You are on page 1of 12

Ruj : KP (PP) SULIT 0070/5 (41)

Tarikh : 14 Disember 2010

Semua Ketua Jabatan/ Bahagian

Semua Pengarah Pelajaran Negeri

Semua Pengarah Institut Pendidikan Guru

Semua Pengarah Kolej Matrikulasi

Semua Pengetua/ Guru Besar

Y.Bhg. Tan Sri/Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan,

SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


BIL 2 TAHUN 2010

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PEKELILING PERKHIDMATAN BIL 9 TAHUN


2010 : PERMOHONAN MENGAMBIL BAHAGIAN DALAM AKTIVITI POLITIK
PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH (PPPS) GRED DG41
HINGGA DG48 YANG BERTUGAS DI INSTITUSI PENDIDIKAN, KEMENTERIAN
PELAJARAN MALAYSIA

TUJUAN

1. Surat Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan untuk memberi panduan terperinci


mengenai kaedah pelaksanaan memberi kebenaran kepada Pegawai Perkhidmatan
Pendidikan Siswazah (PPPS) Gred DG41 hingga DG48 yang bertugas di Institusi
Pendidikan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bagi mengambil bahagian
secara aktif dalam aktiviti politik sama ada bertanding atau memegang jawatan atau
dilantik ke dalam apa-apa jawatan dalam suatu parti politik.

1
LATAR BELAKANG

2. Kerajaan telah bersetuju supaya kebenaran untuk mengambil bahagian secara


aktif dalam suatu parti politik dipanjangkan kepada PPPS Gred DG41 hingga DG48
yang bertugas di Institusi Pendidikan, KPM. Bagi tujuan berkenaan, Kerajaan telah
meminda Peraturan 21, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib
1993) [P.U.(A)395/1993] melalui Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan
Tatatertib) (Pindaan) [P.U.(A)250/2010].

3. Susulan daripada pindaan Peraturan tersebut, Jabatan Perkhidmatan Awam


Malaysia telah mengeluarkan Pekeliling Perkhidmatan Bil.9 Tahun 2010 pada 30 Julai
2010 dan mula berkuatkuasa pada 1 Ogos 2010.

TAFSIRAN

4. Bagi maksud Surat Pekeliling ini:

Institusi Pendidikan bermaksud sekolah, Institut Pendidikan Guru, English Language


Teaching Centre (ELTC), Kolej Matrikulasi dan Institut Aminuddin Baki di bawah KPM.

Ketua Jabatan bermaksud seseorang pegawai yang mengetuai dan bertanggungjawab


ke atas sesuatu Bahagian, Jabatan dan Institusi Pendidikan di bawah KPM atau mana-
mana pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan Kumpulan Pengurusan dan
Profesional yang diberi kuasa dengan sewajarnya secara bertulis.

Jawatankuasa Penilaian bermaksud jawatankuasa yang mengandungi ahli-ahli dan


tertakluk kepada terma rujukan seperti yang ditetapkan di perenggan 9.1 dan 9.2 Surat
Pekeliling ini.

Mengambil Bahagian Dalam Aktiviti Politik bermaksud bertanding atau memegang


jawatan atau dilantik ke dalam apa-apa jawatan dalam suatu parti politik seperti yang
diperuntukkan dalam Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib
1993) [P.U.(A)395/1993].

MEKANISME PELAKSANAAN

5. Syarat-syarat permohonan untuk mengambil bahagian dalam aktiviti politik


adalah seperti berikut:

2
5.1 Pegawai adalah terdiri daripada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
Siswazah (PPPS) Gred DG41 hingga DG48;

5.2 Pegawai mesti bertugas di Institusi Pendidikan di bawah KPM iaitu


sekolah, Institut Aminuddin Baki, Institut Pendidikan Guru, ELTC dan Kolej
Matrikulasi;

5.3 Pegawai tidak memegang sebarang jawatan pentadbiran;

5.4 Pegawai tidak menyandang jawatan latihan (bercuti belajar);

5.5 Pegawai hendaklah mengemukakan dokumen-dokumen berikut yang


diakui sah melalui Ketua Jabatan masing-masing :

a) Borang Permohonan JPA(T) 1/10 (3 salinan)


b) Kad Pengenalan pegawai (2 salinan)
c) Senarai Tugas yang terkini dan Jadual Waktu Mengajar
(1 salinan)
d) Kenyataan Perkhidmatan pegawai yang kemaskini (1 salinan);

