi Awam

Institut Pengajian Tinggi Awam ialah universiti yang banyak dibiayai secara awam
melalui kerajaan negara atau setempat.

1.10 Penutup

Bab satu ini membincangkan tentang aplikasi Web 2.0 dan sedikit latar belakang
tentangnya. Daripada objektif dan persoalan kajian, pengkaji ingin mengenalpasti tahap
penggunaan aplikasi Web 2.0, mengkaji faktor-faktor penggunaan aplikasi Web 2.0 dan
mengkaji keberkesanan penggunaan aplikasi Web 2.0 dalam pembelajaran di kalangan
pelajar. Keterangan yang lebih lanjut akan dibincangkan dalam bab yang seterusnya.
BAB 2

SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan

Bab ini akan membincangkan dengan lebih mendalam mengenai kajian yang
dilakukan berdasarkan tajuk kajian tahap penggunaan aplikasi Web 2.0 di kalangan
pelajar Universiti Teknologi Malaysia. Sorotan kajian merupakan suatu laporan kajian
yang telah diterbitkan oleh cendiakawan atau penyelidik yang berkaitan dengan tajuk
kajian ini. Tujuan utama sorotan kajian ini dilakukan bagi memberikan gambaran
kepada pembaca untuk mengetahui pengetahuan dan idea-idea yang telah dikemukan
sebelum ini terhadap topik kajian.

2.2 Tekonologi Internet Sebagai Media Pendidikan

Internet merupakan jaringan yang terdiri daripada ribuan bahkan jutaan


komputer, termasuk di dalamnya jaringan yang menghubungkan saluran (satelit, telefon,
kabel) dan jangkauanya mencakupi seluruh dunia (Kamarga, 2002. Jaringan ini bukan
merupakan suatu organisasi kerana tidak ada pihak yang mengatur dan memilikinya.
Internet wujud sewaktu perang dingin sekitar tahun 1969 dan digunakan pertama kali
untuk keperluan pertahanan (Ahmad Bustami, 1999).
12

Penemuan internet dianggap sebagai penemuan yang cukup besar, yang


mengubah dunia dari bersifat lokal kepada global. Ini kerana, menerusi internet terdapat
sumber-sumber informasi dunia yang dapat diakses oleh semua pihak walau di mana
mereka berada melalui jaringan internet. Melalui internet, faktor jarak dan waktu buakn
lagi menjadi masalah. Dunia seolah-olah menjadi kecil, dan komunikasi menjadi mudah.
Dalam hal ini Onno W. Purbo (2001) menyifatkan bahwa internet juga telah mengubah
cara komunikasi massa dan penyebaran data atau informasi secara fleksibel dan
mengintegrasikan seluruh bentuk media massa konvensional seperti media cetak dan
audio visual.

Pembelajaran menerusi web atau web based instryctions (WBI) menurut Khan
(1997), merupakan program pembelajaran berasaskan hipermdeia yang memanfaatkan
susun atur serta sumber dari World Wide Web. Ianya berfungsi untuk membentuk
persekitaran pembelajaran yang lebih bermakna di mana pembelajaran boleh disokong
dan dipertingkatkan dari pelbagai aspek. Pembelajaran menerusi web mempunyai
banyak kelebihan dan anatar yang utama menurut Alessi dan Trolip (2001) di dalam
buku mereka bertajuk “Multimedia for Learning” adalah:
i. Pelajar boleh mencapai bahan pembelajaran pada bila-bila masa dan di mana
juga mereka berada
ii. Bahan sokongan pembelajaran boleh dirangkaikan dari sumber tambahan yang
berada di seluruh dunia.
iii. Pengurusan dan pengemaskinian bahan pembelajaran menjadi semakin mudah
dan pantas
iv. Pelbagai bentuk saluran komunikasi boleh disediakan bagi kegunaan pelajar dan
juga pendidik.

Suasana pembelajaran yang kompleks serta tidak berstruktur menyerupai


keadaan dalam kehidupan yang sebenar mampu disediakan menerusi pembelajaran
secara terus menerusi internet. Menurut Spiro (1991), kemudahan teknologi seperti
hiperteks, audia, video, animasi, simulasi dan interaktiviti membolehkan pembelajaran
berasaskan teori kognitif fleksibel dapat dilaksanakan dan diperkembangkan
13

penggunaannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kemudahan untuk


berinteraksi secara bebas menerusi kemudahan mel elektronik, telesidang audio, video
dan forum perbincangan elektronik pula membolehkan perkongsian idea, percambahan
pemikiran serta penerimaan terhadap perspektif lain dilaksanakan. Ini secara tidak
langsung membolehkan seorang pelajar berfikir pada peringkat yang lebih tinggi.

Menurut Jonassen (1999) pula, kemudahan hiperteks dan hypermedia yang


terdapat dalam internet dapat menyediakan satu suasana pembelajaran yang bercirikan
konstruktif. Ellsworth (1994) menyatakan bahawa peluang untuk berinteraksi atau
berkomunikasi dengan individu lain dari serata dunia membolehkan suatu projek yang
ingin dihasilkan menjadi lebih dinamik dan berkualiti hasil dari perkongsian serta
percambahan fikiran yang dilaksanakan. Pernyataan ini turut disokong oleh Scot dan
rakan-rakan (1997) dalam kajian mengenai pembelajaran secara kolaboratif di kalangan
pelajar-pelajar university di Australia dan beberapa university di seluruh dunia. Mereka
mendapati bahawa sampel kajian yang terlibat mampu menghasilkan tugasan atau projek
yang lebih berkualiti melalui pembelajarn secara kolaboratif menerusi web.

The dan Fraser (1994) dalam kajian mereka pula mendapati bahawa kaedah
pembelajaran berasaskan web dapat memudahkan proses penyampaian maklumat dan
ianya turut memberikan beberapa kelebihan kepada pelajar. Antaranya ialah ianya dapat
memberikan kemudahan penyimpanan maklumat yang banyak tanpa memerlukan ruang
yang besar seperti penyimpan maklumat di dalam buku ataupun di dalam fail. Ini
merupakan satu keunikan yang tidak dapat diberikan oleh kaedah pembelajaran yang
lain. Selain itu, menurut (Brusilvoy, 1996), pembelajaran menerusi web juga telah
membuka peluang baru dalam pembelajaran kepada semua di mana semua bahan untuk
proses pembelajaran mampu dicapai oleh jutaan pelajar seluruh dunia.
14

2.3 Perkembangan Internet Dalam Sistem Pendidikan Malaysia

Di Malaysia, penggunaan Internet juga terus meningkat dari semasa ke semasa.


Sebagai contoh, pada Februari 1997 pengguna Internet di negara ini adalah seramai
30,000 orang, dan telah meningkat kepada 137,000 pada Oktober 1997, dan terus
meningkat kepada 600,000 pada Januari 1998 (NuaInternet Surveys, 1999). Dalam masa
setahun didapati telah berlaku peningkatan penggunaan Internet di kalangan penduduk
negara ini dengan kadar berpuluh-puluh kali ganda. Dari segi umur pula, kajian yang
telah dijalankan oleh Sharifah Mastura (1997) mendapati 67% pengguna Internet di
Malaysia mempunyai ijazah universiti, 21% diploma, 11% sekolah menengah dan 1%
penuntut sekolah rendah. Menurut laporan Internet World Stars (2004), didapati bahawa
34 % atau 8,692,100 daripada 25,581,000 penduduk Malaysia adalah pengguna internet.
Laporan tersebut juga mendapati bahawa Malaysia adalah Negara ke-18 tertinggi
bilangan penduduknya menjadi pengguna Internet di seluruh dunia pada masa ini.

Di dalam era kebangkitan teknologi maklumat (IT) dan seterusnya teknologi dan
komunikasi maklumat (ICT), bidang pendidikan juga mendapat impak yang sangat besar
melalui perkembangan teknologi tersebut. Ini dapat dilihat dengan jelas melalui
peruntukan besar yang telah diberikan oleh pihak kerajaan untuk meningkatkan
pencapaian pelajar-pelajar melalui penggunaan teknologi komputer dan Internet.
Sebagai contoh, mulai tahun 2003 pihak kerajaan telah membekalkan sebuah komputer
laptop kepada setiap guru sains di negara ini bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran.
Sebelum ini pada tahun 1999, kerajaan telah menubuhkan Sekolah Bestari yang
melibatkan 90 buah sekolah sebagai perintis. Sekolah-sekolah tersebut telah dilengkapi
dengan kemudahan makmal komputer dan koswer bahan pengajaran di samping
kemudahan Internet. Projek Sekolah Bestari dikatakan akan terus diperkembangkan ke
sekolah-sekolah lain menjelang tahun 2004. Dalam tahun 2000, sebanyak 31 peratus
sekolah rendah dan 54 peratus sekolah menengah di negara ini telah dilengkapi dengan
kemudahan komputer. Pada tahun tersebut juga sebanyak 10 peratus sekolah rendah dan
34 peratus sekolah menengah di negara ini telah mempunyai kemudahan internet.
15

Dianggarkan sebanyak 250 buah sekolah rendah dan menengah telah mempunyai laman
web mereka sendiri menjelang tahun 2000.

