You are on page 1of 11

KAJIAN TINDAKAN MATEMATIK

PENGUASAAN SIFIR DALAM KEMAHIRAN MENGIRA DI KALANGAN


MURID-MURID TAHUN EMPAT SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN
TAMIL LADANG EDENSOR, MENTAKAB,PAHANG

TELAGAWATY A/P MURTHY


810129 – 06 - 5484
NO.ID 20102040816

KONTEKS

Penyelidik telah melaksanakan penyelidikan kajian dalam kontek bilik darjah.


Penyelidik telah memilih kontek ini kerana bilik darjah salah satu asas kepada sekolah.
Bukan sahaja asas malah kecemerlngan sebuah sekolah bermula di bilik darjah. Oleh
demikian, penyelidik berasa bilik darjah adalah satu tempat yang sesuai untuk kajian
ini.
Penyelidikan ini akan dijalankan di Tahun 4 Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil
Edensor, Mentakab, Pahang. Kelas ini dipilih kerana penyelidik adalah guru Matematik
dan mempunyai pengalaman mengajar mata pelajaran Matematik di sekolah tersebut
selama enam tahun. Ini akan memudahkan penyelidik menjalankan kajian, mengumpul
serta menganalisiskan data berkaitan. Selain daripada itu, Kelas ini dipilih kerana
sekolah ini mempunyai segala kelengkapan fizikal bagi menjalankan apa jua
penyelidikan atau kajian pendidikan. Ini termasuk endrolmen pelajar yang mencukupi,
aktiviti-aktiviti Matematik yang menggalakkan, persekitaraan kondusif bagi pengajaran
dan pembelajaran.

Pengenalan

Mengira adalah salah satu aspek dalam 3m. Ia juga salah satu aspek yang
penting dalam proses pembelajaran bagi seseorang kanak-kanak. Penguasaan sifir
adalah aspek yang paling mustahak dalam mengira bagi seseorang murid. Sifir adalah
sebagai kemahiran asas untuk mengira. Kegagalan murid menguasai kemahiran ini di
peringkat awal persekolahan akan membantutkan perkembangan intelektual mereka.
Murid yang lemah dalam penguasaan sifir bukan sahaja lemah dalam mengira malah
lemah juga dalam mata pelajaran Matematik.

ISU/KEPRIHATINAN/FOKUS KAJIAN

Guru-guru Matematik menghadapi masalah penguasaan sifir semasa proses


pengajaran dan pembelajaran terutamanya semasa mengajar topik darab dan bahagi.
Begitu juga keadaan di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Edensor, Mentakab,
Pahang, dimana guru-guru Matematik mendapati murid–murid sekolah ini sangat
lemah dalam penguasaan sifir.

Pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran pada topik darab dan bahagi
di dalam bilik darjah banyak bergantung kepada penguasaan sifir. Masalah lemah
dalam penguasaan sifir begitu ketara dikalangan murid Tahun 4 di sekolah ini.

Guru-guru Matematik terpaksa melatih murid-murid membaca sifir semasa


pengajaran dan pembelajaran. Guru-guru juga perlu menumpukan perhatian yang
penuh pada sifir bila mengajar topik darab dan bahagi. Pada masa yang sama guru-
guru juga perlu memberi tumpuan yang lebih dalam pengiraan. Disamping itu, guru-
guru juga menjalankan kelas pemulihan bagi murid-murid yang lemah dalam
pengiraan.
Penguasaan sifir menjadi satu masalah yang merumitkan pengajaran dan
pembelajaran topik darab dan bahagi dalam bilik darjah. Murid-murid Tahun 4 harus
menguasai sifir pada Tahun 3 dan menggunakan sifir untuk mengira ayat matematik
topik darab dan bahagi yang diberi oleh guru.

Pencapaian murid-murid Tahun 4 ini dalam mata pelajaran Matematik dalam


Ujian Penilaian menunjukkan bahawa hampir 20% murid gagal menguasai tahap yang
minima iaitu Gred C. Dari segi bilangan murid memperolehi gred cemerlang iaitu Gred
A juga tidak menggalakkan berbanding kelas-kelas lain di sekolah ini.

Masalah pengiraan pada soalan yang melibatkan darab dan bahagi yang diberi
merupakan masalah yang sangat ketara dikalangan murid-murid Tahun 4 di sekolah ini.
Murid-murid juga mengahadapi masalah daab dan bahagi yang sama dalam topik yang
lain seperti timbang, isipadu dan lain-lain lagi. Ini kerana murid-murid perlu
menyelesaikan pengiraan darab dan bahagi dalam topik tersebut.

