You are on page 1of 2

ABDUL HAKIM BIN MOHD HAZMI

PDPLI KDC NOV 2017 SR 1

6 Peringkat dalam domain kognitif berdasarkan Taksonomi Bloom


Semakan Semula (2001).

Benjamin Bloom ( 1956 ) telah menulis dalam bukunya Taxonomy of Education


Objectives:Handbook I:Cognitive Domain bahawa terdapat 6 aras kognitif yang disusun
daripada yang paling rendah kepada yang paling tinggi. Dalam Taksonomi Bloom,terdapat
domain kognitif yang mempunyai 6 aras iaitu pengetahuan, pemahaman, aplikasi, analisis,
sintesis dan analisis. Taksonomi Bloom amat penting kepada sistem pembelajaran dan
pengajaran kerana ia menerapkan pemahaman,pengetahuan,konsep,kaedah,aplikasi dan
sebagainya.

Aras Pengetahuan:

Aras pengetahuan ialah aras yang paling ringkas dalam domain kognitif. Soalan aras ini
memerlukan pelajar untuk mengingat setiap mata pelajaran yang diajar oleh guru. Perkataan
yang biasa digunakan untuk merujuk kepada soalan aras ini ialah siapa,apa,dimana,bila dan
beri definisi.

Aras Pemahaman:

Objektif domain ini ialah kefahaman yang bermaksud pelajar perlu menjelaskan pengetahuan
secara bermakna. Soalan ini memerlukan proses mentel berkait dengan kefahaman misalnya
terjemahan,tafsiran. Perkataan yang kerap digunakan untuk soalan jenis ini ialah
huraikan,bandingkan,nyatakan,bezakan dan nyatakan dalam perkataan anda sendiri.
Aras Aplikasi:

Pada peringkat ini,pelajar perlu benar-benar memahami konsep, prinsip, teori, hukum,
prosedur dan kaedah am untuk menyelesaikan masalah dalam situasi baru. Soalan ini
melibatkan 3 frasa iaitu prinsip,menyelesaikan masalah dan dalam situasi baru. Perkataan ang
sering digunakan ialah pilih,buat,kira,selesaikan.

Aras Analisis:

Peringkat Analisis menekankan kepada keupayaan pelajar mengenal pasti unsur-unsur dan
struktur yang mengaitkan unsur-unsur tersebut bagi sesuatu dokumen/kes yang diberikan.
Situasi mestilah baru,tidak biasa atau berbeza dengan situasi semasa. Soalan ini memerlukan
pemikiran kritik tetapi bukan mengulang pengetahuan yang dipelajari. Perkataan yang kerap
digunakan untuk soalan ini ialah mengapa,kenapa,apakah faktor,buatkan rumusan dan
buktikan.

Aras Sintesis:

Sintesis bermaksud keupayaan menggabungkan unsur-unsur dan bahagian-bahagian supaya


sesuatu dokumen itu menjadi lebih teratur dan berstruktur. Soalan dalam aras ini tidak perlu
teliti kerana akan membataskan kreativiti. Perkataan yang kerap digunakan ialah
ramalkan,hasilkan,tuliskan dan cadangkan apa yang akan berlaku.

Aras Penilaian:

Dalam aras ini,pelajar perlu membuat pertimbangan untuk sesuatu soalan. Situasi yang
hendak dinilai mestilah baharu dan tidak pernah disentuh. Perkataan yang sering digunakan
ialah pertimbangkan,tafsirkan,tentukan dan pertahankan.

You might also like