You are on page 1of 4

Laporan Lawatan ke Luanti Fish Spa, Tagal Kg.

Luanti

Rombongan kami telah membuat lawatan ke Luanti Fish Spa di Sungai Moroli iaitu yang berada
di Kg. Luanti pada 13 November 2018, jam 2:00 tengah hari. Ketika kami sampai di sana, kami telah
membeli tiket masuk yang berharga RM5.00 untuk merendam kaki sahaja.

Di Luanti Fish Spa ini, kami boleh merendam kaki untuk digigit oleh ikan-ikan di dalam sungai.
Ianya ibarat spa kaki. Hal ini dipanggil spa kerana ikan-ikan tersebut mencium kulit kaki kita dan secara
tidak langsung ia memakan sel-sel kulit yang telah mati.

Ikan-ikan tersebut mengigit dengan perlahan kulit kita kerana ia dalam kelaparan, oleh itu ia memakan
sel-sel kulit yang mati dan ia menyebabkan kulit kita menggelupas (exfoliate), bersih, dan melembutkan
kaki kita.

Selain daripada itu, kami juga dapat memberikan ikan makanan-makanan yang dapat dibeli di kaunter.
Kami telah diberi masa selama 15 minit untuk bersama dengan ikan-ikan ini.
Berikut merupakan spesies ikan yang ada di sungai ini.
Terdapat juga peraturan-peraturan yang perlu kami patuhi semasa di sungai tersebut. Berikut
merupakan peraturan tersebut.

Lawatan kami berakhir sekitar jam 3 petang. Terdapat perkara baru yang telah dipelajari semasa
membuat lawatan ini. Dilampirkan gambar-gambar di sekitar lawatan seperti berikut.
Lampiran

You might also like