You are on page 1of 3

BICARA BERIRAMA SEKOLAH MENENGAH

KERTAS KONSEP

SKRIP BICARA BERIRAMA


Bahasa Penyatu Bangsa (Mendukung Transformasi 1Malaysia)
160

SEGMEN 1 1. (Murid masuk dengan iringan back up lagu rakyat Embun Sok Sek dalam jangka
masa 40 saat ). Pergerakan santai dengan lengkok hanyunan tangan, kaki dan
badan.
2. (SR) Ring, ring...Ring, ring...Ring,ring
3. (SRP)Hello! Apa Khabar? Nak cakap dengan siapa
4. (SRP) Ha, tengok ni!
5. (SRP) I Phone.
6. (SRL) I… I apa?
7. (SRP) I Phone lah pakcik
8. (SRL) I Phone tu... mata telefon ke?
9. (SRP) Tak. Dengar ni (Murid menunjukkan menari riang sambil menyanyikan
lagu ikut tempo)
10. (SRP) Senyum, Tak perlu kata apa-apa (3x)
11. (SR) Kacak luar, kacak dalam.Kacak dengar sini. Kalau saya senyum, awak bising
sekali (irama minus one tanpa muzik)
12. (SRP) Hebatkan!
13. (SRL) Nak tengok ,boleh?
14. (SRP) Boleh.
15. (SRL) Nak pinjam?
16. (SRP) Tak boleh!
17. (SOLO) Emm…, itulah bahasa!
18. (SRP) Bila dengar , banyak makna!
19. (SRL) ! Kadang-kadang kena fikir dulu sebelum berkata-kata
(SRP) Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruh padahnya!
SEGMEN 2 20. (SR) Salam sejahtera dan Salam 1Malaysia.
(SR) Hari ini kami nak mengimbas penggunaan bahasa di Malaysia.
20. (SR) Bahasa Melayu sudah sebati dalam jiwa rakyat negara ini. Masa zaman
nenek moyang lagi, bahasa Melayu berkembang menjadi lingua franca. .
21. (SOLO) Lingua franca? (suara rasa ingin tahu)
22. (SR) Ya.. Lingua franca bermaksud bahasa perantaraan untuk berhubung. Ramai
pedagang menggunakanya.
23 (SOLO)Hebat!
24 (SR)Lepas merdeka, slogan Bahasa Jiwa Bangsa dihidupkan. Bahasa Melayu
diangkat sebagai bahasa kebangsaan. Bergema di segenap pelusuk negara, tak
kira tua , muda, di desa atau di kota
25. (SR) Di gedung, di pasar bahkan di mana-mana, semua bercakap bahasa Melayu
26. (SRP) Tapi, pada masa tu…bahasa pasar diutamakan
27. (SOLO) Bahasa pasar tu apa?
28. (SRL) Bahasa yang digunakan tanpa mementingkan nahu. Macam…
29. (SOLO P) Haiya… apek mau pigi mana? .(lenggok laras bahasa mengikut nada
orang Melayu bercakap menggunakan nada orang Cina berbahasa Melayu )
1
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA 162
BICARA BERIRAMA SEKOLAH MENENGAH
KERTAS KONSEP

