You are on page 1of 7

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN SRI SINAR

TAMAN SRI SINAR, SEGAMBUT


51200 KUALA LUMPUR
MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA INGGERIS BIL 1/2019
Tarikh : 10 Januari 2019 / Khamis
Masa : 2.00 petang – 3.45 petang
Tempat : Bilik Gerakan, SK Taman Sri Sinar
Kehadiran

1. Puan Yusidah binti Mohd Yunus - Ketua Panitia Bahasa Inggeris


2. Puan Siti Idura binti Saiman
3. Cik Ainura Filzah binti Jakariah
4. Puan Norazlina binti Mohd Hassan
Hadir Bersama
1. En.Badrulhisham bin Bahari - GPK Tadbiran dan Kurikulum
Tidak Hadir : Tiada
Urus Setia/Setiausaha : Cik Nesha a/p Siva Shanmugam
1. PERUTUSN PENGERUSI
1.1 Pengerusi majlis mengucapkan terima kasih kepada GPK 1 iaitu
En.Badrulhisham serta guru-guru Bahasa Inggeris kerana hadir ke mesyuarat
Panitia Bahasa Inggeris kali pertama bagi tahun 2019
1.2 Pengerusi majlis juga mengucapakan tahniah kepada setiausaha baru Cik
Nesha a/p Siva Shanmugam. Beliau telah dilantik sebagai setiausaha baru
bagi tahun 2019.
1.3 Pengerusi majlis juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada mantan
setiausaha Cik Ainura Filzah binti Jakariah kerana telah memberi komitmen
yang tinggi.
Tindakan : Makluman
2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT
2.1 MInit Mesyuarat Bil 4/2018 dicadangkan pengesahannya oleh P uan
Norazlina binti Mohd Hassan dan disokong oleh Puan Siti Idura binti Saiman.
Tindakan : Makluman

1
3. PERKARA BERBANGKIT
3.1 Menurut Postmoterm Minit Mesyuarat Bil 4/2018 perkara 4.1 penulisan
postmortem dan Headcount 2019 telah selesai bagi tahap 2.
Tindakan : Makluman
4. LAPORAN / PEMBENTANGAN AKTIVITI
4.1 Agihan Tugas
Panitia Bahasa Inggeris telah membuat jadual agihan tugas seperti di jadual
bawah.
Nama Guru Tugas
Pn.Yusidah Pengurusan Fail dan Postmortem
Cik Nesha Mencatat minit dan Mengurus fail Panitia
Cik Ainura Mengumpul Soalan Peperiksaan untuk Semakan KP,
Menguruskan Fail Panitia dan mengemas papan
kenyataan
Pn.Norazlina PBD dan Pengurusan Fail Panitia
Pn.Siti Idura Bilik SAL,Postmortem dan mengemas papan kenyataan

Tindakan : Makluman
4.2 Agihan Belanja Mengurus/Kewangan panitia
Jadual dibawah merupakan cadangan barangan yang akan dibeli oleh panitia
Bahasa Inggeris.
Cadangan barang Unit Harga
Scrabble 3 RM600
Laminating Plastic 2 RM100

Tindakan : Makluman
4.3 Perancangan Strategik
Tahun ini adalah tahun terakhir bagi pelan strategik tahun 2017-2019. Semua
guru perlu bersedia untuk merancang pelan strategik yang baru untuk tahun
2020-2022.
Tindakan : Makluman
4.4 Perancangan Taktikal dan Operasi
Ketua Panitia Bahasa Inggeris akan mengadakan perjumpaan khas dengan
guru-guru Bahasa Inggeris untuk menyediakan perancangan taktikal dan
operasi.
Tindakan : Semua Guru BI
4.5 Penggubal RPT
Rancangan Pelajaran Tahun bagi Tahun 1-6 telah selesai dan telah dihantar
dan diluluskan oleh GPK1.

