You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT PANITIA REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI KALI

PERTAMA 2016

Tarikh : 20 Januari 2016


Hari : Rabu
Masa : 12.45 Tengah hari
Tempat : Bilik mesyuarat SKSJ

Hadir
1 . Pn Zaini binti Mohamad
2 . Pn. Jamaliah binti Bukhari
3 . En. Rosli bin Jusoh
4. Pn, Rozila binti Resat

Turut Hadir
1 . Hjh. Hamedah binti Abd. Rahman (GPK 1)

1. Ucapan Ketua Panitia


1.1 Mesyuarat dipengerusikan oleh Pn Zaini binti Mohamad
1.2 Tujuan mesyuarat adalah untuk membincangkan beberapa perkara
sebagaimana yang tercatat didalam agenda demi meningkatkan prestasi
kecemerlangan Panitia Reka Bentuk dan Teknologi.
1.3 Seperti biasa mandangkan kekurangan guru, maka pengerusi juga adalah
setiausaha panitia.

Makluman : Semua ahli

2 Ucapan GPK 1
2.1 GPK 1 Hjh. Hamedah mengacapkan terima kasih kepada semua guru yang
hadir.
2.2 Menyatakan bahawa semua panitia adalah penting. Oleh itu semua
perancangan dan pengurusan panitia perlu diurus dengan baik dan berkesan. pihak
sekolah mengharapkan agar panitia ini dapat merancang dan melaksanakan selaras
dengan Dasar Pendidikan Negara.
2.3 Beliau juga menegaskan agar Buku Stok Panitia diurus dan dikemaskini dengan
baik.
2.4 Setiausaha dikehendakki menyediakan jadual penggunaan bilik KH dengan
segera.

Makluman : Semua ahli


3. Pengajaran dan Pembelajaran

3.1 Guru-guru yang mengajar mata pelajaran RBT boleh dapatkan standard
pembelajaran dari fail di bilik GPK 1.

3.2 Cara menulis rancangan pengajaran harian adalah seperti lampiran yang telah
diberi.

Makluman: Guru RBT

4.Cadangan Aktiviti Tahunan

4.1-Mesyuarat panitia akan diadakan sekurang-kurangnya 3 kali setahun.

Makluman : Semua ahli

4.2 Pertandingan Rekacipta akan diadakan pada bulan Mac dan Oktober.
4 .3 Guru mata pelajaran juga boleh membuat pertandingan di peringkat kelas
masing-masing.

Tindakan : (Penyelaras program)

5. Hal-hal lain
5.1 Pembelian Bahan
Sila rujuk Pembantu Tabdbir sebelum membuat pembelian dan semua guru perlu
mengisi nota minta.
5.2 Kunci Bilik kemahiran Hidup
Kunci Bilik mesti diletakkan didalam kotak kunci dipejabat selepas bilik digunakan
Makluman : Semua ahli

5.3 Keselamatan
Semua ahli mesti mengutumakan keselamatan murid semasa dibengkel. Pastikan
guru sentiasa bersama murid.
Makluman : Semua ahli

5.4 Rekod pengunaan Bilik


Sila rekodkan waktu pengunaan bilik kemahiran hidup. Jaga kebersihan kelas dan
peralatan di bengkel.

Makluman : Semua ahli

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.15 petang.


Disediakan oleh: Disahkan oleh:

............................ ...............................

(PN. ZAINI BINTI MOHAMAD) (HJH.HAMEDAH A.RAHMAN)

Setiausaha Panitia Guru Penolong Kanan 1

SK. Seberang Jerteh SK. Seberang Jerteh

You might also like