You are on page 1of 7

Pendahuluan

Masalah khilafiyah merupakan persoalan yang realiti berlaku pada mutakhir ini dalam
masyarakat Islam. Khilafiyah ini bermaksud perbezaan pendapat dikalangan para ulama
sebagai hasil ijtihad untuk mendapatkan dan menetapkan sesuatu hukum. Sudah menjadi
lumrah dalam kehidupan pasti ada perbezaan dalam mengutarakan pandangan. Tetapi sekiranya
kita memandang kepada yang positif dalam perhubungan antara manusia, kita tidak akan
melakukan perpecahan. Sepertimana empat mazhab yang mahsyur iaitu mazhab Hanafi, Maliki,
syafi’ei dan Hanbali juga mempunyai khilaf di dalam menentukan hukum. Tetapi mereka tidak
berpecah dan hubungan juga tidak tergugat kerana khilaf pendapat masing-masing kerana
mereka memahami etika dan prinsip peradaban yang perlu dipatuhi. Tetapi ummat kini sukar
dibendung kerana tidak memahami konsep asas dialog peradaban yang membawa kebaikan
kepada masyarakat. Agama membenarkan ikhtilaf yang membawa kebaikan dan melarang
ikhtilaf yang tercela contohnya bercakap kasar, makian dan cercaan di dalam dialog
percakapan.

Allah SWT menyatakan dalam Surah al-Hujurat ayat 13 yang bermaksud:

"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan
Kami menjadikan kamu pelbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan.
Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih bertaqwa di antara
kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya."
Pastinya juga perbezaan ini adalah natijah kepada kepelbagaian mereka dari sudut pendidikan,
pemikiran, adat dan alam sekeliling. Aspek-aspek ini disentuh oleh Allah SWT dalam ayat tadi
dengan menekankan tujuan penciptaan, iaitu supaya mereka dapat kenal-mengenali, dan bukan
sekali-kali mereka saling kecam-mengecam antara sesama manusia. (Mohd Shauki, 7
november 2014)

Oleh itu kita akan membincangkan kesan perpecahan ummah disebabkan perbezaan mazhab
dan bagaimana mahu menyelesaikan pertembungan yang membawa perpecahan.
Kemunculan Empat Mazhab

Pada zaman Rasulullah Saw, umat Islam tidak menganut mana-mana mazhab kerana
pada ketika itu tidak timbul sebab untuk bermazhab kerana segala permasalahan yang timbul
segera diselesaikan oleh Rasulullah saw. Sedangkan pada zaman kini umat islam perlu
menyelesaikan masalah yang timbul atau baru timbul berpandukan empat sumber iaitu al-
Quran, As-Sunnah, Ijma’ dan Qias.

Setelah berlalu zaman Rasulullah Zaman Rasulullah saw, barulah umat islam mengenali
mazhab-mazhab kerana tempat rujukan untuk menyelesaikan masalah baru sudah tiada lagi.
Ulama-ulama Islam perlu merujuk kepada al-Quran sebagai dasar hukum pertama. Seterusnya
sekiranya tidak terdapat di dalam al-Quran, tempat rujukan berpindah pula kepada sunnah
Rasulullah saw, seterusnya ijma’ dan qias.

Setelah wafatnya Rasulullah saw, mulalah umat Islam iaitu para sahabat Rasulullah saw
bermazhab. Segala permasalahan yang berlaku dirujuk kepada pendapat sahabat-sahabat yang
masyhur alim dan bijak di dalm bidang agama seperti sayyidina Umar Ibnul Khattab, Sayyidina
Ali, Abdullah Ibnu Mas’ud dan sebagainya.

Pada peringkat tabi’in pula, semakin ramai ulama-ulama yang telah mendirikan mazhab
sendiri oleh kerana umat iIslam pada ketika itu telah berkembang ke serata pelusuk negeri.
Kesan hal tersebut telah lahirlah bijak pandai di dalam persoalan hukum. Di antara mereka
adalah Said bin al-Musaiyyab, Asy-Sya’bi, Urwah bin Zubair, A-Qasim bin Muhammad dan
lain-lain.

