You are on page 1of 8

TENTATIF PROGRAM HARI KANAK-KANAK

MASA AKTIVITI
8.00 PG Murid-murid berkumpul di padang untuk senamrobik
8.15 PG Murid-murid berkumpul di dewan
Nyanyian lagu negaraku, lagu negeri Selangor
kata kata aluan pengacara majlis
Bacaan Doa
Ucapan wakil murid
Ucapan perasmian daripada Guru Besar
Persembahan murid-murid PPKI
Persembahan muzikal (panitia pendidikan muzik)
Persembahan nasyid (Panitia Pendidikan Islam)
Persembahan bakat dan fesyen
Sambutan hari lahir murid dan guru
10.30 Rehat / agihan makanan kepada murid
11.30 Penyampaian hadiah kelas terbersih tahap 1 dan tahap
2
Penyampaian hadiah persembahan bakat dan fesyen
Penyampaian hadiah ikon kanak-kanak 2018 (PPKI,
Tahap 1 dan 2)
12.30 Bersurai
TEKS PENGACARA MAJLIS HARI KANAK-KANAK 2013

ATURCARA
8.0 Murid-murid diminta untuk berkumpul dipadang untuk aktiviti
0 senamrobik
pagi
*Murid-murid diminta senyap kerana majlis akan bermula
sebentar lagi…
Bagi memulakan majlis pada pagi ini marilah kita bersama-sama
menyanyikan 3 buah lagu iaitu lagu negaraku, lagu negeri
Selangor dan lagu sekolah.
Hadirin diminta berdiri.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Hadirin dipersilanakan duduk.
KATA-KATA ALUAN PENGACARA MAJLIS
Ke Pekan Kuala membeli bingka,
Sayang pesanan terlupa sudah;
Majlis bermula tirai dibuka,
Dengan alunan madah nan indah.
Yang Bernahagia En. Zubir bin Yaacob
Guru Besar SK Damansara Jaya (1)
Yang Dihormati Yang diPertua PIBG : En. Mohd Tariq bin Mohd
Fakri, Timbalan yang dipertua PIBG : Tn Haji Mokhti bin Nor
barisan Penolong Kanan
En. Mohd Sabri bin Hashim- Pen Kanan Kurikulum
Pn. Nur Mazlina bt Majnun – Pen Kanan Hal Ehwal Murid
Pn. Suriani bt Husin – Pen Kanan Kokurikulum
Pn. Siti Nor Mahani bt Othman – Pen Kanan Pendidikan Khas
Guru-ibu, PPM, ibu bapa serta murid-murid yang dikasihi
sekalian
Alhamdulillah. Bersyukur kita ke hadrat Illahi kerana dengan
izinNya kita dapat berhimpun bersama-sama pada pagi ini
bagi meraikan dan memeriahkan Majlis hari kanak-kanak
peringkat sekolah kebangsaan Damansara Jaya 1.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
x
BACAAN DOA
Tetak buluh panjang sepuluh
Mari jolok sarang penyengat
Angkat tangan jari sepuluh
Doa diminta biar selamat

Bagi memulakan dan memberkati majlis kita pada pagi


ini,marilah bersama-sama kita mengaminkan bacaan doa yg
akan dipimpin oleh Ustaz Mohd Farhan bin Rosli. Dgn hormatnya
dipersilakan.
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
SELESAI DOA
Amien ya Rabbalalamin. Majlis merakamkan jutaan terima kasih
kepada al-fadhil ustaz Mohd Farhan atas pimpinan bacaan doa
sebentar tadi.

UCAPAN WAKIL MURID


Bagi meneruskan majlis pada pagi ini, dengan sukacitanya
dijemput adik …………………………….sebagai wakil pelajar untuk
menyampaikan ucapan. Dipersilakan…
Terima kasih diucapkan kepada adik ………………………. atas
ucapan sebentar tadi.

UCAPAN GURU BESAR


Pergi ke kota membeli selasih
sayang si dara buat halwa
berila kata simpulan kasih
sulaman mesra satukan jiwa.