Objektif Kajian

Objektif kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti tahap penguasaan sifir dalam
kemahiran mengira dikalangan murid Tahun 4 di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil
Edensor, Mentakab, Pahang. Penguasaan sifir merangkumi kebolehan murid mengira
untuk mendapat markah yang cemerlang. Penyelidik juga mengenalpasti faktor-faktor
yang menjadi halangan bagi murid-murid Tahun 4 untuk menguasai sifir. Faktor-faktor
seperti latar belakang murid, tahap pendidikan ibu bapa, sokongan ibu bapa,
persekitaraan sekolah serta pengaruh rakan sebaya serta kemahiran menghafal.

PELAN TINDAKAN

Kajian ini bertujuan untuk melihat penguasaan sifir murid-murid Tahun 4 dapat
mengira pada ayat Matematik yang diberi. Disamping itu, kelemahan-kelemahan dan
kesalahan-kesalahan murid yang dibuat secara kerap dalam pengiraan darab dan
bahagi serta mengenalpasti faktor-faktor yang menjadi penghalang bagi penguasaan
sifir dikalangan mereka.

Populasi dalam kajian ini terdiri daripada murid-murid Tahun 4 Sekolah Jenis
Kebangsaan Tamil Edensor, Mentakab, Pahang. Kelas ini mempunyai seramai 14 orang
murid dan sebagai sampel penyelidikan ini. Murid-murid ini dipilih secara rambang
daripada kumpulan cemerlang, sederhana dan lemah.

Dalam konteks ini, murid Tahun 4 dipilih kerana mereka adalah kumpulan akan
bakal menghadapi peperiksaan awam iaitu Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah (UPSR)
pada tahun yang akan datangnya. Tambahan lagi, sebahagian daripada kumpulan
pelajar ini telah pun menamatkan Tahap satu dalam alam pendidikan rendah.

Penyelidikan ini berbentuk tinjauan yang merangkumi teknik temu bual dan
pemerhatian untuk melihat kebolehan penguasaan sifir dan faktor-faktor yang menjadi
penghalang untuk mendapat markah yang cemerlang. Dalam kajian ini murid-murid
akan menjalani Ujian 1 hingga Ujian 5 dan seterusnya satu sesi temu bual. Data-data
yang dikumpul akan dihuraikan secara kualitatif.

Ujian 1 adalah menghafal sifir. Guru akan memastikan murid-murid menghafal


sifir 2 hingga sifir 9. Manakala Ujian 2 pula melengkapkan jadual sifir dalam dua minit.
Seterusnya, Ujian 3 pula adalah menjawab kuiz sifir. Kemudian murid akan menduduki
ujian 4 dan ujian 5 iaitu menjawab soalan darab dan bahagi. Ujian-ujian tersebut akan
dijalankan pada waktu Program Bijak Sifir iaitu dari 7.15 pagi hingga 7.45 pagi pada hari
Khamis.

Ujian 1 - Menghafal Sifir.


Ujian 2 - Melengkapkan Jadual Sifir
Ujian 3 - Menjawab Kuiz Sifir
Ujian 4 - Menjawab Soalan Darab
Ujian 5 - Menjawab Soalan Bahagi

PELAKSANAAN PELAN TINDAKAN

Pada bermulaan iaitu minggu pertama penyelidik menjalankan satu temu bual
dikalangan murid Tahun 4 untuk mengenalpasti masalah murid untuk menyelesaikan
soalan darab dan bahagi. Dapatan temu bual menunjukkan bahawa faktor penghalang
bagi murid-murid Tahun 4 untuk menyelesaikan soalan darab dan bahagi adalah sifir.
Setelah mengenalpasti kelemahan pelajar, penyelidik telah menjalankan pengajaran
dan pembelajaran yang menekankan teknik menghafal sifir 2 hingga sifir 9.

Penyelidik juga memberi latihan menghafal sifir pada minggu kedua hingga
minggu ketiga. Selepas latihan dan bimbingan yang diberi kepada murid-murid Tahun
4, didapati ada peningkatan dalam penghafalan sifir. Kemudian penyelidik
melaksanakan ujian 1 pada minggu kelima untuk menguji sejauh manakah murid
menguasai sifir. Penyelidik menjalankan aktiviti pemulihan bagi murid yang belum
mengusai sifir dan aktiviti pengayaan untuk memperkukuhkan lagi menguasaan sifir
bagi murid yang menguasai.

