You are on page 1of 4

Bahagian B

[100 markah]

[Masa dicadangkan : 1 jam 30 minit]

Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 350
patah perkataan.

4. Usaha kerajaan memajukan bidang pertanian memang wajar kerana bidang ini memberikan
pelbagai kebaikan kepada rakyat dan negara.

Bincangkan

Memetik kata-kata daripada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani dalam salah satu
ucaptamanya, "Pertanian dan industri asas tani penjana ekonomi negara", menunjukkan bahawa
industri pertanian merupakan salah satu industri yang menjadi peneraju utama kenaikan Kadar
Keberhasilan Utama Negara sehingga hari ini. Pandangan tipikal rakyat yang sering memandang
enteng akan kepentingan lubuk emas negara ini wajarlah diubah kerana bidang pertanian mampu
memberi keuntungan kepada rakyat dan negara dalam pelbagai cara. Pelbagai usaha telah dijana
oleh pihak kerajaan dalam usaha memastikan bidang pertanian negara terus maju sejajar dengan
perkembangan bidang-bidang lain di negara ini. Kerjasama yang dilaksanakan oleh Kementerian
Pertanian dan Industri Asas Tani dengan kementerian-kementerian lain menunjukkan betapa
bersungguh-sungguhnya YB Datuk Seri Ismail Yaakub selaku Menteri Pertanian dan Industri Asas
Tani dalam usaha memajukan bidang yang tidak menjadi minat utama warga Malaysia. Persepsi
warga Malaysia terhadap pertanian iaitu sebagai bidang yang kurang glamor dan kurang
menguntungkan wajarlah dikikis sehabis baik kerana usaha-usaha kerajaan dalam memajukan
bidang pertanian mampu memberi manfaat yang amat besar kepada rakyat dan negara Malaysia
yang kita cintai. P1 (172 patah perkataan, 5 ayat)

Salah satu wahana yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan ialah pemberian bantuan dari segi
penggunaan jentera moden sertai pembahagian benih yang berkualiti tinggi. Usaha ini dapat
meningkatkan taraf hidup rakyat terutamanya golongan petani yang dahulunya merupakan antara
golongan berpendapatan rendah di Malaysia. Sejak penjajahan kolonial British, petani tempatan
yang menanam tanaman bukan komersial kurang mendapat bantuan dan terpaksa menjalankan
pertanian tanpa kemudahan yang lengkap. Namun kini, kerajaan telah mengarahkan "Malaysian
Agriculture Research and Development Institute", (MARDI) untuk menghasilkan biji benih yang
berkualiti agar dapat menuai hasil tanaman yang berkualiti. Pelbagai kaedah bioteknologidigunakan
untuk menghasilkan biji benih kacukan yang lebih tahan penyakit dan mampu menghasilkan
tanaman dalam masa yang lebih singkat. Sebagai contoh tanaman padi tempatan telah dikacukkan
dengan biji benih dari Kashmir dan Thailand untuk menghasilkan beras yang lebih tahan lama dan
wangi. Begitu juga dengan bantuan penggunaan jentera teknologi yangmeningkatkan kadar
penuaian hasil berbanding dengan penggunaan tenaga manusia. Secara tidak langsung, peningkatan
hasil penuaian mampu meningkatkan pendapatan para petani dan mereka tidak perlu lagi hidup kais
pagi makan pagi, kais petang makan petang seperti zaman prakemerdekaan dahulu. Jelaslah
dibuktikan bahawa usaha kerjaan mampu menaikkan taraf hidup rakyat terutamanya golongan yang
terlibat secara langsung dengan aktiviti pertanian. P2 (201 patah perkataan)