5.6 Permohonan yang lengkap perlu dikemukakan kepada Unit Tatatertib,


Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, KPM melalui Ketua Jabatan di
Peringkat Bahagian KPM/Jabatan Pelajaran Negeri(JPN) masing-masing
selewat-lewatnya dua (2) bulan sebelum mengambil bahagian dalam
aktiviti politik;

5.7 Keputusan Ketua Setiausaha KPM bagi permohonan mengambil


bahagian dalam aktiviti politik adalah muktamad;

5.8 Carta aliran tatacara permohonan seperti di Lampiran 1.

6. Permohonan Cuti Tanpa Rekod (CTR) untuk aktiviti politik:

6.1 Pegawai yang telah mendapat kebenaran secara bertulis daripada


Ketua Setiausaha KPM untuk mengambil bahagian dalam aktiviti politik
dibenarkan untuk memohon cuti tanpa rekod selaras dengan peraturan
yang ditetapkan jika kegiatan politik melibatkan waktu bertugas dan hanya
terhad kepada aktiviti berikut:

(a) menghadiri mesyuarat parti politik di peringkat kebangsaan


sebagai perwakilan; atau
3
(b) menghadiri seminar atau bengkel anjuran parti politik yang
membincangkan isu-isu nasional dan pembangunan negara.

6.2 Walau apa pun yang dinyatakan di dalam Perkara 6.1 (a) dan (b) di atas,
ia adalah tertakluk kepada persetujuan dan budi bicara Ketua Jabatan
masing-masing mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan.

6.3 Cuti Tanpa Rekod boleh dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melulus
seperti Jadual 1 di bawah tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan.
Walau bagaimanapun, bagi aktiviti di luar negara, ianya akan
dipertimbangkan oleh Ketua Setiausaha KPM.

Jadual 1: Pihak Berkuasa Melulus Cuti Tanpa Rekod Mengikut Tempat


Bertugas Pegawai

TEMPAT BERTUGAS PEGAWAI PIHAK BERKUASA MELULUS

Institusi Pendidikan (IAB /Institut Pengarah (IAB / IPG / ELTC/


Pendidikan Guru /ELTC/ Kolej Kolej Matrikulasi)
Matrikulasi)

Sekolah Menengah /Sekolah Rendah Pengarah Jabatan Pelajaran


Harian Negeri

Jenis sekolah yang lain (selain sekolah Pengarah Bahagian berkaitan


rendah/ menengah harian)

6.4 Bagi tujuan kemudahan Cuti Tanpa Rekod, pegawai perlu mengemukakan
dokumen-dokumen seperti berikut untuk pertimbangan dan persetujuan
Ketua Jabatan :

(a) borang permohonan Cuti Tanpa Rekod ;

(b) salinan surat kelulusan mengambil bahagian dalam aktiviti politik


daripada Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia; dan

(c) salinan surat jemputan menghadiri mesyuarat/persidangan


berkaitan penglibatan dalam politik.

4
7. Peranan Ketua Jabatan

7.1 Ketua Jabatan bertanggungjawab untuk memberi nasihat kepada


pegawai supaya penglibatan pegawai di dalam aktiviti politik tidak
menjejaskan tugas- tugas hakiki sebagai pendidik;

7.2 Ketua Jabatan juga dinasihati untuk meneliti permohonan dan memberi
ulasan ke atas permohonan dengan mengambil kira perkara-perkara
seperti berikut;

(a) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib)


1993 (P.U.A 395/1993);

(b) Pekeliling Perkhidmatan Bil. 9 Tahun 2010; dan

(c) Perenggan 5, Surat Pekeliling ini.

