You are on page 1of 5

1.Hubungan etnik dari perspektif ekonomi,politik dan kepelbagaian agama.

Malaysia mempunyai penduduk pelbagai etnik yang turut berbeza dari aspek
agama, kebudayaan, pekerjaan dan kepentingan- kepentingan lain. Tugas utama
kerajaan ialah mewujudkan satu suasana politik yang stabil supaya masyarakat
berbilang kaum dapat hidup dalam suasana harmoni. Dari segi politik bermaksud
pertukaran dari memberikan sepenuh kesetiaan kepada kaum etnik sendiri kepada
memberikan sepenuh kesetiaan yang berbentuk semangat kebangsaan kepada
sesebuah negara (Rabushka, 1968). Menurut Karl Deutsch, integrasi politik merupakan
proses dan keadaan.

Hubungan etnik dari segi politik ialah dengan mewujudkan integrasi politik ialah
mengadakan pilihanraya setiap lima tahun di mana rakyat dapat memilih pemimpin-
pemimpin mereka. Terdapat banyak parti yang ditubuhkan di negara kita. Contohya,
Parti Perikatan, UMNO, MCA dan MIC. Parti- parti ini wujud demi mengekalkan
hubungan etnik dari segi politik. perkembangan politik di Malaysia jika dilihat dari sudut
hubungan etnik memperlihatkan usaha setiap kaum bagi mencapai perpaduan
walaupun menghadapi pelbagai onak dan ranjau dalam mencapai persefahaman dan
toleransi antara kaum. Penubuhan setiap parti politik tetap jelas memperlihatkan isu-isu
yang melibatkan kepentingan kaum masing-masing.

Namun begitu, pengalaman sejarah menunjukkan isu perkauman tidak boleh


diperjudikan semata-mata untuk kepentingan parti dan kaum. Jika kita lihat dari segi
ekonomi, Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama (RRJP1) telah dilancarkan
pada 1971 serentak dengan pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB). RRJP1 telah
dilaksanakan dalam tempuh 20 tahun merangkumi empat rancangan pembangunan
lima tahun bermula dengan Rancangan Malaysia Kedua (1971-1976) hingga
Rancangan Malaysia Kelima (1986-1990). Pada tempoh tersebut, perancangan
ekonomi negara adalah untuk mencapai matlamat utama DEB iaitu perpaduan negara.
Matlamat utama Dasar Ekonomi Baru (DEB) ialah untuk mencapai perpaduan negara
melalui dua strateginya yang bercorak serampang dua mata, iaitu mengurangkan dan
seterusnya membasmi kemiskinan di kalangan rakyat tanpa mengira kaum, dan

1
menyusun semula struktur masyarakat Malaysia agar mereka tidak lagi dikenali
berasaskan ciri ekonomi dan tempat tinggal.

Dengan rancangan ini, kadar kemiskinan dapat dikurangkan. Hubungan melalui


ekonomi dapat dikekalkan. Dari segi kepelbagaian agama, negara Malaysia terkenal
dengan kepelbagaian agama. Dalam perlembangan Malaysia, terdapat agama Melayu
sebagai agama rasmi dan agama lain boleh diamalkan. Dengan ini, kita dapat lihat
keharmonian dalam kepelbagaian agama.

2.Huraian berhubung masyarakat pluralistik di Alam Melayu, Sarawak dan Sabah,


Kesultanan Melayu Melaka dan penjajahan British serta selepas pembentukan
Malaysia melalui pelbagai sumber rujukan.

Sebuah negara, dua imaginasi sosiologikal antara perpaduan atau kesepaduan


.Definisi perpaduan ialah satu proses yang menyatupadukan anggota masyarakat dan
negara seluruhnya melalui ideologi negara supaya tiap-tiap anggota masyarakat dapat
membentuk satu identiti dan nilai bersama serta satu perasaan kebangsaan bersama di
kalangan mereka.

Perpaduan ialah kesamaan atau kesatuan bangsa, agama, bahasa dan negara.
konsep Masyarakat membawa maksud kumpulan manusia yang menetapbersama-
sama di sesuatu tempat dengan mengikutaturan dan cara tertentu. Masyarakat ini pula
terdiri daripada beberapa kaum atau bangsa. Pluralistik (Majmuk) terbentuk daripada
beberapa bahagian yang merupakan kesatuan ataudalam konteks masyarakat, ia terdiri
daribeberapa kumpulan etnik.

