You are on page 1of 8

.

MINIT MESYUARAT KOKURIKULUM


KALI KETIGA 2018

17 OKTOBER 2018
RABU
2.30 PETANG

ANJUNG MINDA LESTARI


SK KODIANG

0
.

‫سکوله کبڠسأن کودياڠ‬


SEKOLAH KEBANGSAAN KODIANG
06100 KODIANG, KEDAH DARUL AMAN
Tel / Faks : 04-9255726 email :
skk.ppdkp@gmail.com

SEKOLAH KEBANGSAAN KODIANG


06100 KODIANG, KEDAH DARUL AMAN.

MINIT MESYUARAT KOKURIKULUM


BIL 3 TAHUN 2018

HADIR :

1. En. Nik Mohamad Jafrizal b. Nik Abdullah - Pengerusi


2. En. A. Majid b. Ramle - Naib Pengerusi
3. En. Ku Ammar b. Ku Ismail - Penolong Kanan HEM
4. Pn. Norhayati bt. Yusof - Penolong Kanan Kokurikulum
5. En. Nasri b. Mat Saman - Penolong Kanan Pendidikan Khas
6. Puan Zaiyatun Kamaliah binti Ishak - Setiausaha Kokurikulum
7. Puan Masitah binti Abu Seman - Setiausaha Sukan /Penyelaras 1M1S Sofbol
8. Puan Fazlina binti Rosli - Setiausaha Perayaan /
Penyelaras Kelab Rukun Negara
9. Puan Sharifah Rohaya binti Syed Abdullah - Penyelaras Kelab / Persatuan
10. Encik Mohd Amiruddin bin Zulkafly -Penyelaras 1M 1S / Sukan Permainan
11. Puan Noraini binti Ahmad -Penyelaras Unit Beruniform
12. Encik Abdul Haris bin Hassan -Penyelaras TKRS
13. Puan Hasliza binti Haron -Penyelaras Tunas Puteri
14. Puan Che Rohana binti Hashim -Penyelaras Puteri Islam
15. Encik Adnan binti Awang -Penyelaras PBSM
16. Encik Aznan bin Abdullah -Penyelaras Pengakap
17. Puan Hjh Zainab bin Hassan -Penyelaras Bahasa Melayu
18. Encik Sulaiman bin Abd Aziz -Penyelaras Bahasa Inggeris
19. Puan Norishma binti Zainudin -Penyelaras Sains Matematik
20. Encik Mohd Johari bin Ahmad -Penyelaras Pendidikan Islam
21. Puan Rozita binti Mat -Penyelaras Doktor Muda
22. Encik Hashim bin Mat Noh -Penyelaras 1M1S Bola Sepak
23. Puan Zabedah binti Idris -Penyelaras 1M1S Bola Jaring /
Pengurus Bola Jaring
24. Puan Noraini binti Ahmad -Penyelaras 1M1S Bola Tampar
25. Encik Khairul Anuar bin Bahrin -Penyelaras 1M1S Badminton
26. Puan Sarifah Jariah binti Sarif Hasan -Penyelaras 1M1S Bola Baling
27. Encik Muhammad Zahir b Abd Razak -Penyelaras RIMUP
28. Encik Muhairie bin Mustafa -Ketua Rumah Sukan
29. Encik Shaharudin bin Baharin -Pengurus Bola Baling
30. Puan Kasma binti Sharif -Pengurus Bola Tampar

1
.

TIDAK HADIR
1. Tiada

HADIR BERSAMA

1. Tiada

URUSETIA

1. Pn. Norhayati bint Yusof - Naib Pengerusi


2. Pn. Zaiyatun Kamaliah binti Ishak - Setiausaha

AGENDA I: PERUTUSAN PENGERUSI

1. Pengerusi mengucapkan selamat datang ke mesyuarat kokurikulum kali ketiga bagi tahun
2018 dan terima kasih kepada semua yang hadir.

2. Pihak sekolah amat berharap semua guru dapat bersedia dengan lawatan pemantauan
Pdpc dari pihak JPN yang dijangka pada 7 hingga 9 November 2018 . Tuan Guru Besar
memaklumkan pemantauan lebih berfokuskan ke arah PdPc Alaf 21. Beliau berharap agar
semua RPH yang dirancang dan ditulis berdasarkan format RPH terkini .

3. Bagi pemantauan fail sekolah, tuan guru besar telah membentangkan slaid yang telah
disediakan dan mendapat markah yang memuaskan untuk pihak sekolah. Pengerusi
mengucapkan tahniah kepada semua guru.

4. Pengerusi memaklumkan semua bilik darjah telah disusun mengikut PAK21 dan guru tidak
perlu bimbang kerana pemantauan adalah sekadar pemarkahan kerana sekolah terlibat
dalam pertandingan PAK21.