Dalam tahun 2001, Kementerian Pendidikan Malaysia telah mendapat


peruntukan sebanyak RM13 bilion bersamaan dengan 20 peratus keseluruhan jumlah
bajet untuk tahun tersebut. Sebahagian besar daripada peruntukan tersebut adalah
digunakan untuk meningkatkan lagi kemudahan komputer dan Internet di sekolah-
sekolah seluruh negara. Setiap negeri di bawah Kementerian Pendidikan telah
mempunyai server dan dilengkapi kemudahan computer dengan nisbah 1:2 iaitu satu
komputer bagi setiap dua orang kakitangan Kementerian Pendidikan (Minges & Gray,
2001). Menurut laporan belanjawan 2002, RM 300 juta telah dibelanjakan oleh pihak
kerajaan untuk menyediakan bahan projek yang boleh digunakan di sekolah-sekolah
bestari yang menjadi perintis. Dalam belanjawan 2002 juga, sebanyak RM70 juta telah
diperuntukkan untuk tujuan yang sama. Menurut Marzita Abdullah (2001), bahan
pengajaran dan pembelajaran yang dibina untuk projek sekolah bestari melibatkan bahan
elektronik dan bercetak yang melibatkan kira-kira 1,539 perisian kursus dari tahun satu
sehingga tingkatan lima termasuk kela peralihan. Sebahagian besar aplikasi yang telah
dibina adalah dalam format laman web pendidikan. Sementara itu peruntukan sebanyak
RM240 juta juga telah diperuntukkan untuk pemasangan komputer ke sekolah-sekolah
di seluruh negara. Berdasarkan laporan Bajet 2003 pula, kerajaan dikatakan telah
memperuntukkan hampir RM5 bilion untuk tempoh tujuh tahun bagi menyediakan
prasarana pendidikan yang khusus dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi
dalam pengajaran dan pembelajaran (Tamrin Anuar, 2003). Peruntukan yang begitu
besar adalah bertujuan untuk melahirkan generasi yang mampu bersaing di peringkat
pasaran global khususnya melalui penggunaan ICT.

Selain pihak kerajaan, pihak swasta juga telah memberikan banyak sumbangan di
dalam memajukan pembelajaran berasaskan komputer dan Internet di negara ini.
Sebagai contoh, Syarikat TM Net telah bekerjasama dengan GOM dalam menjayakan
projek komuniti yang dikenali sebagai TMNet Cyber School Community Project. Ia telah
dilancarkan pada bulan Januari 2004. Sebanyak 50 sambungan jejalur lebar (broadband)
16

dan komputer telah dibekalkan kepada 18 buah sekolah menengah untuk fasa yang
pertama. Pada fasa kedua pula ia telah melibatkan 14 buah sekolah rendah dari seluruh
negara. Pada bulan Julai 2004 pula sebanyak 11 sekolah dari 9 buah negeri telah
dilengkapi dengan kemudahan jejalur lebar. Selain daripada itu syarikat lain seperti
Jaring juga telah melaksanakan program yang hampir sama yang dikenali sebagai Jaring
SchoolNet Project (International Business Strategies, 2004).

2.4 E-Pembelajaran

E-pembelajaran merupakan penggunaan teknologi dalam pembelajaran untuk


menyampaikan maklumat. Konsep e-pembelajaran juga berubah apabila masa berlalu.
Dublin (2003) dapati bahawa perkataan tersebut pada tahun 2000 adalah rujuk kepada
pembelajaran berasaskan komputer khususnya dalam intranet dan internet. Clark dan
Mayer (2003) bersetuju dengan definisi tersebut dengan menambah lagi bahawa isi
kandungan e-pembelajaran harus mengambilkira objektif pembelajaran, kaedah
pembelajaran untuk membantu pembelajaran, elemen media yang berlainan untuk
menyampaikan isi kandungan dan mencuba membina pengetahuan baru dan kemahiran
yang berhubung dengan matlamat pembelajaran secara individu.

Dublin (2003) juga menunjukkan bahawa pada hujung tahun 2002, pakar industri
telah menggunakan definisi bahawa e-pembelajaran merupakan satu teknologi untuk
mencipta, menyebar dan menghantar sesuatu termasuk data bernilai, maklumat, isi
pembelajaran dan pengetahuan yang dapat menunjukkan persembahan dalam kerja serta
perkembangan diri. Skop e-pembelajaran seterusnya telah diperluas lagi oleh mereka
yang membekalkan pembelajaran dengan memperkenal alat pengurusan dalam bentuk
sistem pengurusan isi kadungan ( content management system ), bilik darjah maya,
TM
perisian PowerPoint , kursus dalam talian, portal dan sistem penyokong persembahan
(performance support system) (Dublin, 2003).
17

Eklund, Kay dan Lynch (2003) pula dalam kertasnya yang membincangkan isu
dan perkembangan e-pembelajaran menyatakan e-pembelajaran merupakan komponen
pembelajaran fleksibel (satu pembelajaran yang berpusat kepada pelajar) yang
menyampaikan latihan dan pendidikan melalui media elektronik yang merangkumi
pembelajaran berasaskan komputer, pembelajaran berasaskan web, kelas maya dan
aktiviti kerjasama melalui bahan digital. Davis dan Harden (2001) pula mengenal pasti
empat komponen e-pembelajaran iaitu perisian pengajaran, perisian authoring,
pembelajaran maya (virtual learning environment) dan sistem pengurusan pembelajaran
(learning management systems).

2.4.1 Kelebihan dan Kesan E-pembelajaran Terhadap Pelajar

Dalam Rancangan Malaysia ke-9 (2006-2010) yang telah diumumkan, kerajaan


Malaysia telah mensasarkan pembangunan modal insan sebagai teras utama
pembangunan negara dalam mencapai impian Wawasan 2020. Dengan ini, e-
pembelajaran ditekankan untuk memainkan peranan yang penting supaya mencapai
matlamat tersebut (Asirvatham dan Abtar Kaur, 2006).
E-pembelajaran mempunyai sifat yang unik yang menyebabkan sekolah atau universiti
memilih e-pembelajaran untuk menyampaikan P&P. E-pembelajaran dapat menjimatkan
kos pengajaran yang berkait dengan pensyarah, ruang bilik darjah, bahan bercetak, kos
perjalanan dan sebagainya (Hartley, 2003). Contohnya, suatu kursus dapat disampaikan
kepada bilangan pelajar secara maksimum sekaligus pada satu masa tanpa kekangan saiz
ruang bilik darjah. Dengan bantuan teknologi seperti komputer dan Internet, masalah
bilangan pensyarah yang tidak mencukupi dapat diselesaikan kerana pensyarah dapat
dikongsi (Hasani, 2004 ).

E-pembelajaran dapat membekalkan pembelajaran masa nyata (real-time


learning) atau membekalkan maklumat terbaru pada bila-bila masa (Eklund, Kay dan
Lynch, 2003). E-pembelajaran melalui internet terutamanya dapat membenarkan pelajar
18

mengikut pembelajaran di mana-mana tempat, berdasarkan keupayaan masing-masing


serta mengikut kesesuaian masa sendiri. Hal ini bermaksud seseorang dapat belajar
secara fleksibel (Ertl, Winkler dan Mandi, 2007). Sifat sedemikian akan membantu
masyarakat menjayakan program pembelajaran sepanjang hayat.

Selain itu, pelajar menjimatkan masa untuk belajar. Kebanyakan e-pembelajaran


mengandungi latihan yang membenarkan pelajar mencabar subjek tersebut dan
memintas bahagian maklumat yang telah diketahui (Ertl, Winkler dan Mandi, 2007). Hal
ini menunjukkan bahawa pelajar tetap mencapai objektif pengajaran melalui proses
pembelajaran yang berlainan. Kelebihan ini tidak dapat ditanding oleh pembelajaran
tradisional. Dalam pembelajaran tradisional, pelajar yang mempunyai tahap pengetahuan
yang berbeza terpaksa menerima pengajaran yang sama. Seseorang pelajar juga dapat
meningkatkan keberkesanan pembelajaran melalui e-pembelajaran. Pelajar dapat
mencapai maklumat yang meluas apabila perlu. Maklumat dapat dikongsi antara
individu dengan pakar dalam bidang tertentu yang dikenali melalui e-mail, chat-room
atau papan buletin (Aldrich, 2003). Masa untuk proses pembelajaran secara langsung
disingkatkan.

Sifat e-pembelajaran yang tumpu pada kesesuaian pelajar menyebabkan pusat


pembelajaran berubah dari guru ke pelajar (Eklund, Kay dan Lynch, 2003). Pelajar
diberi kebebasan untuk belajar secara berdikari dan perlu bertanggungjawab dalam
pembelajaran. Pelajar perlu rancang masa untuk belajar dan bersedia mencari maklumat
berdasarkan daya inisiatif sendiri (Mohd Koharuddin et al., 2003). Dengan perkataan
lain, motivasi seseorang pelajar amat penting untuk mengekalkan inisiatif supaya terus
mengikuti e-pembelajaran.

