You are on page 1of 25

MPU3113

FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN (FASS)

MPU 3113
HUBUNGAN ETNIK

KEDUDUKAN AGAMA DAN TOLERANSI AGAMA


DI MALAYSIA

Oleh

Padly alpattani

KANDUNGAN

Padly al Patani 1
MPU3113

1.0 Pengenalan

1.1 Kedudukan Agama dan toleransi di Malaysia.

1.2 Sub-penutup

2.0 Kedudukan Agama dalam Perlembagaan Malaysia.

3.0 Isu Kalimah Allah.

3.1 Pengenalan.

3.2 Tuntutan pengunaan Kalimah Allah.

3.3 Sub-penutup.

4.0 Faktor penyebab kepada konflik fahaman Agama.

4.1 Pengenalan.

4.2 Faktor penyebab kepada konflik fahaman Agama di Malaysia.

5.0 Langkah-langkah membendung konflik Agama.

5.1 Pengenalan.

5.2 Langkah-langkah membendung konflik Agama di Malaysia.

5.3 Sub-penutup.

6.0 Kesimpulan.

Padly al Patani 2
MPU3113

7.0 Rujukan.

Padly al Patani 3
MPU3113

1.0 PENGENALAN

1.1 Kedudukan Agama dan toleransi agama di Malaysia.

Tolerasi beragama yang diamalkan di Malaysia adalah berlandaskan


kepada Perkara 11 (1) Perlembagaan Persekutuan yang mengariskan
bahawa “tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan
tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkanya. Ini membawa kepada
terjemahan iaitu umat Islam dan penganut-penganut agama lain bebas untuk
mengikut dan mengamalkan ajaran agamanya dengan tertakluk kepada syarat
bahawa tidak boleh melakukan sebarang bentuk tindakan penyebaran mana-
mana ajaran agama lain kepada umat Islam.

Dalam membincangkan kedudukan agama dan toleransi di Malaysia,


kefahaman tentang sejarah awal pembentukan Perlembagaan Persekutuan
haruslah dirujuk dimana permuafakatan dan persetujuan kaum Melayu dan
bukan Melayu pada ketika itu telah mengariskan ‘unsur-unsur tradisi’
didalam Perlembagaan Perseketuan. Unsur-unsur ini telah dirujuk sebagai
kontrak sosial.

Walaupun begitu, muktahir ini telah berlaku campur tangan beberapa


pihak yang berniat jahat untuk mengugat kedudukan agama Islam dan
toleransi beragama di negara ini. Di antara kes-kes ialah seperti kes
kalimah Allah, kes pembakaran surau dan gereja, kes murtad, isu
HINDRAF dan banyak lagi. Soal kebebasan beragama tidak seharusnya
diperbalahkan kerana masyarakat negara ini tidak pernah mengalami
sebarang bentuk penindasan sama ada dari sudut perkauman maupun
keagamaan. Kedudukan agama Islam dan agama-agama lain telah
diperjelaskan melalui Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan iaitu
memperuntukkan “Islam sebagai agama bagi Persekutuan; tetapi agama-

Padly al Patani 4
MPU3113

agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana


bahagian Persekutuan”.

1.2 Sub-penutup

Masyarakat pelbagai etnik dan agama yang diwarisi oleh Malaysia, perlu
menjaga dan mempertahankan agama masing-masing serta perlu memahami
kepelbagaian dan adalah penting untuk memastikan keadaan harmoni dalam
masyarakat dapat dikekalkan. Masyarakat Malaysia harus kembali
menghayati terma-terma kontrak sosial yang telah dipersetujui dalam
Perlembagaan Negara dengan penuh keinsafan supaya bumi Malaysia
tercinta terus aman, damai dan progresif.

2.0 KEDUDUKAN AGAMA DALAM PELEMBAGAAN MALAYSIA.

Merujuk kepada Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan iaitu “Islam


ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan
dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan”. Secara
jelas peruntukan diatas merujuk kepada pengiktirafan agama Islam sebagai
agama bagi Persekutuan. Ini bertitik tolak daripada persetujuan sebelum
kemerdekaan oleh orang Melayu dan bukan Melayu di dalam kontrak sosial
di dalam Perlembagaan Persekutuan. Rationalnya agama Islam diterima
sebagai agama Persekutuan adalah seperti berikut;-

