You are on page 1of 11

GURU RESOS DAN BILIK RESOS BAGI MURID BERMASALAH PENGLIHATAN

LATAR BELAKANG

Pendidikan khas dibentuk bagi memenuhi murid keperluan pendidikan murid dengan
keperluan khas supaya murid khas dapat mencapai tahap berdikari tinggi dan kejayaan hidup
yang memuaskan. Program pendidikan khas bagi murid bermasalah penglihatan dan
bermasalah pendengaran bermula sebelum merdeka di mana Sekolah Rendah Princess
Elizabeth dibuka di Johor pada tahun 1948 khusus untk murid bermasalah penglihatan dan
bagi masalah pendengaran ,Sekolah Kanak-kanak Pekak Persekutuan Pulau Pinang dibuka
tahun 1054. Seterusnya perkembangan dan akses bagi pendidikan khas semakin meluas
sehingga ke hari ini. Dengan bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan, tertubuhnya Unit
Pelajaran Khas di Bahagian Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 1964 atau
lebih dikenali sebagai Jabatan Pendidikan Khas pada masa kini. Sekolah khas ditubuhkan
khas untuk murid-murid kelainan upaya dengan kepelbagaian keperluan khas yang
disediakan seperti peruntukan dan bantuan. Penyediaan segala kemudahan untuk murid
berkeperluan khas dalam program pendidikan khas adalah dalam persekitaran tidak terhad
dan setaraf dengan murid normal supaya murid khas tidak terasing daripada murid normal.

Program Pendidikan Khas Bermasalah Penglihatan dilaksanakan oleh Kementerian


Pelajaran Malaysia bagi membantu murid-murid yang bermasalah dalam penglihatan dengan
keperluan khas yang disediakan. Menerusi program ini murid yang mengalami masalah
penglihatan akan menerima pendidikan yang selesa dan bersesuaian dengan kemampuan
mereka. Program integrasi bermasalah penglihatan ini ditempatkan di sekolah-sekolah
pendidikan khas dan di sekolah-sekolah harian biasa menerusi Program Pendidikan Khas
Integrasi. Murid-murid boleh mengikuti program pendidikan khas integrasi di sekolah harian
biasa di mana mereka akan belajar sepenuh atau separuh masa bersama-sama murid normal
lain yang sebaya dengan mereka di dalam kelas dengan mengikuti kurikulum yang sama.
Seperti murid normal yang lain, murid program pendidikan khas integrasi ini juga diajar oleh
guru-guru aliran pendana bagi setiap mata pelajaran yang diambil kerana menggunakan
pendekatan inklusif. Ini betujuan untuk memberi peluang kepada murid bermasalah
penglihatan untuk berinteraksi dalam aspek sosial dan akademik dengan aliran perdana.
Perbezaannya pembelajaran murid bermasalah penglihatan dan murid normal adalah dari segi
kaedah pembelajaran di mana murid bermasalah penglihatan akan didedahkan dengan
penggunaan alat-alat bantu mengajar yang bersesuaian supaya memperoleh pencapaian yang
optimum. Jadi, guru-guru perlu sedar bahawa perkembangan murid khas dan murid normal
adalah berbeza kerana kelainan keupayaan mereka.

“Pendidikan Khas di Malaysia adalah suatu usaha yang bertersuan untuk


melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari,
mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri
sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan proaktif
selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan”-Falsafah Pendidikan Khas

Selaras dengan Falsafah Pendidikan Khas, setiap kanak-kanak mempunyai hak dan
ekuiti yang sama untuk mendapatkan pendidikan tanpa mengira ketidakupayaan mereka. Hal
ini kerana kanak-kanak perlu diberi peluang untuk mengembangkan potensi mereka melalui
pendidikan vokasional bagi menghasilkan insan yang berkemahiran ke arah meningkatkan
kualiti hidup. Jadi, semua kanak-kanak berkeperluan khas berpeluang untuk menerima akses
pendidikan yang relevan dan sesuai dengan keupayaan mereka. Adalah menjadi tanggung
jawab ibu bapa untuk menghantar kanak-kanak yang kurang upaya untuk mendapat
pendidikan di sekolah yang disediakan oleh pihak Kementerian Pendidikan. Di sekolah, ibu
bapa tidak perlu bimbang kerana murid khas diajar berdasarkan kebolehan dan keperluan
mereka bukan kepada kategori dan jenis kecacatan mereka. Namun bagi murid yang
berpotensi sebolehnya perlu ditempatkan secara inklusif di sekolah aliran perdana supaya
dapat mengembangkan potensi diri ke tahap optimum dan lebih berdaya berdaya saing.