Pada zaman tabi’-tabi’in pula, tokoh-tokoh ulama terkemuka diberi penumpuan untuk
menyelesaikan masalah mereka seperti Sufyan bin Uyainah, Muslim bin Khalid, Waki’ bin
Jarrah, Abdullah bin al-Mubarak, Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Asy-Syafie, Imam
Ahmad bin Hanbal dan ramai lagi.

Setelah munculnya Imam Abu Hanifah di Kufah, umat Islam di negeri Iraq
menumpukan perhatian mereka kepada imam muda tersebut. Di Madinah pula muncul imam
Malik bin Anas yang menjadi tumpuan umat Islam ketika itu mempelajari ilmu dengan beliau.
Penduduk Makkah pula tertumpu kepada Imam Asy-Syafi’ie serta penduduk Baghdad pula
tertumpu kepada Imam Hanbal.
Kisah-kisah yang diceritakan di atas merupakan sejarah kemunculan Mazhab-mazhab
yang ada sehingga kini dan dirujuk untuk menyelesaikan permasaalahan yang timbul di
kalangan masyarakat. Masyarakat kini menggunakan empat mazhab yang masyhur iaitu
mazhab Hanafi, Mazhab Maliki, mazhab Syafi’ei dan mazhab Hanbali.
Mazhab Imam Hanafi

Pengasas mazhab Imam Hanafi adalah Nu’man bin Thabit bin Zautha bin Mah. Beliau
lahir pada tahun 80 hijrah bersamaan tahun 699 masehi di Kota Kufah. Beliau seorang berjiwa
besar dan berakhlak tinggi serta seorang yang bijak dalam ilmu pengetahuan. Selain itu beliau
cekap memberikan satu-satu keputusan bagi masalah yang dihadapi.

Beliau dapat membina hubungan baik dan rapat dengan pembesar Negara oleh kerana
kebijaksanaan dan berpengetahuan. Beliau mendapat tempat yang baik dalam masyarakat dan
Berjaya menyandang jawatan tinggi dalam pemerintahan. Di Iraq Imam Abu Hanifah terkenal
sebagai seorang alim ilmu fiqh di Iraq. Golongan cerdik pandai pada ketika itu menyifatkan
beliau “ akal dalam ilmu pengetahuan.”

Zaman beliau terkenal sebagai zaman pertumbuhan politik, agama serta ideologi dan
isme yang pelbagai. Beliau hiduppada zaman pemerintahan Umaiyyah dan Abbasiyah. Sifat
merendah diri beliau menjadikan penduduk berasa selesa untuk menerima pemikirannya yang
luas dan banyak. Walaubagaimanapun beliau tidakj terpedaya dengan fikirannya sendiri.

Mazhab Imam Maliki

Mazhab Imam Maliki diasaskan oleh Imam Malik atau nama sebenarnya ialah Abu
Abdullah Malik bin Abi Amir bin Amr bin Haris bin Gaiman bin Kutail bin Amr bin Haris al-
al-Asbahi. Beliau lahir di Madinah pada tahun 95 Hijrah/712 Masehi dan wafat pada tahun 179
Hijrah/ 796 Masehi ketika berumur 84 tahun dan dikebumikan di perkuburan Baqik. Beliau
mempunyai seorang isteri dan empat orang anak, tiga lelaki dan seorang perempuan.

Keluarga atau keturunannya berasal berasal dari Yaman. Moyangnya berpindah ke


Madinah danmenganut Islam pada zaman Rasulullah. Ibunya bernama Siti Aliyah binti Syuraik
bin Abdul Rahman bin Syuraik al-Azdiyah. Ibunya mengandungkan Imam Malik selama 2
tahun. Imam Malik merupakan generasi tabie tabi’in iaitu generasi umat islam yang tidak
sempat berjumpa dengan para sahabat Rasulullah, hanya sempat berjumpa dengan generasi
tabi’in iaitu mereka yang sempat berjumpa dengan sahabat Rasulullah.

