You are on page 1of 4

DASAR AM PENGURUSAN HAL EHWAL MURID

DASAR 1 : TENAGA PENGAJAR

1.1. Semua guru di sekolah ini adalah merupakan ibubapa kedua kepada semua pelajar.
1.2. Sentiasa meletakkan kepentingan dan kebajikan pelajar dalam semua bentuk tindakan
dan keputusan yang dibuat.
1.3. Semua guru perlu melayan semua pelajar dengan adil, saksama, bertimbang rasa, dan
kasih sayang

DASAR 2 : PENDAFTARAN MURID

2.1. Sekolah ini menerima kemasukan pelajar dari pelbagai kaum tanpa sekatan.
2.2. Setiap maklumat pelajar akan didaftarkan ke dalam buku rekod pendaftaran dan ke dalam
Sistem Maklumat Murid (SMM).
2.3. Setiap pelajar akan di tempatkan di kelas-kelas berdasarkan prestasi akademik.
2.4. Takwim pendaftaran murid;
2.5. Pendaftaran sepanjang bulan Mac - 1 hingga 31 Mac
2.6. Pemberitahuan kelulusan permohonan - hujung bulan Julai
2.7. Pengesahan pendaftaran Ibu bapa - sepanjang bulan Ogos
2.8. Pendaftaran murid dan taklimat ibu bapa- akhir Disember/awal Januari

DASAR 3 : PELANTIKAN PENGAWAS

3.1. Diadakan pada penghujung tahun untuk tahun berikutnya.


3.2. Pemilihan oleh guru berdasarkan pemilihan oleh semua guru.
3.3. Penentuan pengawas, Ketua dan Penolong Pengawas dibuat oleh Guru-guru Lembaga
Disiplin Sekolah.
3.4. Ibu bapa diberitahu tentang pemilihan pada hujung untuk persediaan pakaian murid.
3.5. Pengawas yang baru dilantik akan diberi tempoh perubaan selama sebulan.
DASAR 4 : PENGURUSAN DISIPLIN

4.1. Setiap murid mesti mempunyai Buku Peraturan Sekolah dan mematuhi peraturan yang
ditetapkan.
4.2. Mempunyai Lembaga disiplin yang terdiri daripada Guru Besar dan Semua Penolong
Kanan serta guru-guru yang menjadi AJK Disiplin.
4.3. Semua masalah disiplin direkod dan dilaporkan ke PPD.
4.4. Pelajar yang sering melanggar peraturan sekolah, akan dihadapkan ke Lembaga Disiplin.
4.5. Ibu bapa dipanggil hadir bagi membincangkan masalah disiplin anak untuk yang serius
atau berulang melebihi 4 kali
4.6. Sekolah akan mengamalkan pendekatan “Nasihat Dan Bimbingan” dalam menangani
permasalahan disiplin pelajar.
4.7. Ibubapa atau penjaga kepada pelajar yang tidak hadir ke sekolah, perlu memaklumkan
atau menulis surat kepada pihak sekolah.
4.8. Murid yang tidak hadir ke sekolah tanpa sebab selama tiga hari berturut-turut dikira
ponteng sekolah.

DASAR 5 : KEBAJIKAN

5.1.Pelajar-pelajar yang menghadapi pelbagai masalah akan sentiasa cuba dibantu melalui
jawatankuasa-jawatankuasa yang dibentuk di peringkat sekolah.
5.2.Pihak sekolah akan sentiasa membuka pintu kepada sesiapa yang ingin memberikan apa jua
bentuk bantuan kepada pelajar disekolah ini
5.3.Pihak sekolah akan melindungi maklumat peribadi pelajar yang bermasalah demi menjaga
maruah pelajar tersebut.
5.4.Memastikan murid yang layak mendapat bantuan diberikan bantuan berikut;

RMT dan SUSU - pendapatan kurang daripada RM450.00 atau purata

RM110.00

KWAPM - murid yang tercicir dari persekolahan (pendapatan kurang

daripada RM750 atau perkapita RM170)

SPBT - semua murid layak menerima mulai tahun 2008

Bantuan Khas OKU - bagi murid kurang upaya.