Pembentukan masyarakat plural yang lebih luas berlaku apabila negeri-negeri


persisir Selat Melaka terdedah kepada perdagangan antarabangsa. Kedudukan Selat
Melaka yang strategik memudahkan para pedagang singgah sama ada untuk
berdagang, mendapat bekalan makanan atau membaiki kapal. Kemudahan yang
disediakan dan dasar menggalakkan para pedagang datang dan tinggal di Melaka yang
dirancang oleh Sultan dan pembesar telah menjadi daya tarikan pedagang untuk
datang ke situ. Bangsa-bangsa yang datang berdagang di Melaka telah mewujudkan
interaksi dan menggalakkan asimilasi di antara bangsa melalui perkahwinan campur.

2
Antara kelompok yang membentuk masyarakat di Melaka adalah Melayu, India, Cina,
Benggali, Arab dan Cina-Melayu yang membentuk masyarakat Cina Peranakan di
Melaka.

Pembentukan masyarakat plural yang digalakkan oleh pemerintah Melaka


meninggalkan banyak kesan positif terutama dari segi penyebaran Islam,
perkembangan ekonomi, politik dan sosial sehinggalah Melaka diserang Portugis pada
tahun 1511. Bagi penjajahan British, Orang Melayu merupakan penduduk peribumi dan
telah menetap berabad-abad lamanya di Tanah Melayu. Orang Melayu telah berhijrah
ke Tanah Melayu dari Yunan kira-kira 3 500 tahun dahulu. Bilangan orang Melayu
semakin bertambah pada pertengahan abad ke-19 apabila berlaku penghijrahan
beramai-ramai orang Indonesia ke Tanah Melayu. Mereka terdiri daripada orang
Minangkabau, Bugis, Jawa dan Banjar. Kemasukan penghijrahan Cina bermula sejak
zaman kerajaan Melayu Melaka apabila terdapat hubungan perdagangan antara
Kerajaan Melaka dengan negara China.

3.Membincangkan konsep perlembagaan sebagai asas pembinaan jati diri dan


negara bangsa.

Perlembagaan merupakan satu dokumen yang mengandungi semua susunan


peraturan dan undang-undang dasar yang dianggap penting bagi pemerintahan dan
pentadbiran sesebuah negara. Perlembagaan berperanan menentukan bidang kuasa
pemerintahan, bentuk sesebuah kerajaan dan hak-hak rakyat. Perlembagaan ialah
suatu kumpulan undang-undang dasar yang menentukan cara pemerintahan sesebuah
negara itu dijalankan. Perlembagaan menerangkan kuasa-kuasa yang dipunyai oleh
pelbagai anggota negara itu, hak-hak yang dipunyai oleh orang yang diperintah dan
perhubungan antara yang memerintah dengan orang yang diperintah. Profesor Dicey
(dalam Tun Mohd. Salleh Abas, 1997) berpendapat bahawa undang-undang
perlembagaan mengandungi dua prinsip sahaja, iaitu prinsip kedaulatan parlimen dan
prinsip undang-undang. Sebagai undang-undang utama di sebuah negara,
perlembagaan mengandungi pelbagai peruntukan, antara lain Badan Perundangan iaitu
Parlimen, Badan Pemerintah seperti Jemaah Menteri, mahkamah dan lain-lain.
Perlembagaan juga mengandungi peruntukan-peruntukan lain seperti kenegaraan,

3
kebebasan asasi, agama, bahasa kebangsaan dan sebagainya. Pelbagai usaha telah
dilakukan untuk mencapai matlamat membentuk bangsa Malaysia seperti Wawasan
2020 dan yang terbaru, gagasan 1 Malaysia. Kita sendiri,sebagai rakyat Malaysia juga
haruslah berusaha untuk bersama-sama membentuk jati diri yang boleh kita
perbanggakan sebagai satu bangsa Malaysia. Memahami dan menghayati sejarah
Negara, Rukun Negara, Perlembagaan Persekutuan, lagu Negaraku serta menghormati
Jalur Gemilang merupakan langkah pertama yang harus diambil oleh setiap individu
bagi mengembalikan jati diri dan rasa cinta akan Negara. Negara bangsa merujuk
kepada kedaulatan negara dengan rakyat yang hidup dalam harmoni walaupun mereka
terpisah dari segi bangsa kepercayaan agama, bahasa, budaya dan lain-lain.