DEFINISI GURU RESOS DAN BILIK RESOS

Menerusi Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6 yang dikeluarkan pada tahun 2007 oleh Ketua
Pengarah Pelajaran Malaysia, guru resos ialah Guru Pendidikan Khas yang ditempatkan di
sekolah harian biasa yang mempunyai Program Pendidikan Khas Integrasi. Manakala bilik
resos merupakan bilik yang disediakan untuk menjayakan Program Pendidikan Khas
Integrasi. Bilik resos digunakan sebagai tempat pengajaran dan pengukuhan pembelajaran
murid, menyimpan peralatan dan bahan pendidikan khas serta tempat di mana guru-guru
resos menjalankan tugasan mereka.
PERANAN GURU RESOS TERHADAP MURID BERMASALAH PENGLIHATAN

1. Pengajaran dan Pembelajaran


a. Guru Resos perlu mengajar murid bermasalah penglihatan secara individu atau
berkumpulan di Bilik Resos sama ada sebelum atau serentak atau selepas masa
pengajaran dan pembelajaran di kelas biasa bagi topik-topik tertentu yang
sukar diikuti oleh murid bermasalah penglihatan selaras dengan keperluan
individu murid
b. Guru Resos perlu mendapatkan maklumat dari guru mata pelajaran aliran
perdana untuk tujuan pengukuhan dan pengayaan pada murid semasa
pengajaran dan pemebelajaran di Bilik Resos
c. Guru Resos perlu mengenal pasti, menyelaras dan mengambil tindakan
sewajarnya berkaitan setiap perkembangan semasa dalam aspek keperluan
kurikulum serta pentaksiran yang melibatkan kepentingan murid bermasalah
penglihatan
d. Guru Resos perlu menjalankan tugas seebagai guru pendamping di kelas biasa
bagi aktiviti amali dan fizikal untuk mata pelajaran dan topik-topik tertentu
e. Guru Resos perlu mengajar kemahiran membraille kepada murid yang
memerlukannya
f. Guru Resos perlu menjalankan latihan penglihatan terhad (low vision) bagi
murid yang masih ada sisa penglihatan
g. Guru Resos perlu menjalankan latihan orientasi dan mobiliti
h. Guru Resos perlu menjalankan latihan kemahiran hidup hariaan
i. Guru Resos perlu menjalankan latihan penggunaan deria sentuhan,
pendengaran, bau dan rasa
j. Guru Resos perlu memperuntukkan waktu pengajaran dan pembelajaran
sekurang-kurangnya 12 waktu seminggu bagi sekolah menengah dan 15 waktu
seminggu bagi sekolah rendah
k. Guru Resos boleh menganjalkan waktu pengajaran dan pembelajaran
mengikut keperluan murid dan dalam jumlah waktu yang diperuntukkan

2. Pengurusan
a. Guru Resos perlu membraille bahan-bahan cetakan biasa seperti buku-buku
teks, soalan-soalan ujian dan bahan tambahan mengikut keperluan dan
kesesuaian
b. Guru Resos perlu menulis pindah bahan-bahan braille yang dihasilkan oleh
murid untuk diperiksa oleh guru mata pelajaran
c. Guru Resos perlu menyediakan gambar rajah timbul secara manual atau
dengan bantuan komputer
d. Guru Resos perlu menyediakan bahan-bahan cetakan besar dan gambar rajah
khas untuk muird penglihatan terhad (low vision)
e. Guru Resos perlu merakamkan pelbagai bahan audio bagi membantu
pengajaran dan pembelajaran murid di luar masa belajar atau di rumah
f. Guru Resos perlu menyelenggara peralatan pendidikan khas
g. Guru Resos perlu bekerjasama dengan guru lain di sekolah untuk membantu
murid bermasalah penglihatan dari segi hal ehwal kebajikan dan kesihatan

3. Kelas Bimbingan dan Aktiviti- aktiviti Tambahan


a. Guru Resos perlu mengadakan bimbingan tambahan bagi murid yang akan
menduduki peperiksaan umum
b. Guru Resos perlu membimbing murid dalam penggunaan perisian teknologi
maklumat dan komunikasi atau ICT
c. Guru Resos perlu membaca bahan-bahan bercetak yang sesuai kepada murid
d. Guru Resos perlu mewujudkan dan menyelia perjalanan aktiviti kelab
pembaca di sekolah
e. Guru Resos perlu melibatkan diri dalam aktiviti kurikulum dan ko-kurikulum
di dalam dan di luar sekolah yang berkaitan dengan murid bermasalah
penglihatan

OBJEKTIF GURU RESOS TERHADAP MURID BERMASALAH PENGLIHATAN

1. Melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan terhadap


murid-murid khas
2. Membimbing murid-murid khas dalam aspek kurikulum, ko-kurikulum dan hal ehwal
pelajar
3. Menyediakan bahan-bahan pengajaran yang berseuaian dengan murid-murid khas
khususnya dalam pengajaran dan pembelajaran
4. Membantu dalam proses perkembangan dan potensi diri

