You are on page 1of 2

3.1.

1 KONSONAN LETUPAN

Terdapat empat jenis letupan iaitu letupan dua bibir,letupan gusi,letupan lelangit lembut dan
letupan pita suara.Konsonan letupan ini terhasil apabila lelangit lembut merapat ke dinding belakang
rongga tekak dan bibir atas dan bawah dirapatkan.Udara dari paru-paru akan tersekat sepenuhnya sama
ada pada bahagian bibir,lelangit keras,lelangit lembut atau pita suara.Seterusnya udara dilepaskan serta
merta dan terhasilkan letupan bunyi /p/, /b/, /k/, /g/, /t/, /d/.

FONEM PENGGUNAAN KONSONAN LETUPAN

AWAL TENGAH AKHIR

/p/ /panas/ /hәmpas/ /suap/

/b/ /baru/ /lәbah/ /hisab/

/k/ /kәras/ /tәkak/ /botak/

/g/ /gula/ /gugup/ /baraղ/

/t/ /tikar/ /kotak/ /kentut/

/d/ /dusun/ /dadu/ /had/

3.1.2 KONSONAN LETUSAN

Konsonan letusan terhasil apabila bunyi dilepaskan perlahan-lahan sehingga terdengar bunyi
geluncuran.Pita suara bergetar dan tidak bergetar bagi menghasilkan bunyi bersuara dan tidak bersuara
dan lelangit lembut hendaklah dinaikkan.Konsonan letusan lelangit keras tak bersuara [ c ] dan letusan
lelangit keras bersuara [ j ].

FONEM PENGGUNAAN KONSONAN LETUPAN

AWAL TENGAH AKHIR

/c/ /cat/ /kaca/ /mac/

/j/ /jam/ /biji/ -

You might also like