You are on page 1of 8

Teori Pemusatan Klien Carl Rogers

Teori pemusatan klien berasaskan konsep psikologi kemanusiaan. Rogers (1942) membuat
andaian bahawa manusia ialah individu yang boleh dipercayai, mempunyai potensi untuk
memahami diri mereka sendiri dan menyelesaikan masalah sendiri tanpa campur tangan
daripada ahli terapi. Mereka boleh menggalakkan perkembangan diri mereka jika mereka
menjalani hubungan teraputik yang khusus. Pada peringkat awal lagi Rogers menekankan
pentingnya sikap dan ciri-ciri yang perlu dimiliki oleh seorang ahli terapi dan hubungan
antara klien dengan ahli terapi yang berkualiti sebagai asas penting bagi menentukan kejayaan
dan keberkesanan proses kaunseling yang teraputik. Seterusnya, beliau menegaskan bahawa
perkara lain yang perlu dimiliki oleh ahli terapi ialah pengetahuan daripada aspek teori dan
penguasaan teknik yang teraputik.
Konsep penting
Pandangan tentang sifat manusia.
Rogers (1942) telah memperkenalkan teori umum bahawa kepercayaan asas tentang
kebolehan klien untuk bergerak ke hadapan dalam keadaan yang membina jika terdapat
suasana yang menggalakkan perkembangan. Beliau percaya bahawa jika seseorang itu
mendapati teras dan kekuatan dalam dirinya maka orang tersebut dapat menemui kepercayaan
di dalam diri. Ini merupakan tumpuan utama cirri-ciri positif di dalam diri seseorang.
Menurut Rogers (1987), manusia boleh diberi kepercayaan, tahu mencari jalan, boleh
memahami diri mereka sendiri, boleh membuat perubahan yang membina dan boleh
menjalani kehidupan yang berkesan serta menghasilkan sesuatu yang baik. Apabila ahli terapi
dapat benar-benar menghubungi dan menyelami kehidupan klien yang sebenar secara
mendalam, mengambil berat, member perhatian, dan tidak berat sebelah dalam memahami
klien, maka besar kemungkinan klien akan mengalami perubahan yang ketara.
Rogers (1987) menolak andaian bahawa manusia ialah individu yang tidak boleh
dipercayai,perlu dipaksa, digalakkan, diarahkan, didenda, diberi penghargaan, dikawal, dan
diuruskan oleh orang lain yang lebih berkuasa,lebih tinggi kedudukannya atau pakar dalam
bidang tertentu. Ia yakin bahawa manusia memang dari mula lagi sudah mempunyai satu
kecenderungan dan keupayaan semula jadi untuk berkembang peringkat demi peringkat
menuju ke arah nirwana kendiri.
Beliau menekankan bahawa terdapat tiga sifat ahli terapi yang boleh mewujudkan suasana
menggalakkan pembinaan diri seseorang sehingga membolehkan mereka bergerak maju,
menjadi apa yang mereka mahu dan boleh lakukan. Tiga sifat itu ialah :
a) Kongruens (Keikhlasan dan ketulenan)
b) Penerimaan tanpa syarat (sedia menerima dan mengambil berat)
c) Empati (kebolehan menyelami secara mendalam perasaan orang lain
Menurut Rogers (1987), jika semua sifat ini digunakan oleh kaunselor, klien akan menjadi
lebih berdikari, lebih terbuka terhadap diri sendiri, tidak bersangka buruk dalam kehidupan
dan dapat bergaul dalam masyarakat dengan cara yang lebih membina.
Matlamat Kaunseling
1. Bertujuan untuk menyediakan peluang, keadaan yang bebas dan membentuk suasana yang
membolehkan mereka mengambil bahagian dan terlibat dalam penerokaan kendiri yang
bermakna. Apabila seseorang itu dibiarkan bebas, barulah mereka boleh berfikir untuk
mencari suatu jalan penyelesaian sendiri.
2. Mencabar klien membuat perubahan yang membawa mereka kepada kehidupan yang sebenar-
benarnya . Kesedaran ini memerlukan usaha yang gigih daripada klien untuk mengatasi
masalah yang dihadapi secara berterusan. Manusia akan berusaha secara berterusan untuk
membaiki diri dalam proses mencapai kesempurnaan kendiri. Secara amnya, manusia tidak
pernah berasa puas hati dengan tahap pencapaiannya.
Teknik
- Mendengar, menerima, menghormati, memahami dan bertindak balas. Kecenderungan
menggunakan satu teknik sahaja akan mengakibatkan sesuatu perhubungan menjadi kaku.
Teknik tersebut harus berdasarkan perasaan jujur ahli terapi, dan bukan secara was-was.
Proses Teraputik
Matlamat teori pemusatan klien bertujuan untuk menimbulkan perasaan bebas dan bersepadu
bagi diri setiap individu. Terapi ini berpusat pada klien, bukan sekadar tentang masalah yang
