You are on page 1of 10
KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA Director General of Education Malaysia KEMENTERIAN fra 6 BLOKE FENBIBICAN covet 8 Bot £8 KOMPLENGS KERAJAAN PARCEL E Sovorort Conplor Paro E PUSATPENTADBIRANKERAJAAN PERSEKUTUAN — /OLOSSEBAQ7 Feces! Gorenmentaamnisraive Cans Fale 0858004548 asoepUTRAUBYA KP/KPPM/6 Jid. 2 (2-1 ) Tarikh: Qo Jun 2016 Semua Ketua Bahagian Semua Pengarah Pendidikan Negeri YBhg. Datuk/Datin/Tuan/Puan, SURAT PEKELILING IKHTISAS KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BILANGAN 4 TAHUN 2016 PELAKSANAAN HIGHLY IMMERSIVE PROGRAMME (HIP) BAHASA INGGERIS DI SEMUA INSTITUSI PENDIDIKAN DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA MULAI TAHUN 2016 TUJUAN 1. Surat Pekeliling Ikhtisas ini dikeluarkan bertujuan memaklumkan semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengenai pelaksanaan Highly Immersive Programme (HIP) bahasa Inggeris mulai tahun 2046. HIP dilaksanakan bertujuan mendedahkan murid kepada penggunaan bahasa Inggeris yang lebih meluas dengan mewujudkan persekitaran Highly Immersive bahasa Inggeris di sekolah. Persekitaran tersebut diwujudkan melalui pelibatan murid yang lebih aktif dalam aktiviti bahasa Inggeris serta pelibatan menyeluruh semua warga sekolah termasuk ibu bapa dan komuniti dalam pelaksanaan aktiviti bahasa Inggeris di sekolah. LATAR BELAKANG 2. KPM mendapati bahawa pembelajaran dan pencapaian murid dalam bahasa Inggeris boleh dipertingkat dengan penggunaan bahasa Inggeris yang lebih meluas. Hal ini terbukti di sekolah-sekolah yang telah pun melaksanakan aktiviti-aktiviti pendedahan bahasa Inggeris di dalam dan di luar kelas yang melibatkan semua guru, murid, ibu bapa dan komuniti. Namun demikian, terdapat sekolah yang membataskan penggunaan bahasa Inggeris hanya kepada peruntukan masa dalam jadual waktu, dan melibatkan guru bahasa Inggeris sahaja. Melalui HIP, penggunaan bahasa Inggeris dapat dilaksanakan secara lebih meluas dengan pelibatan menyeluruh semua warga sekolah termasuk ibu bapa dan komuniti PELAKSANAAN 3. Bagi membantu dan memudahkan pelaksanaan HIP, bersama-sama_ ini dilampirkan garis panduan pelaksanaan HIP sebagai rujukan TARIKH KUAT KUASA 4. Surat pekeliling ikhtisas ini berkuat kuasa pada tarikh surat pekeliling ini dikeluarkan. PEMBATALAN 5. Dengan ini dimaklumkan bahawa Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 1 Tahun 1999 bertarikh 4 Januari 1999 berkaitan garis panduan pengendalian Aktiviti Sokongan Bahasa Inggeris di Sekolah adalah terbatal TANGGUNGJAWAB KETUA JABATAN 6. YBhg. Datuk/Datin/tuan/puan hendaklah mengambil tindakan memaklumkan kandungan surat pekeliling ikhtisas ini kepada pegawai yang bertanggungjawab di semua institusi pendidikan yang terlibat di bawah pentadbiran YBhg Datuk/Datin/tuan/puan. Sekian. Terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” (TAN SRI DR. KHAIR BIN MOHAMAD YUSOF) Ketua Pendaftar Institusi Pendidikan dan Guru merangkap Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia sk: 10. YB Menteri Pendidikan Malaysia ‘YB Timbalan Menteri Pendidikan | ‘YB Timbalan Menteri Pendidikan I! Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia Ketua Nazir Jemagh Nazir dan Jaminan Kualiti Penasihat Undang-Undang Kementerian Pendidikan Malaysia Pegawai Perhubungan Awam Kementerian Pendidikan Malaysia

You might also like