You are on page 1of 3

TU

GA
SA
N
2:
PE
1

NU
LAPORAN TEMUBUAL
Pada 25 Mac 2018 sehingga 29 Mac 2018, saya telah menjalani latihan Pengalaman
Berasaskan Sekolah (PBS) di Sekolah Rendah Agama Tengku Amalin A'Ishah Putri atau
nama ringkasnya SRA Tengku Amalin A'Ishah Putri. Sekolah ini merupakan merupakan
sebuah Sekolah rendah agama yang terletak di Kota Bharu, Kelantan. Hasil daripada temu
bual saya, saya mendapati sekolah ini merupakan sekolah rendah untuk pelajar perempuan
sahaja dan jumlah keseluruhan murid seramai 346 orang murid. Sekolah ini mempunyai 35
orang guru iaitu 18 orang guru wanita dan 17 orang guru lelaki.

Sekolah ini telah banyak mengadakan program-program yang berkaitan dengan


kepelbagaian budaya untuk merapatkan lagi jurang budaya antara murid-murid.
Kepelbagaian budaya bukan sahaja dimaksudkan dengan kepelbagaian kaum dan agama
yang wujud dalam sebuah sekolah. Jurang budaya dalam konteks sekolah ini bermaksud
ialah jurang yang wujud antara murid-murid dari aspek sosioekonomi murid-murid, prestasi
murid dalam akademik serta murid bandar dan luar bandar. Oleh itu, Guru Besar sekolah ini,
Encik Abdul Hadi Bin Mat Junoh telah melaksanakan satu program besar yang mampu
merapatkan jurang budaya dari segala aspek seperti sosioekonomi dan akademik. Program
ini telah melibatkan banyak pihak-pihak luar FAMA, JPJ dan Bomba dan program ini
dinamakan Program Halaman Sunnah yang diadakan pada tahun 2017.

Program Halaman Sunnah ini telah dilaksanakan oleh pihak sekolah bertujuan untuk
mengeratkan lagi hubungan di antara warga SRA Tengku Amalin A'Ishah Putri (SRATAAP),
PIBG, ibu bapa, masyarakat dan agensi-agensi luar. Hal ini dapat dilihat melalui pelbagai
aktiviti yang dijalankan melibatkan semua lapisan masyarakat tanpa mengira peringkat
umur. Sebagai contoh, program ini juga melaksanakan aktiviti memanah dan berkuda untuk
para ibu bapa, guru dan PIBG untuk mengelakkan lagi ukhuwah yang telah wujud tanpa
mengira status dan jawatan yang disandang oleh mereka. Hal ini secara tidak langsung ibu
bapa dapat mengenali guru-guru dengan lebih mendalam lagi.

Selain itu, melalui program ini juga, jurang budaya antara murid bandar dan luar
bandar dapat didekatkan melalui aktiviti yang dijalankan. Sebagai contoh, sekolah ini telah
berkolaborasi dengan beberapa buah sekolah luar bandar di sekitar kota Bharu dan
Pengkalan Chepa untuk menyertai pertandingan mewarna supaya para pelajar dapat
beinteraksi dan dapat mengenali dan menghormati budaya-budaya yang dibawa oleh
sekolah luar bandar. Hal ini kerana terdapat sedikit perbezaan antara pelajar bandar dan
luar bandar dari aspek berkomunikasi, kerinteraksi dan sebagainya.

Di samping itu, program ini juga telah melaksanakan aktiviti perkongsian pintar
bersama-sama dengan sekolah yang berada di sekitar kota Bharu dan Pengkalan Chepa.

2
Hal ini secara tidak langsung, murid-murid sekolah luar bandar ini dapat merasai
pengalaman pembelajaran yang menggunakan pembelajaran abad ke-21. Hal ini kerana
SRATAAP merupakan sekolah perintis kepada pembelajaran abad ke-21. Oleh itu,
kemudahan yang ada di sekolah ini lebih canggih berbanding di sekolah lain dan sekolah
luar bandar. Sebagai contoh, murid-murid luar bandar didedahkan dengan penggunaan
Frog VLE dalam pembelajaran untuk semua mata pelajaran. Melalui perkongsian pintar ini,
murid-murid dapat menerokai sendiri penggunaan Frog VLE dan penggunaan ICT dalam
pembelajaran dengan pemantauan daripada guru yang terlibat.

Seterusnya, melalui program ini juga, murid-murid dapat merapatkan jurang budaya
yang wujud melalui akiviti kesenian seperti persembahan-persembahan nasyid dan
qasyidah yang disertai oleh sekolah-sekolah yang terlibat dengan program Halaman Sunnah
ini. Hal ini secara tidak langsung dapat menarik murid-murid yang berlainan kaum dari
sekolah lain untuk melihat keindahan yang wujud dalam agama Islam. Murid-murid yang
berlain kaum ini juga dapat mengenali dan mengetahui serba sedikit mengenai alat muzik,
muzik yang dimainkan dan ianya merupakan salah satu cara untuk menyampaikan dakwah.

Kesimpulannya, program Halaman Sunnah ini merupakan program yang mampu


untuk merapatkan jurang budaya yang wujud dalam sebuah sekolah sama ada pada murid-
murid mahupun guru-guru. Hal ini menunjukkan program ini merupakan program
keplebagaian budaya yang dilaksanakan oleh pihak sekolah yang memberikan impak dan
kesan yang mendalam kepada murid-murid. Oleh itu, pihak sekolah perlulah
memperbanyakkan lagi program-program seperti ini di masa akan datang.

You might also like