Padly al Patani 5
MPU3113

i. Islam telah diterima sebagai agama utama penduduk Tanah Melayu sejak
zaman Kesultanan Melayu Melaka sehingga zaman penjajahan British.
Malah sehingga hari ini. Sejarah Malaysia dikatakan bermula pada
zaman Kesultanan Melayu Melaka pada sekitar tahun 1400 masihi.
.Islam pula muncul sebagai agama utama yang tersebar dan menjadi anutan
utama penduduk Melaka kerana rajanya sendiri telah memeluk agama
tersebut. Sejak itu, Islam telah berkembang pesat sehingga menjadi agama
yang dianuti oleh sebahagian besar penduduk di Kepulauan Melayu
(Ruslan Zainuddin, 2004: 91).

ii. Islam dipilih dan diiktiraf sebagai agama rasmi kerana telah bertapak dan
dianuti lebih daripada 500 tahun dan banyak mempengaruhi cara hidup dan
pemikiran orang Melayu sehingga hari ini berbanding dengan agama-agama
lain.

Dari sudut sejarahnya selepas kedatangan Islam dan pembentukan


Kerajaan Melaka yang bercorak keislaman, kita dapati proses Islamisasi di
bidang undang-undang, sosio-budaya dan politik berterusan berlaku. Dalam
bidang undang-undang dimulai dengan undang-undang Kanun Melaka & Kanun
Laut Melaka, diikuti pula dengan Kanun Pahang dan seterusnya Kanun Kota
Setar dan lain-lain. Perubahan dalam bidang sosio-budaya juga berlaku di
mana orang Melayu telah menghayati nilai-nilai akhlak Islam dalam
kehidupan yang terangkum dalam adab-adab kehidupan mereka seperti adab
berpakaian, adab berbahasa, dan sebagainya. Dalam bidang politik,
pemerintah dianggap sebagai pemerintah di mana kekuasaan politik
itu merupakan satu amanah Allah.

iii. Semasa penjajahan British, kedudukan agama Islam tidak diganggu dan
diceroboh oleh British, malah menyerah dan mengiktiraf urusan agama kepada
raja-raja Melayu.

Padly al Patani 6
MPU3113

Proses Islamisasi Undang-undang & Sosio-Budaya dan Politik sedikit


tergugat dengan kedatangan penjajah British, tetapi tidak banyak terjejas
di zaman Portugis dan Belanda. Di zaman penjajahan British peranan Undang-
undang Islam diperkecilkan di,mana hanya untuk orang-orang Islam dan hanya
bidang undang-undang diri dan kekeluargaan. Sunguhpun begitu, kita dapati
dalam bidang-bidang yang lain, seperti pendidikan agama, kehidupan keagamaan
dan kehidupan individu dan keluarga serta masyarakat masih diberi ruang
untuk dihayati dan tidak diganggu-gugat. Justeru itulah kita dapati
perkembangan Islam dan penghayatannya masih dapat
dipertahankan (JAKIM).

iv. Penggunaan undang-undang Islam telah dilaksanakan di negeri-negeri


Melayu sebelum zaman penjajahan dan selepas itu terus diiktiraf oleh
penjajah British.

Di zaman kesultanan Melayu dalam abad sebelum datangnya British ke


negeri-negeri Tanah Melayu terdapat beberapa kumpulan undang-undang
Melayu. R.O. Winstedt telah membahagikan kumpulan undang-undang
Melayu itu kepada 3 jenis:-

a) Undang-undang Minangkabau

b) Undang-undang Melaka

c) Undang-undang Islam

Di antara 3 jenis undang-undang ini, ternyata undang-undang Melaka


mempunyai banyak pengaruhnya. Ia telah dikumpulkan pada mulanya di
Melaka dan kemudiannya telah diubahsuaikan dan diguna pakai di Kedah,
Pahang, Johor, Riau, Pontianak dan Brunei. Undang-undang Johor, Pahang
atau Undang-undang Kedah adalah berasal dari Undang-undang Melaka.