Imam Malik dikurniakan kecerdasan akal fikiran yang tinggi.beliau menghafaz al-
Quran pada usia yang masih muda, seorang yang berakhlak mulia, bersopan santun, suka
memakai pakaian yang bersih da bagus serta bau-bauan yang harum. Selain itu Imam Malik
juga seorang yang yang tabah menghadapi sebarang ujian yang menimpanya. Walaupun beliau
pernah disebat dan dirotan kerana mengeluarkan fatwa yang tridak disukai oleh khalifah.
Namun beliau seorang yang pemaaf kepada mereka yang memfitnah dan menyiksanya. Beliau
satu-satunya ulama yang ingin berdampingan dengan khalifah atas tujuan menasihati
pemerintah. Beliau juga seorang yang kuat beribadah yang wara’, taat dan patuh perintah Allah.

Mazhab Imam Syafi’ei

Mazhab Imam Syafi’ei diasaskan oleh Muhamad Bin Idris al-Syafi’ei. Beliau
dilahirkan pada tahun 150 hijrah di sebuah Bandar yang bernama Ghizah atau Palestin. Imam
Syafi’ei berketurunan Bani Hashim dan Abdul Mutalib.

Beliau banyak mengembara untuk mencari ilmu pengetahuan walaupun beliau seorang
yang miskin malah beliau seorang yang bercita-cita tinggi. Beliau merupakan penyokong
kepada ilmu hadith dan pembaharuan agama ( mujaddid) abad ke 2 hijrah.beliau menghafaz al-
Quran dengan pada usia kecil lagi.

Mazhab Imam Hanbali

Nama sebenar pengasas mazhab Imam Hanbali ialah Ahmad bin Hanbal. Tanggal 164
hijrah di Baghdad lahirlah pengasas mazhab Imam Hanbali. Beliau berasal dari keluarga
miskin. Ibnu Hanbal menuntut ilmu sepanjang hayat.Ibnu Hanbal merupakan anak murid imam
As-Syafi’ei.
Kesan Perpecahan Ummah Disebabkan Perbezaan Mazhab

Khilaf berkait dengan kepercayaan seseorang mengenai kebenaran dan disebabkan berpegang
kuat kepada pandangan yang dipercayai benar itu, lalu ia menafikan pandangan pihak lain.
Itulah khilaf yang banyak berlaku dalam masyarakat Islam di negara ini.

Oleh itu, kemukakanlah berapa banyak adab atau prinsip khilaf seperti berlapang dada pada
hal bersifat cabang, mencari ruang harmoni, menjauhi taksub, berdialog secara rasional dan
ikhlas mencari kebenaran, masing-masing dilihat cenderung untuk mempertahankan apa yang
dipercayai benar pada mereka.

Akibatnya, perbezaan pandangan yang sepatutnya menjadi rahmat kepada masyarakat


akhirnya mencetuskan perbalahan, perselisihan dan perpecahan. Nampaknya tidak ada ikhtilaf
yang bermatlamat untuk memperoleh ilmu apabila kebenaran tidak dipedulikan.

Sememangnya perbezaan pandangan adalah realiti yang tidak dapat dielakkan di mana sahaja
tetapi perbezaan itu sepatutnya menjurus kepada perkara yang sihat, memberi manfaat serta
membuka spektrum ilmu lebih luas. (Hasliza, 2016)

Seterusnya, keseimbangan antara kejumudan dan keterbukaan, memahami keutamaan dalam


perbezaan pandangan, berlapang dada atas perbezaan yang bersifat cabang, mencari ruang
keharmonian, mendalami kepelbagaian makna istilah, menjauhi taksub, berdialog dengan
rasional dan ikhlas mencari kebenaran.

Seluruh dunia hari ini dilihat berpecah-belah. Umat Islam lebih banyak bergaduh antara satu
sama lain berbanding umat lain, antaranya negara China atau negara yang besar populasinya
mereka boleh bersatu. Tetapi umat Islam dalam satu negara Islam pun mereka bergaduh
antara satu sama lain.

Umar Al-Khatthab RA pernah menyebut, “Sesungguhnya kami merupakan kaum yang Allah
muliakan dengan Islam dan kami tidak memerlukan kemuliaan selain daripadanya (Islam).”
Punca dan faktor perpecahan yang berlaku ada banyak. ( Fathul Bari, 11 November 2011).

You might also like