Bagi meneruskan majlis pada pagi ini, dengan rasa penuh takzim
majlis mempersilakan Yg Berbahagia Tuan Guru Besar, En Zubir
bin Yaacob untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya
merasmikan majlis ini.
Dengan segala hormatnya Dipersilakan…
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Awan berarak ke puncak bukit
Walau angin sepoi bahasa
Budimu Tuan bukan sedikit
kalau dihitung tidak terkira
Demikianlah tadi ucapan daripada Yang Beruasaha Tuan Guru
Besar. Pihak majlis sekali lagi mengucapkan ribuan terima
kasih.

 saya mohon izin untuk mengendalikan majlis secara


separa formal.
Bagi meneruskan majlis pada pagi ini, saya ingin menjemput
murid-murid dari kelas pendidikan khas integrasi untuk
…………………………….dipersilakan…..
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Demikianlah tadi berakhirnya persembahan dari kelas
pendidikan khas integrasi. Untuk makluman murid-murid
tersebut telah dilatih oleh cikgu…………………..
Untuk tidak melengahkan masa lagi saya menjemput murid-
murid dari kelas………………… untuk menyampaikan sebuah
persembahan muzikal yang telah dibimbing oleh cikgu………
Dipersilakan…..
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Terima kasih diucapkan kepada murid-murid dari kelas
………………… atas persebahan yang amat menarik sebentar
tadi.
Seterusnya kita akan dihiburkan lagi dengan sebuah
persembahan nasyid yang dibimbing oleh guru-guru panitia
pendidikan Islam.
Mereka akan menyampaikan lagu bertajuk…………………
Dipersilakan……
Terima kasih diucapkan kepada kumpulan nasyid itu tadi.
Persembahan terakhir kita pada hari ini merupakan
pertandingan fesyen daripada murid-murid SKDJ (1). Mereka
akan memperagakan pelbagai fesyen pakaian.
Dipersilakan peserta pertama……………………
Seterusnya peserta kedua ialah adik……………….
 Begitulah tadi berakhirnya pertandingan fesyen.
keputusannya akan diketahui sebentar lagi.
Majlis kita pada hari ini akan diteruskan lagi dengan meraikan
hari lahir murid dan guru.
Rehat/ agihan makanan kepada murid
PENYAMPAIAN HADIAH
Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah untuk
pertandingan kelas terbersih tahap 1 dan tahap 2. Untuk
makluman semua, pemilihan kelas terbersih adalah berdasarkan
kepada markah kebersihan kelas sepanjang tahun 2018.
Untuk tidak melengahkan masa lagi, dengan ini saya menjemput
En. Zubir bin Yaacob Guru besar SK Damansara Jaya (1) diiringi
oleh Pn. Nur Mazlina untuk menyampaikan hadiah. dipersilakan.

Kelas terbersih tahap satu dimenangi oleh kelas…………………….

Seterusnya kelas terbersih tahap 2 pula di menangi oleh


kelas…………………………….
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Seterusnya adalah acara yang ditunggu-tunggu iaitu acara
penyampaian hadiah untuk pertandingan fesyen Hari kanak-
kanak 2018.
Tempat ketiga dimenangi oleh adik………………………………..
Tempat kedua dimenangi oleh adik…………………………
Johan bagi pertandingan fesyen hari kanak-kanak 2018 jatuh
kepada adik……………………………….
Majlis akan diteruskan lagi dengan acara penyampaian hadiah
bagi ikon kanak-kanak 2018.
Bagi kelas PPKI anugerah ikon kanak-kanak 2018 jatuh
kepada adik………………………………………..

Untuk murid tahap 1 pula, anugerah ikon kanak-kanak 2018


disandang oleh adik………………………………….

Seterusnya anugerah ikon kanak-kanak 2018 bagi tahap 2 SK


Damansara Jaya (1) disandang oleh adik……………………………

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Guru Besar atas kesudian


menyempurnakan acara penyampaian hadiah sebentar tadi.

Hadirin dan hadirat sekalian,

Majlis pada pagi ini telah sampai kepenghujungnya.


Merdu bertingkah alunan suara,
Kadang tak sedar tersilap kata,
andai terlanjur patah bicara,Serendah hati maaf dipinta

Dengan ini maka berakhirlah majlis sambutan Hari kanak-kanak


pada hari ini.
Majlis ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada semua guru
dan staf SK Damansara Jaya (1) yang menyumbang secara
langsung dan tidak langsung untuk menjayakan majlis pada
tahun ini.

Dikesempatan ini juga saya ingin memohon maaf andai ada


salah dan silap sepanjang mengacarakan majlis ini.
Sekian Wabillahi taufiq………………… .

You might also like