7.3 Ketua Jabatan perlu mengemukakan permohonan kebenaran berpolitik


yang lengkap kepada Unit Tatatertib, Bahagian Pengurusan Sumber
Manusia, KPM bagi urusan pertimbangan dan keputusan;

7.4 Ketua Jabatan turut bertanggungjawab untuk memantau kegiatan


pegawai-pegawai yang terlibat dalam aktiviti politik dan melaporkan
prestasi pegawai melalui borang seperti di Lampiran 2 dan
mengemukakannya kepada Ketua Jabatan di peringkat Bahagian KPM/
JPN masing masing setiap empat(4) bulan iaitu sebelum atau pada 15
Mac, 15 Julai, dan 15 November setiap tahun;

7.5 Ketua Jabatan di peringkat Bahagian KPM/JPN perlu memantau dan


menyediakan laporan setiap empat(4) bulan mengikut format di
Lampiran 2 dan mengemukakan kepada Unit Tatatertib Bahagian
Pengurusan Sumber Manusia KPM sebelum atau pada 31 Mac, 31 Julai
dan 30 November setiap tahun;

7.6 Ketua Jabatan bertanggungjawab untuk menyiasat dan melaporkan


dengan serta merta mana-mana pegawai yang didapati terlibat dalam
aktiviti politik tanpa kebenaran Ketua Setiausaha KPM dan melanggar
syarat-syarat yang ditetapkan kepada Pihak Berkuasa Tatatertib untuk
tindakan selanjutnya;

5
7.7 Tatacara penyediaan laporan pemantauan PPPS yang mengambil
bahagian dalam aktiviti politik adalah seperti di Lampiran 3.

8. Pembatalan dan Penarikan Balik Kelulusan

8.1 Kelulusan boleh terbatal sekiranya:

(a) Pegawai berkenaan ditempatkan sama ada secara lateral atau


dinaikkan pangkat ke jawatan pentadbiran sama ada di KPM atau
JPN atau Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) atau di Institusi
Pendidikan atau mana-mana agensi Kerajaan; atau

(b) Pegawai bersetuju menerima pemangkuan (KUP) atau kenaikan


pangkat ke Gred DG 52 dan ke atas; atau

(c) Pegawai tidak berjaya memegang jawatan yang ditandingi.

8.2 Ketua Setiausaha KPM berhak menarik balik kelulusan yang diberi
kepada pegawai yang gagal mematuhi mana-mana syarat yang
dinyatakan dan pegawai boleh dikenakan tindakan tatatertib di bawah
Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

MEKANISME PEMANTAUAN DAN PENILAIAN

9. Bagi tujuan penilaian permohonan dan pemantauan kegiatan politik serta


prestasi pegawai yang mendapat kelulusan untuk bergiat aktif dalam aktiviti politik,
Jawatankuasa Penilaian di KPM diwujudkan seperti berikut:

9.1 Keanggotaan jawatankuasa

Pengerusi : Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

Ahli : Timbalan Ketua Setiausaha KPM (Pengurusan)


Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
(Operasi Pendidikan)
Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
(Pembangunan Profesionalisme Keguruan)
Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Sumber
Manusia

6
Urusetia : Unit Tatatertib, Bahagian Pengurusan Sumber
Manusia, KPM

9.2 Terma Rujukan:

a) Menimbang dan memberi syor ke atas permohonan kebenaran


berpolitik berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan dan
mengambilkira kepentingan perkhidmatan;

b) Menimbang dan mengesyorkan cadangan penarikan balik


kebenaran berpolitik kepada pegawai yang gagal mematuhi mana-
mana syarat yang dinyatakan;

c) Melaporkan kecuaian mana-mana Ketua Jabatan yang didapati


gagal memantau kegiatan politik pegawai di bawah seliaannya
atau tidak mematuhi syarat yang ditetapkan;

d) Melaporkan sebarang ketidakpatuhan pegawai terhadap syarat -


syarat yang ditetapkan untuk mengambil bahagian dalam aktiviti
politik;

e) Menjalankan pemeriksaan ke atas pegawai yang diluluskan untuk


mengambil bahagian dalam aktiviti politik (sekiranya perlu); dan

f) Memantau dan menyediakan laporan untuk dikemukakan kepada


Ketua Setiausaha KPM.

PEMAKAIAN

10. Surat Pekeliling Perkhidmatan ini terpakai bagi semua Pegawai Perkhidmatan
Pendidikan Siswazah (PPPS) Gred DG 41 hingga Gred DG 48 di Institusi Pendidikan di
bawah KPM.