Perlaksanaan undang-undang Islam di dalam undang-undang tanah


terserlah melalui kenyataan Maxwell HB di dalam kes Sharip lawan
Mitchell (1870) Leic. 466:

Padly al Patani 7
MPU3113

‘Sudah diketahui umum iaitu mengikut undang-undang Melayu lama


atau undang-undang adat Melaka bahawa raja memiliki semua tanah di
dalam negeri; setiap orang berhak mengerjakan dan menduduki tanah
hutan dan tanah mati tertakluk kepada syarat menyerahkan satu
persepuluh daripada hasil tanah itu kepada raja’

3.0 ISU KALIMAH ALLAH

3.1 Pengenalan

Isu tuntutan penggunaan kalimah ‘Allah’ mengantikan perkataan ‘God’ dalam


terjemahan Bible versi Bahasa Melayu (AlKitab). Apa sebenarnya motif puak
Kristian untuk menggunakan kalimah ‘Allah’ di setiap gereja? Adakah mereka ini
hendak melihat sejauh mana kepekaan dan sensitiviti umat Islam?. Kalimah ‘Allah’
adalah kalimah suci yang mesti dipelihara dan dipertahankan penggunaannya agar
tidak terkeluar daripada nas ke-Esaan dan keunikan satu-satunya Tuhan yang layak
disembah.

3.2 Tuntutan penggunaan kalimah ‘Allah’

Isu tuntutan penggunaan kalimah “Allah’ oleh pihak Gereja Katolik telah
mencetus kemarahan umat Islam di Malaysia, malah dianggap sebagai cubaan
untuk mennggangu dan mencabar Perlembagaan Perlembagaan. Merujuk kepada
akhbar The Sun bertarikh 24 Disember 2007, terdapat laporan bertajuk ‘ Church
leader explain use of ‘Allah’. Terdapat lima alasan tuntutan yang dikemukakan

Padly al Patani 8
MPU3113

didalam laporan tersebut, mengapa Gereja Katolik ingin meneruskan penggunaan


kalimah ‘Allah’ ini. Alasan-alasan yang dikemukakan ialah seperti berikut:-

i. Mendakwa bahawa mereka mengikut kitab Bible dimana Bible dalam versi
terjemahan bahasa Melayu menggunakan kalimah ‘Allah’ sebagai terjemahn
istilah ‘God’ dan Tuhan sebagai terjemaan untuk istilah ‘Lord’.

ii. Mendakwa bahawa pada awal abad ke-19 lagi, para penganut Katolik di
Malaya telah pun memiliki buku-buku doa dalam bahasa Melayu dan kalimah
‘Allah’ telah diguna pakai sebagai terjemahan istilah ‘God’. Mereka juga
merujuk bahawa para penganut Katolik Malta telah juga menggunakan
kalimah ‘Allah’ untuk merujuk kepada istilah ‘Tuhan’. Malah begitu juga oleh
masyarakat Kristian di Indonesia, Pakistan dan Asia Barat.

iii. Mendakwa bahawa ayat-ayat al-Quran itu sendiri telah menunjukkan bahawa
golongan bukan Islam juga telah mengguna lafaz ‘Allah’.

iv. Mendakwa bahawa terjemahan dalam bahasa Malaysia diwujudkan untuk


keperluan kepelbagaian etnik dan bahasa yang wujud di dalam populasi
penganut Katolik di Malaysia.

v. Mendakwa bahawa kerajaan tidak mempunyai hak untuk campurtangan dalam


urusan gereja berdasarkan hak yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan
dalam Perkara 11(3)A iaitu ‘tiap-tiap kumpulan agama berhak; menguruskan
hal ehwal agamnya sendiri’.

Untuk memberi penjelasan terhadap tuntutan-tuntutan diatas , maka Muzakarah


Jawatankuasa Fakta Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke-82
yang telah bersidang pada 5 hingga 7 Mei 2008 dan memutuskan bahawa lafaz
‘Allah’ merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ianya
tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam yang lain.

Melalui muzakarah tersebut telah digariskan beberapa ulasan serta pandangan

Padly al Patani 9
MPU3113

yang menolak kepada tuntutan Gereja Katolik. Penjelasannya adalah seperti


berikut;-

i. Perkataan ‘Allah’ yang digunakan oleh umat Islam adalah merujuk kepada
Allah Yang Maha Esa dan lafaz ‘Allah’ yang digunakan oleh orang-orang Kristian
adalah merujuk kepada ‘Tuhan Bapa’ iaitu salah satu oknum daripada akidah
‘trinity’. Selain itu juga lafaz ‘Allah’ tidak pernah disebut di dalm teks bahasa
Greek yang merupakan bahasa penulisan kitab Bible. Ini adalah kerana
perkataan ‘ Tuhan’ di dalam bahasa Greek adalah ‘Theos’ bukannya ‘Allah’.

ii. Perkataan Allah juga tidak pernah terdapat di dalam bahasa asal Perjanjian
lama yang dikenali sebagai Taurat dan Perjanjian Baru yang dikenali sebagai
Bible. Bahasa Hebrew adalah digunakan untuk PerjanjianLama manakala
Perjanjian Baru ditulis dalam bahasa Greek.

