You are on page 1of 3

Manifestasi Islamophobia

Adalah malang sekali apabila Islamophobia berlaku dan diterima secara meluas di Barat. Ia dijelmakan dalam
pelbagai bentuk dan terus meningkat dalam pelbagai bidang masyarakat Barat. Berikut adalah manifestasi utama
Islamophobia sepanjang laporan ini dibuat:

a) Menifestasi Media Terhadap Islamophobia. Peranan media dalam membentuk pendapat umum dan dasar
awam tidak mengambil peranan positif dalam menyatakan isu-isu berkaitan Islamophobia. Contohnya dalam kes
pembunuhan Marwa al-Sherbini di Dresden, Jerman pada 1 Julai 2009, media Jerman memaklumkan kepada rakyat
Jerman bahawa defendan telah membunuh saksi dalam mahkamah daerah dan alasannya ialah pergaduhan di taman
permainan kanak-kanak. Hakikatnya, media tersebut tidak menyatakan bahawa saksi tersebut ialah seorang wanita
Islam dan pertengkaran itu sebenarnya berakhir dengan defendan menjerit kepada wanita Islam itu perkataan ‘Islam
b***’ dan ‘pengganas’. Media mengaitkan Islam dengan kejadian serangan terhadap Fort Hood, di Amerika, dan kes-kes
plot keganasan bangsa Somalia dan Nigeria.

b) Menifestasi Intelektual Terhadap Islamophobia. Menurut pelapor khas PBB, En. Doudou Diene, tren politik
dan ideologi semasa kuat dipengaruhi oleh legitimasi intelektual dan saintifik terhadap elemen perkauman, xenophobia
dan sikap tidak bertoleransi. Tren ini jelas kelihatan dalam sejumlah buku yang diterbitkan oleh beberapa penulis dengan
tujuan untuk memanfaatkan peluang dalam meningkatkan Islamophobia dan mengubah imej Islam dan ummah Islam.
Contohnya, Andrew Bostom dalam bukunya The Legacy of Jihad menerangkan bahawa Jihad Islam bersifat pemusnah.

c) Manifestasi Politik dan Perundangan Terhadap Islamophobia. Pengharaman ke atas pembinaan menara-
menara masjid di Switzerland menjelaskan bahawa Islamophobia telah pun wujud dalam bentuk institusi dan
perundangan. Ia melanggar hak asasi ummah Islam di Switzerland, bahkan dikecam oleh pelbagai kerajaan, NGO, badan
hak asasi, termasuk Pesuruhjaya Hak Asasi Manusia PBB dan Amnesty International. Terdapat banyak insiden
Islamophobia dalam bidang politik yang ditunjukkan khasnya dalam kempen ahli politik kanan, termasuk Geert Wilders
dll.

d) Islamophobia Dalam Kartun. Buktinya, dua percubaan membunuh didakwa berlaku kepada kartunis
Denmark dan Sweden pada Januari dan Mac 2010 telah mendorong beberapa akhbar Nordicuntuk mencetak semula
kartun sebagai memihak kepada kebebasan bersuara. Sementara itu, pada Februari 2010, akhbar
Norway, Dagbladet telah menerbitkan sebuah karikatur Nabi Muhammad dengan mengaitkan kartun kontroversi di
halaman Facebooknya.

Dari sudut perkembangan positif, pada 26 Februari 2010, akbar Denmark “Politiken” dan Pengarah bagi 8
pertubuhan daripada Negara Anggota OIC, iaitu seramai 94,923 ahli, daripada keturunan Nabi Muhammad S.A.W., yang
diwakili oleh peguam mereka mencapai penyelesaian terhadap pertikaian yang timbul daripada cetakan semula kartun
Nabi Muhamad S.A.W. dalam Politiken. Penyelesaiannya Politikenwajib mengeluarkan pernyataan maaf kerana
mencetak kartun tersebut.

