You are on page 1of 2

2.

0 BIODATA PENGARANG KITAB

Al- Khatib Al- Baghdadi Rahimahullah (‫)الخطيب البغدادي‬

Nama sebenar beliau ialah Abu Bakr Ahmad bin Ali bin Thabit bin Ahmad bin
Mahdi As-Syafi’e. Beliau dilahirkan pada 24 Jamadil Akhir 392 Hijrah bersamaan 10 Mei
1002 Masihi di sebuah tempat yang bernama Ghaziyah,terletak di Selatan Baghdad.
Dikenali dengan nama Al-Khatib Al-Baghdadi yang bermaksud, Pengkhutbah Baghdad.
Kota Baghdad ketika itu merupakan ibu Kota pemerintahan Bani Abbasiyyah dan beliau
hidup pada zaman pemerintahan dua khalifah iaitu Al-Qadir dan Al-Qaim.

Al-Khatib Al-Baghdadi merupakan seorang ulama yang pakar dalam bidang


sunnah, seorang ahli sejarah, seorang imam yang tiada tara di zamannya.Beliau juga
merupakan seorang ulama hadis yang meneliti dan menjaga hadis, seorang mufti dan
penulis kitab. Minat utama beliau lebih menjurus kepada bidang hadis dan sejarah. Beliau
mengadakan perjalanan pertama kalinya ke Baghdad kemudian ke Naisabur untuk
mendengar dan mengumpul hadis kemudian kembali ke Baghdad.

Selepas itu, beliau mengadakan perjalanan ke Isfahan, Ray, Dinawar, dan


Hamadhan kemudian kembali ke Baghdad. Beliau amat rapat dengan Menteri kepada Al-
Qa’im iaitu Ibnu Muslima yang digelar Ra’is ar-Ru’asa dan mendapat jaminan daripadanya
dalam menyampaikan hadis sekitar Kota Baghdad. Sehinggalah berlaku huru-hara dimasa
akhir pemerintahan Al-Qa’im beliau berhijrah ke Syam dan Mekah, kemudian Damaskus
sehingga pada tahun 459H, kemudian Tirus (Sur) hingga 462H, lalu beliau pulang ke
Baghdad. Kemudian beliau jatuh sakit yang akhirnya membawa kepada kewafatan beliau
pada tahun 1071 Masihi bersamaan 463 Hijrah. Semoga Allah merahmatinya dan
meluaskan tempatnya disyurga.

6
Imam Ad-Dzahabi menyatakan apabila seseorang mahu menyampaikan sunnah
kebiasaannya terlebih dahulu berjumpa Al-Khatib Al-Baghdadi rahimullah untuk menilai
sunnah tersebut sebelum disampaikan kepada masyarakat awam dalam ceramah dan
dakwah. Beliau dipuji oleh Imam Ad-Dzahabi sebagai seorang imam yang tiada
tandingnya, ulama yang cemerlang, seorang mufti, ulama peneliti hadis, syeikhul hadis
pada zamannya, penulis dan penjaga hadis. Al-Qinnawji rahimullah, mengatakan beliau
adalah seorang hakim yang lebih menjurus kepada hadis dan sejarah.

You might also like