KAJIAN LITERATUR

Bardin (2006) menyatakan, pencapaian akademik murid bermasalah penglihatan adalah lebih
rendah berbanding dengan murid normal walaupun berada dalam bilik darjah yang sama. Hal
ini kerana mereka memerlukan masa yang lama untuk memahami sesuatu topik pembelajaran
berbanding murid normal disebabkan oleh kekangan visual. Namun, murid bermasalah
penglihatan ini masih menghadirkan diri ke sekolah dan memberi perhatian dalam
pembelajaran di dalam kelas, mengambil bahagian dalam kurikulum, menjalankan aktiviti
yang diberikan oleh guru dan menunjukkan usaha yang gigih semasa berada di sekolah
(Fredricks et al, 2004). Ini menunjukkan bahawa walaupun murid ini menghadapi masalah
penglihatan namun mereka sentiasa memperlihatkan sikap dan tingkah laku yang positif
semasa di sekolah.

Bardin dan Lewis (2011) mendapati sokongan dan dorongan guru resos adalah
penting dalam menyumbangkan keterlibatan murid dalam akademik di sekolah. Jadi, guru
resos berperanan dalam proses pengajaran dan pembelajaran murid supaya mereka sentiasa
aktif kerana guru resos merupakan guru khas bagi murid bermasalah penglihatan yang
ditempatkan di sekolah aliran perdana. Murid akan lebih aktif apabila mereka berasa diri
mereka diberi perhatian dan dorongan sewajarnya oleh guru ibarat ibu bapa kedua kepada
murid apabila berada di sekolah. Jadi, guru resos dan guru biasa di aliran perdana perlu
menggunakan kaedah kolaboratif dan koperatif supaya murid bermasalah penglihatan yang
ditempatkan di sekolah aliran perdana dapat menyesuaikan diri dan turut sama melibatkan
diri dalam aktiviti kurikulum dan kokurikulum di sekolah (Ahmad Zailani, 2011). Gabungan
kepakaran dan resos oleh guru resos dan guru biasa aliran perdana dapat memenuhi keperluan
murid bermasalah penglihatan.

CABARAN GURU DAN MURID BERMASALAH PENGLIHATAN

1. Guru kurang berkemahiran


Menurut kajian yang dilakukan oleh Nor Jannah et al (2015), pengetahuan pedagogi
guru lebih kepada keperluan ketidakupayaan Murid Bermasalah Penglihatan
dan bukannya dari segi subjek. Tahap pengetahuan dan kemahiran guru terhadap isi
kandungan subjek Matematik sangat lemah di mana guru sukar menyampaikan
sesuatu topik dengan berkesan kepada murid bermasalah penglihatan. Menurutnya
lagi, guru yang mengajar subjek matematik tidak mempunyai opsyen dalam mata
pelajaran tersebut. Ini menyebabkan mereka tidak berupaya mengajar dengan baik
dan tidak cekap menggunakan alat bantu mengajar yang disediakan bagi mata
pelajaran matematik untuk murid bermasalah penglihatan.

2. Ketidaksesuaian modul
Modul yang disediakan oleh pihak kementerian mempunyai aras kemahiran yang
terlalu tinggi dan kurang mengambil kira ketidakupayaan murid bermasalah
penglihatan. Murid bermasalah penglihatan yang belajar di sekolah aliran perdana
menghadapi kesukaran dalam pengajaran dan pembelajaran kerana mereka turut
menggunakan modul yang sama seperti murid normal yang lain. Kekangan
penglihatan yang dihadapi menyebabkan murid bermasalah penglihatan ini tidak
mampu belajar dnegan pantas seperti murid normal terutamanya dalam subjek sains
dan matematik. Malah buku teks dan buku aktiviti yang disediakan tidak bersesuaian
dengan murid bermasalah penglihatan menyebabkan pencapaian murid khas ini
adalah rendah kerana mereka masih belum berada di tahap KBAT.

3. Buku teks braille terhad


Seperti sedia maklum bahawa penyediaan buku untuk murid bermasalah penglihatan
sama ada di peringkat sekolah rendah atau menengah adalah dibawah kelolaan
Bahagian Pendidikan Khas. Namun pembekalan buku teks dan rujukan yang
menggunakan medium braille adalah terhad menyebabkan akses murid bermasalah
penglihatan hanya kepada buku teks yang dibekalkan sahaja.. Isu ketidakcukupan
bekalan alat bantu mengajar guru menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran
tidak berjalan dengan lancar kerana guru tidak dapat menyediakan alatan untuk
kegunaan murid secara keseluruhan.