Prakarsa seterusnya yang diusahakan oleh kerajaan ialah membuka peluang perniagaan kepada
para petani sama ada sama ada di peringkat tempatan mahuoun global. Perkara ini telah
mewujudkan golongan usahawan pertanian yang menjadi agen lonjakan ekonomi. Kebiasaannya,
pagi hujung minggu di Malaysia akan dihiasi dengan permukaan pasar tani yang menjual pelbagai
hasil pertanian segar oleh petani di kawasan tersebut. Aktiviti jual beli ini mampu menjana
pendapatan para petani secara langsung kerana mereka tidak perlu bergantung sepenuhnya kepada
pemborong. Muncul juga golongan usahawan yang memproses hasil pertanian mereka agar dapat
dikomersialkan ke pasaran yang lebih luas seperti penanaman ubi kayu telah
merangsangpercambahan industri kecil dan sederhana yang memproses ubi kayu untuk dijadikan
kerepek dan dijual di serata Malaysia. Usahawan-usahawan ini bijak mengambil peluang yang
diberikan oleh kerajaan dengan menggunakan bantuan yang diberikan untuk mencipta inovasi dalam
alatan penghasilan kerepek seperti penggoreng yang canggih agar mampu mengeluarkan produk
dalam skala yang besar. Contohnya Syarikat Azhar Foods yang terletak di Batu Pahat menjadi salah
satu peneraju dalam bidang mengkomersialkan kerepek yang juga menjadi salah satu ikon
usahawanpertanian yang berjaya. Berbekalkan prinsip sikit-sikit lama-lama jadi bukit, perusahaan
berasaskan pertanian yang kecil pasti dalam dikembangkan dengan usaha petani dan usahawan
pertanian dengan kerjasama daripada pihak kerajaan agar wujudnya usahawan pertanian yang
menjana ekonomi negara. P3 (211 patah perkataan)

Hasil pertanian di Malaysia lazimnya dipasarkan di pasaran tempatan dan menjadi sumber
makanan kepada rakyat Malaysia sendiri. Peningkatan kualiti hasil pertanian sudah semestinya
mampu menyumbang kepada peningkatan taraf kesihatan masyarakat di Malaysia. Penyelidikan
yang dilaksanakan oleh pihak MARDI turut meningkatkan kualiti dan jumlah nutrisi yang terkandung
dalam makanan. Menulusuri era pascaglobalisasi ini, kesihatan merupakan salah satu faktor utama
untuk memajukan negara kerana rakyat yang sihat mampu menambah kadar produktiviti negara.
Hasil pertanian yang berkualiti dan berkhasiat turut melahirkan golongan remaja dan kanak-kanak
yang lebih berdaya tahan tinggi agar mampu menjadi pemimpin negara yang berkaliber kelak kerana
melentur buluh biarlah dari rebungnya. Sebagai salah satu pengeluar minyak sawit utama dunia,
Malaysia telah melaksanakan pelbagai kajian dan penyelidikan melalui Perbadanan Kelapa Sawit
Malaysia demi meningkatkan kualiti minyak sawit yang dihasilkan. Kekayaan Malaysia dengan juadah
bergoreng menyebabkan perbadanan ini harus menghasilkan biji sawit yang menghasilkan minyak
dengan ladar kolesterol yang rendah agar juadah-juadah bergoreng yang enak masih boleh dinikmati
tanpa peningkatan risiko terhadap penyakit kardiovaskular mahupun obesiti. Tanaman-tanaman
selain seperti buah-buahan tempatan juga dikacukkan dengan usaha kerajaan melalui syarikat-
syarikat pengeluar hasil pertanian agar tahap kesihatan rakyat Malaysia dapat diperbaiki.
Sesungguhnya, usaha kerajaan melalui penyelidikan mampu meningkatkan tahap kesihatan
masyarakat darsawarsa ini berbanding zaman dahulu. P4 (201 patah perkataan)

