You are on page 1of 9

Bank Islam Malaysia

Bank Islam Malaysia Berhad


‫بڠک اسالم مليسيا برحد‬

Jenis Berhad (MYX: BIMB)

Industri Perbankan

Ditubuhkan 1 Julai 1983; 35 tahun yang lalu

Ibu pejabat Kuala Lumpur, Malaysia

Dato' Zamani Abdul Ghani, Pengerusi,


Dato' Sri Zukri Samat, Pengarah Urusan
Perancang
dan Dr. Ahmad Shahbari @ Sobri
utama
Salamon, Pengerusi Majlis Pengawasan
Syariah

Perbankan pengguna, Perbankan


Keluaran
komersil, Perbankan korporat

Perkhidmatan Perbankan Islam

Hasil ▲RM 2,174 juta (2010)

Pendapatan
▲RM 1,354 juta (2010)
operasi

Pendapatan
▲RM 503.4 juta (2010)
bersih

Bilangan
3,610 (Dis 2010)
pekerja
Induk Lembaga Tabung Haji

BIMB Investment Management Sdn Bhd


Al-Wakalah Nominees (Tempatan) Sdn
Bhd
Bank Islam Trust Company (Labuan) Sdn
Anak syarikat
Bhd
BIMB Foreign Currency Clearing
Agency Sdn Bhd
Farihan Corporation Sdn Bhd

Laman
www.bankislam.com.my
sesawang

Bank Islam Malaysia Berhad (MYX: BIMB) (didaftarkan sebagai Bank Islam; tulisan
Jawi: ‫ )برحد مليسيا اسالم بڠک‬mula beroperasi sebagai bank Islam pertama Malaysia pada tarikh
1 Julai 1983. Bank Islam ditubuhkan pada mulanya untuk memberi alternatif kepada rakyat
Muslim di negara ini menggunakan perbankan berlandaskan Syariah.

Ditubuh dengan modal disahkan sebanyak RM500 juta dan modal berbayar berjumlah RM80
juta, dana pemegang saham Bank Islam melonjak kepada RM 2.5 bilion pada Disember 2010,
suatu bukti kejayaan pelan pertumbuhan jangka panjangnya.[1]

Disenaraikan di papan Bursa Saham Kuala Lumpur pada 17 Januari 1992, Bank Islam telah
berkembang sebagai sebuah institusi kewangan yang disegani di negara ini. Dengan 89 buah
cawangan di seluruh negara, bank ini menawarkan 50 pelbagai produk dan perkhidmatan
perbankan Islam yang inovatif dan canggih, setanding dengan yang ditawarkan oleh
perbankan konvensional.

Laporan keuntungan[
Bank Islam meraih keuntungan sebelum zakat dan cukai (PBZT) sebanyak RM 503.4 juta
dalam tempoh 18 bulan berakhir 31 Disember 2010. Prestasi itu merupakan peningkatan 44%
berbanding RM 233.1 juta pada akhir Jun 2009. Bahkan, keuntungan Bank Islam ketika ini
boleh menewaskan Citibank. Bank Islam melaporkan prestasi kewangan dalam tempoh 18
bulan berikutan perubahan tahun kewangan Bank Islam untuk diselaraskan dengan tahun
kewangan Lembaga Tabung Haji ("Tabung Haji") selaku syarikat pegangan utamanya.[2]

Prestasi Bank yang melepasi lebih setengah juta Ringgit tersebut adalah hasil daripada
pertumbuhan kukuh kewangan dan pemulihan dalam kualiti aset. Selain itu, pengembangan
pengagihan daripada pendapatan berasaskan bukan dana, penurunan nisbah kos-kepada-
pendapatan dan peningkatan deposit berterusan melalui akaun semasa dan simpanan turut
menyokong prestasi tersebut. Bagi tempoh kewangan itu, Lembaga Pengarah Bank Islam
telah mencadangkan dividen bersih 4.75% berjumlah RM 80.7 juta.