diluahkan oleh klien. Menurut Roger (1977) matlamat terapi bukan sahaja untuk
menyelesaikan masalah tetapi lebih daripda itu iaitu membantu klien dalam proses
perkembangan agar mereka dapat menghadapi dan mengatasi masalah pada masa kini dan
masa hadapan.
Menurut Rogers mereka yang terlibat dengan proses terapi sering bertanya :
Bagaimana saya boleh menjadi diri saya yang sebenar?
Bagaimana saya hendak mengenal diri saya sendiri ?
Bagaimana saya boleh menjadi apa yang saya impikan ?
Tujuan asas teori pemusatan klien adalah untuk mencipta suasana yang kondusif dalam usaha
membantu klien menjadi seorang yang dapat berfungsi dengan sepenuhnya, rogers (1961)
menyatakan beberapa cirri manusia yang menuju ke arah kesempurnaan kendiri :
i) Kesediaan menerima,merasai,dan mengalami reality sebenar
ii) Yakin pada diri sendiri
iii) Klien dipandu perasaan dan pemikiran sendiri
iv) Kesediaan untuk terus berkembang
Ahli terapi tidak memilih matlamat khas untuk mereka tetapi mengutamakan pandangan klien
agar mereka dapat menjelaskan matlamat mereka sendiri.
Fungsi Kaunselor
i. Membantu merapatkan hubungan antara ahli terapi dengan klien
ii. Klien bebas untuk meneroka kehidupan mereka sama ada mahu bercakap benar atau berpura-pura
iii. Kurang bersikap defensif diri, lebih bersikap terbuka,bersedia menjalinkan hubungan intim
dengan klien, sering bertemu,meneroka alam,bersikap penyayang,hormat-menghormati dan
terbuka.
Hubungan antara ahli terapi dengan klien
Menurut rogers, terdapat enam keadaan yang akan membawa kepada perubahan personaliti :
I. Dua orang individu yang mempunyai perhubungan psikologi
II. Klien yang tidak kongruens serta mengalami kerisauan
III. Ahli terapi yang kongruens
IV. Ahli terapi menerima klien tanpa sebarang syarat
V. Ahli terapi merasai apa yang dirasa,dilihat, dialami klien dan berusaha menyampaikan perasaan,
persepsi dan pengalaman klien
VI. Klien hendaklah merasai, melihat,dam mengalami bahawa ahli terapi memang sedia menerima
tanpa syarat
Rogers menekankan tiga sikap ahli terapi yang amat penting bagi menjamin mewujudkan satu
perhubungan yang berkesan. Antaranya ialah :
a) Keikhlasan diri dan kongruens
- Sikap kongruens merupakan sikap yang paling penting. Kongruens bermaksud hubungan ahli
terapi dan ahli klien yang tulen semasa sesi kaunseling dan bersungguh-sungguh mahu
memberi tumpuan kepada masalah yang dihadapi. Ahli terapi perlu mempunyai sifat ikhlas
dan tidak berpura-pura.
- Ahli terapi yang kongruen mampu untuk meluahkan perasaan secara sukarela dan ikhlas sama
ada perasaan marah, kecewa, dan sebagainya tetapi tidak terlalu keterlaluan.
b) Penerimaan tanpa syarat
- Sikap ini dapat menentukan rasa selesa pada diri klien.
- Diri klien dapat diterima oleh ahli terapi dengan sebenar-benarnya sama ada baik atau buruk
tanpa mengenakan syarat. Sikap peka dan ambil berat tentang masalah yang diluahkan oleh
klien memberi peluang kepada klien untuk bebas meluahkan perasaannya.
- Semakin mendalam perasaan ambil berat, penerimaan nilai terhadap klien maka peluang
perubahan pada diri klien semakin baik.
c) Empati
- Ahli terapi hendaklah berusaha keras untuk merasai pengalaman secara subjektif
- Empati ini dapat menggambarkan bahawa ahli terapi dapat memahami perasaan klien dan
seolah-olah dia juga merasakan apa yang dirasai oleh klien.
- Hasil empati akan menjadikan klien lebih yakin kepada diri sendiri.
- Langkah-langkah empati ahli terapi kepada klien adalah :
i. Memberi perhatian dan menghargai pengalaman kepada klien
ii. Pengalaman klien diproses secara kognitif dan fizikal
iii. Melihat pengalaman lampau klien dari sudut yang baru
iv. Membaiki pandangan klien
v. Memberi keyakinan kepada klien dalam membuat keputusan di masa depan
p/s : bersedia untuk peperiksaan kaunseling kelompok

Teori Pemusatan Insan - Carl Rogers

PENDEKATAN PEMUSATAN KLIEN


 Manusia adalah rasional, baik dan bertanggungjawab. Individu
boleh membuat keputusan sendiri yang membawa kepada kebebasan
dan berdikari.
 Asas terapi berpusat klien ialah untuk mewujudkan suatu
perhubungan empatik antara kaunselor dengan klien yang
membolehkannya mengalami perasaan ketulenan, penerimaan, spontan
dan perasaan di sini dan ketika ini.