Didapati e-pembelajaran dapat meningkatkan motivasi pelajar. Hazura Mohamed


et al. (2005) dalam kertas kerjanya yang mengkaji kesan e-pembelajaran mendapati
semua responden mempunyai motivasi untuk belajar yang sederhana atau ke atas apabila
berhadapan dengan e-pembelajaran.
19

2.4.2 Sikap Pelajar Terhadap E-pembelajaran dan Faktornya

Pelajar mempunyai sikap yang berbeza terhadap e-pembelajaran. Kajian Hanafi


(2004) dan kajian Paris (2004) menyatakan pelajar mempunyai sikap yang positif
terhadap pembelajaran web dalam talian. Menurut Paris (2004), keyakinan terhadap web,
kesukaan menggunakan web dan pandangan kenggunaan web didapati memberikan
kesan yang signifikan positif terhadap keinginan untuk menggunakan web. Drennean,
Kennedy dan Pisarski (2005) berpendapat pelajar bertindak berlainan antara satu sama
lain apabila menghadapi persekitaran pembelajaran dalam talian, bergantung pada tahap
kemahiran e-pembelajaran dan sikap mereka terhadap e-pembelajaran.

Namun demikian, Vuorela dan Nummenmaa (2004) pula menyatakan bahawa


komputer masih dipandang secara ancaman dan dapat menghasilkan kegusaran pada
tahap tertentu. Mereka juga berpendapat manusia tidak rela bertindak jika mereka berasa
tidak mampu untuk bertindak walaupun pandangan mereka terhadap tindakan tersebut
adalah positif. Kajian Drennean, Kennedy dan Pisarski (2005) menyokong bahawa
semakin tinggi pandangan positif, semakin tinggi kepuasan seseorang pelajar dalam
pembelajaran dalam talian yang fleksibel. Oleh itu, keyakinan, kesukaan, kegusaran dan
pandangan terhadap sesuatu teknologi akan mempengaruhi keinginan seseorang dalam
penerimaan teknologi tersebut.

Jadi, walaupun e-pembelajaran mempunyai potensi menjadi satu kaedah


pembelajaran yang dapat memuatkan khalayak ramai, kita mesti memahami faktor
apakah yang akan mempengaruhi keinginan pelajar menerima teknologi yang baru ini
(Razmah Mahmod et al., 2005). Di negara Thai, satu kajian kes mengenai penerimaan e-
pembelajaran oleh pelajar dari Bangkok University telah dijalankan (Research Institute
of Bangkok University, 2002). Kajian ini menggunakan model “Technology Acceptance
Model” atau TAM yang dibentukkan oleh Davis,F.D. untuk mencari faktor pelajar
terhadap penerimaan e-pembelajaran. Didapati faktor yang menyebabkan pelajar
menerima e-pembelajaran termasuk kemahiran komputer, kemahiran Internet,
20

pandangan kegunaan, kesenangan menggunakan dan sikap terhadap e-pembelajaran,


manakala masa penggunaan seminggu tiada kaitan dengan penerima e-pembelajaran.

Di negara kita pula, Ndubisi (2004) juga telah menjalankan kajian yang lebih
kurang sama dengan kajian di Bangkok Universiti di sebuah universiti tempatan. Sistem
e-pembelajaran yang digunakan dalam kajian ialah Blackboard. Model Decomposed
version of Theory of Planned Behaviour (DTPB) pula digunakan untuk mengkaji faktor
penerimaan e-pembelajaran. Hasilnya, didapati sikap merupakan pengaruh secara
langsung terhadap penerimaan e-pembelajaran dan sikap dapat melihat kegunaan serta
kesenangan mengguna e-pembelajaran (Ndubisi, 2004).

Jun (2005) telah membuat sorotan kajian mengenai faktor seseorang pelajar
meningkalkan e-pembelajaran. Jun (2005) membuat kesimpulan bahawa faktor pelajar
meninggalkan e-pembelajaran dapat dikategori sebanyak lima bahagian iaitu latar
belakang individu (termasuk kekurangan pengalaman dengan kominikasi berasaskan
komputer), motivasi (termasuk keyakinan terhadap komputer), integrasi akademik,
integrasi sosial dan persekitaran teknologi (termasuk masalah dengan teknologi). Kajian
Ndubisi (2004) menunjukkan bahawa pengalaman komputer mempunyai kaitan secara
tidak langsung dengan keinginan seseorang menerima e-pembelajaran.

Selwyn (2003) telah membuat satu laporan mengenai faktor pelajar menerima
atau menolak teknologi komunikasi dan maklumat (TKM) di universiti. Menurut beliau,
walaupun teknologi komunikasi dan maklumat telah ditentukan keberkesanannya dalam
aktiviti akademik kebanyakan fakulti di universiti, namun integrasinya dalam aktiviti
akademik setiap hari terhadap pelajar universiti secara keseluruhan kurang ditekankan.
Beliau juga memberi pandangan bahawa tahap penggunaan teknologi komunikasi dan
maklumat dalam pengajian tinggi sebenarnya tidak rata dan selalu berada pada tahap
yang rendah.
21

Faktor-faktor pelajar yang tidak menggunakan teknologi komunikasi dan


maklumat di universiti, hasil daripada kutipan maklumat Selwyn (2003), adalah seperti
berikut:

i. Tidak mendapat sokongan bahan dan sokongan kewangan

ii. Kekurangan pengetahuan dan kemahiran tentang teknologi komunikasi dan


maklumat

iii. 'Technophobia' atau perasaan benci terhadap teknologi

iv. Enggan menggunakan teknologi kerana salah tanggapan terhadap teknologi


komunikasi dan maklumat

Satu kajian mengenai pandangan pelajar universiti terhadap penggunaan e-


pembelajaran oleh Keller dan Cernerud (2002). Hasil dapatan amat mengesahkan orang.
50% respoden berpendat bahawa e-pembelajaran tidak membantu mereka dalam
pembelajaran. Oleh sebab itu, mereka tidak rela menggunakan e-pembelajaran yang
dilaksanakan di universiti.

2.5 Web 2.0

Perkembangan teknologi web adalah seiring dengan perkembangan


teknologi lain. Sejak Internet diperkenalkan, perkembangan teknologi web mula
berkembang dalam pelbagai bidang. Teknologi yang agak terbaru dalam
perkembangan web ini adalah web 2.0 di mana ia telah diperkenalkan pada tahun
2004. Web 2.0 adalah tren baru di dalam teknologi WWW(World Wide Web).
Kewujudan Web 2.0 merupakan ekoran daripada kepantasan anjakan paradigma dan
transformasi dunia global. Sebelum ini, masyarakat hanya menggunakan web untuk
mendapatkan maklumat semata-mata. Tetapi, dengan kewujudan web 2.0, komunikasi
22

manusia dapat dijalankan secara dua hala selain menjadikan komunikasi begitu
berkesan, pantas dan mudah. Masyarakat bukan sahaja dapat melayari web malah dapat
mempamerkan, memperluaskan dan berkongsi kreativiti mereka dengan sesiapa sahaja
tanpa batasan masa, ruang dan lokasi. Dunia kini menjadi semakin sempit kerana
komunikasi boleh berlaku di mana-mana sahaja, bila-bila masa dan dengan sesiapa pun
tanpa sebarang halangan. Rentetan itu perbezaan budaya, agama, bangsa, warna kulit
dan negara bukan lagi menjadi ukuran dalam menjalinkan perhubungan meskipun hanya
secara maya.

Penggunaan aplikasi Web 2.0 seperti rangkaian sosial semakin popular bukan
sahaja di kalangan generasi muda malahan di kalangan korporat. Penggunaannya
semakin mendapat sambutan di seluruh dunia. Facebook, Friendster, MySpace dan
Twitter merupakan laman web rangkaian sosial yang aktif di Malaysia. Tidak dinafikan
setiap laman web tersebut mempunyai keistimewaannya tersediri dan saling bersaing
antara satu sama lain dalam menambat hati pengguna internet. Ini dibuktikan dengan
statistik yang diperoleh dari sumber Alexa dan Google Ad Planner, laman rangkaian
sosial Facebook telah dikunjungi oleh kira-kira 6.2 juta pengguna Internet di Malaysia
dan kira-kira 4.2 juta pula mengunjungi laman Friendster. Rangkaian sosial interaktif
MySpace pula dikunjungi oleh 2.1 juta pengguna Internet di Malaysia manakala Twitter
menerima kira-kira 750,000 pengunjung. Selain itu, aplikasi Web 2.0 yang lain seperti
Youtube juga sering digunakan oleh remaja pada masa kini untuk mendapatkan video-
video yang dikongsikan oleh pengguna dari seluruh dunia.

2.5.1 Sejarah Web 2.0

Web 2.0 dicipta oleh Dale Dougherty pada tahun 2004. Beliau merupakan naib
presiden di sebuah syarikat pengkomputeran iaitu O’Reilly Media Inc. Menurut beliau,
web 2.0 merupakan sebuah jaringan yang merangkumi pelbagai makna termasuk
pengguna boleh menghasilkan kandungan dan berkongsi data serta maklumat yang
23

pelbagai dengan sesiapa sahaja. Selain itu, ia juga digunakan bersama-sama dengan
pelbagai jenis perisian sosial, berinteraksi dengan aplikasi berasaskan web dan
menggunakan web sebagai satu platform untuk menjana, menggunakan semula
kandungan dan sebagainya.

