You are on page 1of 4

SEKOLAH SJK(T) LDG EDENSOR,28400 MENTAKAB

MINIT MESYUARAT PANITIA REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI KALI KE-4/BIL(4)


TAHUN 2018

Tarikh : 14-11-2018

Masa : 2.00 -2.30 TENGAH HARI

Tempat : Bilik Sains

Pengerusi : Pn K/Malliga

Kehadiran(Bilangan) : 4 orang guru

Turut Hadir (Jika ada) : Pn.A.Letchumma (Guru Besar)

1.UCAPAN PENGERUSI

1.1 Pn K.Malliga selaku Ketua Panitia RBT mengalu-alukan Kehadiran semua ahli
panitia dalam mesyuarat panitia kali keempat bagi tahun 2018.
1.2 Ketua panitia mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua AJK Panitia
RBT kerana dapat menghadirkan diri pada mesyuarat kali ke-keempat bagi
tahun 2018.
1.3 Selaku ketua panitia RBT menyatakan bahawa1 program yang dirancang dapat
dijalankan dengan sempurna dengan kerjasama daripada semua ahli panitia.
1.4 Kesemua laporan bagi program tersebut juga dapat disediakan dalam tempoh
yang diberi oleh ketua panitia RBT.
1.5 Bagi matapelajaran RBT telah diadakan ujian sumatif . Guru
matapelajaran telah menyediakan soalan mengikut aras murid. Syabas dan
tahniah kepada semua guru matapelajaran RBT.
1.6 Pencerapan bagi guru RBT telah dijalankan bagi penggal Pertama dan penggal
kedua mengikut jadual yang ditetapkan.Semua guru RBT dapat menunjukkan
suatu PDP yang menyeronokan murid dan syabas diucapkan.
1.7 Penyemakan hasil kerja murid bagi RBT bagi penggal pertama
dan penggal kedua telah dijalankan mengikut jadual yang telah ditetapkan.
1.8 Selain itu,pentaksiran PBS perlu dijalankan sehingga pada 20 November.Semua
ahli panitia diminta menyediakan pelaporan PBS bagi RBT dan perlu diserahkan
kepada ketua panitia pada 20 November.
1.9 PCG kewangan Panitia RBT dapat digunakan dengan sempurna iaitu pembelian
Bahan - bahan bagi matapelajaran RBT.
1.10.1 UCAPAN GURU BESAR

1.10.1.1 Takwim bagi 2019 perlu dirancang dengan rapi dan juga pelan strategik
dirancang dengan betul.
1.10.1.3 Pencerapan guru bagi tahun depan juga perlu diikuti oleh ketua panitia dan
memastikan guru matapelajaran RBT mempunyai DSKP
yang terkini.
1.10.1.4 Bagi RBT buku latihan murid dan fail perlu mempunyai
latihan mengikut tahap murid dan ditanda dalam kadar segera.

1.10.1.6 Penggunaan PCG kewangan Panitia RBT dirancang untuk


membeli BBM.Laporan kewangan PCG panitia perlu dilampirkan dalam fail
panitia.
1

2.MEMBENTANGKAN DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LEPAS

Minit disahkan oleh:


Pencadang-Pn.I Shanmuga periya
Penyokong- En.R.Muralee

3. PERKARA BERBANGKIT

3.1 Program kursus dalaman bagi penyerapan elemen TMK diadakan bagi semua
guru.

4. ISU-ISU SEMASA

4.1 Program/TakwimTahunan 2018

4.1.1 Ketua panitia RBT membentangkan program dan aktiviti iaitu


takwim bagi tahun 2018 bagi Panitia RBT.
4.1.2 Selain itu selaku ketua panitia menyatakan 2 aktiviti yang akan dirancang bagi
tahun 2019

Tindakan-Semua AJK Panitia

4.2 Postmortem – Ujian Sumatif 2

4.2.1 Selaku ketua panitia RBT,ujian sumatif 2 bagi matapelajaran RBT telah
diadakan pada bulan September.
4.2.2 Kertas soalan ujian telah dibuat oleh guru yang mengajar dan dihantar untuk
penyemakan ketua panitia dan disahkan oleh guru besar.
4.2.3 Soalan ujian mengikut aras murid.Peratus keseluruhan bagi RBT 100% dan
GPS adalah 1.80. Manakala bagi TMK pula 100% dan GPS 1.98.
4.4 Pencerapan PDP Guru

4.4.1 Pencerapan bagi guru tahap 1 dan tahap 2 telah dijalankan mengikut jadual
bagi tahun 2018.
4.4.2 Jadual pencerapan perlu diambil perhatian oleh guru matapelajaran
RBT bagi tahun 2019.

Tindakan-Makluman

4.5 Penyemakan Hasil Kerja Murid

4.5.1 Penyemakan buku latihan telah dijalankan mengikut jadual yang telah
ditetapkan.Semua ahli RBT telah menghantar buku latihan dan fail
murid mengikut jadual.
4.5.2 Fail murid perlu dihantar semasa penyemakan hasil kerja murid.
4.5.3 Pentaksiran PBS perlu dijalankan sehingga pada 20 November.Semua
ahli panitia diminta menyediakan pelaporan PBS bagi Pendidikan Kesihatan
danperlu diserahkan kepada ketua panitia pada 20 November.
4.4.4 Pelaporan PBS murid perlu disahkan oleh guru besar dan masukkan dalam fail
murid dan S/U peperiksaan.

Tindakan-Makluman
\
4.7 Pengurusan Kewangan

4.6.1 PCG bagi Panitia RBT telah digunakan untuk membeli alatan bengkel untuk
projek murid.
Tindakan-Makluman

5. HAL-HAL LAIN

5.1 Ketua panitia RBT mengucapkan ribuan terima kasih di atas kerjasama semua
ahli panitia RBT untuk menjayakan mesyuarat panitia kali keempat.

PENUTUP

a) Ucapan penangguhan oleh pengerusi mesyuarat.

b) Mesyuarat ditangguhkan pada 2.30 tengahari.

Disediakan :\

………………..
(Pn K.Malliga)
KP Panitia RBT
Tarikh:19.11.2016

You might also like