Seterusnya penyelidik, menjalankan ujian 2 iaitu melengkapkan jadual sifir


dalam dua minit pada minggu keenam. Dalam ujian ini penyelidik memberi 2 markah
bagi setiap sifir dan 4 markah bagi kepantasan murid. Pada minggu keempat pula
penyelidik menjalankan ujian 3 iaitu menjawab kuiz sifir dalam masa yang ditentukan.
Ujian 3 ini mengandungi 20 soalan sifir. Setiap solan betul diberi 2 markah dan 10
markah untuk kepantasan murid. Ujian seterusnya adalah ujian 4 dan ujian 5. Ujian 4
dan ujian 5 iaitu menjawab 25 soalan darab dan 25 soalan bahagi pada minggu ketujuh
dan kelapan. Pada minggu kesempilan, penyelidik mengumpul data dan analisis data
untuk melihat peningkatan dan penguasaan murid-murid Tahun 4.
STRATEGI PENGUMPULAN DATA

Keputusan-keputusan ujian yang telah dikumpul akan dinilai dan diberi markah
berdasarkan jenis kriteria item ujian. Skor tersebut akan ditukarkan kepada peratusan
untuk melihat perbandingan pencapaian antara murid-murid. Semua keputusan dari
murid-murid akan dicatatkan dalam borang semak.

Data-data kajian akan dianalisis dengan menggunakan cara manual. Komputer


digunakan untuk mempamerkan dapatan analisis dalam bentuk jadual dan carta
bar. Persembahan data dalam bentuk jadual dan carta ( carta bar, carta garisan, carta
pie ) memudahkan penyelidik merumus dapatan-dapatan kajian. Hasil penganalisisan
data sama ada data deskriptif ataupun inferensi akan dibentang dalam bentuk jadual
supaya memberi gambaran yang jelas. Data-data yang dikumpul akan dihuraikan
secara kualitatif.

ANALISIS DAN PENEMUAN


Jantina Bilangan
Lelaki 10
Perempuan 4
Jumlah 14
Jadual 1 : Profil Murid Mengikut Jantina
Jadual 1 menunjukkan profil muird mengikut jantina. Seramai 10 orang murid lelaki
dan 4 orang murid perempuan telah dipilih untuk kajian ini.
Gambarajah di bawah pula menunjukkan dapatan temu bual yang menerangkan
penguasaan murid dalam sifir sebelum kajian.

Gambarajah 1 : Analisis Data Penguasaan Sifir Melalui Temu Bual

Setelah mengenalpasti kelemahan pelajar, penyelidik telah menjalankan


pengajaran dan pembelajaran yang menekankan teknik menghafal sifir 2 hingga sifir
9.Penyelidik juga memberi latihan menghafal sifir pada minggu kedua hingga minggu
ketiga. Selepas latihan dan bimbingan yang diberi kepada murid-murid Tahun 4,
didapati ada peningkatan dalam penghafalan sifir. Kemudian penyelidik melaksanakan
ujian 1 pada minggu kelima untuk menguji sejauh manakah murid menguasai sifir.
Gambarajah seterusnya menunjukkan keputusan ujian 1.
Gambarajah 2 : Analisis Data Penguasaan Sifir Dalam Ujian 1

Jantina Sifir 2-3 Sifir 2-5 Sifir 2-7 Sifir 2-9


Lelaki 0 1 4 5
Permpuan 0 0 1 3
Jumlah 0 1 5 8
Jadual 2 : Penguasaan Sifir Dalam Ujian 1
Jadual 2 menunjukkan bahawa hanya terdapat 1 orang murid ( 7% ) berada dalam tahap
minima, iaitu menguasai sifir 2 hingga sifir 5. Manakala murid menguasai sifir 2 hingga
sifir 7 meningkat ke 5 orang murid. Terdapat 8 orang murid mencapai tahap cemerlang
iaitu dapat menghafal sifir 2 hingga sifir 9.

Jadual seterusnya pula menunjukkan markah pencapai murid-murid Tahun 4 mengikut


jantina bagi ujian 2 iaitu melengkapkan jadual sifir dalam dua minit. Jumlah markah
adalah 20 iaitu 2 markah bagi setiap sifir dan 4 markah untuk kepantasan murid.

Jantina 8 markah 12 markah 16 Markah 20 markah


Lelaki 0 1 5 4
Perempuan 0 1 1 2
Jumlah 0 2 6 6
Jadual 3 : Analisis Pencapaian Murid Dalam Ujian 2 Mengikut Jantina

Gambarajah 2 : Analisis Pencapaian Murid Dalam Ujian 2

Gambarajah 2 menunjukkan pencapaian murid dalam ujian 2. Hanya 2 orang murid


iaitu 14 peratus sahaja mendapat markah minima iaitu 12 markah.Manakala 12 orang
murid iatu 86 peratus mendapat markah yang cemerlang iaitu dari 16 hingga 20 markah.