30. (SOLO L) Adik cantik ha! Gua mau jalan-jalan. Lu mau ikut gua ka? .(lenggok
laras bahasa mengikut nada orang Cina bercakap bahasa Melayu)
31. (SOLO L) Ayo..yo…yo. Ini macam ka. Orang banyak cantik, mau jalan sama apek
tua ka. Saya kalu lagi suka sama awak adik manis . Ikut saya naik api kereta.
(lenggok laras bahasa mengikut nada orang India bercakap bahasa Melayu)
(SR)Ha.. Itu contoh bahasa pasar
32. (SRL) Sekarang… Bahasa Melayu diterima oleh semua rakyat Malaysia
33. (SRP) Tak kira tua atau muda.. kecil atau besar , semuanya tahu berbahasa
Melayu.
34. (SRL)Malangnya… timbul pula bahasa cacamarba
35. (SR)Cuba dengar ni…
36. (SOLO P)I kan nak pergi gather. Jomlah we go… Boringlah duduk sorang-sorang.
37. (SR) Inilah bahasa rojak … macam buat sambal belacan.
38. (SR)Masuk lada…, Masuk bawang… masuk belacan Blennnd… (bunyi mesin
kisar).
39. (SRP) Lepas tu makan. Rasa… Huh…huh…huh.
40. (SRP) Pedasnya
41. (SRL) Ha…Siapa makan cili, terasa pedasnya! (suara menyindir)
42. (SRP) Tapi…Sambal belacan kan sedap, sudah makan pedas. Lepas tu… Nak
lagi…Nak lagi…Nak lagi…macam tu juga bahasa rojak.
43. (SRP)Makin digunakan makin sedap , sampai terlupa kita ini orang Malaysia.
SEGMEN 3 44. (SOLO)Nah ! Tu, dia…, Bahasa Identiti Bangsa
45. (SR) Macam dulu-dulu… Nenek moyang kita kaya dengan budi bahasa
46. (SRP) Kat selatan, puak Baba dan Nyonya berpantun. Di Johor, kita ada ghazal
47. (SRP) Kat utara, kaum Bori berlagu boria
48. (SRL) Kalau ada duit boleh belanja, nanti kita makan bersama-sama, Hidup
rakyat kita jangan dimanja, nanti bila susah badan merana.
49. (SR) Kat tengah pula, ada orang Minang
50. (SRP) Kat timur pula, ada ore… Kelate.
51. (SR) Sekarang ni..Budi Bahasa Amalan Kita. Jayakan Kempen Budi Bahasa
Amalan Mulia. Lahirkan masyarakat berbudi bahasa. Barulah terjamin
52. kedaulatan bangsa.
SEGMEN 4 53. (SOLO) Ha.. bahasa penyatu bangsa. Kalau dalam sukan kita jerit ramai-ramai .
54. (SRP) Bersatu teguh, bercerai roboh. Bagai aur dengan tebing. Kita ungkapkan
bahasa tanpa rasa curiga
55. (SR) Di sekolah, kami belajar bahasa ikut nahu. Tapi kadang kala…
56. (SOLO P) Sorong papan tarik papan, buah keranji dalam perahu; Suruh makan
dia makan, suruh mengaji dia tak mahu. (gaya pengucapan pantun)
57. (SRL) Ingat! Bahasa lambang perpaduan Bangsa, rosak bahasa, binasalah akar
bangsa.
58. (SRP)Yang merah itu saga, Yang kurik itu kundi; Yang indah itu bahasa, Yang
cantik itu budi.
59. Hidup bahasa! Negara Sejahtera! Rakyat Bahagia!
60. (SOLO) Skuad! Luruskan barisan! (suara tegas)
1
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA 162
BICARA BERIRAMA SEKOLAH MENENGAH
KERTAS KONSEP

61. (Kumpulan murid berkawat menerima arahan untuk meluruskan barisan. Muzik
back up drum roll)
62. (SR) Jadi! (tangan diangkat separas bahu untuk bacaan ikrar)
63. (SR) Kami, anak-anak transformasi, 1Malaysia, berjanji
64. (SR) Mengekalkan tradisi bahasa, bangsa Malaysia ,
(SR) Bahasa Dijulang, Warisan dipertahan, Warga Terbilang
65. Lagu 1Malaysia nyanyian Faizal Tahir dalam jangka masa 1 minit 32 saat.
(Pergerakan mengikut irama lagu dengan tepuk tangan berirama sambil
menyanyikan lagu verse ke 2 )
66. (SOLO) 1Bahasa
67. (SOLO) 1Bangsa
68. (SOLO) 1Malaysia
69. (Pergerakan hayunan langkah serta tepukan berirama sambil menyanyi verse ke
4 dengan mengikut lirik lagu dan melangkah masuk )
Catatan Petunjuk :
 SOLO – Suara Solo ( 9 orang)
 SR – Suara Ramai
 SRL – Suara Ramai Lelaki
 SRP – Suara Ramai Perempuan

Skrip disediakan oleh :


Abd Razak b. Abd. Malek

1
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA 162

You might also like