Pelan pemulihan selepas rugi[

Logo lama BIMB sebelum 31 Disember 2001

Pelan Pemulihan dilaksanakan dengan segera untuk menghentikan pendarahan seterusnya


dan meletakkan semula Bank di landasan yang betul selepas Bank mengalami kerugian besar
pada tahun 2006 dan tahun 2005. Dilancarkan pada bulan Oktober 2006 di bawah
kepimpinan baharu Pengarah Urusan Dato' Sri Zukri Samat, Pelan Pemulihan terdiri daripada
strategi utama berikut:[3]

 Komponen 1: Pemodalan Semula & Penstrukturan Semula Lembaran Imbangan


 Komponen 2: Pembaharuan Infrastruktur IT
 Komponen 3: Program Transformasi
 Komponen 4: Latihan Rasionalisasi Kos
 Komponen 5: Pembangunan Modal Insan

Dato' Sri Zukri Samat berkata bahawa penyumbang kepada pemulihan yang luar biasa adalah
kerana pelaksanaan agresif pelan pemulihan yang terdiri daripada lima komponen sejak
September 2006 bagi memulihkan Bank. Pelan tersebut meliputi pelaksanaan perubahan
strategi untuk tumbuh perniagaan baharu dan program pemulihan pembiayaan intensif,
bersama-sama dengan aktiviti penjenamaan semula yang agresif untuk mengubah peranggu
minda dan budaya kerja serta pendekatan Bank untuk menjalankan perniagaan di pasaran
yang semakin luas dan canggih.

Pencapaian utama:[3][4]

 Pemodalan semula Bank Islam (RM1.02 bilion pada Oktober 2006 dan RM540 juta
sehingga Oktober 2009)
 Mengembalikan bank kepada keadaan yang menguntungkan dengan Keuntungan
Sebelum Zakat & Cukai (PBZT) seperti berikut: -
 Tahun Kewangan (TK) Jun 2007 - RM236.7 juta
o TK Jun 2008 - RM308.3 juta
o TK Jun 2009 - RM233.1 juta
o TK Jun 2010 - RM503.4 juta
 Penurunan signifikan nisbah pembiayaan tak berbayar (NPF) bersih dari 13.6% (akhir
September 2006) menjadi 4.9% (akhir Jun 2009 atau akhir TK2009)
 Portfolio aset baharu dengan kualiti yang lebih baik dari campuran aset (asset mix).
Nisbah NPF pasca-2006 berada pada 1.0%.
 Pendapatan urus niaga atau pendapatan berasaskan bukan dana sebagai peratusan
daripada jumlah keseluruhan pendapatan meningkat menjadi 11% pada akhir Jun
2009 berbanding 8.1% pada akhir Jun 2006 (disebabkan pengenalan pelbagai sumber
hasil baharu iaitu produk pelaburan berstruktur Perbankan Pelaburan Korporat, dll)
 Penurunan nisbah kos-kepada-pendapatan dari 60.2% pada akhir tahun 2007 menjadi
56.7% pada akhir TK2009, walaupun dengan pelaburan agresif untuk membina
semula bank.
 Kepelbagaian jaluran perniagaan: -
 Penubuhan Perbankan Pelaburan Korporat (Pasaran Modal & Kewangan Korporat)
pada TK2007
 Pengenalan perkhidmatan pengurusan kekayaan pada TK2008
 Pembentukan perkhidmatan biro pertukaran wang asing pada TK2009
 Penyelesaian aktiviti penjenamaan semula korporat, identiti baharu, nilai teras dan inti
pati jenama.
 Pengubahsuaian cawangan dengan penampilan baharu yang segar dan perkhidmatan
mesra pelanggan.
 Pengambilan bakat baharu yang berkemampuan dan berpengalaman bagi mengisi
jawatan pengurusan kanan
 Penyempurnaan urus niaga kewangan korporat yang pertama (sebagai penasihat
dalam tawaran awam mandatori bagi syarikat tersenarai awam) pada TK2008. Bank
merupakan bank komersil pertama di Malaysia yang menawarkan perkhidmatan
tersebut di bawah lesen perbankan borong Islam
 Pengiktirafan jenama dengan penerimaan Anugerah Platinum Reader’s Digest sebagai
Jenama Paling Dipercayai bagi Perkhidmatan Kewangan Islam pada Mei 2009.