Makluman dan Tindakan: Semua


guru

AGENDA II: MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

5. Puan Zaiyatun Kamaliah binti Ishak membentangkan minit mesyuarat kurikulum kali kedua
untuk diterima dan disahkan.

6. Dicadangkan oleh: Encik Abdul Haris b. Hassan


Disokong oleh: Puan Zabedah binti Idris

Minit perlu diserahkan kepada pentadbir dalam masa seminggu.

2
.
Makluman dan Tindakan: Semua
guru

AGENDA III: PERKARA BERBANGKIT/ MAKLUM BALAS MESYUARAT

7. Pengerusi mengucapkan tahniah buat pasukan Sofbol sekolah dan Pasukan TKRS yang
berjaya mengharumkan nama sekolah di peringkat kebangsaan. Beliau berharap agar
kecemerlangan ini dikekalkan.

Makluman dan Tindakan: Semua guru

8. Perbelanjaan pasukan sekolah dalam sebarang pertandingan atau program mestilah


disediakan kertas kerja . Ini untuk memudahkan proses pembayaran dan keluaran wang
untuk perbelanjaan memandangkan ada pasukan yang berbelanja lebih dari sepatutnya.

Makluman dan Tindakan: Semua guru

AGENDA IV: PENGURUSAN KOKURIKULUM/

4.1 Hari Anugerah Cemerlang

9. Pn. Norhayati binti Yusof memaklumkan hasil dari keputusan Mesyuarat Pengurusan telah
menetapkan 13 November 2018 Selasa adalah Hari Anugerah Cemerlang peringkat
sekolah.

10. Raptai Hari Anugerah akan diadakan selama dua hari. Raptai penuh akan diadakan pada
hari kedua raptai.

11. Pihak sekolah juga bersetuju untuk menjemput wakil badan korporat perbankan yang
mampu memberi sumbangan kepada sekolah.

12. Jawatankuasa HAC telah pun diedarkan melalui edaran oleh Pn. Fazlina bt Rosli. Beliau
berharap agar guru yang telah diberi amanah agar melaksanakan sebaik mungkin program
yang dirancang.

13. Segala perbelanjaan perlu dirancang sebaik mungkin untuk mengelakkan pembaziran dan
mengikut peruntukan yang telah disediakan.

14. Mesyuarat Khas untuk Jawatankuasa HAC akan dimaklumkan di dalam kumpulan
Whatsapp.

Makluman dan Tindakan: AJK Hari Anugerah Cemerlang

4.2 Program Aktiviti Selepas Upsr

3
.
15. Pengerusi mengucapkan tahniah dan syabas buat AJK Tahun 6 kerana berjaya
menyediakan dan melaksanakan jadual Program Selepas UPSR . Kebanyakan aktiviti
dirancang mampu menarik minat murid Tahun 6 untuk hadir ke sekolah.

16. Pengerusi juga mengingatkan agar bab keselamatan murid ketika aktiviti atau program
dititikberatkan serta murid mampu memanfaatkan sebarang input yang diperoleh ketika
aktiviti dijalankan.

Makluman dan Tindakan: AJK Tahun 6

4.3 Perkhemahan Perdana Tahun 6

17. Pengerusi memaklumkan hasil dari perbincangan , Perkhemahan Perdana Tahun 6 akan
diadakan pada 15 dan 16 November ( Khamis dan Jumaat ) selama 2 hari 1 malam.

18. Jawatankuasa kerja perkhemahan telah pun diatur oleh Encik Fakhruzi bin Osman. Beliau
berharap agar guru yang terlibat dengan jawatankuasa dapat melaksanakan tugasan
dengan teratur dan baik.

19. Pengerusi mengingatkan agar faktor keselamatan murid dititikberatkan ketika aktiviti
dilaksanakan.

20. Pengerusi berharap agar program perkhemahan berjalan dengan lancar dan selamat.

Makluman dan Tindakan: Semua guru

4.4 Kejohanan Sofbol

21. Pengerusi memaklumkan pasukan Sofbol sekolah akan menyertai Kejohanan Sofbol
Peringkat Kebangsaan Zon Utara pada 11 hb November 2018 ( Ahad ) bertempat di Padang
SK Tambun Tulang, Perlis .

22. Encik Mohamad Amirrudin bin Zulkafly memaklumkan ,pasukan sekolah akan menghantar
satu pasukan lelaki dan satu pasukan perempuan yang terdiri daripada 32 orang pemain.