iii. Kalimah Allah Lafz al-Jalalah adalah khusus dan mutlak untuk agama Islam dan
mafhumnya berbeza dengan mafhumnya lafaz Allah yang digunakan oleh
agama lain seperti Kristian.

iv. Perintah mahkamah yang dipohon oleh Gereja Katolik untuk mengistiharkan
bahawa larangan yang dikeluarkan oleh KDN diatas penggunaan kalimah ‘Allah’
adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan bukan eksklusif
kepada agama Islam boleh memberi impak yang besar kepada kedudukan
agama Islam.

v. Walaupun dari segi sejarah, Kalimah ‘Allah’ telah digunakan sejak sebelum
kedatangan Islam lagi, namun penggunaanya adalah berbeza dan perlu dilihat
dari segi ‘substance’nya. Kalimah ‘Allah’ yang digunakan oleh Kristian adalah
bersifat Taslis dan syirik, sedangkan bagi Islam ia adalah bersifat tauhid.

Antara hujah-hujah lain menolak kepada lima tuntutan diatas adalah seperti
berikut;-

Padly al Patani 10
MPU3113

i. Kalimah ‘Allah’ adalah kata nama khas berasal daripada bahasa Arab. Kalimah
ini tidak boleh digunakan dalam bentuk atau makna-makna yang lain. Dari segi
struktur linguistik, kalimah ‘Allah’ adalah lebih superior daripada apa jua
perkataan dan bahasa dalam memelihara dan mempertahankan makna ke-
Esaan.

ii. Penggunaan kalimah ‘Allah’ telah diperakui dari segi istilahnya adalah
berkaitan dengan agama dan umat Islam. Ianya diiktiraf dan dirujuk oleh
kamus-kamus serta eksiklopedia terkemuka di dunia dan antaranya adalah;-

1. Kamus Oxford - Allah: ‘Name of God among Muslims.

2. Eksiklopedia Britannica - Alllah: ‘God’ the only God in the religion of Islam’.

3. Eksiklopedia Katolik - ‘Let it be noted that although Allah is an Arabic term, it is


used by all Moslems, whatever be their language, as the name of God’.

Padly al Patani 11
MPU3113

3.3 Sub-Penutup

Polemik tuntutan yang bermula pada 31 Disember 2007 oleh Paderi


Lawrence Andrew dan dibawa untuk semakan kehakiman pada 19Mac
2008 oleh Gereja Katolik terhadap larangan penggunaan kalimah ‘Allah’.
Akhirnya pada hari Khamis, 22 Ogos 2013, Mahkamah Rayuan yang telah
bersidang dan memutuskan keputusan menolak permohonan Gereja Roman
Katolik untuk membatalkan rayuan kerajaan dan majlis agama Islam
berhubung dengan kebenaran menggunakan kalimah ‘Allah’ dalam
majalah mingguan Herald yang telah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi
Kuala Lumpur pada 31 Disember 2009.

4.0 FAKTOR PENYEBAB KEPADA KONFLIK FAHAMAN AGAMA

4.1 Pengenalan

Malaysia bukan sahaja terdiri daripada pelbagai etnik malahan etnik


yang diidentitikan pula oleh agama yang berbeza. Agama mempunyai
kaitan yang rapat dengan pengenalan etnik. Tiga etnik yang terbesar di
Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India. Kaum majoriti adalah Melayu
yang beragama Islam, diikuti kaum Cina yang beragama Buddha,
Konfucius dan Taoisme serta kaum India yang beragama Hindu dan lain-
lain. Dengan kepelbagaian ini, ia menjadi satu cabaran dalam usaha
mewujudkan perpaduan kaum dan agama.

Padly al Patani 12
MPU3113

4.2 Faktor penyebab kepada konflik fahaman agama di Malaysia

Biarpun konflik agama yang kronik belum pernah terjadi di bumi Malaysia
seperti yang telah dan sedang berlaku kepada etnik Rohingya di Myanmar
misalnya, namun muktahir ini, sudah kedengaran suara-suara yang
menyentuh sensitiviti agama di Malaysia.

Diantara faktor-faktor yang boleh membawa kepada konflik agama di


Malaysia ialah;-

i. Tidak memahami secara jelas Perkara 3(1) dan Perkara 11 dalam


Perlembagaan Persekutuan..