Pelan pertumbuhan mampan


Rangka tindakan strategik baharu

Pada 29 Jun 2009, Lembaga Pengarah meluluskan pelan perniagaan untuk tahun kewangan
antara Julai 2009 hingga Jun 2012, di samping Pelan Pertumbuhan Mampan (“SGP”) Bank
yang baharu yang akan menggantikan Pelan Pemulihan yang sedia ada. SGP ini terbahagi
kepada enam tunggak, iaitu Inovasi Perniagaan, Pengurusan risiko yang Mantap, Pengukuhan
Prasarana yang Kondusif, Pembinaan Kebolehan dan Kapasiti, Perluasan Francais,
Pertumbuhan Tak Organik dan Pengembangan Korporat. Rangka tindakan strategik baharu
ini bertujuan untuk merangsang pertumbuhan organik yang lebih tinggi dan mengukuhkan
kedudukan domestik Bank menerusi pertumbuhan pembiayaan yang lebih mantap dan
bahagian lebih besar daripada pendapatan boleh guna pelanggan. Inovasi produk, pakej,
penetapan harga, pemasaran yang tertumpu, penjualan silang dan strategi penjenamaan yang
proaktif akan menjadi faktor utama bagi kejayaan Bank pada masa depan.[4]

Pada tahun 2010, Bank memfokuskan kepada kecemerlangan dalam setiap aspek operasi dan
bersaing dengan jayanya dalam persekitaran yang semakin mencabar. Perjalanan Bank Islam
diletakkan pada panduan SGP yang menggariskan enam tunggak strategik sebagai pemacu
utama pertumbuhan Bank sehingga 31 Disember 2012.

Perintis produk & perkhidmatan perbankan Islam

Mengambil kedudukan dan reputasinya sebagai Bank Islam pertama di Malaysia dan salah
satu daripada perintis di dunia, Bank Islam telah melaksanakan pelbagai usaha untuk menjadi
peneraju yang inovatif bagi kerajaan Malaysia dalam menjadikan Negara sebagai Hab
Kewangan Islam Global yang penting. Dalam usaha untuk membersihkan imej yang tercalar
akibat kerugian pada tahun 2005, Bank Islam telah memperkenalkan beberapa produk yang
dianggap sebagai yang pertama di dunia untuk mengekalkan kesetiaan dan persepsi
pelanggan.
Berikut adalah beberapa pencapaian dan inovasi terkini:[5]