11. Surat Pekeliling Perkhidmatan ini perlu dibaca bersekali dengan Pekeliling
Perkhidmatan Bil 9 Tahun 2010.

TARIKH KUATKUASA

12. Surat Pekeliling Perkhidmatan ini berkuatkuasa mulai 1 Ogos 2010.

7
PERTANYAAN DAN MAKLUM BALAS

13. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau kemusykilan mengenai


pelaksanaan Surat Pekeliling Perkhidmatan ini, Y.Bhg. Tan Sri/ Datuk/ Dato’/
Datin/Tuan/Puan boleh merujuk kepada:

Setiausaha Bahagian
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia,
Kementerian Pelajaran Malaysia
Aras 2, Blok E12, Kompleks Kerajaan Parcel E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 Putrajaya.
(u.p: Unit Tatatertib)

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

(DATO’ Dr. ROSLI BIN MOHAMED)


Ketua Setiausaha
Kementerian Pelajaran Malaysia

Tarikh: 14 Disember 2010

s.k
Menteri Pelajaran
Timbalan Menteri Pelajaran I
Timbalan Menteri Pelajaran II
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan)
Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan)
Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Operasi Pendidikan)
Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Dasar dan Pembangunan Pendidikan)
Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Pembangunan Profesionalisme Keguruan)

8
LAMPIRAN 1

CARTA ALIRAN MEMPROSES PERMOHONAN MENGAMBIL BAHAGIAN


DALAM AKTIVITI POLITIK BAGI PPPS GRED DG41 HINGGA DG 48

Mula

Pegawai mendapatkan Borang Permohonan di laman web


Kementerian Pelajaran Malaysia (www.moe.gov.my).

Pegawai melengkapkan Borang Permohonan beserta


dokumen sokongan seperti di Perenggan 5.5 SPP KPM
2/2010.

Pegawai mengemukakan Borang Permohonan kepada


Ketua Jabatan masing-masing (Pengarah IPG/ELTC/Kolej
Matrikulasi/ Pengetua/ Guru Besar)
Tidak memenuhi
Maklumkan syarat
Ketua Jabatan Semak Borang Permohonan berdasarkan
kepada
syarat-syarat di Perenggan 7.2 SPP KPM 2/ 2010.
pegawai
memenuhi syarat
Beri ulasan dan kemukakan kepada Ketua Jabatan di
peringkat Bahagian KPM/ JPN masing-masing

memenuhi syarat
Tidak memenuhi
syarat Ketua Jabatan di peringkat Bahagian KPM/ JPN
Maklumkan
menyemak Borang Permohonan berdasarkan syarat-
kepada pegawai syarat di Perenggan 7.2 SPP KPM 2/ 2010.
melalui Ketua memenuhi syarat
Jabatan Beri ulasan dan kemukakan kepada Jawatankuasa
Penilaian peringkat KPM (dalam tempoh dua (2) bulan
sebelum mengambil bahagian dalam politik)

Maklumkan memenuhi syarat


Tidak memenuhi
kepada syarat Jawatankuasa Penilaian KPM semak Borang
pegawai melalui Permohonan berdasarkan syarat-syarat di Perenggan
Ketua Jabatan 7.2 SPP KPM 2/ 2010.
memenuhi syarat

Kemukakan kepada Ketua Setiausaha KPM untuk


pertimbangan dan keputusan.

Memaklumkan keputusan kepada pegawai melalui Ketua


Jabatan dan merekod dalam Buku Perkhidmatan
Kerajaan pegawai

Tamat .
9
LAMPIRAN 2
LAPORAN PEMANTAUAN PENGLIBATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH (PPPS) GRED DG41 - DG48 DALAM
AKTIVITI POLITIK BIL _______ TAHUN _______

JABATAN/ BAHAGIAN/ JPN : ___________________

BAHAGIAN A: MAKLUMAT ASAS PEGAWAI DAN PARTI POLITIK YANG DICEBURI

MAKLUMAT ASAS PEGAWAI MAKLUMAT PARTI POLITIK

NAMA GRED NAMA DAN TEMPAT JAWATAN PERINGKAT NAMA TEMPOH STATUS
PEGAWAI & NO. TERKINI GRED BERTUGAS POLITIK PARTI KELULUSAN
BIL. (CAWANGAN/ (AKTIF/
KAD PEGAWAI JAWATAN YANG POLITIK
PENGENALAN TERKINI DIPEGANG BAHAGIAN (Nyatakan TIDAK
YANG DLL) tahun) AKTIF)*
DISANDANG

