You are on page 1of 1

Prof Madya.

Dr Mohd Rasdi Bin Zaini


Penolong Rektor,
Universiti Teknologi Mara Cawangan Melaka,
Kampus Jasin.

Prof,
PERMOHONAN MEMBAWA KENDERAAN DI DALAM KAMPUS BAGI PELAJAR LATIHAN
INDUSTRI.
Merujuk perkara di atas,saya Ahmad Saiful Bin Abdul WahabNo.Pelajar 2015886506,
menjalani latihan industry di Unit Teknologi Maklumat bagi tahun 2019 ingin memohon untuk
membawa kenderaan saya di dalam kawasan kampus.

2. Hal ini kerana ,permohonan membawa kenderaan di dalam kawasan kampus dapat
memudahkan pergerakkan dan kerja saya sebagai pelajar yang sedang menjalani latihan
industri di Unit Teknologi Maklumat di bawah pimpinan Puan Hazami binti Hussin,Pegawai
Teknologi Maklumat Kanan UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin.

3. Saya amat berharap agar Prof mempertimbangkan permohonan saya ini dengan
penuh muhibah.Segala kerjasama dan keprihatinan Prof saya dahului dengan ucapan
jutaan terima kasih.

Yang Benar,

…………………………………….
AHMAD SAIFUL BIN ABDUL WAHAB
Pelajar Latihan Industri
Unit Teknologi Maklumat,
UiTM Cawangan Melaka,Kampus Jasin.

You might also like