You are on page 1of 4

PK 07/3

SK (P) SULTAN IBRAHIM, JOHOR BAHRU


MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KURIKULUM BIL 4 / 2018

Tarikh : 25 November 2018 ( Ahad )


Masa : 9.00 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat Budiman , SK(P)Sultan Ibrahim.
Pengerusi : Puan Aminah binti Mohd Afandi
Kehadiran(Bilangan) : 50 orang
Turut Hadir (Jika ada) : Tiada

1 AGENDA 1: PERUTUSAN PENGERUSI


1.1Mesyuarat dimulakan dengan bacaan doa oleh ustaz Mohd Hadzmin
Bin Mohd Sabri.
1.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua guru
dalam mesyuarat kurikulum Bil 4 /2018.
1.3 Ucapan terima kasih di atas kerjasama dalam semua aktiviti kurikulum
sepanjang tahun 2018.
1.4 Ucapan terima kasih juga kepada semua Panitia yang telah dapat
melengkapkan dan menghantar laporan bagi setiap aktiviti yang telah
dijalankan sepanjang tahun 2018.
(Makluman : semua
guru)

2 AGENDA 2: PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU


Dicadang untuk disahkan oleh Encik Mohd Faiz bin Zainol.
Disokong untuk pengesahan oleh Pn hjh. Suraya binti Suri

3 AGENDA 3 :PERKARA-PERKARA BERBANGKIT


3.1 Highly Immersive Programe (HIP)
3.1.1 Tindakan kepada ketua panitia dan semua guru bahasa
inggeris untuk memperbanyakkan aktiviti dan
memwujudkan persekitaran HIP di laluan-lauan pejalan
kaki seperti carta, lukisan dan sebagainya
(Tindakan : Panitia Bahasa
Inggeris)
3.2 Kemahiran aras Tinggi (KBAT)
3.1.2 Guru diingatkan supaya mencari info-info dalam laman web
untuk menambah ilmu yang berkaitan KBAT. Ini adalah kerana
amalan KBAT ini bukan sahaja utuk Pdpc sahaja malah dalam
bidang pengurusan dan panitia
(Tindakan : semua
guru )
4 AGENDA 4 : PERKARA-PERKARA YANG DIBINCANGKAN
4.1 Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
(PBPPP)
4.1.1 Guru-guru diingatkan supaya memastikan borang-borang
keberhasilan dilengkapkan dan diserahkan kepada PP1 untuk
diberikan skor
4.1.2 Ingtan juga kepada PP1 untuk melengkapkan skor penilaian
PYD dengan segera.
(Tindakan :
Semua guru)

4.2 E-Operasi
4.2.1 Guru-guru perlulah melengkapkan maklumat-maklumat
seperti :
i.Tarikh perkhidmatan
ii. Gred perkhidmatan
iii. Perkhidmatan

4.2.2 Guru-guru hanya boleh melengkapkan maklumat-maklumat


peribadi sahaja . Sekiranya terdapat perubahan, maklumkan
segera kepada GPK1, Pn Aminah bin Mohd Afandi dan guru
data, En. Khiril nizam bin Abu Bakar.
(Tindakan :
Semua guru)

4.3 Hrmis
4.3.1 Guru-guru perlu melengkapkan maklumat bersama kerani
perkhidmatan untuk mengemaskini maklumat seperti CRK,
CTR, MC dan sebagainya.
(Tindakan :
semua guru)

4.4 Tugasan akhir tahun


4.4.1 Guru-guru perlulah melengkapkan tugasan akhir tahun
sebelum cuti berdasarkan borang semakan yang telah
diserahkan.
4.4.2 Borang yang telah lengkap diisi dan ditandatangan oleh GPK
berkenaan perlulah diserahkan kepada GPK1 iaitu Pn. Aminah
selewat-lewatnya pada 26 November 2018.

(Tindakan : semua
Guru)

4.5 Penilaian Bilik Darjah (PBD)


4.5.1 Setiap guru perlulah melengkapkan penilaian terakhir murid-
murid dan menghantar salinan dalam bentuk hardcopy dan
softcopy kepada ketua panitia masing-masing untuk disimpan
dalam fail panitia
(Tindakan : semua
Guru)

4.6 Buku rekod pengajaran (RPH)


4.6.1 Buku RPH perlulah dilengkapkan termasuklah maklumat pdpc,
aktiviti- aktiviti, mesyuarat atau taklimat serta keputusan-
keputusan peperiksaan sebelum dihantar.
(Tindakan : semua
Guru)

4.7 Fail Panitia


4.7.1 Kemaskini fail-fail panitia terutama selepasa pemantauan oleh
Dr. Quah dari Institut Aminudin Baki (IAB).
4.7.2 Fail-fail tersebut perlulah disusun semula di tempat masing-
masing dibilik KIK.
(Tindakan : Ketua
panitia)

5 AGENDA 5 :HAL-HAL LAIN


5.1 Kelas 2019
5.1.1 Kedudukan kelas dan guru kelas akan dimaklumkan dalam masa
terdekat.
5.1.2 90% guru-guru kelas bersetuju untuk tidak dikekalkan dalam kelas
yang
sama .
(Tindakan : semua
guru kelas)

5.2 Bahan bantu Mengjar (BBM)


5.2.1 Ketua panitia perlulah memastikan pembelian BBM untuk tahun
semasa dicatat dengan lengkap dalam buku stok. Sebarang
masalah perlulah berhubung dengan Pn. Maslina.
(Tindakan : Ketua
panitia)

5.3 Buku Kerja


5.3.1 Ketua Panitia diminta untuk berbincang dalam panitia masing-
masing untuk memilih buku aktiviti untuk murid-murid tahap dua
sahaja
5.3.2 Mata pelajaran yang terlibat adalah mata pelajaran teras sahaja.
5.3.3 Keputusan pemilihan perlulah segera untuk dimaklumkan kepada
pengusaha kedai buku sekolah.
(Tindakan : Ketua
panitia)
6 PENUTUP
6.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kerjasama guru-guru dalam
menjayakan mesyuarat kali ini. Beliau yakin guru-guru akan terus
melaksanakan tanggungjawab dengan penuh iltizam demi meningkatkan
prestasi dan kecemerlangan murid-murid.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.00 pagi

Disediakan oleh : Disahkan oleh:

(HELIS SURIATI BINTI ABU BAKAR) (HJH FARIDAH BINTI SUKIRAN)


Setiausaha Kurikulum Guru Besar
SK(P) Sultan Ibrahim, SK(P) Sultan Ibrahim,
Johor Bahru. Johor Bahru.
Tarikh : 4 Disember 2018

You might also like