 Bank Islam adalah satu-satunya bank Islam dan bank komersil yang tersenarai dalam
Senarai Pertama Penasihat Utama yang diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti
 Melancarkan Al-Awfar, iaitu kombinasi akaun simpanan-i dan pelaburan-i yang
pertama seumpamanya yang menawarkan hadiah wang tunai
 Pengurus bagi Program Nota Islam Bertempoh Sederhana Badan Pelaburan
Terengganu bernilai RM5 bilion yang dijamin oleh Kerajaan Malaysia; terbitan mercu
tanda 30-tahun, iaitu merupakan bon yang diterbitkan di Malaysia dengan tempoh
matang paling lama untuk pasaran Sukuk dan bon konvensional
 Bank pertama yang menjalan usaha sama dengan LTH dalam melancarkan Khidmat
Uniteller yang membolehkan urus niaga LTH dan pendaftaran Haji dilaksanakankan
di semua cawangan Bank Islam di seluruh negara
 Melancarkan Ziyad NID-i, satu produk pelaburan berstruktur bagi mengambil
kesempatan sempena pasaran ekuiti Asia yang sedang baik pulih. Ziyad NID-i ialah
produk pelaburan berjangka masa 5 tahun dalam bentuk Instrumen Boleh Niaga Islam
 Melancarkan Waheed-i, produk pertama seumpamanya di Malaysia untuk pelanggan
korporat. Produk deposit terma tetap dalam matawang Ringgit Malaysia ini
berasaskan kontrak Syariah Wakalah (Agensi). Produk ini mematuhi piawaian
Syariah tempatan dan antarabangsa.
 Menjadi bank yang pertama di Malaysia menawarkan perkhidmatan perbankan
melalui telefon bimbit tanpa akses internet. Melalui Transact at Palm atau TAP
Mobile Banking-i, pemegang akaun kini boleh menjalankan transaksi perbankan
mereka tidak kira dimana dan pada bila-bila masa sahaja.
 Melakar sejarah dunia korporat Malaysia dengan menjadi bank Islam pertama untuk
memberi nasihat tentang aktiviti penyenaraian. APFT Berhad, penyedia pendidikan
dan perkhidmatan latihan penerbangan terkemuka di Malaysia, telah melantik Bank
Islam sebagai Penasihat Utama, Pengurus Taja Jamin dan Ejen Penempatan untuk
melakukan tawaran umum awal (IPO) dalam penyenaraiannya di Pasar Utama Bursa
Malaysia Securities Berhad.
 Mengumumkan penyelesaian permohonan beli saham 20% oleh Bank Islam dalam
kepentingan strategik Amana Bank Limited ("Amana Bank") di Sri Lanka. Amana
Bank adalah bank Islam komersil pertama Sri Lanka.

Kad-i Bank Islam


Kad-i Bank Islam (KBI) ialah kad pertama yang sepenuhnya berasaskan kontrak Syariah dan
ditawarkan kepada Muslim dan bukan Muslim di Malaysia[6]. KBI adalah kad yang bebas dari
riba dan gharar. Riba biasanya diterjemahkan sebagai "faedah" iaitu amaun lebihan yang
dicajkan ke atas sebarang transaksi urus niaga yang melibatkan perak, emas dan wang.
Gharar ialah ketidakpastian atau keraguan dan unsur ini tidak terlibat di dalam KBI
memandangkan keuntungan maksima telah pun dijelaskan terdahulu. Pusat Kad Bank Islam
beroperasi berasaskan konsep Syariah yang dikenali sebagai konsep Tawarruq.[7]

Tawarruq
Tawarruq ialah membeli barangan (komoditi) secara pembayaran tangguh (kos + untung) dan
menjualnya secara tunai dengan harga yang lebih rendah kepada pihak selain daripada
penjual asal.
Secara umumnya, tawarruq dan bai'inah mempunyai objektif yang sama, iaitu bertujuan
mendapatkan hasil tunai daripada transaksi jual-beli, tetapi berbeza dalam dua aspek iaitu;
pertama, bai’ ‘inah tidak melibatkan pihak ketiga sebagai pembeli (aset/komoditi), di mana
tawarruq melibatkan penglibatan pihak ketiga. Kedua, aset yang terlibat dalam jual-beli bai’
‘inah akan dikembalikan semula kepada pemilik asal, manakala proses itu tidak terlibat
langsung dalam tawarruq.

Mengenai Kad - i Bank Islam


Ciri-ciri dan faedah

Jenama Kontrak Tempoh Kontrak Fi Penyertaan Kadar Keuntungan


Visa Tawarruq 5 tahun - 13.5% ke 17.5% setahun

Perkhidmatan Kad-i Emas & Klasik Bank Islam

 Pembelian runcit
 Kemudahan pengeluaran wang tunai di ATM Bank Islam dan bank lain
 Akses pembayaran mudah dan pengeluaran wang tunai di mana-mana cawangan dan
ATM Bank Islam
 Pindahan baki
 Pengeluaran wang tunai kecemasan di luar negeri
 Khidmat Pelanggan 24 jam