Permasalahan permahaman berkaitan dengan kontrak sosial mengundang


kerajaan mengambil langkah yang efektif bagi menjelaskan kepada
rakyat khususnya generasi baru tentang kontrak sosial yang seolah-
olah sudah dilupakan. Ini kerana sejak kebelakangan ini ada pihak yang
cuba mendesak supaya kontrak sosial itu dihapuskan dan dikaji semula di
mana tidak ada lagi penghayatan terhadapnya (Salleh Buang, 2007).

Walaupun pelbagai langkah telah diambil termasuk menjadikan


pembelajaran perlembagaan sebagai subjek sejarah di peringkat
sekolah dan kursus Pengajian Malaysia atau Kenegaraan Malaysia
di peringkat Institusi Pengajian Tinggi, namun unsur-unsur tradisi ini
terus menjadi polemik dalam masyarakat. Sistem pendidikan dan media
masa tidak digunakan untuk mempromosi persefahaman yang lebih
baik antara etnik (Syed Husin Ali,2008). Polemik isu-isu ini juga
menunjukkan tahap pengetahuan dan kefahaman rakyat Malaysia masih

Padly al Patani 13
MPU3113

lagi rendah dan kurang dihayati, tidak sepertimana semasa persetujuan


mengenai kontrak sosial dalam merangka Perlembagaan Persekutuan
Tanah Melayu (Awang Sariyan, 2008). Faridah Jalil (2007),
yang mengatakan bahawa isu Islam dan orang Melayu dalam
perlembagaan adalah merupakan perbincangan yang sering mengalami
pasang surut akan terus berlaku jika tahap penerimaan rakyat Malaysia
khususnya golongan muda tidak ditangani dengan baik. Sejak akhir-
akhir ini polemik isu-isu yang berkaitan dengan perkara ini seperti isu
kalimah ‘Allah’, isu murtad, isu mencabar perlaksanaan hukuman
oleh Jabatan Agama Negeri telah dimain dan dibawa ke dimensi
perbincangan yang sangat hangat melalui media masa dan maya oleh
segelintir rakyat Malaysia. Jika perkara ini dibiarkan, maka faktor ini
boleh mejuruskan kita bersama dalam konflik fahaman agama yang cukup
sensitif di dalam masyarakat yang bersifat majmuk di Malaysia.

ii. Diskiriminasi dan Prasangka atas Dasar Agama atau Fahaman Agama.

Prasangka dan diskriminasi membawa konsep yang tersendiri.


Walaubagaimanapun kedua-duanya mempunyai hubung kait yang rapat.
Definasi prasangka iailah satu bentuk sifat negatif yang ditujukan
kepada sesuatu kelompok manakala definasi deskriminasi membawa
kepada maksud tindakan tingkah laku yang negatif yang ditujukan
kepada ahli kelompok tersebut, Menurut Paplia dan Ods (1985),
prasangka dan diskriminasi wujud di kalangan manusia. Kedua-
duanya berlaku merentasi faktor bangsa atau kelompok etnik yang
membawa kepada corak tingkah laku seperti sikap perkauman, anti-
semistisme, diskriminasi terhadap golongan tua, cacat, miskin, atau
diskriminasi jantina serta mereka yang mengamalkan gaya hidup yang
tidak popular atau disukai.

Padly al Patani 14
MPU3113

Diskriminasi dan prasangka astas dasar agama atau faham agama


merupakan diantara faktor kepada berlakunya konflik etnik. Sifat
ekstrem terhadap agama tertentu boleh boleh menyebabkan
berlakunya konflik. Sebagai contoh bagaimana dunia barat
mencipta suasana panik dengan melebalkan penganut Islam sebagai
penganas selepas peristiwa 11/9. Propaganda ini dlayarkan di pentas
dunia dengan niat yang jahat dan menyebabkan banyak umat Islam di
seluruh Dunia mulai dipencilkan termasuk barangkali pandangan
orang bukan Islam di Malaysia..Wujudnya kumpulan-kumpulan
ekstrem seperti IS, Al-Qaedah, dan sebagainya tetapi
sebenarnya‘ekstremisme’pada prinsipnya bukanlah ajaran Islam.
Malah muktahir ini telah didapati segelintir umat Islam Malaysia
yang telah terpesong menyertai kumpulan-kumpulan ini dan berjuang
untuk mencapai jihat kononnya seperti menyertai IS di Syria. Ini
semua menambahkan lagi sifat prasangka yang menebal di etnik lain
yang akhirnya boleh menimbulkan prasangka yang boleh membawa
kepada konflik agama di Malaysia,

iii. Penularan Fahaman Liberalisasi dan Pluralism.

