Laporan Aktiviti Tahunan Panitia Sains

You might also like

You are on page 1of 4

LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN PANITIA SAINS 2015

Ahli Jawatankuasa Panitia Sains 2015

Penasihat : Pn Rosline Sendal (Guru Besar)


Pn. Catherine Peter anak Nain (Penolong Kanan Kurikulum)

Ketua Panitia : Cik Siti Aminah binti Mohamad Pozi

Setiausaha : Puan Umi Humaira binti Hasmadi

Ahli : Pn. Nur Mully Garet


En Mohd Hareezt bin Mohd Salehe
En Mohd Khaizor Bin Senik
En Peter Junior anak Jinggom

Objektif Panitia Sains


 Meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sains
 Meningkatkan pencapaian murid dalam peperiksaan
 Meningkatkan minat murid dalam mata pelajaran Sains
 Mewujudkan daya saing secara positif dalam kalangan murid-murid

Aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang tahun 2015

1. Program Peningkatan Prestasi Murid Melalui KPI

(a) Pembelajaran Koperatif

Objektif :  Menanam nilai kerjasama dan tanggungjawab dalam sahsiah murid


 Memperkembangkan potensi kepimpinan murid khas

Pelaksana : Semua guru yang mengajar mata pelajaran Sains

Tempoh : Sepanjang tahun


pelaksanaan

Tempat : Dalam kelas

Ringkasan : Sebagai alternatif kaedah pengajaran guru semasa PdP. Murid diberi
aktiviti tugasan penyelesaian masalah mengikut tajuk yang diajar. Murid yang
boleh menjawab digalakkan membantu rakan sekelas semasa aktiviti
tersebut dijalankan

(b) Teknik I-Recall

Objektif :  Membantu murid yang bermasalah cepat lupa apa yang telah
dipelajari
 Menajamkan daya ingatan murid berkeperluan khas masalah
pendengaran
Pelaksana : Semua guru yang mengajar mata pelajaran Sains

Tempoh : Sepanjang tahun


pelaksanaan

Tempat : Dalam kelas

Ringkasan : Penggunaan grafik dan warna dalam penekanan konsep dan istilah sains
aktiviti semasa PdP dan kelas mentor mantee Tahun Lima. Dengan kaedah ini,
sesi pembelajaran untuk murid khas dapat dipelbagaikan..
2. Galeri Sains

Objektif : Murid boleh mendapatkan maklumat terkini tentang mata pelajaran Sains
dan Teknologi.

Pelaksana : Semua ahli panitia Sains

Tempoh : Sepanjang tahun


pelaksanaan

Tempat : Galeri Sains

Ringkasan : Paparan maklumat, info sains terkini untuk bacaan murid selain daripada
aktiviti buku teks.

3. Aktiviti Santapan pagi

Objektif : Sebagai pengukuhan pengetahuan murid dalam Sains

Pelaksana : Semua ahli panitia Sains

Tempoh : Sepanjang tahun


pelaksanaan

Tempat : Lobi

Ringkasan : Aktiviti ini bermula pada pukul 7.00 hingga 7.20 pagi yang menyasarkan
aktiviti murid tahap 1 kerana murid tahap 2 mengikuti kelas seperti biasa. Tema
ditentukan oleh guru bertugas.

4. Program Tunas Sains

Objektif : Mencungkil bakat murid


Menggalakkan kemahiran reka cipta dan inovasi dalam diri murid

Pelaksana : Semua ahli panitia Sains

Tempoh : Semasa program santapan pagi


pelaksanaan

Tempat : Lobi

Ringkasan : Aktiviti ini menjadi aktiviti sisipan semasa program santapan pagi. Guru
aktiviti menunjukkan contoh bahan inovasi kepada murid.

5. Program Bilik Sainsku

Objektif : Mengemas dan menceriakan bilik Sains

Pelaksana : Guru panitia Sains dan murid-murid

Tempoh : Waktu senggang selepas aktiviti PdP


pelaksanaan

Tempat : Bilik Sains

Ringkasan : Guru bersama-sama murid mengemas dan menghias bilik Sains. Susun
aktiviti atur bilik sains diubah untuk menjadikannya lebih kondusif untuk sesi
pembelajaran.
6. Program Kelas Tarahan Sains

Objektif : Meningkatkan pengetahuan murid dalam bidang sains


Sebagai sesi ulangkaji bersama guru

Pelaksana : Guru Sains

Tempoh : Setiap hari selasa


pelaksanaan

Tempat : Kelas masing-masing

Ringkasan : Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan bersama mentor masing-


aktiviti masing.

Rumusan:

Kebanyakkan aktiviti yang terdapat dalam perancangan tahunan terpaksa digugurkan kerana faktor cuaca iaitu
jerebu yang menyebabkan sesi persekolahan ditangguhkan sehingga keadaan pulih. Semua AJK panitia sains
memutuskan untuk meneruskan projek berkenaan di tahun hadapan.

Laporan disediakan oleh, Laporan disahkan oleh,

Siti Aminah bt Mohamad Pozi Catherine Peter Nain


Ketua Panitia Sains Penolong Kanan Pentadbiran
Gambar-gambar Aktiviti Panitia Sains 2015

You might also like