5.5.Pemilihan berdasarkan maklumat SMM dan diputuskan oleh AJK Kebajikan.
5.6.RMT dijalankan waktu rehat dan susu 1M diberi sebelum waktu balik.
5.7.Bekalan makanan RMT disediakan oleh Pengusaha Kantin bagi memastikan tahap
kebersihan dan mutu makanan mudah dipantau.
5.8.AJK memantau penyediaan makanan dan menyelia murid makan semasa waktu rehat.

DASAR 6 : KAUNSELING

6.1.Mendapat khidmat guru bimbingan yang dilantik.


6.2.Guru bimbingan bekerjasama dengan pihak pentadbir dan AJK Disiplin bagi menjayakan
kursus, bengkel, ceramah dan mewujudkan perhubungan erat dengan Badan-badan luar yang
berkaitan.

DASAR 7 : KESELAMATAN

7.1.Keselamatan pelajar akan sentiasa dilindungi sepenuhnya sepanjang mereka berada di


kawasan sekolah pada waktu persekolahan.
7.2.Ibubapa atau penjaga, yang ingin membawa pelajar keluar perlu menulis nama di dalam
Buku Kebenaran Keluar yang terletak pejabat.
7.3.Semua pelajar dilindungi dengan Skim Insurans Takaful Malaysia.
7.4.Alat pemadam api disediakan di tempat-tempat strategik.
7.5.Alat pemdam api diselia dan diganti 2 kali setahun.
7.6.Latihan kebakaran dijalankan sekurang-kurangnya 2 kali setahun.
7.7.Kawalan keselamatan oleh pengawal Keselamatan 24 jam sehari. Seorang pengawal pada
waktu siang dan 2 orang pada waktu malam.

DASAR 8: KESIHATAN

2.1.Sekolah akan memastikan tahap kesihatan pelajar sentiasa baik melalui program-program
yang dirancang seperti :

• Pemeriksaan Gigi dan Mata sekali setahun

• Pemeriksaan Kesihatan bagi Tahun 1 dan Tahun 6

• Program RMT

• Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Jasmani & Kesihatan

• Ceramah dan Kempen


8.2.Mendapatkan maklumat tahap kesihatan pelajar daripada ibu bapa / penjaga.
8.3.Penjaga akan dihubungi sekiranya pelajar didapati tidak sihat semasa berada di sekolah.
8.4.Pihak sekolah akan terus berurusan dengan pihak hospital, tanpa menghubungi penjaga
terlebih dahulu terhadap kes-kes yang kronik.
8.5.Pihak sekolah akan berusaha membantu pelajar-pelajar yang mempunyai masalah Kesihatan.
8.6.Mendapatkan khidmat bantuan semburan nyamuk dari agensi yang bertanggungjawab
sekurang-kurangnya sekali setahun.

DASAR 9 : KECERIAAN & KEBERSIHAN

9.1.Diwujudkan jadual tugas bagi setiap murid bagi mematikan kelas berada dalam keadaan
bersih dan sesuai untuk proses pembelajaran berlaku.
9.2.Terdapat pekerja membersihkan kawasan sekolah.
9.3.Mengadakan program keceriaan dan gotong royong sekurang-kurangnya sekali setahun.
9.4.Bilik tandas dikhaskan satu kelas satu tandas.

DASAR 10: DATA & REKOD

10.1.Semua kemasukan murid direkod dalam Buku Pendaftaran Murid.


10.2.Maklumat peribadi murid yang disediakan oleh ibu bapa disimpan dalam Sistem Maklumat
Murid (SSM)
10.3.Buku Jadual Kedatangan Murid sentiasa disimpan di pejabat setelah dicatat kehadiran oleh
guru kelas selewat-lewatnya satu jam selepas loceng pertama.
10.4.Semakan Buku Kedatangan dibuat akhir bulan oleh Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.
10.5.Semua data berkaitan disimpan dalam fail sebagai rujukan.

You might also like