Di Malaysia, mungkin belum lagi menjadi seperti di Indonesia yang jelas


bertuhankan Islam Liberal. Penularan aliran rangkaian penganut Islam
munafiq yang berteraskan liberalisme dan pluralism dan dibantu
dengan sokongan daripada orang bukan Islam di Malaysia bakal
menimbulkan konflik bukan sahaja di kalangan umat Islam itu
sendiri malah kepada kumpulan etnik yang lain.

Mereka-mereka ini sudah mulai lantang menyuaratkan pandangan


anutan mereka seumpamanya, al-Quran mesti ditafsirkan semula agar
sesuai dengan zaman semasa, menentang poligami habis-habisan, hak

Padly al Patani 15
MPU3113

kebebasan murtad hendaklah diberikan kepada masyarakat Melayu agar


mereka boleh bebas memilih agama mereka sendiri, menentang
kewujudan Mahkamah Syariah malah meragui peribadi Rasulullah
SAW. Golongan ini juga menuntuk agar penggunaan nama ‘Allah’
dibenarkan kepada agama-agama lain selain Islam khasnya agama
Kristian. Jelas semua isu-isu yang dimainkan berpaksi kepada
pelanggaran kepada agama Islam malah Perlembagaan Persekutuan
yang akan membawa kepada konflik agama di Malaysia.

iv. Kelantangan Parti-Parti bersifat perkauman Di Malaysia.

Malaysia adalah satu-satunya negara di dunia yang mendefinasikan


kaum menggunakan agama dan ia diletakkan dalam perlembagaan.
Oleh itu, perbezaan agama menjadikan persaingan politik tiada
penghujungnya. Kerencaman masyarakat Malaysia adalah hasil
penghijrahan populasi dari selatan China dan selatan India ketika
pemerintahan British dan hal yang tersebut telah membentuk
landskap politik Malaysia sehingga hari ini. Oleh yang demikian,
kerencaman Malaysia selari dengan konsep “garis gelinciran” oleh
Huntington (1997:252-254). Ia merujuk kepada negara-negara yang
berpotensi berpecah akibat daripada warisan kerencaman yang
berasakan perbezaan yang diasaskan oleh perbezaan agama. Merujuk
kepada hal yang sedemikian, kewujudan kepartian berasakan kepada
kaum tertentu seperti PAS dan DAP telah memainkan isu-isu sensitif
dengan niat hanya untuk meraih laba kemenangan dalam persaingan

Padly al Patani 16
MPU3113

politik. Di antara isu-isu yang diapi-apikan adalah seperti isu kafir, isu
kalimah ‘Allah’, isu murtad, isu hukum hudud dan banyak lagi.
Sekiranya kelantangan ini tidak dibendung selari dengan garis paduan
perlembagaan dan fahaman agama yang betul, maka ianya sangat
berpotensi untuk mewujudkan konflik agama di Malaysia.

5.0 LANGKAH MEMBENDUNG KONFLIK AGAMA

5.1 Pengenalan

Menurut Banci Penduduk tahun 2000, 65% daripada kadar kelahiran


di Malaysia adalah merujuk kepada kadar kelahiran generasi lepas
merdeka. Generasi selepas merdeka mempunyai cara penghayatan yang
berbeza dalam menilai kemerdekaan. Impak globalisasi iaitu istilah
dunia tanpa sempadan mengambarkan dunia menjadi semakin kecil dan
tidak ubah seperti sebuah kampung. Menurut Anthony Giddens,
globalisasi merujuk kepada proses hubungan sosial yang semakin
intensif di seluruh dunia yang menghubungkan yang jauh dan dekat
malah peristiwa tempatan dibentuk oleh peristiwa yang berlaku beberapa
batu jauhnya dari tempat itu dan sebaliknya. Ini mempercepatkan lagi
nilai-nilai luaran meresap masuk dan pastinya nilai-nilai baru ini lebih
bebas dan tidak terikat dengan dengan adab, tatasusila, rasa hormat dan

Padly al Patani 17
MPU3113

menghormati dan sebagainya. Jika berterusan tanpa kawalan-kawalan


yang tertentu, nilai-nilai baru yang bertentangan dengan budaya dan
amalan di Malaysia boleh menganggu gugat kerharmonian hubungan
etnik di Malaysia.