2.5.2 Definisi Web 2.0

Menurut Tim Berners Lee iaitu seorang pencipta web, web 2.0 merupakan
pengganti atau satu inovasi kepada web 1.0. Hal ini adalah kerana ia merupakan satu
jaringan piawaian yang dihasilkan daripada web 1.0. Perbezaan antara web 1.0 dan web
2.0 adalah dari segi kepenggunaan, fungsi dan pemilikan pengguna. Hal ini bermaksud
web 2.0 merupakan satu ruang yang interaktif, dinamik dan fleksibel di mana pengguna
boleh menyesuaikan kehendak dan idea mereka seiring dengan fungsi yang terdapat
dalam web 2.0. Hal ini secara langsung menjadikan pengguna bukan sahaja sebagai
pengunjung malah turut menjadi pemilik kepada web 2.0 tersebut.

Umumnya web 2.0 mempunyai beberapa ciri termasuk penyertaan pengguna,


keterbukaan, kawalan pengguna dan identiti. Lazimnya semua aspek web 2.0 adalah
didorong oleh penyertaan pengguna. Hal ini adalah ekoran daripada peralihan atau
transisi yang terdapat dalam web 2.0 itu sendiri. Di antaranya ialah blog, jaringan sosial,
imej yang percuma dan memuat naik video. Perkara-perkara ini akan membenarkan
kandungan dicipta dengan mudah dan dapat berkongsi dengan sesiapa sahaja. Manakala
bagi aspek keterbukaan pula, web 2.0 tidak mempunyai sistem yang tertutup di mana
menghadkan lingkungan pengguna kepada bahagian-bahagian tertentu sahaja. Pihak
pemaju atau pihak syarikat juga boleh menggunakan web 2.0 untuk mengakses
maklumat dan mencapai aplikasi secara telus. Selaras dengan sifat web 2.0 yang mesra
pengguna, ia membolehkan pengguna mengawal semua kandungan yang mereka bina
termasuk memilih identiti untuk berinteraksi di ruang maya dan rangkaian sosial yang
24

lain. Namun begitu, pengguna juga dapat memiliki dan mengesahkan identiti sebenar
mereka dalam transaksi.

2.5.3 Ciri-ciri Web 2.0

Menurut Tim O’Reilly (2005), terdapat beberapa ciri yang menggambarkan web
2.0. Antaranya adalah:

i. Web sebagai platform.


- Platform di sini membawa maksud tempat sesuatu aplikasi dijalankan.
Contoh platform yang terkenal adalah Windows, di mana ada aplikasi-
aplikasi seperti Microsoft Office dan Adobe Photoshop. Menggunakan
internet sebagai platform bererti aplikasi-aplikasi tersebut dijalankan lansung
di atas internet dan bukan di atas satu sistem operasi tertentu. Contohnya
adalah Google, yang mana boleh diakses melalui mana-mana sistem operasi.
Kelebihannya ialah aplikasi-aplikasi web 2.0 ini tidak lagi terbatas
penggunaannya kepada satu sistem operasi sahaja. Malah kita tidak perlu
untuk memasukkan apa-apa sistem untuk menggunakannya.

ii. Gabungan maklumat dan pengetahuan.


- Aplikasi web 2.0 memanfaatkan kepandaian dan maklumat dari banyak pihak
secara kolektif. Hasilnya ialah satu medan pengetahuan yang sangat besar
hasil daripada gabungan pengetahuan pelbagai pihak. Contoh yang dapat kita
lihat adalah Wikipedia. Wikipedia adalah ensiklopedia atas talian (online)
yang membolehkan semua orang untuk membuat dan mengedit artikel yang
dipaparkan. Hasilnya adalah sebuah ensiklopedia atas talian besar yang
sangat lengkap artikelnya. Contoh yang lain adalah del.icio.us, di mana
semua orang akan memaparkan link-link menarik yang mereka temui di
internet. Melaluinya kita dapat melihat pelbagai bahan yang menarik hasil
gabungan ribuan orang. Jaringan pengetahuan ini ibarat sel-sel otak yang
saling terkait antara satu sama lain di dalam otak kita.
25

iii. Kekuatan data.


- Kekuatan web 2.0 terletak pada data. Aplikasi-aplikasi internet disokong oleh
asas data yang kuat dan unik. Contohnya seperti aplikasi carian web Google,
yang mana kekuatannya terletak pada pengumpulan dan pengurusan data
bagi laman-laman web di internet. Amazon.com juga adalah salah satu
contoh yang boleh kita lihat. Laman web ini memiliki data buku yang bukan
hanya lengkap, tetapi juga lengkap dengan aplikasi seperti review, kadar
pengguna, link ke buku-buku lain dan sebagainya.

iv. Kitaran kemaskini perisian.


- Tidak seperti aplikasi Windows yang dikemaskini atau dinaik taraf setiap dua
atau tiga tahun sekali misalnya Microsoft Office versi 97,2000, XP, dan
seterusnya, aplikasi web 2.0 seringkali dikemaskini. Contohnya Google,
seringkali dikemaskini data dan programnya tanpa perlu menunggu waktu-
waktu yang tertentu.

v. Model aturcara yang mudah.


- Aplikasi web 2.0 menggunakan teknik-teknik model aturcara yang mudah
seperti AJAX dan RSS. Ini membolehkan orang lain untuk mengguna semula
layanan suatu aplikasi web 2.0 membentuk layanan baru. Contohnya adalah
Google Maps, yang mana dengan mudahnya dapat digunakan oleh orang lain
untuk membentuk layanan baru. Hasilnya adalah seperti HousingMaps yang
menggabungkan layanan Google Maps dengan Craigslist. Layanan seperti
ini yang menggabungkan layanan dari aplikasi-aplikasi lain dikenali dengan
istilah mashup.

vi. Integrasi perisian melalui pelbagai alat (Devices).


- Aplikasi web 2.0 mampu berintegrasi melalui pelbagai alat. Ianya bukan
hanya terbatas kepada platform komputer sahaja. Contohnya adalah iTunes
dan TiVo. iTunes dari Apple dapat berintegrasi dari server Internet (dalam
26

bentuk muzik online), ke komputer pengguna (dalam bentuk program


iTunes), hinggalah ke mobile device (dalam bentuk iPod).
-
vii. Rich user experiences.
- Aplikasi web 2.0 mempunyai antara muka pengguna yang hebat walaupun
hanya beroperasi di dalam browser. Teknologi seperti AJAX membolehkan
aplikasi seperti Internet mempunyai waktu gerak balas (response) yang cepat.
Contohnya seperti Yahoo Mail dan Gmail, aplikasi email ini memiliki antara
muka pengguna yang hebat. Dengan menambah pelbagai aplikasi di dalam
email seperti IM (Intstant Messaging), pengguna dapat berinteraksi
melaluinya.

Aplikasi web 2.0 tidak semestinya mempunyai kesemua ciri-ciri yang dinyatakan
di atas. Namun semakin banyak sesuatu aplikasi itu mempunyai ciri-ciri tersebut maka
makin hebat aplikasi web 2.0 itu. Walaupun banyak contoh yang diberikan adalah dari
Google tetapi masih banyak aplikasi web 2.0 yang lain. Google kini mendapat tempat
antara yang teratas dalam aplikasi web 2.0. Pada September 2008, Google telah
menghasilkan versi beta bagi web browser iaitu Google Chrome. Google Chrome
dihasilkan untuk memperbaiki tahap kelajuan, keselamatan dan kestabilan browser.
Menurut Net Application, pada Februari 2010 Google Chrome telah mendapat tempat
ketiga bagi penggunaan web browser yang paling tinggi.

2.5.4 Aplikasi Web 2.0

Pada masa kini web 2.0 menjadi aplikasi utama yang digunakan dalam pelbagai
bidang termasuklah bidang pendidikan. Aplikasi-aplikasi ini mempunyai tools atau
alatannya yang tersendiri. Menurut Richardson (2009) terdapat pelbagai jenis alatan
dalam web 2.0 antaranya adalah:
27

2.5.4.1 Blog

Blog ialah satu media atas talian yang kandungannya dipapar mengikut turutan
kronologi dalam tertib terbalik di mana maklumat terkini berada di atas. Kandungan
blog melibatkan teks, imej, audio/video dan pautan kepada blog-blog serta laman web
lain yang berkaitan. Blog merupakan media interaktif maya yang sangat berkesan bagi
tujuan menjayakan sesuatu forum perbincangan, menyampaikan idea, pandangan,
membuat aduan, mengemukakan komen, cadangan atau penambahbaikan. Blog boleh
menjadi sebahagian daripada kandungan laman web atau pautan yang wujud di dalam
laman web.

2.5.4.2 Wiki

Wiki adalah satu laman web kolaboratif di mana sesiapa sahaja boleh menambah
atau mengubah kandungan yang telah sedia disiarkan. Bagi penggunaan di sekolah, guru
dan pelajar menggunakan kata kunci sebagai langkah keselamatan untuk mereka
menghasilkan buku teks dan sumber maklumat atau rujukan mereka sendiri. Antara
contoh wiki yang terkenal adalah Wikipedia.

