You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN KEPONG

JALAN KELICAP, KEPONG BARU


52100, KUALA LUMPUR
TEL/FAKS: 03-62756122

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KEMASUKAN KE TINGKATAN 1


BIL/TAHUN: 2/2018

Tarikh : 13.09.2018

Masa : 2.00 PETANG

Tempat : BILIK GERAKAN

Pengerusi : EN. WAN ROZI BIN WAN JAAFAR

Kehadiran : RUJUK LAMPIRAN

Hadir Bersama (Jika ada) : En. Wen Beng Heng (GPK Tadbir & Kurikulum)
Pn Norasfarina bt Anuar (GPK Hak Ehwal Murid)
En. Wan Rozi bin Wan Jaafar
Cik Chiah Siew Fei a/p Chiah Suphon
Pn.Kalaivani Thyagarajah
En. Mohd Hazrul bin Kasim
Pn. Nordiyana bt Che Daud

Urus Setia/Setiausaha : Cik Chiah Siew Fei a/p Chiah Suphon

1 PERUTUSAN PENASIHAT DAN PENGERUSI

1.1 Penasihat mengalu-alukan kedatangan ahli jawatankuasa kemasukan ke tingkatan 1.

1.2 Penasihat menyatkan harapan agar tiada murid tahun 6 yang tercicir permohonan ke
tingkatan 1 pada tahun 2019.

1.3 Pengerusi mengambil alih tanggungjawab Pn. Norashikin bt Ismail yang telah
berpindah. Pengerusi juga mengucapkan terima kasih kepada GPK Hal Ehwal Murid
kerana memberikan kepercayaan kepada beliau untuk menjalankan tanggungjawab
tersebut.

2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT


SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN KEPONG
JALAN KELICAP, KEPONG BARU
52100, KUALA LUMPUR
TEL/FAKS: 03-62756122

2.1. Minit Mesyuarat Bil 2/2017 dicadangkan pengesahannya oleh Pn Nordiyana bt Che
Daud selaku ahli panitia dan disokong sebulat suara oleh ahli mesyuarat.

3 PENDAFTARAN KEMASUKAN KE TINGKATAN 1

3.1 Borang pendaftaran telah diagihkan kepada semua murid tahun 6 untuk “bordering
schools”, SMKA, Sekolah Kelas Khas, Sekolah Sukan, Sekolah Kawalan, KRK dan
KAA.

3.2 Guru –guru kelas tahun 6 telah mendaftar semua murid mengikut pilihan sekolah
pilihan murid melalui pangkalan APDM.

3.3 Surat kelulusan untuk bordering schools akan dicetak oleh guru kelas pada awal bulan
November. Permohonan untuk SBP, MRSM, SMAWIP dan SMESTA akan dibuat
melalui laman web yang spesifik. Tarikh pendaftaran akan dimaklumkan kelak.

3.4 Sebarang rayuan untuk ke sekolah selain bordering schools hendaklah dilakukan
melalui saluran sekolah yang diberikan oleh JPWPKL kepada murid.

Tindakan: Guru kelas tahun 6

6 HAL-HAL LAIN

6.1 GPK HEM mengingatkan agar tiada keciciran yang berlaku dalam pendaftaran
murid untuk kenaikan ke tingkatan 1.

6.2 Pn Kalaivani memaklumkan bahawa masih terdapat murid-murid tahun 6 yang


tidak memulangkan borang pendaftaran mengikut ketetapan.

7 PENUTUP
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN KEPONG
JALAN KELICAP, KEPONG BARU
52100, KUALA LUMPUR
TEL/FAKS: 03-62756122

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.15 petang.

Disediakan oleh,

…………………..........................................
(CHIAH SIEW FEI A/P CHIAH SUPHON )

SETIAUSAHA JAWATANKUASA KEMASUKAN KE TINGKATAN 1


SK TAMAN KEPONG

You might also like