Demi mencapai konsep ini kesetiaan kepada negara harmoni dan toleransi perlu
dijadikan sebahagian kehidupan harian warganegaranya. Negara bangsa didefinisikan
sebagai negara negara yang berdaulat yang dialami oleh satu bangsa( Pusat Rujukan
Persuratan Melayu Dewan Bahasa Dan Pustaka). Perbezaan pemikiran dan
percanggahan pendapat inilah yang mendatangkan jurang dalam usaha kerajaan untuk
membentuk perpaduan rakyat. Rakyat Malaysia seharusnya berasa bangga dengan
tanah air yang didiami ini. Keharmonian dan kedamaian yang dinikmati tidak dapat
dibeli dengan wang ringgit.

Kesedaran terhadap betapa berharganya keamanan negara perlu ditanam dalam


jiwa setiap rakyat Malaysia bak kata pepatah “Di mana bumi dipijak, di situ langit
dijunjung. Sebaik-baik jalan penyelesaiannya adalah kita haruslah berusaha untuk
memupuk kesedaran dan minat dalam diri anak-anak muda sekarang akan betapa
pentingnya jati diri kita sebagai seorang warganegara Malaysia. Jati diri yang
mantap,baik meningkatkan semangat patriotisme,iaitu semangat cintakan negara di
dalam diri setiap rakyat Malaysia. Pembentukan jati diri bukanlah sesuatu yang boleh
dipaksa dalam diri seseorang dan jika tidak ditangani dengan sebaik-baiknya, akan
musnahlah perpaduandan keamanan yang telah para pemimpin dahulu perjuangkan
dengan susah payahnya.

4
4.Menilai usaha ke arah integrasi nasional serta cabaran yang dihadapi dalam
usaha mengekalkan hubungan etnik yang baik.

Malaysia merupakan sebuah negara yang unik. Rakyatnya terdiri daripada


pelbagai etnik dan kaum. Malahan, kepelbagaian ini adalah kekuatan yang mewarnai
corak negara ini. Tidak hairanlah Malaysia menjadi model sebuah masyarakat majmuk
kepada masyarakat yang lain. Oleh itu, perpaduan dan intergrasi nasional adalah satu
keperluan bagi menjamin rakyatnya hidup dalam suasana aman damai.Setelah
membuat beberapa pembacaan melalui internet, buku rujukan dan berdasarkan
pemerhatian, cabaran yang dihadapi dalam usaha mengekalkan hubungan etnik ialah
pemikiran pemikiran mereka yang kebanyakan masih di takut yang lama,menolak
perubahan yang dilakukan oleh kerajaan sedangkan segala yang dimajukan adalah
untuk kebaikan rakyat juga.

Perbezaan pemikiran dan percanggahan pendapat inilah yang mendatangkan


jurang dalam usaha kerajaan untuk membentuk perpaduan rakyat. Selepas penjajahan,
usaha untuk menyatupadukan rakyat Malaysia menjadi lebih sukar malah sehingga ke
hari ini,usaha untuk meningkatkan sikap kecintaan terhadap negara masih lagi
dijalankan. Hal ini kerana, untuk membawa semua kaum yang sudah memahami
budaya dan adat kaum sendiri,secara tiba-tiba disuruh bersatu dengan kaum lain,
tentulah bukan mudah.

Selain itu, mungkin sebilangan dari kita, rakyat Malaysia masih tidak menyedari
betapa pentingnya hubungan etnik dalam kehidupan kita yang masih lagi
bersatu,membangun bersama kaum yang berbilang bangsa di negara ini . Malahan, jika
tiada sedikit sikap hormat pun, boleh mendatangkan perbalahan. Kita sebagai generasi
muda tidak langsung mengambil iktibar daripada peristiwa 13 mei 1969, rusuhan yang
melibatkan kaum-kaum di negara ini sehingga mengorbankan nyawa. Lebih teruk dari
itu,ada juga yang tidak tahu mengenai peristiwa berdarah ini. Cabaran- cabaran ini
harus diselesaikan oleh semua pihak supaya dapat mengekalkan hubungan etnik di
negara kita.

You might also like