2.5.4.3 Forum Atas Talian (Online Forum)

Forum atau papan buletin adalah satu laman perbincangan secara atas talian yang
dituju khas kepada sesuatu tajuk yang spesifik. Sistem forum membolehkan pengguna
menghantar maklumat atau mesej dan membaca mesej orang lain. Misalnya seorang
pengguna membuka satu tajuk perbincangan dan bertanyakan pendapat orang
lain.Pengguna yang lain boleh membalas dan akan terhasilnya satu perbincangan di situ.
28

2.5.4.4 Social Bookmarking

Laman social bookmarking membenarkan pengguna untuk bukan sahaja


menyimpan alamat URL laman web yang mempunyai kandungan menarik tetapi juga
membenarkan pengguna menyimpan kesemua halaman muka web tersebut. Daripada
situ pengguna dapat membentuk satu laman yang mudah dicari atau laman peribadi
pengguna. Selain itu, laman social bookmarking seperti Diigo.com dan del.icio.us
membolehkan guru dan pelajar membina senarai rujukan maklumat untuk tajuk tertentu
dan berkongsi antara satu sama lain melalui Real Simple Syndication (RSS).

2.5.4.5 Rangkaian Sosial

Secara amnya rangkaian sosial adalah satu kumpulan individu yang membentuk
komuniti di alam maya berdasarkan kepada beberapa kriteria seperti berkongsi minat
yang sama. Web rangkaian sosial lebih tertumpu kepada membina jaringan sosial
sesama pengguna. Web rangkaian sosial kebiasaannya mempunyai paparan profile
peribadi pengguna, sambungan ke laman kegemaran peribadi dan pelbagai lagi
perkhidmatan. Bagi membolehkan pengguna berinteraksi melalui atas talian, pelbagai
aplikasi lain disertakan seperti email dan Instant Messagging (IM). Antara contoh web
rangkaian sosial adalah MySpace dan Facebook.

2.5.4.6 Perkongsian Media

Perkongsian gambar membolehkan pengguna muatnaik fail media mereka dan


berkongi dengan pengguna lain. Mereka boleh menetapkan status fail media samada
untuk paparan umum atau peribadi. Salah satu laman web perkongsian media yang
popular adalah Flickr (perkongsian grafik), Fotopages (perkongsian grafik), Slideshare
(perkongsian Power Point) dan Youtube (perkongsian video). Seperti laman Web 2.0
29

yang lain, pelbagai aplikasi lain disertakan di dalam laman ini untuk menjadikannya
lebih menarik. Antaranya ialah pengguna boleh membentuk kumpulan mereka sendiri
dan mereka akan mempunyai papan buletin mereka sendiri untuk saling berkomunikasi.

Selain daripada aplikasi-aplikasi yang dinyatakan di atas, masih terdapat


pelbagai lagi aplikasi web 2.0. Malah mungkin akan ada lagi aplikasi baru yang akan
muncul selepas ini. Walaubagaimanapun, semua aplikasi ini mampu membantu kita
dalam pelbagai cara sekiranya digunakan dan dimanfaatkan dengan cara yang betul.
Pada masa kini, semua aktiviti dijalankan secara atas talian dan ini memberi peluang
kepada kita untuk pergi lebih jauh tanpa dibatasi sempadan ruang dan waktu.

2.6 Aplikasi Web 2.0 Dalam Pendidikan

Ciri-ciri e-pembelajaran berubah selaras dengan kemajuan dan pembangunan


teknologi pendidikan. E-pembelajaran pada peringkat awal lebih tertumpu kepada
strategi penyebaran maklumat. LMS (Learning Management System) digunakan oleh
IPT sebagai pelantar (platform) untuk menyampaikan bahan pembelajaran secara talian.
Kebanyakan bahan pembelajaran adalah di dalam bentuk teks atau persembahan dan
lebih bersifat informasi dan individualistik. Walaupun strategi pembelajaran lebih
berpusatkan pelajar, kolaborasi aktif antara pelajar dengan pelajar yang lain masih di
tahap minimum (Mohd Koharudin, 2004; Jaya Kumar, 2001). Sebagai contoh,
kolaborasi aktif hanya berlaku di dalam chat groups atau bulletin board antara pelajar
apabila mereka menghadapi masalah dalam menyelesaikan tugasan. Mengikut Ansary
(2009), kebanyakan institusi pengajian tinggi yang mengamalkan e-pembelajaran belum
lagi mencapai tahap yang tertinggi iaitu menggunakan sapenuhnya teknologi web 2.0.
IPT masih lagi menggunakan modul instruksional kendiri yang diakses dalam laman
web atau LMS, dan mencari maklumat dalam Google.
30

Kemunculan aplikasi web 2.0 seperti blog, wikis, facebook dan Youtube telah
membawa perubahan terhadap konsep dan kriteria e-pembelajaran Web 1.0. E-
pembelajaran pada peringkat awal lebih tertumpu kepada strategi penyebaran
maklumat. Sistem P&P yang menggunakan aplikasi Web 2.0 pula memberi penumpuan
kepada aspek renungan dan kolaborasi antara pelajar melalui penggunaan teknologi
komunikasi. P&P dengan menggunakan aplikasi Web 2.0 ini menekankan aspek
konstruksi pengetahuan melalui kolaborasi antara pelajar di dalam suasana terbuka, tidak
berstruktur dan bersifat sosial (social networking) (Pettaniti & Cigognini, 2007). Selain
itu, P&P dengan menggunakan aplikasi Web 2.0 turut menyenaraikan ciri-ciri yang
bersifat digital, mobil, berkait atau connected, peribadi (personal), ciptaan dan terbuka
(Wiley, 2008). Menurut Ehlers (2009), sistem P&P yang melibatkan aplikasi Web 2.0
boleh dikaitkan dengan ciri-ciri yang berikut:

i. Pembelajaran bersifat ubiquitous iaitu pembelajaran boleh berlaku di


mana-mana.

ii. Pembelajaran sepanjang hayat: Pembelajaran tidak terikat kepada mana-


mana institusi Pembelajaran berlaku dalam komuniti pembelajaran.
Pelajar melibatkan diri dalam komuniti pembelajaran yang terbuka dan
komuniti pembelajaran yang terhad

iii. Pembelajaran bersifat formal dan tidak formal, boleh berlaku di rumah,
tempat kerja atau pada masa lapang.

iv. Pembelajaran tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada pengajar atau


institusi pengajian.

Melalui huraian yang telah diberikan, bolehlah dirumuskan bahawa e-


pembelajaran konvensional lebih bersifat kepada penyebaran maklumat, manakala e-
pembelajaran menggunakan aplikasi Web 2.0 memberikan penekanan kepada strategi
pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dalam persekitaran sosial. Walaupun e-
31

pembelajaran konvensional telah berhijrah ke e-pembelajaran yang menggunakan


aplikasi Web 2.0, objektif utama penggunaan e-pembelajaran masih sama iaitu
meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan sikap pelajar dengan bantuan teknologi.

2.6.1 Penggunaan Blog Dalam Pendidikan

Penggunaan blog sebagai media untuk menyampaikan maklumat oleh organisasi


atau individu semakin popular. Blog merupakan salah satu platform terbaik untuk
digunakan dalam pendidikan kerana blog merupakan saluran info yang mudah
diselenggara, malah boleh didapati dengan percuma. Guru dan pensyarah tidak perlu
menguasai kemahiran pengaturcaraan (programming) untuk menghasilkan laman blog
mereka sendiri. Blog menyediakan peluang kepada para blogger untuk mengumpulkan
kumpulan komu iti daripada masyarakat luar yang boleh terdiri daripada pelbagai pihak
yang berbeza latar belakang sebagai komuniti di dalam blog. Menurut Lovely (2009),
blog dapat memberi kuasa kepada kanak-kanak atau pelajar mudasatu suara yang akan
didengari oleh komuniti umum. Terdapat beberapa organisasi blog yang menyediakan
tapak blog secara percuma. Contohnya http://blogspot.com/ , http://wordpress.com dan
http://edublogs.org/.

Guru atau pensyarah tidak harus ketinggalan mempelajari cara membangunkan


blog, mengaplikasi prinsip pedagogi dalam menggunakan blog apabila mengendalikan
sesuatu kursus, dan mengeksploitasi kemudahan yang ada dalam blog. Berbanding
dengan format html untuk sesuatu laman web yang menggunakan teknologi Web 1.0,
format blog menggunakan teknologi Web 2.0 adalah lebih mudah digunakan dan
memenuhi ciri-ciri teknologi masakini. . Kesemua menu, paparan tema, wijet dan tools
untuk menyelenggara blog telah tersedia.
32

2.6.2 Penggunaan Rangkaian Sosial Dalam Pendidikan

Laman rangkaian sosial merupakan salah satu aplikasi Web 2.0 yang menjadi
kegilaan remaja pada masa kini. Seperti yang diketahui, majoriti golongan remaja
merupakan pelajar. Oleh itu, para guru dan pensyarah seharusnya menggunakan medium
rangkaian sosial ini untuk mendekati para pelajar. Facebook merupakan salah satu
rangkaian sosial yang sering digunakan pelajar. Pelbagai aplikasi yang terdapat di
Facebook seharusnya digunakan oleh guru dan pensyarah di dalam proses P&P. Contoh
aplikasi yang boleh digunakan ialah dengan menubuhkan kumpulan di dalam Facebook
itu sendiri yang mana para pelajar dan pensyarah boleh berbincang dan berkomunikasi
mengenai sesutu topik pembelajaran di dalam kumpulan tersebut. Di samping itu,
pensyarah ataupun pelajar boleh memuat naik nota.untuk sama-sama berkongsi
maklumat. Keistimewaan aplikasi memuat naik video di dalam Facebook juga boleh
digunakan oleh para pelajar dan pensyarah dengan memuat naik video yang berkaitan
dengan topik pembelajaran.

