You are on page 1of 3

Minit Mesyuarat Program Kesihatan Sekolah Kali Pertama 2013

Sekolah Kebangsaan Taman Rasah Jaya Bil. 1/2013

Tarikh : 25 April 2013

Hari : Khamis

Masa : 10.30 pagi

Tempat : Bilik Guru Besar, SK Taman Rasah Jaya

Kehadiran :

Penaung : Tn. Haji Azami Bin Yusof


(Guru Besar SK Taman Rasah Jaya)
Penasihat : En. Shamsuddin Bm Mohamad
(Guru Penolong Kanan Pentadbiran)
Pengerusi : Puan Sharifah Faezah Bt. Syed Alwee
(Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)
Naib Pengerusi : Encik Norhisham Bin Otman
(Ketua Panitia Pendidikan Jasmani)
Setiausaha : Saudara Mohd. Amirul Bin Awang
Bendahari : Saudara Mohamed Syafiq Bin Mohamad Karim
AJK Kebajikan : Puan Nor Hafizah Binti Ab Shukor
(Guru Prasekolah Gemilang)
AJK Tugas Khas : Encik Mohd Syafawi Bin Ishak
(Guru Pendidikan Jasmani)

Tidak hadir : Tiada


Agenda :
1. Ucapan Pengerusi – Guru besar, SK Taman Rasah Jaya
1.1 Majlis dimulakan dengan membaca Ummul Kitab Al-Fatihah.
1.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang hadir.
1.3 Sokongan dan kerjasama daripada semua guru amat diperlukan.

2. Perkara Berbangkit
2.1 Menyenarai pendek alatan serta kemudahan yang hendak digunakan
dan memastikan alatan dan kemudahan tersebut dapat berfungsi dengan baik.
2.2 Menyenarai pendek aktiviti yang bakal dilakukan semasa program dan
meminta pendapat serta cadangan daripada guru-guru yang lain.
2.3 Menetapkan tempat dan tarikh yang sesuai untuk menjalankan program.

3. Pengesahan
3.1 Aktiviti yang akan dijalankan telah dipersetujui oleh ahli jawatankuasa yang
lain.
3.2 Tempat dan tarikh program sudah ditetapkan iaitu di Prasekolah Gemilang,
SK Taman Rasah Jaya pada 25 April 2013.
3.3 Semua alatan dan kemudahan yang diperlukan berada dalam keadaan yang
baik.
3.4 Seramai 25 orang murid akan terlibat dalam program ini.

4. Hal-hal lain
4.1 Tuan Guru Besar mengharapkan kerjasama daripada semua ahli
jawatankuasa sepanjang program berlangsung.
4.2 Satu salinan kertas kerja dan laporan hendaklah diserahkan kepada pihak
sekolah sebagai bukti dan rekod program telah berlangsung.

5. Penutup
5.1 Majlis diakhiri dengan bacaan Surah Al-Asr dan mesyuarat ditangguhkan
pada jam 11.15 pagi.
Disediakan oleh,

...................................................
(Mohd Amirul Bin Awang)
Guru Pelatih IPG Kampus Raja Melewar,
Sek Keb Tmn Rasah Jaya,
Negeri Sembilan.

Disahkan oleh,

...............................................................
Puan Sharifah Faezah Bt. Syed Alwee
(Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid),
Sek Keb Tmn Rasah Jaya,
Negeri Sembilan.

You might also like