You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI UDANG

JALAN YADI,41250 KLANG


SELANGOR DARUL EHSAN

KERTAS KERJA
PROGRAM CELIK IT

Anjuran:
UNIT BESTARI, SK SUNGAI UDANG

NAMA AGENSI : SK SUNGAI UDANG


KOD SEKOLAH : BBA 0026
NO. TELEFON : 03-33715071
N0. FAKS : 03-33715071

Orang yang cemerlang melihat setiap halangan sebagai peluang untuk mengasah potensi;
manakala orang yang tidak cemerlang menganggap setiap halangan sebagai alasan yang
menyebabkan kemundurannya. Jadilah anda seorang yang berfikiran cemerlang.
KERTAS KERJA
PENGENALAN:

Di bawah program 1BestariNet, sekolah-sekolah akan dilengkapi dengan


penyelesaian bersepadu yang membolehkan pengajaran , pembelajaran , kolaborasi
dan pengurusan pentadbiran dijalankan di Internet menerusi Virtual Learning
Environment (VLE) yang boleh diakses di sekolah atau di mana-mana sahaja yang
mempunyai capaian internet. Untuk itu adalah menjadi tanggungjawab pihak sekolah,
terutamanya dalam usaha untuk melatih dan mempersiapkan murid, guru-guru dan
ibu bapa untuk menggunakan platform pembelajaran yang telah disediakan oleh pihak
kementerian ini. Kerjasama yang jitu daripada semua pihak adalah tunjang utama
dalam memastikan hasrat kementerian ini tercapai.

OBJEKTIF :

Objektif kursus ini adalah :-

1. Memperkenalkan widget-widget asas VLE kepada Briged Bestari SKSU


2. Memotivasi dan member inspirasi kepada Briged Bestari tentang perlunya
penggunaan ICT dalam pembelajaran.
3. Memberi kemahiran kepada pasukan Briged Bestari sekolah cara
menggunakan VLE dengan berkesan.

SASARAN :

Briged Bestari, SK Sungai Udang

MODUS OPERANDI

Fasa 1

Mengadakan sesi latihan bersama pasukan Briged Bestari tahap 1.

Fasa 2

Mengadakan sesi latihan bersama pasukan Briged Bestari tahap 2.


PERBELANJAAN :
1. Kertas mahjung
2. Makan/ Minum

JADUAL LATIHAN :
(Rujuk lampiran)

PENUTUP :

Pada akhir program ini, adalah diharapkan pasukan Briged Bestari yang terlibat akan
menjadi perintis kepada projek FROG VLE peringkat sekolah dan mampu menyahut
seruan kementerian yang mahu meningkatkan kualiti pembelajaran terutamanya
dalam kalangan murid. Semoga dengan usaha yang kecil ini, mampu menghasilkan
sesuatu yang bermanfaat kepada semua warga sekolah.

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

Diluluskan oleh,

You might also like