2.6.3 Penggunaan Laman Perkongsian Media Dalam Pendidikan

Aplikasi perkongsian media seperti Youtube, Scribd dan Flickr juga dapat
menyumbang terhadap bidang pendidikan. Penggunaan aplikasi Youtube contohnya
dapat membantu para pelajar berkongsi dan bertukar-tukar maklumat berkaitan sesuatu
video. Para pelajar biasanya lebih tertarik dan lebih mudah memahami pembelajaran
yang melibat pelbagai media seperti grafik, video, animasi dan bunyi. Selain itu, aplikasi
Scribd juga dapat membantu dalam bidang pendidikan kerana para pelajar dapat memuat
turun nota-nota berkaitan pelajaran yang dikongsi oleh pengguna di seluruh dunia.
Perkongsian bijak ini membantu pelajar menerokai dan meluaskan pemahaman mereka
mengenai sesuatu topik pembelajaran.
33

2.6.4 Penggunaan Wiki Dalam Pendidikan

Wiki menjadi salah satu platform baru yang unik dalam penyebaran maklumat.
Melalui wiki pengguna bebas memasukkan maklumat dan melakukan suntingan sendiri
terhadap data yang disumbangkan kepada pengguna lain. Perkembangan ini membuka
satu lembaran baru dalam dunia pendidikan. Enseklopedia bebas sepertin Wikipedia
merupakan contoh terbaik bagaimana sistem wiki berfungsi sebagai sumber rujukan
pendidikan dalam pelbagai bahasa. Selain itu inovasi terkini wiki diperkenalkan oleh
Wikispaces (www.wikispaces.com) sebagai salah satu platform perkongsian maklumat
pendidikan. Potensi penggunaaan wiki amat luas dan mampu berkembang pada masa
akan datang dalam pelbagai bidang yang lain.

2.7 Kajian Lepas Tentang Aplikasi Web 2.0

Hamizah Laile (2009) telah menjalankan kajian mengenai persepsi bakal guru
mengenai aplikasi Web 2.0 di dalam pembelajaran tidak formal dan perkaitannya
dengan gaya pembelajaran. Dapatan yang diperolehi menunjukkan bahawa penerimaan
bakal guru mengenai aplikasi Web 2.0 dalam pembelajaran tidak formal adalah tinggi.
Selain itu, dapatan kajian juga menunjukkan tiada perhubungan di antara gaya
pembelajaran dan penerimaan bakal guru mengenai aplikasi Web 2.0 sebagai bahan
penhajaran secara tidak formal.

Kajian lain yang dijalankan oleh Nurulhidayah (2009) meneroka penggunaan


Web 2.0 dari aspek perkongsian maklumat. Kajian ini dijalankan terhadap pelajar tahun
dua Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Dapatan kajian ini menunjukkan
tahap kesedaran pelajar terhadap penggunaan Web2.0 sederhana, manakala kemudahan
Web2.0 yang paling popular adalah Wikipedia, faktor dominan yang mendorong pelajar
untuk menggunakan Web 2.0 adalah faktor kelebihan Web2.0 itu sendiri, faktor
persekitaran dan faktor pembelajaran.
34

Oleh itu, dengan penemuan daripada kajian lepas ini akan dapat dijadikan sebagai
garis panduan dan diharapkan dengan penyelidikan yang dijalankan ini akan memberi
faedah kepada pendidikan. Penemuan-penemuan ini amat berguna terutamanya kepada
guru-guru, para pelajar, Kementerian Pelajaran dan seluruh masyarakat secara
keseluruhannya.

2.8 Penutup

Dalam bab ini, penyelidik ingin menghuraikan beberapa tajuk yang berkaitan
dengan kajian ini.Tajuk-tajuk yang dibincangkan ialah teknologi sebagai media
pendidikan, perkembangan internet, sistem e-pembelajarn dan kebihannya, sejarah dan
definisi Web 2.0 serta ciri-ciri aplikasi Web 2.0. Bagi mengakhiri bab ini, penulis
menyenaraikan kajian-kajian lepas yang berkaitan dengan aplikasi Web 2.0.
BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan

Aspek yang dibincangkan dalam bab ini berkaitan dengan kaedah penyelidikan
atau prosedur yang digunakan. Aspek-aspek tersebut merangkumi rekabentuk kajian,
prosedur kajian, kajian populasi dan sampling, instrumen kajian, prosedur pengumpulan
data, analisis data dan masa kajian. Tujuan adalah metodologi kajian dijalankan adalah
untuk menyediakan rekabentuk kajian untuk mencari jawapan atas soalan kajian (Mohd
Najib Abdul Ghafar, 1999). Analisis dan pengajian data adalah satu perkara yang harus
dipertimbangkan untuk mendapatkan penemuan yang baik. Jadi, rekabentuk kajian dapat
membimbing penyelidik untuk mendapatkan maklumat dan data yang berkaitan dengan
tujuan kajian yang dilakukan.

3.2 Reka Bentuk Kajian

Kajian berbentuk tinjauan deskriptif adalah rekabentuk yang digunakan dalam


kajian ini. Menurut Gajendra (1981) kajian deskriptif membekalkan data-data yang
penting untuk penyelidikan dan membolehkan penerangan dilakukan terhadap sesuatu
fenomena dengan menganalisis data-data yang diperolehi dari soal selidik.
36

Kaedah soal selidik digunakan untuk mendapat latar belakang pelajar dari segi
jantina dan status pengajian responden. Selain itu, kaedah soal selidik juga digunakan
untuk mengenalpasti tahap penggunaan, faktor penggunaan dan keberkesanan
penggunaan aplikasi Web 2.0 dalam pembelajaran terhadap pelajar di UTM.

Kaedah ini adalah kaedah yang mudah. Sampel diberikan soal selidik untuk diisi
dan maklumat yang diperolehi diproses mengikut kaedah analisis oleh para
penyelidik. Alasan menggunakan kaedah soal selidikadalah kerana menjimatkan masa,
kos rendah, pengumpulan data lebih cepat dan responden dalam satu kumpulan boleh
digunakan. Selain itu, soal selidik dipilih kerana arahan dan soalan yang diberi adalah
piawai dan serupa kepada semua subjek (Mohd Majid, 2000).

Kajian ini secara keseluruhan berbentuk kuantitatif dan data diukur secara
statistik diskriptif seperti frekuensi dan peratusan sesuatu kumpulan data. Pengiraan min
juga digunakan untuk menerangkan taburan data. Selain itu, ujian-t bagi dua sampel
bebas turut dijalankan. Oleh itu kaedah ini amat bersesuaian dengan kajian bagi
meninjau tahap penggunaan aplikasi web 2.0 di kalangan pelajar, mengkaji faktor-faktor
penggunaan aplikasi web 2.0 dan mengenalpasti keberkesanan aplikasi 2.0 dalam
pembelajaran di kalangan pelajar

3.3 Prosedur Kajian

Untuk memastikan kelancaran sesebuah kajian prosedur kajian telah


dilakukan. Prosedur kajian memainkan peranan yang sangat penting kerana perancangan
terperinci akan memastikan bahawa kajian dapat dilakukan dengan baik dan lancar.

Prosedur kajian dimulakan dengan membuat penyelidikan awal berkaitan


aplikasi web 2.0. Seterusnya pengkaji mengenalpasti gambaran awal dan masalah kajian
bagi menentukan objektif dan persoalan kajian sebelum meneruskan penyelidikan.
37

Kemudian pengkaji menentukan skop, kepentingan kajian dan rasional kajian supaya
kajian ini mampu memberikan manfaat kepada pihak-pihak yang terlibat.

Beberapa sorotan kajian telah dilakukan oleh pengkaji untuk mengetahui dengan
lebih mendalam berkaitan tajuk kajian menerusi penulisan dan penyelidikan sebelum ini.
Langkah seterusnya, pengkaji menentukan metodologi kajian, instrumen kajian serta
memilih kaedah analisis data yang bersesuaian untuk digunakan. Pengkaji menjalankan
kajian rintis bagi menguji kesahan dan kebolehpercayaan instrumen kajian. Menurut
Pallant (2001), instrumen yang mempunyai nilai alfa melebihi 0.8 dikatakan boleh
dipercayai.

Setelah kajian rintis berjaya dilakukan proses pengagihan dan pentadbiran soal
selidik telah dilakukan ke atas respondan yang telah dikenalpasti. Selepas mengumpul
data, pengkaji menganalisis data dengan menggunakan perisisan Statistic Package For
Sosial Sciences (SPSS). Akhir sekali, pengkaji membuat perbincangan, kesimpulan dan
cadangan terhadap tajuk kajian yang telah dijalankan berdasarkan hasil keputusan
kajian. Rajah 3.1 merupakan prosedur kajian untuk penyelidikan ini.
38

Rajah 3.1: Carta Alir Prosedur Kajian


39

3.4 Tempat Kajian

Kajian penyelidikan ini dilakukan di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi


Malaysia. Faktor pemilihan lokasi ini adalah kerana responden terdiri daripada pelajar
dari jurusan teknologi pendidikan dan mereka menggunakan komputer dan internet
sewaktu proses pembelajaran.

