You are on page 1of 2

LAPORAN MINGGUAN

02.01.2019 – 04.01.2019

Yang Berusaha Tuan Pengetua, En Roslan bin Hassan,


Yang Dihormati Barisan Kepimpinan Pentadbir Sekolah ;
.1) PK Pentadbiran - Pn Hajah Rokiah Bt Ali
.2) PK Hal Ehwal Murid - En Tan Teong Ghee
.3) PK Kokurikulum - Cik Aida Bt Md Azimi
Yang Dihormati Guru-guru Kanan Matapelajaran dan Guru-guru Cemerlang.
Yang Dikasihi lagi disayangi, para pendidik dan rakan-rakan pelajar sekalian.

Guru bertugas minggu ini


1 Saya
2. Cikgu Vanishree
3. Pn Nazlina

1. Persekitaran Sekolah
 Pelajar telah mula menjalankan tugas kebersihann dan keceriaan kelas.
 Gotong-royong menceriakan kelas telah dijalankan sepanjang minggu pertama .
 Persekitaran bersih dan teratur. Tandas dan kantin bersih.

2. Sahsiah dan disiplin.


 Disiplin pelajar terkawal.
 Terdapat pelajar yang datang lewat dan telah di ambil tindakan disiplin.
 Terdapat beberapa pelajar lelaki yang berambut panjang yang ditegur dan sudah diambil
tindakan.

3. Hal-hal Lain.
 Kehadiran Tuan Pengetua pada hari pertama persekolahan walaupun masih dalam cuti
sakit. Datang untuk memberi kata aluan dan semangat kepada pelajar.
 Pegawai PPD SIC+ telah hadir bersama ketika perhimpunan hari pertama.
 Perhimpunan Khas pada hari kedua persekolahan:-Taklimat disiplin oleh Cikgu Sharif,
taklimat UBK oleh Cikgu Sarah, taklimat SPBT oleh Cikgu Murshida dan taklimat sukan
oleh SU Sukan Cikgu Muhd Izham.
 Mesyuarat Agong rumah sukan pada hari Khamis.
 Agihan buku teks pada hari khamis telah selesai, semua pelajar telah mempunyai buku
teks.
 Gotong-royong membersih dan menceriakan kelas pada hari Jumaat.

Sekian, terima kasih.

You might also like