5.2 Langkah-langkah membendung konflik fahaman agama di Malaysia.

Diantara langkah-langkah yang boleh diambil untuk tujuan


membendung konflik agama di Malaysia adalah seperti berikut;-

i. Dasar Awam Kerajaan.

Konsep integrasi merupakan formula yang sesuai dalam konteks


masyarakat di Malaysia. Dasar ini mempunyai elemen yang dipanggil
‘ethnic crew’ yang merupakan konsep yang melihat perbezaan yang
dapat dirapatkan melalui program tertentu. Dalam konteks Malaysia,
Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) berperanan
merangka dan melaksanakan program-program tersebut. Diantara
program tersebut ialah Program Latihan Khimat Negara (PLKN),
memperkenalkan kursus Hubungan Etnik di Instutusi Pengajian Tinggi
Awam dan Swasta, program kongsi raya dan banyak lagi. Walaupun
begitu, kerberkesanan tiap-tiap program ini perlu dihebahkan secara
lebih efektif supaya mencapai kumpulan-kumpulan sasaran tersebut.

Padly al Patani 18
MPU3113

ii. Peranan Pihak Swasta dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).

Peranan yang dimainkan oleh pihak swasta dan pertubuhan bukan


kerajaan lebih kepada bersifat menterjemahkan dasar-dasar kerajaan
supaya ianya mencapai objektif strategi-strategi untuk integrasi
peringkat nasional. Program-program televisyen misalnya tv Alhijrah,
memaparkan program penerangan tentang Islam dan ini pastinya boleh
memberi maklumat yang betul dan menghilangkan prasangka yang tidak
baik tentang agama sebagaimana perbincangan penulis di halaman
terdahulu. Pertubuhan Bukan Kerajaan misalnya boleh menghampiri
kumpulan-kumpulan etnik tertentu, contohnya PERKASA, dan dapat
memberi dan menyalurkan maklumat yang betul tentang isu-isu yang
sensitif termasuk isu agama dan ini dapat mengawal dan meredakan
sebarang konflik.

iii. Peranan Parti-Parti Politik.

Peranan parti-parti politk boleh diterjemahkan kepada mencari


intergasi dan perpaduan di kalangan masyarakat majmuk di
Malaysia. Pola pilihan raya pada tahun 2008 dan tahun 2012, sudah mula
memperlihatkan elemen etnik bukan lagi sebagai indikator untuk
pemilihan kerajaan, tetapi aspek lain seperti keadilan dan
kesamarataan. Faktor etnik sudah tidak menjadi penentu kekuatan
sesebuah parti, tetapi lebih pada ideologi yang dibawa.
Walaubagaimanapun, aspek etnisiti masih memainkan peranan penting
dalam pola dan landskap politik masyarakat Malaysia secara
keseluruhannya. Jika kelestarian parti-parti politik berlandaskan kepada
perpaduan, maka ruang kerangka persaingan boleh dibendung untuk tidak

Padly al Patani 19
MPU3113

menggangu gugat sensitiviti etnik lain terutama ynag berkaitan


dengan fahaman agama.

iv. Peranan Rakyat sebagai Ahli Masyarakat di Negara Majmuk seperti


Malaysia.

Agama merupakan elemen yang penting dalam masyarakat di Malaysia


selaras dengan prinsip pertama Rukun Negara. Diantara paranan yang
penting pada setiap individu rakyat Malaysia perlu memberi perhatian
kepada perkara-perkara yang berikut untuk menjaga hubungan etnik
yang baik dalam konteks Malaysia sebagai sebuah negara
berbilang kaum dan agama. Diantaranya ialah;-

1. Berkenal-kenalan:setiap individu perlu untuk berkenalan diantara


satu sama lain dan perlu memahami budaya dan cara hidup ahli
masyarakat yang lain daripada dirinya.

2. Persefahaman: Saling memahami dan mengenali diantara satu


dengan yang lain, dan mengamalkan nilai-nilai murni agama seperti
saling tegur menegur dan nasihat dan menasihati.

3. Berkerjasama: Berganding bahu dalam pelbagai bentuk samada


tenaga, harta maupun masa;

4. Persaudaraan: Ikatan yang melangkaui sempadan etnik dan


kebudayaan.

5. Berkasih sayang: Bukan sahaja dalam lingkungan keluarga malah


seluruh warga masyarakat tanpa kira perbezaan budaya.