3.5 Populasi dan Persampelan

Menurut Fraenkel et. al, (1990) populasi ialah sekumpulan sasaran penyelidik
supaya sesuatu dapatan kajian dapat diaplikasikan. Mohamad Najib (2003) pula
menyatakan, populasi ialah sekumpulan masyarakat yang mempunyai ciri yang sama.
Dalam kajian ini, populasi kajian terdiri daripada pelajar yang mengikuti program
Sarjana Pendidikan (Teknologi Pendidikan) Fakulti Pendidikan, Universiti Teknolgi
Malaysia (UTM), Skudai.

Bagi mewakili jumlah populasi yang besar, persampelan digunakan dengan


mengambil sebahagian set responden daripada populasi tersebut. Persampelan
merupakan strategi penyelidikan iaitu pengkaji boleh mendapatkan maklumat mengenai
sesuatu populasi daripada sebahagian individu yang menganggotai populasi tesebut.
Daripada sampel, penyelidik boleh menganggar parameter populasi seperti min, varians
dan sisihan piawai (Mohd. Najid Konting, 2000). Rational menggunakan sampel adalah
untuk memudahkan kajian yang akan dijalankan. Penggunaan sampel adalah memadai
untuk mewakili jumlah sebenar populasi tanpa mengambil seluruh populasi kajian
dengan menggunakan kaedah persampelan yang betul. Pertambahan saiz sampel akan
lebih mewakili populasi dan dapat mengurangkan ralat persampelan (Mohd Majid,
1998).
40

Penentuan saiz sampel adalah merujuk kepada Krejcie dan Morgan (1990),
melalui jadual penentu saiz sampel berdasarkan populasi menyatakan jika jumlah
populasi menyatakan jika jumlah populasi seramai 55 orang maka sampel adalah 48
orang. (rujuk Lampiran A)

Pengkaji telah menentukan secara khusus sampel yang menjadi pilihan. Pengkaji
memilih sampel yang terdiri daripada pelajar yang mendaftar bagi program Sarjana
Pendidikan (Teknologi Pendidikan) bagi sesi 2009/2010 semester 1 iaitu seramai 86
orang. Maka sampel bagi kajian ini adalah seramai 70 orang. Jadual Jadual 3.1
menunjukkan bilangan populasi yang dikenalpasti daripada Jabatan Dekan Fakulti
Pendidikan.

Jadul 3.1: Taburan populasi dan sampel kajian.

Kursus Pengajian Populasi Sampel

Sarjana Pendidikan (Teknologi Pendidikan) 86 70


Semester I 2009/2010

Jumlah 86 70

3.6 Instrumen Kajian

Kajian penyelidikan ini menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian


Rasional menggunakan kaedah soal selidik adalah kerana memudahkan penyelidik
mendapatkan maklumat-maklumat yang tepat yang diperlukan berdasarkan item soalan
kajian. Ini memudahkan responden menjawab soal selidik berbanding soalan jenis
terbuka di samping dapat menjawab dengan lebih selesa. Rahsia tentang diri seseorang
responden juga adalah terjamin sepenuhnya. Kelebihannya lain menggunakan borang
41

soal selidik ialah dapat menjimatkan masa yang diambil oleh seseorang responden untuk
memberikan maklum balas kepada setiap persoalan yang diberikan (Sulaiman, 1996).

3.6.1 Soal Selidik

Soal selidik adalah teknik yang umum digunakan oleh para penyelidik. Ini adalah
teknik di mana responden diminta untuk memberikan jawaban atas pertanyaan-
pertanyaan atau item bertanya.Keistimewaan menggunakan set soal selidik untuk
penelitian ini adalah ia dapat meningkatkan ketepatan maklumat yang diperolehi dari
responden. Hal ini kerana maklumat yang diperolehi daripada responden melalui set soal
selidik tidak akan terpengaruh oleh para penyelidik, terutama dalam hal emosi (Mohd
Majid, 2003).

Menurut Khalid Johari (2003), penggunaan soal selidik merupakan suatu bentuk
alat pengumpulan data yang digunakan oleh banyak penyelidik. Hal ini kerana soal
selidik dapat mengumpulkan data secara berstruktur dan standard. Selain itu, instrumen
yang mudah dikendalikan, menjimatkan masa, wang dan fikiran penyelidik selama
pengumpulan data.Menurut (Marshall dan Rossman, 1999), soal selidik memiliki
kekuatan sendiri untuk mendapatkan maklum balas tentang kajian antarabangsa, mudah
dimanipulasi dan mengkategorikan data untuk dianalisis. Data juga dapat diurus dengan
mudah dan berkesan disamping menguji kesahihannya.

Penggunaan set soal selidik mempunyai kebaikan dari segi kebolehpercayaan


lebih tinggi. Menurut Azizi et al. (2007), setiap respondan menerima set soalan dan frasa
yang sama. Ketiadaan penemu duga ataupun pihak ketiga, menyumbang kepada maklum
balas standard. Penstandardan yang lebih baik, terutamanya melalui kegunaan instrumen
berstruktur, bermakna kebolehpercayaan lebih tinggi.
42

Set soal selidik untuk kajian ini mengandungi empat bahagian iaitu bahagian A ,
bahagian B , bahagian C dan bahagian D. Segala keputusan adalah berdasarkan soal
selidik yang telah diedarkan kepada respondan. Bahagian A menggunakan senarai
semak jenis Thurtson yang mana soal selidik adalah berkaitan dengan profil respondan
termasuk latar belakang respondan. Dalam bahagian A, item-item yang dikemukakan
adalah seperti jadual 3.2 .

Jadual 3.2: Profil Responden

Bil Item
1. Jantina
2. Status Pengajian

Soal selidik untuk Bahagian B mengkaji pengetahuan responden tentang aplikasi


Web 2.0. Untuk bahagian ini, responden diberi contoh-contoh aplikasi Web 2.0. 3
pilihan jawapan diberikan seperti dalam Jadual 3.3.

Jadual 3.3: Pilihan Jawapan Bahagian B

Item Nilai Skor


Tidak Pernah Tahu Aplikasi Tersebut 1
Tahu Tetapi Tidak Pernah Menggunakan 2
Aplikasi Tersebut
Pernah Menggunakan Aplikasi Tersebut 3

Soal selidik dalam bahagian C dan D pula adalah berasaskan Skala Likert yang
mengandungi lima nilai skor seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 3.4 di bawah. Untuk
bahagian C, responden diuji tentang faktor-faktor penggunaan aplikasi Web 2.0
43

manakala untuk bahagian D responden diuji tentang keberkesanan aplikasi Web 2.0
dalam pembelajaran.

Untuk mendapatkan data dalam jumlah yang banyak dan dalam jangka masa
yang singkat, Kaedah Likert merupakan instrumen kajian yang paling mudah untuk
digunakan. Ia juga mudah ditadbir serta maklumat yang diperoleh daripada respondan
melalui kaedah ini juga mudah untuk dianalisis. Dengan menggunakan Skala Likert,
responden hanya perlu menandakan jawapan mereka tentang soalan berdasarkan satu
skala dari satu ekstrim ke satu ekstrim yang lain (Mohd Najib, 1999). Maka ia tidak akan
mengambil masa yang lama untuk menjawab. Menurut Oppenheim (1967) dalam
Norliza (2000), Skala Likert sesuai digunakan kerana ia mempunyai tahap kepercayaan
yang tinggi iaitu 86%.

Jadual 3.4: Taburan Skala Likert


Aras Singkatan Nilai Skor
Sangat Setuju SS 5
Setuju S 4
Sederhana Setuju SST 3
Tidak Setuju TS 2
Sangat Tidak Setuju STS 1

Jadual 3.5 merupakan pembahagian item soal selidik mengikut bahagian.


44

Jadual 3.5: Pembahagian item soal selidik mengikut bahagian

Bahagian Komponen Jumlah Item


A Profil responden. 2
B Mengkaji tahap penggunaan aplikasi web 2.0 12
dalam kalangan pelajar
C Mengkaji faktor-faktor penggunaan aplikasi
web 2.0 dalam kalangan pelajar
a) Blog 5
b) Rangkaian Sosial 5
c) Perkongsian Media 9
d) Wiki 4
D Mengkaji keberkesanan aplikasi Web 2.0 7
dalam pembelajaran

3.7 Kajian Rintis

Menurut Azizi et al. (2007), kajian rintis adalah berguna bagi mendedahkan
kekeliruan dan soalan bermasalah yang wujud dalam instrumen kajian. Oleh itu,
sebelum kajian sebenar dijalankan, satu kajian rintis diadakan terlebih dahulu ke atas
beberapa pelajar berlainan daripada responden yang sebenar. Tujuan utama kajian rintis
adalah untuk menentukan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen. Kajian rintis juga
dijalankan untuk mengenalpasti sebarang kelemahan yang wujud dengan instrumen yang
dibina dan permasalahan yang mungkin akan timbul semasa pengumpulan data sebenar
dijalankan.

Mengikut Mohd. Najib (2003), jumlah responden seramai 15 hingga 20 orang


sudah mencukupi untuk analisis kesahan dan kebolehpercayaan. Untuk itu penyelidik
telah mengambil 15 orang responden yang mempunyai ciri-ciri yang hampir sama
45

dengan responden kajian sebenar bagi menjayakan kajian rintis. Set soal selidik yang
dijawab oleh mereka dianalisis untuk menentukan kebolehpercayaan dan kesahan soal
selidik tersebut. Ujian statistik Alpha Cronbach telah dijalankan ke atas data soal selidik
dan diproses dengan menggunakan perisian Statistic Package For Social Sciences
(SPSS).