2
Tindakan : Makluman
4.6 Buku RPH
Buku RPH perlu dihantar pada setiap hari Jumaat.
Tindakan : Makluman
4.7 Penulisan RPH
Bagi Tahap 1, penulisan RPH telah diselaraskan mengikut CEFR.. Bagi
Tahap 2, penulisan RPH telah diselaraskan mengikut KSSR.
Tindakan : Makluman
4.8 Penetapan Buku Latihan
Penetapan buku latihan telah dibincangkan dalam minit mesyuarat bil 4/2018.
TAHAP BILANGAN BUKU LATIHAN
Tahap 1 2 buah buku latihan saiz kecil dan sebuah buku panjang
Tahap 2 2 buah buku latihan saiz pendek dan sebuah buku
panjang.

Tindakan : Makluman
4.9 Agihan Latihan
Bagi Tahap 1 phonics perlu diselesaikan mengikut silibus dalam masa empat
minggu dalam setahun.
Bagi Tahap 2 seperti dalam jadual berikut:
Jenis Latihan Bilangan Latihan
Soalan Penulisan 2 seminggu
Soalan Perbendaharaan 1 topik 1 seminggu
Soalan Pemahaman Mengikut buku teks
Soalan Perpindahaan Maklumat Contoh soalan PPSR
Tindakan : Makluman
4.10 Semakan Buku Latihan
Semakan buku latihan akan dilaksanakan mengikut takwin 2019. Buku
latihan akan dihantar kepada guru besar untuk disemak. Semua murid setiap
kelas yang diajar oleh guru terlibat dalam semakan buku latihan.
Tindakan : Makluman
4.11 Penggubalan Soalan
Tiada peperiksaan bagi tahap 1 tetapi mesti melakukan PBD/ perekodan
offline.Bagi tahap 2 jadual penggubal soalan telah dibuat.
Tindakan : Makluman

3
4.12 Pencerapan
Ketua Panitia memaklumkan bahawa pencerapan akan dijalankan mengikut
jadual yang ditetapkan dalam takwim 2019.
Semua Ketua Panitia akan dicerapkan oleh guru besar.
Pdpc perlu dilaksanakan mengikut abad ke-21.
Tindakan : Makluman

4.13 PBD
Puan Norazlina memaklumkan bahawa PBD akan dilaksanakan dari tahun 1
hingga tahun 6.
Beliau juga memaklumkan bahawa masih menunggu maklumat terkini.
Tindakan : Makluman
4.14 PLC/LADAP
Guru Bahasa Inggeris Tahap 1 dan Tahap 2 bercadang untuk membuat pair
teaching sekiranya ada jadual bertindih.
Guru Bahasa Inggeris Tahap 2 akan mengadakan teknik menjawab soalan
PPSR secara dalaman. Tarikh PLC adalah seperti berikut: 12 Februari 2019
dan 13 Februari 2019
Tindakan : Makluman

4.15 SKPMg2
Ketua Panitia perlu menyiapkan fail dan kemaskini fail dari semasa ke
semasa.
Tindakan : Makluman
4.16 Pembelajaran Abad ke-21
Semua Guru Bahasa Inggeris perlu melaksanakan pengajaran Abad ke-21
dalam PDPC.
Elemen abad ke-21 perlu dinyatakan dalam penulisan RPH.
Tindakan : Makluman
4.17 VLE FROG
Penggunaan VLE FROG masih dilaksanakan.Guru yang relief boleh
membawa murid ke makmal komputer.
Tindakan : Makluman
4.18 Pascanilai Peperiksaan
4.18.1 Postmortem PPSR Tahun 2018 adalah seperti berikut:
i) Bahasa Inggeris Pemahaman

Kelemahan:
Calon calon yang gagal masih belum dapat menguasai perbendaharaan kata
yang asas dan beberapa tatabahasa . Disamping itu faktor ketidakhadiran/ponteng

4
juga menyumbang kepada jumlah calon yang gagal untuk Kertas Pemahaman
Bahasa Inggeris UPSR.
Kekuatan:
4 orang calon mendapat gred A. Mereka mempunyai kelebihan dari aspek
tatabahasa dan menjawab soalan struktur dengan menggunakan laras bahasa
yang betul. Walaubagaimanapun ia tidak menepati target untuk calon A. Cuma
hampir mencapai target untuk yang menguasai A,B,C dan D.