Padly al Patani 20
MPU3113

6. Saling menjamin: Melindungi antara satu sama lain.

5.3 Sub-penutup

Maka penting untuk kita melaksanakan semua peranan-peranan


yang telah dibincangkan diatas dalam penghubungan etnik walau ada
antara kita menganut agama yang berlainan. Sifat menjaga
hubungan etnik supaya aman, damai dan harmoni boleh memberi
landskaps yang baik untuk pembangunan negara yang tercinta ini.

6.0 KESIMPULAN

Masyarakat Malaysia bukan sahaja masyarakat plbagai etnik bahkan


juga terdiri daripada pelbagai agama. Jika kita gagal menguruskan
kepelbagaian ini, kelak natijah konflik agama akan berlaku sebagaimana
terjadi kepada etnik Rohinyga di Myanmar, Nigeria, Bosnia dan
sebagainya. Setiap agama pastinya tidak menolak kepada perkara-
perkara kebaikan seperti tolong menolong, menhormati diantara satu
sama lain, berkasih sayang dan saling mengambil berat. Justeru itu, jika
elemen ini dipelihara dan dipraktik didalam kehidupan harian setiap
daripada kita, isyaallah, penulis percaya hubungan etnik yang harmonis
dapat dikekalkan dan tidak akan berlaku salah faham tentang agama
yang boleh membawa kepada kehancuran masyarakat majmuk dan
negara Malaysia.

Padly al Patani 21
MPU3113

(3432 patah perkataan)

7.0 RUJUKAN

A. Aziz Deraman. (2000). Tamadun Melayu dan pembinaan Bangsa Malaysia. Kuala
Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdul Rahman Embong. (2001). Negara bangsa: Proses dan perbahasan. Bangi,
Malaysia: Penerbitan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Al-Attas, Syed Muhammad Naquib. (1972). Islam dalam sejarah dan kebudayaan
Melayu. Bangi, Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Amini Amir Abdullah. (2012). Isu sensitif dalam hubungan etnik di Malaysia.
Serdang, Malaysia: Universiti Putra Press.

Chew, H. T. (1975). Masalah perpaduan nasional. Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan


Bahasa dan Pustaka.

Padly al Patani 22
MPU3113

E. C. G. Barrett, "Obituary: Sir Richard Winstedt", Bulletin of the School of Oriental and
African Studies, University of London, Vol. 30, No. 1, 1967, pp. 272-275.

Faridah Jalil, (2007) Perlembagaan Persekutuan Menangani Cabaran Semasa dan


Mendatang, in Anisah Che Ngah (ed) Undang-undang Malaysia: 50 Tahun Merentasi Zaman,
Fakulti Undang-undang, UKM, Bangi.

Faridah Jalil & Rohizan Halim (2011), Bulti Amalan dalam Penentuan Status Agama: Pendirian
Mahkamah, 4 Quarterly Law Review 27-43

Furnivall, J. S. (1948). Colonial policy and practice. Cambridge, England: Cambridge


University Press.

Jabatan Perangkaan Malaysia. (2010). Taburan penduduk dan ciri-ciri asas


demografi, banci penduduk dan perumahan di Malaysia, Jabatan Perangkaan
Malaysia atas talian. Dicapai dari http://www.statistics.gov.my

Mansor Mohd Noor, Abdul Rahman Abdul Aziz, & Mohamad Ainuddin Iskandar Lee.
(2006). Hubungan etnik di Malaysia. Pertaling Jaya, Malaysia: Prentice Hall Pearson.

Mohamed Suffian Hashim. (1987). Mengenal Perlembagaan Malaysia. Kuala


Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ruslan Zainuddin, (2003).Sejarah Malaysia (Edisi Kedua). Selangor: Penerbit Fajar BaktiSdn
Bhd.

Shamsul Amri Baharudin. (2007). Modul hubungan etnik. Shah Alam, Malaysia:
Pusat Penerbitan Universiti (UPENA), Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Shamsul Amri Baharudin. (2012). Modul hubungan etnik. Ed. Ke-2. Bangi, Malaysia:
Institut Kajian Etnik, UKM.

Padly al Patani 23
MPU3113

Syed Husin Ali (2008), The Malays, their problems and future, Kuala Lumpur: The Other Press
Sdn Bhd, ISBN 978-983-9541-62-5

Ting Chew Peh. (1987). Hubungan ras dan etnik: Suatu pengatar. Kuala Lumpur,
Malaysia: Pustaka Dimensi.

Padly al Patani 24
MPU3113

Padly al Patani 25

You might also like