You are on page 1of 5

MINIT MESYUARAT PROJEK KHIDMAT MASYARAKAT

PEMBANGUNAN PENDIDIKAN II

‘PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT DI KAMPUNG ALOR MENGKUDU’

TARIKH : 25/11/2017

MASA : 8.00 – 12.00 tengah hari

TEMPAT : DEWAN SERBAGUNA KAMPUNG ALOR MENGKUDU

HADIR:

1. Ahmad Irfannudin

2. Zirawati Jaafar

3. Nurul Athirah

4. Muhammad Asyraf

5. Siti Nurhaliza

6. Nur Nabila

7. Mohamad shukran

8. Khairul Ikmal

9. Muhammad Farhan

TIDAK HADIR DENGAN KENYATAAN

1. Viknes A/L Gunasagram

TIDAK HADIR TANPA KENYATAAN

1. Wan Norfatihah

AGENDA MESYUARAT

1.0 ALUAN PENGERUSI

Yang berusaha Pengerusi Ahmad Irfannudin memulakan

mesyuarat dengan mengucapkan ribuan terima kasih kepada


semua yang hadir dan memaklumkan tentang pentingnya Projek

yang akan dijalankan kepada mahasiswa sendiri sebagai pelaksana

projek dan kepada masyarakat di kampung Alor Mengkudu.

2.0 MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT

MESYURAT LALU

Setiausaha membentangkan minit mesyuarat. Mesyuarat bersetuju

mengesahkan minit mesyuarat dengan pindaan berikut:

312

(a) perenggan 4(a)iii yang ditulis ‘rakyat harus kita

bagunkan sebaik mukin…’ harus ditulis sebagai ‘rakyat

harus kita bangunkan sebaik mungkin’.

(b) Perenggan 5(a)ii yang ditulis ‘semua hendaklah

diberikan kerjasama untuk menjayakan projek ini’

harus ditulis sebagai ‘semua pihak hendaklah

memberikan kerjasama untuk menjayakan projek ini’.

(c) Di perenggan 5(d)ii, perkataan ‘diberitahukan’

hendaklah digantikan dengan ‘diberitahu’.

3.0 PERKARA BERBANGKIT

1. Cadangan menamakan projek sebagai ‘khIdmat masyarakat’

Seorang ahli bertanya akan kesesuaian tajuk berkenaan

untuk dipakai bagi projek yang akan dilaksanakan.

Mesyuarat bersetuju sebulat suara selepas diberikan

penerangan lanjut oleh pengerusi.

4.0 PERBINCANGAN PROJEK ‘KHIDMAT MASYARAKAT’


(a) Mesyuarat mengambil maklum tentang:

(i) projek ‘khidmat masyarakat ’ akan dijalankan di kampung Alor Mengkudu yang

akan melibatkan masyarakat yang tinggal di kampung Alor Mengkudu.

(ii) mahasiswa Universiti Utara Malaysia akan menjadi

pemudahcara dalam mengendalikan projek

berkenaan yang akan berlangsung selama satu hari.

(iii) ketidakcukupan wang yang disediakan oleh pihak

penganjur bagi menjayakan projek tersebut.

(iv) kesukaran pengangkutan bagi mahasiswa ke

kampung tersebut.

(a) Mesyuarat bersetuju:

(i) tentang cadangan supaya hanya masyarakat kampung Alor Mengkudu sahaja

diambil sebagai peserta kerana jumlah masyarakat di kampung Alor Mengudu secara
keseluruhan melebihi

300 orang yang tentu tidak boleh dikawal oleh

bilangan mahasiswa yang sedikit.

(ii) tentang cadangan supaya jawatankuasa meminta

bantuan daripada tajaan kementerian kesihatan, kutipan ahli, persatuan doktor muda,
kelab jururawat kedah dan pemimpin setempat bagi

menampung ketidakcukupan perbelanjaan.

5.0 PENGISIAN PROJEK ‘KHIDMAT MASYARAKAT’

(a) Mesyuarat mengambil maklum tentang:

(i) cadangan supaya projek di jalankan di dewan serbaguna kampung Alor mengkudu kerana
di sana terdapat ruang yang cukup bagi aktiviti pengajaran dan

pembelajaran. Selain itu, masyarakat kampung Alor Mengkudu akan


senang membuat rujukan.

(ii) cadangan agar mengadakan sukan tradisional oleh mahasiswa dan masyarakat kampung.

(iii) cadangan agar mengadakan permainan tradisional

(iv) cadangan supaya diadakan hari batik.

(v) cadangan supaya memanggil doktor muda untuk memberikan pemeriksaan kesihatan dan
pemberian ubat serta alat sokongan secara percuma seperti wheelchair, tongkat, dan lain-lain.

(vi) cadangan agar mengadakan kenduri rakyat serta pesta corak batik.

(vii) cadangan agar mengadakan gotong royong

(a) Mesyuarat bersetuju

(i) tentang cadangan supaya tempat mengadakan

aktiviti boleh di mana saja, asalkan ruang untuk

menjalankan aktiviti tersebut memadai dan tidak

mengganggu ketenteraman pihak lain di kampung Alor mengkudu.

(ii) tentang cadangan memanggil doktor muda untuk memberi rawatan dan ubatan serta alat
sokongan bagi orang yang memerlukan.

(iii) tentang cadangan supaya mengadakan pesta corak batik bersama kenduri rakyat bagi
mengeratkan lagi hubungan antara mahasiswa dan masyarakat kampung tersebut.

(iv) cadangan mengadakan pertandingan dan hadiah

akan disedikan untuk pemenang.

6.0 HAL-HAL LAIN

(a) Mesyuarat bersetuju supaya dilantik seorang

Penyelaras daripada pihak masyarakat kampung untuk

memudahkan perhubungan antara mahasiswa dan

pihak kampung Alor Mengkudu.

(b) Mesyuarat juga bersetuju untuk memohon supaya


pihak JKK dapat menampung pembiayaan makanan untuk

mahasiswa yang akan mengendalikan projek.

7.0 PENUTUP

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.00 petang dengan ucapan

terima kasih kepada pengerusi.

Disediakan oleh:

t.t.

(NURUL ATHIRAH)

You might also like