Penambahbaikan/ strategi:
Untuk mengatasi kelemahan secara keseluruhan, guru guru telah mula
menyediakan bahan bahan yang berkaitan dengan perbendaharaan kata dan
tatabahasa. Bermula Januari 2019, murid murid tahun enam akan mula membuat
latihan daripada bahan bercetak tersebut di samping beberapa latihan harian yang
diberikan oleh guru setiap hari.

Sasaran akan datang:


Tingkatkan peratus gred menguasai A,B,C dan D sementara kurangkan peratus
gred E.
ii) Bahasa Inggeris Penulisan
Kelemahan:
Murid-murid masih lagi belum dapat menguasai tatabahasa dengan baik.
Penggunaan “tenses” masih lagi tidak tepat. Selain daripada itu penguasaan
perbendaharaan kata masih lagi di tahap yang sangat lemah. Kebanyakan murid
juga masih tidak dapat menguasai perbendaharaan kata yang asas. Gaya
penulisan juga masih di tahap yang amat lemah dan menyumbang kepada
kenaikan peratus gagal calon UPSR 2018 untuk subjek ini.
Kekuatan:
Bilangan calon yang mendapat gred A ialah seramai 2 orang sahaja. Murid-murid
ini menunjukkan kemajuan dalam penulisan disamping kematangan pemahaman
mereka dalam penggunaan tenses. Dari aspek lulus pula menunjukkan cuma 34
orang sahaja yang lulus, iaitu menguasai gred A,B,C dan D.
Penambahbaikan/ strategi:
Untuk mengatasi kelemahan secara keseluruhan, guru-guru akan memberi
beberapa latihan tambahan yang diberi berbentuk penguasaan tatabahasa . Untuk
bahagian A iaitu mengisi maklumat dengan maklumat yang diberikan guru-guru
menggunakan modul yang mengandungi pelbagai bentuk soalan dan diberikan 3
kali seminggu selepas membuat latihan daripada buku teks. Untuk soalan menulis
surat/emel dan karangan bergambar, bilangan latihan ditambah dari semasa ke
semasa supaya murid-murid lebih tekun untuk menjawab. Selain daripada itu,

5
Sasaran akan datang:
Tingkatkan peratus menguasai A,B,C dan D dan mengurangkan
Tindakan : Makluman
4.18.2 Analisis PPSR
Bagi matapelajaran Bahasa Inggeris pemahaman, peratus lulus ialah
76.2% manakala tidak lulus peratus ialah 23.7%. Bagi matapelajaran
Bahasa Inggeris penulisan, peratus lulus ialah 55.3% manakala tidak
lulus ialah 44.7%.
Tindakan : Makluman

4.18.3 Perancangan Program


Panitia Bahasa Inggeris akan membincangkan perancangan program
yang bersesuaian dan akan dibentangkan dalam mesyuarat
kecemerlangan UPSR.
Tindakan : Guru BI Tahun 6
4.18.4 Analisis Peperiksaan Akhir Tahun 2018
Bagi Tahun 3 Bahasa Inggeris Pemahaman gpmp ialah 3.68 manakala
Bahasa Inggeris Penulisan gpmp ialah 2.99. Kertas soalan Bahasa
Inggeris Tahun 3 merupakan soalan berpandu.
Bagi TAhun 4 Bahasa Inggeris Pemahaman gpmp ialah 3.86 manakala
Bahasa Inggeris Penulisan gpmp ialah 3.97. Murid Tahun 4 baru
didedahkan kepada soalan PPSR.
Bagi Tahun 5 Bahasa Inggeris Pemahaman gpmp ialah 3.68 manakala
Bahasa Inggeris Penulisan gpmp ialah 3.97.
Secara keseluruhan murid SKTSS pada tahun 2019 pasti akan mencabr
guru pada hala tuju pada tahun 2020.
Tindakan : Makluman
5. HAL-HAL LAIN

5.1 Puan Siti Idura meminta penangguhan untuk menggunakan Bilik SAL kerana
kerja-kerja penambaikan masih dijalankan
Tindakan : Makluman

6
6.0 UCAPAN PENANGGUHAN
6.1 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.45 petang.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh,

………………………………..
(NESHA A/P SIVA SHANMUGAM)
Setiausaha Panitia Bahasa Inggeris
Sekolah Kebangsaan Taman Sri Sinar,
51200 Kuala Lumpur.

You might also like