Undang Badminton

You might also like

You are on page 1of 2

1.

Undang-undang dan Peraturan


1.1 Pertandingan ini dijalankan mengikut undang-undang Persekutuan Badminton Malaysia (BAM)
dan Undang-Undang Badminton Antarabangsa(BWF) dan Peraturan-Peraturan AM
MSSM/MSSJ.

2. Jenis pertandingan
2.1 Perseorangan lelaki dan perempuan.

3. Pendaftaran pemain
3.1 Setiap sekolah dibenarkan mendaftar maksimum 4 orang pemain yang berbakat bagi
setiap kategori.
3.2 Setiap pemain dikehendaki menghantar satu salinan fotostat surat beranak dan gambar
saiz passport..
3.3 Pemain-pemain dikehendaki melaporkan diri kepada Refri Kehormat 15 minit sebelum
perlawanan dimulakan.

4. Sistem pertandingan
4.1 Pertandingan ini diadakan secara KALAH MATI
4.1.1 Mata penentuan 30, 1 permainan. (pusingan awal), pertukaran gelanggang pada
mata ke 15.
4.1.2 Mata penentuan 21, 2 terbaik daripada 3 permainan. (suku akhir hingga akhir),
pertukaran gelanggang pada mata ke 11.
4.1.3 Jika mata 20-20 pemain yang berjaya mendapatkan 22 ( 2 mata berturut-turut
dikira sebagai pemenang)
4.1.4 Jika mata 29-29 pemain berjaya mendapat mata 1 mata dahulu dikira pemenang.
4.2 Manakala gantian pemain dalam pertandingan adalah dibenarkan jika
pemain tidak dapat hadir dalam hari pertandingan dan tidak menggantikan pemain yang
telah menang dalam pusingan awal.(perlu maklum kepada pengelola) .Pemain gantian
tidak akan menikmati hak keistimewaan jika yang ingin diganti ialah seeded.

5. Hadiah
5.1 Hadiah (pingat dan sijil) akan diberikan kepada pemenang tempat Pertama, Kedua,
Ketiga dan Keempat bagi setiap kategori dan sijil penyertaan bagi peserta.

6. Pakaian / Alatan
6.1 Pakaian sukan dan kasut sukan berwarna boleh digunakan. Seluar pendek dan t-shirt
yang mengandungi gambar dilarang sama sekali.
6.3 Pemain yang memakai selipar atau sandel dilarang memanaskan badan di dalam
gelanggang.
6.4 Semasa mengambil hadiah hendaklah berpakaian sukan lengkap, selipar dan topi tidak
dibenarkan.
6.5 Tidak dibenarkan memakai baju yang mempunyai nama/logo kelab, daerah dan negeri.

7. Menerima nasihat jurulatih


7.1 Pemain boleh menerima nasihat jurulatih semasa berhenti rehat pada mata ke-11 dan
sewaktu pertukaran gelanggang.
7.2 Sebarang tunjuk ajar atau isyarat dari luar gelanggang (sidecoaching) sama ada dari
jurulatih, pengurus pasukan atau sesiapa sahaja adalah dilarang sama sekali.

8. Kelewatan
8.1 Sekiranya pengumuman telah dibuat untuk panggilan kali ketiga pemain lawan boleh
diberikan kemenangan percuma
9. Rayuan
9.1 Semua pertandingan akan diputuskan oleh Referi Kehormat dan keputusannya adalah
MUKTAMAD.

10. Pemilihan ke peringkat MSSD


10.1 Peserta yang masuk ke peringkat separuh akhir akan mewakili MSSK Labis ke MSSD.
10.2 Latihan pusat boleh dicadangkan atau peserta melatih di sekolah masing-masing.

11. Pengadil
11.1 Setiap sekolah diwajibkan untuk menghantar seorang pengadil bagi setiap kategori
pertandingan.
11.2 Pengadil mesti berada di tempat pertandingan sehingga pertandingan bersurai.
11.3 Pengadil boleh dipilih antara golongan bukan guru tetapi mesti daripada pilihan
pihak sekolah. Pengadil yang dihantar mesti mengikuti dan mematuhi segala peraturan
dan undang-undang Persatuan Badminton Antarabangsa dan Persatuan Peraturan Am
MSS Johor.
11.4 Penjaga garisan akan disediakan oleh pihak pengelola.

12. Kontinjen ke MSSD


12.1 Pengurus pasukan jatuh pada sekolah yang paling ramai wakil ke MSSD,pendaftaran
akan dibuat oleh sekolah pengelolaan.
12.2 Jurulatih pasukan adalah dari sekolah yang mendapat johan bagi kategori lelaki dan
kategori perempuan.
12.3 Caperon adalah dari sekolah yang mendapat naib johan bagi kategori perempuan.
12.4 Pengadil ke MSSD akan dipilih oleh pengurus teknik antara pengadil di MSSK.
12.5 Sekolah pengelolaan akan menghadir ke mesyuarat MSSD.

13. Penetapan tarikh, masa dan tempat.


Tarikh:
Tempat:
Pendaftaran:
Taklimat untuk pengadil : 15 minit sebelum pertandingan dimulakan

14. Hal-hal lain


14.1 Tarikh akhir menghantar borang penyertaan ialah pada
sebelum 12.00 tengah hari.
14.2 Sekolah yang tidak menghantar borang penyertaan pada tarikh akhir yang dinyatakan
akan dianggap tidak berminat untuk mengambil bahagian.
14.3 Borang penyertaan boleh hantar melalui whatsapp @ telegram atau hardcopy
kepada sekolah pengelola.  
14.4 Setiap sekolah mesti menghantar 1 tabung bulu tangkis bagi penyertaan
sekolah kepada urusetia semasa pendaftaran.
14.5 Jenis bulu tangkis ialah RSL Gold / SILVER / OFFICIAL (Hijau) Speed 77
14.6 Jika terdapat bulu tangkis yang lebih selepas pertandingan, bulu tangkis akan
dibahagikan kepada wakil MSSK Labis untuk tujuan latihan.
14.7 Makanan dan minuman akan disediakan kepada pengadil sahaja. Makanan dan
minuman pemain dan pengurus pasukan adalah ditanggung oleh sekolah
masing-masing.
14.8 Guru pengiring diminta menjaga keselamatan murid semasa pertandingan.
14.9 - (jika ada) -

You might also like