e) Manifestasi Struktur Terhadap Islamophobia. Ummah Islam terus menghadapi masalah dalam mendapat
keperluan asas seperti pekerjaan, tempat tinggal, penjagaan kesihatan dan pendidikan akibat
daripada stereotypetersebut. Banyak insiden menunjukkan situasi ini semakin meningkat. Antaranya, pertimbangan BBC
terhadap perlantikan seorang Muslim sebagai ketua agama dan etika sebagai suatu ‘penghinaan’ bagi orang Kristian;
menganggap wanita muslim yang bekerja sebagai pencuci di Italy sebagai satu ‘ancaman keselamatan’ dan keengganan
doktor Jerman untuk merawat seorang remaja yang bernama Jihad iaitu perkataan Arab yang bermaksud perjuangan
suci atau perang; dan pengusiran pelajar muslim daripada persekolahan di Kanada hanya kerana tidak mahu
menanggalkan tudung.
4) Beberapa Perkembangan Positif

Hasil daripada beberapa tindakan yang telah diambil oleh OIC, maka Laporan Tinjauan kali ini mendapati
terdapat beberapa perkembangan positif dapat dilihat antaranya:

a) Pada 10 Julai 2009, Ireland telah meluluskan satu Rang Undang-undang di mana sesiapa yang mengkritik
mana-mana agama dikenakan hukuman denda sehingga 25,000 Euro.

b) Senat Czech telah mengharamkan kemunculan ahli politik Belanda iaitu Geert Wilders yang ingin
memaparkan filem Fitna tersebut di Senat pada November 2009.

c) Mahkamah di Denmark telah mengenakan bayaran kepada seorang lelaki yang menggantung poster anti
Islam.

d) Hukuman dijatuhkan kepada seseorang oleh pihak mahkamah di Belanda kerana menghina ummah Islam.

e) Mahkamah di Perancis mengharamkan risalah-risalah yang bertujuan untuk menyerang rancanga membina
masjid.

f) Ucapan Kaherah oleh Presiden Obama telah menjanjikan ‘Permulaan Baru’ kepada dunia Islam dan beliau
telah mengeluarkan arahan untuk berhenti menggunakan konsep menghina Islam seperti “War on Terror”.

g) Resolusi telah bersetuju untuk mengisytiharkan 24 September 2009 sebagai Hari Islam di Hawaii.

h) Jawatankuasa Pendidikan Majlis New York menyeru untuk menambah cuti muslim iaitu Aidilfitri dan
Aidiladha dalam kalendar sekolah.

5) Tindakan yang Diambil oleh OIC

Beberapa tindakan telah diambil oleh OIC bagi membanteras budaya Islamophobia dalam kalangan masyarakat
antaranya:

a) Sekretariat OIC telah berkaitan dalam pelbagai aktiviti untuk meningkatkan kesedaran tentang implikasi
buruk Islamophobia kepada keamanan global.

b) Setiausaha Agung OIC telah menyuarakan kebimbangan terhadap isu-isu berkaitan kepada pemimpin-
pemimpin dan pegawai Barat termasuk mengadakan mesyuarat dengan Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Menteri
Luar Perancis dan Jerman, Presiden Parlimen Eropah dan Persidangan UNESCO ke-35.

c) Badan Tinjauan Islamophobia OIC terus memantau perbuatan pihak pelampau Islamophobia dengan
mengeluarkan kenyataan-kenyataan, hubungan diplomatik serta mengadakan mesyuarat dua hala.

d) Setiausaha Agung OIC telah menghantar surat kepada rakan sejawatnya di Liga Amerika Arab dan Majlis
Kerjasama Teluk bagi mendapatkan sokongan mereka untuk mencapai satu pendirian bersama mengenai isu
Islamophobia.

e) Sekretariat Agung OIC mengadakan mesyuarat bersama Wakil Tetap OIC di Jeddah yang menekankan ciri-
ciri larangan tersebut dan mendesak kerajaan Swiss untuk menukar keputusan tersebut.

f) Resolusi yang ditaja oleh OIC berkaitan ‘Fitnah Terhadap Agama’ berjaya diluluskan di Majlis Hak Asasi
Manusia dan Perhimpunan Agung PBB.