1
Contoh 1:
1
Ahmad bin Abu DG48 Guru Kanan SMK XYZ Ketua Cawangan EFG UMNO 2010-2012 Aktif
Bakar (740101- (KUP) Mata Pemuda
05-0109) Pelajaran
(Gred DG44)

Contoh 2:
Pensyarah Kolej Ketua Cawangan MCA 2010-2011 Tidak Aktif
Chan Kim Lee DG44
(DG44) Matrikulasi Wanita/ LMN/ Bahagian (tidak
(700101-01-5108)
ABC Setiausaha XYZ berjaya
menyanda
ng jawatan
yang
ditandingi)

* Status(Aktif/ Tidak aktif) merujuk kepada status sama ada pegawai masih memegang jawatan politik atau telah meletakkan jawatan yang diluluskan atau terbatal kelulusannya seperti yang
ditetapkan di para 8.1 Surat Pekeliling ini

10
LAPORAN PEMANTAUAN PENGLIBATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH (PPPS) GRED DG41 - DG48 DALAM
AKTIVITI POLITIK BIL. _______ TAHUN _______

BAHAGIAN B: MAKLUMAT PRESTASI PEGAWAI

MAKLUMAT ASAS PEGAWAI

(Maklumat Pegawai Di Bhg B = Bhg A) MAKLUMAT PRESTASI PEGAWAI

NAMA PEGAWAI GRED TEMPAT BIL. CUTI TANPA JUM. WAKTU MARKAH LNPT ULASAN KETUA JABATAN
& NO. KAD TERKINI BERTUGAS REKOD YANG MENGAJAR PEGAWAI
BIL. PENGENALAN PEGAWAI DILULUSKAN PEGAWAI YANG (Nyatakan sebarang masalah/
BAGI TUJUAN DITINGGALKAN 2010 2011 2012 aduan/ perlanggaran terhadap
POLITIK BAGI TUJUAN syarat-syarat yang ditetapkan,
POLITIK* sekiranya ada)

Contoh 1:

Ahmad bin Abu DG48 SMK XYZ 5 hari 15 waktu 85.1 Pegawai didapati sering
Bakar (KUP) meninggalkan kelas bagi urusan
politik
(740101-05-0109)

Contoh 2:
Kolej Tidak berkaitan Tidak berkaitan - - Tiada
Chan Kim Lee DG44 Matrikulasi
(700101-01-5108) ABC

*Tidak termasuk Cuti Tanpa Rekod bagi tujuan politik

DISEDIAKAN OLEH : DISAHKAN OLEH

…………………………………………………………… ……………………………………………………………
(URUS SETIA BAHAGIAN/ JPN) (REKTOR IPGM/ PENGARAHBAHAGIAN/JPN)

11
LAMPIRAN 3

CARTA ALIRAN PENYEDIAAN BORANG PEMANTAUAN PENGLIBATAN PPPS


DALAM AKTIVITI POLITIK

Mula

Ketua Jabatan (Pengarah IPG/ELTC/Kolej Matrikulasi/


Pengetua/ Guru Besar) memantau PPPS yang mengambil
bahagian dalam politik dan menyediakan laporan pemantauan
setiap 4 bulan mengikut format di Lampiran 2.

Kemukakan kepada Ketua Jabatan di peringkat Bahagian


KPM/ JPN masing-masing sebelum 15 Mac, 15 Julai dan 15
November setiap tahun

Ketua Jabatan di peringkat Bahagian KPM/ JPN


menyelaras, mengesahkan dan mengemukakan laporan
kepada Jawatankuasa Penilaian peringkat KPM setiap 4
bulan iaitu sebelum 31 Mac, 31 Julai dan 30 November
setiap tahun.

Jawatankuasa Penilaian peringkat KPM menyelaras laporan


yang diterima daripada Ketua Jabatan di peringkat
Bahagian KPM/ JPN.

Kemukakan Laporan Pemantauan PPPS kepada Ketua


Setiausaha KPM setiap 4 bulan.

Tamat

12

You might also like