Falsafah Dasar
 Memandang manusia secara positif
 Manusia memiliki suatu kecenderungan untuk berfungsi
sepenuhnya
 Klien mengembangkan potensi dan bergerak ke arah
meningkatkan kesedaran, spontan, percaya pada diri dan internal yang
terarah.

Konsep Utama
 Klien mampu sedar tentang masalahnya dan tahu cara
mengatasinya
 Kepercayaan diletakkan kpd kesanggupan klien untuk
mengarahkan dirinya sendiri
 Kesihatan mental berlaku setelah berlaku keselaran ideal self
dengan real self.
 Masalah berlaku apabila ideal self dengan real self ada tidak
kongruen.
 Berfokus kepada masa sekarang dan dapat mengekspreskan
perasaan.

Individu bermasalah ….

Manusia bermasalah kerana:


 Konsep kendiri rendah
 Ketidakkongruenan antara persepsi dan pengalaman klien

Tujuan terapi
 Menyediakan suatu iklim yang aman dan kondusif bagi meneroka
diri klien sehingga menyedari halangan diri mereka untuk berkembang
dan aspek-aspek pengalaman diri yang negatif
 Membantu klien mampu bergerak ke arah keterbukaan terhadap
pengalaman dan meningkatkan kespontanan dan perasaan hidup.

Hubungan terapuetik
 Hubungan terapis-klien sangat penting
 Kualiti terapis seperti tulen, mesra, empati, memberikan
penghargaan dan boleh berkomunikasi dengan baik.
 Hubungan yang nyata dan klien belajar memahami perasaan
sendiri

Aplikasi Terapi Pemusatan Insan

 Refleksi perasaan
 Sikap mendengar masalah klien dengan penuh minat dan empati
 Mengalakkan klien menyatakan masalahnya secara terbuka di
mana perasaan klien diterima dan dijelaskan.
 Perhubungan kaunseling dipenuhi dengan kemesraan, kefahaman
dan kepermisifan
 Kepermisifan itu mengalakkan pembentukan celik akal yang
menyebabkan perubahan tingkah laku
 Kaunselor meletakkan tanggungjawab pada klien untuk tindakan,
pemikiran dan keputusan
 Bertoleransi, di mana kaunselor memberikan kebebasan kepada
klien untuk berfikr, merasa dan bertindak; dan ketiadaan struktur
membenarkan klien menjelajahi perasan-perasaan secara mendalam.
 Perhubungan merupakan asas bagi pendekatan Pemusatan insan.
Ia merupakan permulaan peristiwa yang paling penting.
 Perhubungan kaunselor-klien yang selamat dan saling
mempercayai adalah sangat perlu di dalam perhubungan kaunseling
pendekatan pemusatan insan.pendekatan pemusatan insan merupakan
pendekatan yang bersifat being dalam perhubungan. Pendekatan ini
cuba mengelak daripada penggunaan teknik-teknik terhadap klien.
 Tidak ada langkah-langkah atau teknik atau alat-alat yang
digunakan kepada klien untuk mencapai sesuatu matlamat tertentu.
Sebaliknya, strategi yang banyak digunakan ialah ke arah
pembentukan perhubungan experiential (Gillialand & James, 1998).

Pemaham Empati yang Fasilitatif


 Pemahaman yang penuh empati bermaksud mempersepsikan
dunia klien dari kaca mata klien dan berupaya menyampaikan mesej
sedemikian kepada klien.
 Menumpukan perhatian (attending), berkomunikasi
secara bahasa, pemahaman yang penuh empati, berkomunikasi secara
tanpa bahasa dan penggunaan kesenyapan.