4. Kecacatan sampingan murid


Selain buta dan rabun, berlaku peningkatan bilanagan murid bermasalah penglihatan
yang mempunyai kecacatan sampingan yang boleh mengganggu pembelajaran murid
seperti lembab, hyperactive, autism dan pekak. Kecacatan sampingan ini
menyebabkan cabaran guru dalam menghadapi murid bermasalah penglihatan
semakin hebat. Murid juga didapati sukar mengikuti pengajaran dan pembelajaran
dengan baik.

ALATAN DI BILIK RESOS UNTUK KEGUNAAN GURU DAN MURID

1. Brailler 2. Mesin Thermofom


Menyalin rajah timbul dari kertas asal
Mesin taip untuk menaip huruf-huruf braille menggunakan kertas brailon

3. Mesin Embosser 4. CCTV


Mencetak titik timbul dalam penterjemahan Mesin membantu pelajar rabun membaca
seperti buku untuk dijadikan buku braille kerana boleh membesarkan huruf
5. Gambar Rajah Timbul 6. Buku Teks Braille
Kemudahan pelajar untuk menyentuh dan Khusus untuk murid bermasalah dalam
merasai sesuatu bentuk penglihatan kerana sukatan pelajaran adalah
dalam bentuk Braille

7. Al-Quran Braille 8. Tongkat


Kemudahan murid bermasalah penglihatan Digunakan dalam pembelajaran orientasi
untu membaca al-quran mobiliti dan pergerakan murid

9. Goalball 10. Blind Fold


Bola berbunyi khas untuk murid bersukan Alat penutup mata semasa bersukan
dan bermain di gelanggang
11. Jam Digital 12. Braille Ruller dan Geometry Set
Jam bersuara memudahkan murid Pembaris timbul dan alat geometri khas untuk
bermasalah penglihatan murid bermasalah penglihatan

13. Globe 14. Peta Dunia

15. Kalkulator bersuara 16. Al-quran digital


Kesimpulan

Guru resos mempunyai peranan sangat penting dalam mengembangkan potensi murid
bermasalah penglihatan. Guru resos perlu sentiasa mempersiapkan diri dengan kemahiran dan
pengetahuan supaya dapat menjalankan pengajaran dengan berkesan dan sistematik agar
murid bermasalah penglihatan dapat mengikuti proses pembelajaran dengan baik. Guru
berperanan dalam meningkatkan keterlibatan murid bermasalah penglihatan dalam akademik.
Sebagai guru resos bagi murid khas, guru perlu bijak menukarkan halangan yang wujud
dengan membentuk strategi supaya murid bermasalah penglihatan tidak berasa tercicir
semasa berada di sekolah

Alatan di bilik resos bagi kegunaan guru dan murid bermasalah penglihatan tidak
tertumpu dalam jadual di atas sahaja.. Malah banyak lagi kelengkapan dan alatan yang
disediakan oleh pihak kerajaan untuk keperluan yang berseuaian untuk kegunaan guru dan
murid dalam sesi pengajaran dan pembelaharan. Alat pengurusan diri, alat kemahiran hidup,
alat permainan dan kepelbahaian jenis kertas turut disediakan di bilik resos. Ini menunjukkan
bahawa kerajaan sangat prihatin terhadap perkembangan murid khas dan sanggup
mengeluarkan belanja yang sangat besar untuk memenuhi keperluan murid khas.
Rujukan

Ahmad Zailani. (2011). J-Qaf Pendidikan Khas. Pendidikan Inklusif.

Bardin, J.A. & Lewis, S. 2011. General education teachers’ rating of the academic
engagement level of students who read Braille: A comparison with sighted peers.
Journal of Visual Impairment & Blindness: 479-492.

Bardin, J.A. 2006. Academic Engagement of Students with Visual Impairments in General
Education Language Arts Classroom. Dissertation. Florida State University

Jamila K.A. Mohamed. 2005. Pendidikan khas untuk kanak-kanak istimewa. Bentong. PTS
Professional

Kementerian Pelajaran Malaysia. 2007. Surat pekeliling ikhtisas bil 6/2007: Garis panduan
bidang tugas dan tanggungjawab guru resos program pendidikan khas intergrasi
bermasalah penglihatan. Putrajaya: Jabatan Pendidikan Khas

Manisah Mohd Ali & Noorfaziha Hassan. 2014. Perspektif guru terhadap keterlibatan
akademik dalam kalangan murid dengan ketidakupayaan penglihatan. Jurnal
Pendidikan Malaysia, 39 (2): 109-114

Nor Jannah, Safani, Norshidah & Muhammad Ismail. 2015. Cabaran pengajaran matematik
murid bermasalah penglihatan di Malaysia. Persidangan Serantau Siswazah
Pendidikan, Melestarikan pendidikan: Membangun Sumber Daya Manusia.

You might also like