Sejajar dengan wawasan 2020 iaitu keinginan melahirkan Malaysia sebagai sebuah negara
maju yang duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara maju lain, kerajaan telah
menginisiatifkan pelbagai usaha untuk melonjakkan ekonomi negara melalui bidang pertanian.
Malaysia masih menjadi salah satu pengeluar getah dunia sejak tanaman komersial itu
diperkenalkan oleh H.N.Ridley pada tahun 1943 di Tanah Melayu. Sehingga hari ini, industri getah
terus dimajukan oleh kerajaan dengan mengeksport getah mentah kepada negara lain seperti Jepun
melalui perdagangan barter demi melonjakkan ekonomi negara. Pengkomersialan produk pertanian
tradisional lain seperti tempoyak ke pasaran dunia turut melonjakkan kadar eksport negara kita.
Malaysia turut mengeksport minyak sawit yang berkualiti tinggi ke luar negara kerana sambutan
yang begitu menggalakkan daripada negara-negara luar. Peningkatan kadar eksport dalam bidang
oertanian menjadikan kerajaan semakin bergiat aktif dalam bidang ini. Peruntukan yang besar telah
disediakan oleh pihak kerajaan dalam usaha membangunkan bidang pertanian kerana keuntungan
yang digarap amat memuaskan. Secara tidak langsung, para pedagang luar yang tertarik dengan
kemajuan agrikultur negara akan mengunjungi negara dan perkhidmatan pelancongan seperti
tambang pengangkutan dan penginapan turu mampu menjana ekonomi negara. Kehadiran
pedagang luar ini akan terus mencambah perluasan kawasan eksport hasil pertanian negara ke
serata dunia lantas melonjakkan kadar pendapatan negara. Dengan ini, dapatlah disimpulkan
bahawa kejayaan bidang ekonomi negara terletak pada usaha kerajaan dalam membangunkan
bidang pertanian. P5 (217 patah perkataan)

Tak kenal, maka tak cinta merupakan ungkapan yang sesuai kita aplikasikan apabila kerajaan
menggunakan produk pertanian Malaysia untuk memperkenalkan negara kita di persada dunia.
Lambakan hasil pertanian menjadikan Malaysia negara yang unik dan produk ini melonjakkan nama
baik negara. Tahap kualiti produk pertanian Malaysia amat dikagumi oleh negara-negara lain
sehingga Malaysia mampu melaksanakan Ekspo Hab Halal Dunia saban tahun yang mempamerkan
rangkaian makanan halal di Malaysia terutamanya yang berasaskan pertanian untuk diperkenalkan
kepada dunia. Sebagai contoh, tanaman nenas yang ditanam secara meluas telah dikomersialkan
menjadi pelbagai produk seperti jem, koktel, puding dan sebagainya dan diperdagangkan di
peringkat antarabangsa. Industri pertanian juga telah dijadikan salah satu tarikan pelancong
berteraskan konsep agropelancongan yang menonjolkan keunikan produk pertanian negara kepada
pelancong dari dalam mahupun luar negara. Program inap desa dijalankan oleh pemilik-pemilik
dusun buah-buahan tempatan untuk menarik para pelancong menginap di dusun mereka. Para
pelancong dapat menikmati buah-buahan tempatan segar yang dipetik terus daripada pokok dan
dinikmati serta-merta di dusun tersebut. Hal ini mampu menyebabkan keunikan industri kedatangan
pelancong asing ke negara kita. Dengan ini, terbuktilah bahawa bidang pertanian mampu
melonjakkan nama negara ke persada dunia. P6 (195 patah perkataan)

Sebagai penutup bicara, dapatlah dirumuskan bahawa bidang pertanian mampu memberikan
pelbagai faedah kepada rakyat dan negara. Sebagai warganegara yang patriotik, kita wajarlah terus
bekerjasama dengan kerajaan bagai aur dengan tebing untuk melaksanakan dan menjayakan segala
program yang diusahakan oleh kerajaan untuk memajukan bidang pertanian. Sesungguhnya
kerjasama yang kita lontarkan akan dapat memberi manfaat kepada kita semula kerana segala usaha
yang diimplementasikan oleh kerajaan berteraskan kepentingan rakyat. Produk pertanian negara
wajarlah diberikan sokongan yang berterusan kerana sebagai rakyat Malaysia, kitalah yang menjadi
tulang belakang kemajuan apa-apa bidang di negara kita. Usahlah bersifat nihilisme dan
bertuhankan budaya hedonisme agar kemajuan negara berasaskan bidang pertanian dapat dicapai
secara holistik. Sesungguhnya sebagai seorang murba, setiap tindakan kita menyokong usaha
kerajaan memajukan bidang pertanian akan tetap memberikan implikasi major kepada negara. P7
(126 patah perkataan)
Email This

BlogThis!

Share to Twitter

Share to Facebook

You might also like