23. Tuan Guru Besar berharap agar ada kejayaan yang dibawa pulang berbaloi dengan usaha
gigih selama ini.

Makluman dan Tindakan: Semua


guru

AGENDA V : HAL-HAL LAIN

4
.
24. Pengerusi memaklumkan telah terdapat pemantauan pentaksiran bilik darjah (PBD)
melibatkan 13 matapelajaran berkaitan UPSR. PBD tahun 6 perlu disiapkan secepatnya
oleh guru matapelajaran berdasarkan perbincangan semua guru.

Makluman dan Tindakan: Guru tahun 6

25. Semua rekod PBD hendaklah disimpan sebagai rujukan.

Makluman dan Tindakan: Semua


guru

26. En Abdul Haris b. Hassan memaklumkan kaunseling sedang menjalankan Ujian Psikometrik
Pendidikan Khas dan mengambil masa sehingga hujung Oktober. Puan Zainab bt. Abd
Ghani berkata Ujian Psikometrik Pendidikan Khas akan dilaksanakan pada minggu ini.

Makluman dan Tindakan: Semua


guru

27. Puan Zaiyatun Kamaliah binti Ishak memaklumkan pengisian data PAJSK dan SEGAK
sedang di dalam proses dan akan siap diisi serta disemak sebelum tarikh tutup .

Makluman dan Tindakan: Semua guru

28. Jamuan kelas akan diadakan pada 18 November dan naik kelas akan diadakan pada 19
November murid prasekolah akan naik ke tahun 1 manakala 21 November akan diadakan
jamuan Tahun 6. Keputusan peperiksaan UPSR dijangka diumumkan pada 22 November
(Khamis).
Makluman dan Tindakan: Semua
guru

29. Tuan Guru Besar memaklumkan semua sekolah terlibat HIP. Guru Besar mencadangkan
agar menggunakan lantai untuk membuat floor game (inovasi untuk HIP SKK), tabung HIP
telah diadakan dan jumlah adalah RM 200. Peruntukan sebanyak RM 300 masih dicari
kerana peruntukan membuat floor game adalah RM 500. Permainan tersebut bolehlah
digunakan oleh murid ketika rehat dan bersantai. Murid diberikan masa untuk bersantai dan
bersosial ketika rehat.

Makluman dan Tindakan: Semua guru

AGENDA VI : PENUTUP

30. Guru Besar berharap berlaku silang tugas untuk penolong-penolong kanan agar berjaya
dengan program Transformasi untuk memastikan semua penglibatan (akan dirancang pada
tahun hadapan).

5
.
31. Beliau berharap agar semua unit yang berada di dalam Unit Kokurikulum dapat
melaksanakan tanggungjawab yang diberi dengan penuh amanah dan dedikasi demi
kemenjadian murid di dalam bidang kokurikulum .

32. Pengerusi juga memaklumkan LDP akan dilaksanakan mengikut permintaan dan keperluan
yang telah dipohon oleh guru-guru.

33. Guru Besar memaklumkan 10 aspirasi /harapan iaitu:


 Kasih sayang kepada semua
 Kolam ( dari bulan 7 sehingga siap) dan akan dijadikan Taman Merdeka
 Klinik Gigi ( cuba untuk pindahkan dari menggunakan surau )
 Disiplin dan adab ( contoh: membuat simulasi perjumpaan tetamu )
 Bilik mesyuarat ( dapat memenuhi semua staf sekolah )
 PAK 21 ( akan diteruskan dan dipergiat )
 Sekolah berinformasi ( maklumat di semua tempat/ sekitar sekolah )
 VLE Frog ( meningkatkan penggunaan ) dan VLE telah mencapai tahap yang
membanggakan
 Keceriaan ( tandas dan bilik darjah )
 Kehadiran ( mencari waris untuk membantu meningkatkan kehadiran murid )

34. Ucapan penangguhan oleh Pengerusi Majlis dengan bacaan tasbih Kafarah dan surah Al
Asr. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4:00 petang.

Urusetia

Tiada

Tarikh

26.10.2018

Disediakan oleh, Disemak oleh,

………………………………………….. ………………………………..
(PN. ZAIYATUN KAMALIAH BINTI ISHAK) (PN. NORHAYATI BT YUSOF)
Setiausaha, Naib Pengerusi,
Jawatankuasa Induk Kokurikulum, Jawatankuasa Induk Kokurikulum,
Sekolah Kebangsaan Kodiang. Sekolah Kebangsaan Kodiang,
06100 Kodiang, Kedah 06100 Kodiang, Kedah.

6
.
Disahkan oleh,

…………………………………………..
(EN. NIK MOHAMAD JAFRIZAL BIN NIK
ABDULLAH)
Pengerusi,
Jawatankuasa Induk Kokurikulum,
Sekolah Kebangsaan Kodiang,
06100 Kodiang, Kedah.

You might also like