Ciri-ciri Kad-i Emas & Klasik Bank Islam

 Berlandaskan kontrak Syariah yang bebas daripada ‘Riba’ dan ‘Gharar’


 Tempoh kontrak selama 5 tahun
 Margin keuntungan ditetapkan untuk seluruh tempoh pemilikan kad
 Hanya menerima transaksi daripada pedagang ‘HALAL’
 Had pembiayaan yang ditawarkan setanding dengan pengeluar-pengeluar kad lain.
 Diterima di seluruh dunia
 Teknologi Cip SMART terkini

Keistimewaan Kad-i Emas & Klasik Bank Islam

 Pengecualian fi tahunan, tertakluk pada minimum 12 transaksi setahun.


 Tanpa elemen pengkompaunan
 Fi pengeluaran wang tunai yang kompetitif Fi pengeluaran wang tunai ialah 2.5% atau
RM12 (yang mana lebih tinggi) Pemegang kad juga boleh membuat pengeluaran
wang tunai sehingga 50% daripada had pembiayaan.
 Perlindungan Takaful Keluarga Kumpulan Saling Melengkapi (sehingga RM100,000)
dan perbelanjaan pengurusan jenazah sebanyak RM5,000 untuk pemegang kad
prinsipal di sepanjang tempoh kontrak.
 Penerimaan pembayaran zakat
 Diskaun untuk Tempahan Mel Tempahan Telefon (MOTO) & Skim Bayaran Mudah.

Rujukan^ Bank Islam Malaysia Berhad - Profil Korporat


1. ^ Bank Islam raih keuntungan RM503 juta Utusan Malaysia Online - Korporat
2. ^ Panjat ke: a b Pernyataan Pengerusi-09
3. ^ Panjat ke: a b Ulasan Operasi Pengarah Urusan-09
4. ^ Bank Islam Malaysia Berhad - Pencapaian
5. ^ Kad-I Bank Islam
6. ^ Bank Islam Malaysia - Maklumat Tentang Kad-i Bank Islam

Pautan luar
 Laman web rasmi
 Tapak perbankan Internet BIMB

Diambil daripada
"https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Bank_Islam_Malaysia&oldid=4527617"
Kategori:

 Bank di Malaysia
 Bank Islam
 Syarikat yang tersenarai dalam Bursa Malaysia
 Syarikat yang ditubuhkan pada 1983

Menu pandu arah


Alatan peribadi

 Belum log masuk


 Perbincangan
 Sumbangan
 Buka akaun
 Log masuk
 Kotak pasir

Ruang nama

 Rencana
 Perbincangan

Kelainan

Rupa

 Baca
 Sunting
 Sunting sumber
 Lihat sejarah
Lain

Cari

Khas:Cari Pergi

Pandu arah

 Laman Utama
 Tinjau
 Hal semasa
 Rencana rawak

Perhubungan

 Tentang Wikipedia
 Portal masyarakat
 Perubahan terkini
 Hubungi kami
 Menderma
 Bantuan
 Kedai Kopi

Dasar(tambah topik) Cadangan(tambah topik) Teknikal(tambah topik) Lain-lain(tambah topik) Cetak/eksport

 Cipta buku
 Muat turun sebagai PDF
 Versi boleh cetak

Peralatan

 Pautan ke laman ini


 Perubahan berkaitan
 Muat naik fail
 Laman khas
 Pautan kekal
 Maklumat laman
 Item Wikidata
 Petik laman ini

Dalam bahasa lain

 ‫العربية‬
 English
 Svenska
 吴语
 粵語

Sunting pautan

 Laman ini diubah buat kali terakhir pada 03:01, 1 Februari 2019.
 Teks disediakan dengan Lesen Creative Commons Pengiktirafan/Perkongsian Serupa;
terma-terma tambahan mungkin digunakan. Lihat Terma-Terma Penggunaan untuk
butiran lanjut.

 Dasar privasi
 Perihal Wikipedia
 Penafian
 Pembangun
 Cookie statement
 Paparan mudah alih

You might also like