Gambarajah seterusnya pula menujukkan hasil dapatan ujian 3 iaitu menjawab kuiz
sifir. Penyelidik mengemukakan 20 soalan. Setiap soalan yang betul diberi 2 markah
dan diberi 10 markah bagi kepantasan murid. Maka, jumlah markah adalah 50 markah.
Gambarajah 3 : Analisis Pencapaian Murid Dalam Ujian 3

Jantina 20 markah 30 markah 40 Markah 50 markah


Lelaki 0 1 4 5
Perempuan 0 1 1 2
Jumlah 0 2 5 7

Jadual 4 : Analisis Pencapaian Murid Dalam Ujian 3

Jadual 4 pula menerangkan analisis pencapaian murid dalam ujian 3. Berdasarkan


jadual 4 12 orang murid mendapat markah cemerlang. Manakala hanya 2 murid sahaja
mendapat markah yang minima iaitu 30 markah.

Gambarajah 4 dan 5 menunjukkan analisis pencapaian murid dalam ujian 4 dan 5.


Dalam ujian 4 dan ujian 5 merangkumi 25 soalan dalam setiap ujian. Murid menjawab
25 soalan darab dan 25 soalan bahagi. Murid-murid dinilai dalam gred iaitu A,B,C, dan
D.

Jantina A B C D E
Lelaki 4 5 1 0 0
Perempuan 1 1 2 0 0
Jumlah 5 6 3 0 0

Jadual 5 : Analisis Pencapaian Murid Dalam Ujian 4


Gambarajah 4 : Analisis Pencapaian Murid Dalam Ujian 4

Jantina A B C D E
Lelaki 3 5 2 0 0
Perempuan 1 1 2 0 0
Jumlah 4 6 4 0 0

Jadual 6 : Analisis Pencapaian Murid Dalam Ujian 6


Gambarajah 5 : Analisis Pencapaian Murid Dalam Ujian 5

Bersarkan jadual 5 dan jadual 6 serta gambarajah 4 dan gambarajah 5 tiada seorang
pelajar pun gagal dalam ujian 4 dan ujian 5. Murid-murid Tahun 4 berjaya mendapat
sekurang-kurangnya gred C dalam ujian a dan ujian 5. Murid-murid yang mendapat
markah cemerlang pula ada peningkatan.

REFLEKSI DAN IMPLIKASI

Daripada analisis ujian 1 hingga 5, didapati bahawa murid-murid Tahun 4 Sekolah Jenis
Kebangsaan ( Tamil ) Ladang Edensor boleh menguasai sifir sekiranya langkah-
langkah penyelidik. Murid-murid perlu menguasai sifir dan guru-guru perlu ditekankan
penguasaan sifir pada tahap satu. Apabila murid-murid sudah menguasai sifir , maka
mereka dapat menjawab soalan darab dan bahagi dengan senang dan betul.

Penguasaan sifir adalah satu aspek dan satu proses yang penting dalam
kemahiran mengira. Proses ini adalah yang berterusan dan mempunyai langkah-
langkah yang sistematik. Sekiranya proses yang digunakan oleh para guru adalah
betul, maka hasil yang didapati juga baik dan bermutu. Tidak dinafikan bahawa
bimbingan dan bantuan guru dalam kelas membantu murid-murid menguasai sifir .

Kajian ini telah membantu penyelidik untuk mengenalpasti masalah murid Tahun 4
Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ladang Edensor, Mentakab, Pahang dalam
penguasaan sifir dalam kemahiran mengira . Guru-guru Matematik yang lain juga perlu
mengikuti langkah-langkah penyelidik untuk membanteras masalah menguasai sifir.
RUJUKAN

Dalute, C., Campbell, C., Griffin, T.M., Reddy., M., & Tivnan, T. Young
Authors’ Interactions With Peers And A Teacher : Toward a Developmentally
Sensitive Sociocultural Literracy Theory. In C. Dalute(Ed.), The Development Of
Literacy Through Social Interaruction,San Francisco : Jossey-Bass, 1993.

Flower, L., & Hayes, J.A Cognitive Process Theory Of Writing, College Composition
and Communication, 1981.

Goh Ying Soon, Kemahiran Mengira, PTS Profesional Publishing,Kuala Lumpur, 2006.

Graves, Donald H, Teachers and Children At Work, Heinemann Educational Books, 1983

Panduan Am, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah, Dewan Bahasa dan


Pustaka, Kuala Lumpur.

You might also like