Menumpukan Perhatian
 Kaunselor tidak boleh mencapai pemahaman yang penuh empati
tanpa memberikan perhatiannya kepada klien. Perhatian kaunselor
kepada klien memerlukan kedua-dua sikap dan kemahiran kaunselor.
 Air muka dan kedudukan badan kaunselor boleh membantu klien
sama ada pemilkiran kaunselor selaras atau tidak dengan apa yang
dilahirkan dan dirasai oleh klien.
 Satu anggukan yang bersesuaian, kontak mata, senyuman,
penerimaan mood klien, keserasian ekspresi, minat yang tulin kepada
diri klien akan keprihatianan yang mendalam kesemuanya
mengambarkan perhatian kaunselor kepada klien.
 Sebaliknya, terlalu banyak kontek mata, senyuman dan anggukan
mungkin membawa makna ketiadaannya atau mungkin meragui dan
menganggu klien. Jarak fizikal antara kaunselor-klien juga penting dalam
pendekatan penumpuan insan.
 Kualiti suara yang terdiri daripada nada suara, tinggi rendah,
kelembutan dan varaisi meberitahu klien darjah kesediaan kaunselor
memberi perhatian kepada klien.

Berkomunikasi Secara Bahasa Pemahaman Yang Penuh Empati


 mesej afektif dan kognitif klien dan memberitahu klien bahawa
perasaan dan pemikirannya telah difahami dengan tepat oleh kaunselor
pada tahap permukaan (surface) dan juga di tahap yang mendalam
(deeper level).
 Klien : Saya rasa tention dengan ujian itu… Saya tak percaya yang
saya tidak boleh langsung menjawabnya”
 Kaunselor : “Anda rasa terkejut dan kecewa dengan cara anda
menjawab soalan peperiksaan tersebut, terutama bila anda
menjangkakan anda boleh melakukannya.”
 peka kepada bukan sahaja kepada segala petanda bahasa dan
disampaikan melalui beberapa cara; kedudukan badan (postur),
pergerakan badan, air muka, senyuman, kerutan dahi, menggigit bibir,
kontek mata dan kualiti suara.

Kesenyapan Sebagai Satu Cara Menyatakan Pemahaman Empati


 Ada ketika-ketikanya kaunselor dan klien terlalu sibuk berfikir
memikirikan mengenai apa yang telah diperkatakan dan diperhatikan.
Dalam keadaan ini, kesenyapan atau silence is golden adalah sangat
diperlukan bagi kedua-dua pihak untuk memproseskan makna perasaan
atau pemikiran masing-masing (Raskin & Rogers).
 Oleh itu kesenyapan adalah strategi yang membolehkan
berlakunya respons empati yang mendalam
 Ia membawa makna kepada klien “saya nampak bahawa anda
memerlukan masa untuk menguruskan persolaan ini. Saya menghormati
kebolehan anda mengendalikan dan saya sentiasa bersama anda untuk
memberi sokongan bila anda memerluka “
 Klien : Dia beritahu saya yang dia boleh menghitung dengan jari
beberapa kali sahaja saya mengatakan yang saya cintakanya
 Kaunselor : Anda rasa kesal apabila mengetahui yang kawan
anda tu kurang yakin dengan perasaan cinta anda terhadapnya
 Klien : Ya..tetapi (tiga minit senyap yang berfikitr. Sebenarnya,
saya tidak mahu melukai hatinya. Tapi… saya tak thau sama ada saya
benar-benar cintakannya.. dan dia sentaisa mendesak saya…(senyap
selama tiga puluh saat). Kadang-kadang saya anggap dia seperti abang
saya sahaja… saya rasa ingin lari darinya.
 Kaunselor. Anda tidak pasti apa yang anda mahu
sebenarnya…anda percaya apa yang anda miliki sekarang ini
sebenarnya bukan sebenarnya yang anda inginkan.
 Klien : (Dua minit senyap yang berfikir). Punca semua ini adaah
berbalik semasa saya kecil lagi. Saya adalah anak yang dimanjakan oleh
kedua ibu bapa saya. Apa yang saya hajatkan semuanya saya dapat.
Saya nak keluar bersama lelaki tersebut. Saya harus keluar
bersamanya…. Sebenarnya diri saya adalah apa yang emak saya
mahukan. Saya bukan diri saya yang saebenar…saya belum lagi
matang. Diri saya sebenarnya adalah seorang kanak-kanak berumur 32
tahun yang belum membesar.
 Dengan kesenyapan kaunselor membenarkan klien meneroka
segala aspek dirnya secara terbuka. Klien sebenarnya merasakan
bahawa kaunselor bersama-samanya dan tidak pula bertujuan
mengubah haluannya.
 Tingkah laku senyap kaunselor memberi peluang klien berfikir dan
mencari jawapan kepada persoalan dirinya dan dirinya sendiri juga yang
tahu akan jawapanya.

Suasana Untuk Perkembangan Diri


1. Perhubungan Psikologi
2. Tahap Kebimbangan yang Minima
3. Keselarasan Kaunselor
4. Penerimaan Tanpa Syarat
5. Persepsi Klien

Posted by shafina mohamad at 21:39

You might also like