g) Wakil-wakil OIC menghadiri acara-acara penting yang berkaitan dengan Islamophobia termasuk mesyuarat
‘Penyesuaian Sejarah’ di Universiti Cambridge, Sesi ‘Toleransi dan Tiada Diskriminasi’ dan ‘Kebebasan Bersuara’ pada
Mesyuarat Perlaksanaan Dimensi Manusia 2009 (HDIM) dan lain-lain.

h) OIC turut menghadiri acara berkaitan Dialog dan Pemahaman termasuk Lawatan Ketua Setiausaha Negara
Amerika Syarikat, Mesyuarat Dialog di Korea dan Persidangan Dialog Peradaban yang dianjurkan bersama oleh
Kerajaan Azerbaijan dan OIC di Baku.
6) Visi dan Cadangan OIC

Di hadapan undang-undang tertentu dan perjanjian-perjanjian antarabangsa untuk melindungi hak asasi manusia,
Islamophobia terus berlaku. Infrastuktur undang-undang antarabangsa yang sedia ada telah gagal menangani isu semasa
ini. Justeru, kepentingan membendung Islamophobia dan fitnah terhadap agama dengan berkesan amat diperlukan.

Untuk membendung Islamophobia dan bahayanya, terdapat beberapa keperluan : (i) meningkatkan kesedaran
global terhadap prinsip asas kesederhanaan dan pemodenan dalam Islam; (ii) menyedarkan masyarakat antarabangsa
mengenai implikasi bahaya fenomena Islamophobia; (iii) mengeluarkan jawapan dan bantahan terhadap insiden
Islamophobia; (iv) mengutuk perbuatan pihak pelampau Islamophobia dengan menyeru kerajaan dan pihak berkuasa
untuk mengambil tindakan yang sesuai.

Badan Tinjauan OIC telah menyediakan syor-syor berikut untuk menangani Islamophobia di Barat:

a) Rangka kerja normatif yang sedia ada untuk memerangi sikap tidak toleran serta diskriminasi dilaksanakan
dengan tujuan untuk membangunkan strategi bagi mengelakkan eksploitasi politik terhadap isu Islamophobia.

b) Perang ke atas keganasan tidak boleh menjadi perang ke atas ummah Islam.

c) Ummah Islam perlu menikmati kesejahteraan, penerimaan budaya dan kebebasan beragama tanpa ditakut-
takutkan secara politik atau sosial.

d) Kerajaan Barat, pembuat dasar dan institusi-institusi masyarakat madani mesti bersuara dengan pantas dan
jelas untuk menghadapi sebarang manifestasi perkauman terhadap ummah Islam.

e) Negara-negara Barat mesti membuat pencegahan undang-undang, untuk menerbitkan atau mengucapkan
perkataan yang melampau atau menghina perkara yang dianggap suci oleh mana-mana agama dan pengikutnya.
Diskriminasi atas dasar bangsa, etnik dan agama juga harus dilarang oleh undang-undang.

f) Jenayah kebencian harus ditakrifkan lebih luas dan defisit maklumat perlu ditangani.

g) Generasi muda harus disediakan dengan program-program pendidikan yang dapat membangkitkan semangat
toleransi, persefahaman dan rasa hormat kepada ‘yang lain’.

h) Pihak kerajaan patut membantu atau menggalakkan penubuhan badan kawal-selia media untuk menangani
manifestasi diskriminasi dan perkauman. Media harus menjalankan fungsinya dengan cara yang bertanggungjawab.

i) Dasar-dasar integrasi juga mesti dilaksanakan.

Untuk mendapatkan laporan penuh bagi ringkasan eksekutif ini, sila dilayari lelaman Pertubuhan Kerjasama Islam
(Organization of Islamic Cooperation atau OIC), di: www.oic-
oci.org/uploads/file/Islamphobia/2010/en/Islamophobia_rep_May_22_5_2010.pdf.pdf

You might also like