3.7.1 Kesahan

Menurut Mohd Najib (1999), kesahan merujuk kepada kesesuaian interpretasi


yang dibuat daripada markah ujian dan lain-lain keputusan penilaian dengan merujuk
kepada kegunaan tertentu penilaian tersebut dan alat taksiran yang mengukur apa yang
patut ia ukur adalah sah. Kesahan dan kebolehpercayaan boleh ditentukan dengan
menggunakan pelbagai kaedah. Untuk mendapatkan kesahan dalam soal selidik
penyelidik membuat penentuan objektif serta gagasannya melalui pernyataan konsep,
konstruk dan takrif operasi serta jadual spesifikasi. Penyelidik turut mendapatkan
kesahan item daripada pakar yang terdiri daripada pensyarah dan menjalankan kajian
rintis bagi mengesan sebarang masalah yang terdapat dalam set soalan borang soal
selidik yang akan digunakan sebagai instrumen kajian ini. Lampiran C menunjukkan
pengesahan soal selidik daripada pakar.

3.7.2 Kebolehpercayaan

Kebolehpercayaan merujuk kepada ketekalan (konsisten) keputusan sesuatu


kajian itu. Menurut Sekaran (2003), kebolehpercayaan instrumen menunjukkan
sejauhmana instrumen itu tanpa ralat, lalu memastikan pengukuran yang konsisten pada
masa yang berbeza dan item-item yang pelbagai dalam instrumen. Khalid Johari (2003)
pula berpendapat bahawa kepercayaan sesuatu instrumen kajian ialah ketekalan
instrumen kajian itu mengukur konstruk. Dengan kata lain, sesuatu instrumen dikatakan
46

mempunyai kebolehpercayaan yang rendah dan tidak tekal apabila menghasilkan


markah yang berbeza terhadap konstruk yang sama.

Menurut Creswell (2003), kebolehpercayaan yang tinggi mempunyai nilai Alpha


Cronbach melebihi 0.80. hal yang sama turut dinyatakan oleh Mohd Najib (2001) yang
menyatakan bahawa alat ukuran yang mempunyai nilai Alpha Cronbach 0.80 ke atas
mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi. Kerlinger (1973) pula menyatakan bahawa
semakin tinggi nilai kebolehpercayaan bermaksud semakin rendah ralat alat ukuran
tersebut. Anastasi (1965), turut menyatakan bahawa sesuatu alat kajian dianggap baik
sekiranya nilai kebolehpercayaan berada pada julat 0.7 hingga 0.9. Jadual 3.6 berikut
menunjukkan julat pekali bagi Alpha Cronbach dengan kekuatannya.

Jadual 3.6: Pekali Alpha Cronbach

Julat (Positif/Negatif) Kesukaran Nilai & Kekuatan


0.0-0.2 Sangat Lemah
0.2-0.4 Lemah
0.4-0.7 Sederhana
0.7-0.9 Tinggi/kuat
0.1.0 Sangat Tinggi

Setelah menjalankan kajian rintis, nilai Alpha Cronbach yang diperolehi bagi
keseluruhan item di dalam set soal selidik ialah 0.7494. Hal ini menunjukkan tahap
kebolehpercayaan item-item adalah tinggi. Sila rujuk LAMPIRAN G
47

3.8 Pengumpulan dan Analisis Data

Menurut Schward (1997), analisis data merupakan aktiviti untuk memberi


makna, menginterpretasi atau memberi teori kepada data. Mohd Sharif (2001)
menyatakan bahawa tujuan penganalisaan data ialah untuk mencari makna dalam data
dan ini dijalankan secara menyusun dan membentangkan maklumat secara sistematik.
Setelah kajian rintis dijalankan, kajian sebenar dilakukan dan set soal selidik diedarkan
kepada respondan mengikut bilangan yang telah ditetapkan iaitu seramai 70 orang. Data
yang diperoleh daripada 70 orang responden ini dianlisis secara sistematik dengan
menggunakan perisian Statistic Package For Social Sciences (SPSS) . Menurut Mohd
Fadzli et al. (2006) perisian ini digunakan adalah untuk mendapatkan nilai frekuensi,
peratus dan min daripada data yang telah diperoleh. Nilai peratusan data dikira dengan
membahagikan jumlah skor dengan bilangan responden dan di darabkan dengan seratus

Nilai Min pula adalah purata dengan mencampurkan semua skor dan
dibahagikan dengan jumlah responden atau item. Nilai min yang diperolehi daripada
penganalisaan data akan menentukan tanggapan negatif atau positif terhadap sesuatu
aspek yang dikaji. Nilai ini menerangkan kecenderungan setiap pemboleh ubah secara
purata (Mohd Najib, 2003). Pengiraan min digunakan untuk menentukan setiap tahap
kecenderungan responden dalam menilai persoalan kajian (Wiersma, 1995). Julat skor
min yang diperolehi adalah antara 1.00 hingga 5.00. Bagi tujuan analisa, beza julat
maksimum dan minimum dibahagikan kepada tiga. Skor min antara 1.00 hingga 2.33
sebagai tahap rendah, min 2.34 hingga 3.67 tahap sederhana dan min 3.68 hingga 5.00
tahap tinggi seperti dalam jadual 3.7 :
48

Jadual 3.7: Tahap Analisis Min

Bil Min Skor Tahap


1 1.00 – 2.33 Rendah
2 2.34 – 3.67 Sederhana
3 3.68 – 5.00 Tinggi
(Sumber: Mohd Majid, 2003)

Selain itu, ujian-t jenis dua sampel bebas ((Independent-Samples T-Test)


digunakan untuk menguji kewujudan perbezaan antara min satu pembolehubah bagi dua
kumpulan sampel yang tidak saling bergantungan. Terdapat beberapa syarat untuk
menguji perbezaan min ini iaitu skala pengukuran mestilah sela (interval) atau nisbah
(ratio) sahaja, menggunakan persampelan rawak dan mestilah bertaburan normal. Selain
itu, saiz sampel pula haruslah mempunyai nilai 10 atau lebih (Mohd Salleh & Zaidatun,
2001). Dalam kajian ini, pengkaji telah membandingkan min antara tahap pemggunaan
blog dengan jantina. Berikut adalah hipotesis bagi perbandingan min antara tahap
pemggunaan blog dengan jantina :

H0 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara min tahap


keberkesanan aplikasi Web 2.0 dengan jantina.

H1 : Terdapat perbezaan yang signifikan di antara min tahap

keberkesanan aplikasi Web 2.0 dengan jantina.

Selain itu, pengkaji telah membandingkan min antara tahap pemggunaan blog
dengan status pengajian pelajar. Berikut adalah hipotesis bagi perbandingan min antara
tahap pemggunaan blog dengan status pengajian pelajar :
49

H0 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara min tahap

keberkesanan aplikasi Web 2.0 dengan status pengajian pelajar.

H1 : Terdapat perbezaan yang signifikan di antara min tahap

Keberkesanan aplikasi Web 2.0 dengan status pengajian pelajar.

Beberapa kaedah pemprosesan data telah digunakan dalam menganalisa data


yang dikumpul. Melalui penganalisisan ini, pengkaji memperoleh keputusannya dalam
bentuk frekuensi, peratusan dan min. Setiap item akan dianalisis, dikumpulkan mengikut
aspek dan dipersembahkan dalam bentuk jadual kekerapan, peratus dan min. Jadual 3.8
menunjukkan kriteria yang digunakan dalam menganalisis data.

Jadual 3.8: Jadual Ringkasan Pengujian Statistik Objektif Kajian

Bahagian Objektif Kajian Analisis Data

Bahagian A Latar Belakang pelajar Frekuensi, Peratus (%),

Bahagian B Pengetahuan Tentang Aplikasi Frekuensi


Web 2.0

Bahagian C Faktor Penggunaan Aplikasi Min, Peratus (%),


Web 2.0

Bahagian D Keberkesanan Aplikasi Web 2.0 Min, Peratus (%)


Dalam Pembelajaran Ujian-t tahap keberkesanan
aplikasi Web 2.0 dengan jantina
Ujian-t tahap keberkesanan aplikasi
Web 2.0 dengan status pengajian.
50

3.9 Penutup

Di dalam bab ini, penyelidik telah menyatakan beberapa langkah yang telah
digunakan sewaktu kajian dijalankan. Prosedur-prosedur yang telah dirancang di dalam
bab tiga ini adalah bagi memudahkan proses kajian dijalankan dan seterusnya akan dapat
memberi panduan serta petunjuk kepada pengkaji dalam menyiapkan kajian ini dari awal
hingga tamat penyelidikan. Di dalam bab ini, pengkaji menetapkan reka bentuk kajian
yang digunakan iaitu kajian berbentuk deskriptif yang menggunakan kaedah tinjauan.
Populasi kajian adalah terdiri daripada pelajar yang mengikuti program Sarjana
Pendidikan (Teknologi Pendidikan) Fakulti Pendidikan, UTM, Skudai. Bagi instrumen
kajian pula, pengkaji telah memilih untuk menggunakan set soal selidik . Akhir sekali,
penerangan ringkas mengenai kajian rintis dan kaedah penganalisaan data turut
dihuraikan.

You might also like