You are on page 1of 27

MANUAL PANDUAN PENGGUNAAN

SISTEM e-Taksir
Isi Kandungan

1.0 – Pengenalan........................................................................................................................................... 2
1.1 – Menu Utama .................................................................................................................................... 2
1.2 – Menu Pekeliling Wajib Taksir ........................................................................................................... 3
1.3 – Menu Borang Maklumat Kakitangan ............................................................................................... 4
1.4 – Menu Soalan Lazim .......................................................................................................................... 5
1.5 – Menu Borang Taksir ......................................................................................................................... 6
2.0 – Daftar Pengguna Baru .......................................................................................................................... 7
2.1 – Pendaftaran Baru ............................................................................................................................. 7
2.2 – Daftar Masuk Sistem ...................................................................................................................... 13
2.3 – Pilihan Menu .................................................................................................................................. 14
2.3.1 Menu Borang e-Taksir.......................................................................................................... 15
2.3.2 Menu Taksiran Lepas .......................................................................................................... 21
2.3.3 Menu Edit Profil .................................................................................................................. 22
2.3.4 Menu Buat Bayaran ............................................................................................................ 23
2.3.5 Log Keluar (LOGOUT) .......................................................................................................... 27
1.0 – Pengenalan

Sistem e-Taksir adalah merupakan satu inisiatif bagi memudahkan umat Islam
Negeri Pahang untuk membuat taksiran terhadap pendapatan secara atas talian
(On-Line) selaras dengan arahan daripada Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam
Melayu Pahang mewajibkan semua umat Islam di Negeri Pahang yang mempunyai
sumber pendapatan membuat taksiran zakat. Arahan ini bermula dengan taksiran
zakat pendapatan bagi umat Islam yang mempunyai pendapatan yang tetap. Umat
Islam dikehendaki memberikan maklumat pendapatan masing -masing.

1.1 – Menu Utama

 Klik butang log masuk bagi pengguna lama yang sudah mempunyai akaun

 Klik butang daftar bagi pengguna baru

 Untuk sebarang pertanyaan pengguna boleh hubungi no yang tertera.

2
1.2 – Menu Pekeliling Wajib Taksir

 Skrin memaparkan pekeliling perlaksanaan arahan wajib taksir dan pembayaran zakat
pendapatan.

3
1.3 – Menu Borang Maklumat Kakitangan

 Borang ini perlu dilengkapkan oleh majikan.


 Maklumat yang perlu dilengkapkan ialah nama majikan, no.telefon majikan, nama
pekerja, no.kad pengenalan pekerja, jawatan/gred pekerja dan tempat bertugas
pekerja.
 Setelah dilengkapkan, majikan perlu menghantar borang ini kepada Pusat Kutipan Zakat
Pahang(PKZ).

4
1.4 – Menu Soalan Lazim

 Koleksi pelbagai soalan lazim yang boleh dijadikan rujukan untuk mengisi borang e-taksir
dan menambah pengetahuan berkenaan taksir pendapatan.

5
1.5 – Menu Borang Taksir

 Borang taksir yang perlu dilengkapkan oleh pengguna untuk menaksir pendapatan.

 Pengguna perlu daftar pengguna dan daftar masuk sistem untuk mendapatkan borang
taksir.

 Penerangan lanjut berkenaan borang taksir di bahagian 2.3.1 hingga 2.3.5.

6
2.0 – Daftar Pengguna Baru

2.1 – Pendaftaran Baru

 Skrin akan memaparkan ruangan untuk login bagi pengguna yang telah mendaftar dan
ruangan daftar untuk pengguna yang baru.
 Pengguna perlu daftar masuk untuk memasuki sistem.
 Bagi pengguna yang baru, anda dikehendaki mendaftar terlebih dahulu.

7
Klik “Batal” jika tidak mahu Klik “Hantar” setelah semua
meneruskan pendaftaran. maklumat dilengkapkan untuk
meneruskan proses
pendaftaran.

 No. Pengenalan Diri – Masukkan nombor kad pengenalan anda yang sah.
 No. Anggota (jika ada) – Masukkan nombor keanggotaan anda jika anda merupakan
anggota polis, tentera dan lain-lain.
 Nama – Masukkan nama penuh anda seperti tertera di kad pengenalan anda.
 Jantina – Sila pilih jantina anda mengikut pilihan yang diberi.
 Status Perkahwinan – Sila pilih status perkahwinan anda mengikut pilihan yang diberi.

8
 No. Telefon Bimbit – Masukkan nombor telefon bimbit anda. Ini penting bagi proses
penghantaran kod pengesahan mengakses akaun.
 Alamat Emel – Masukkan alamat emel yang sah. Jika anda tidak mempunyai sebarang
emel, daftarkan satu di mana-mana pembekal emel. Emel adalah penting bagi
komunikasi antara pihak anda dan pihak PKZ Pahang.
 Alamat Rumah – Masukkan alamat rumah anda.
 Nama Majikan – Masukkan nama majikan tempat bekerja anda.
 Alamat – Masukkan alamat majikan tempat bekerja anda.
 Poskod – Masukkan nombor poskod alamat rumah/majikan anda.

 Anda akan menerima satu SMS melalui telefon bimbit anda seperti gambar diatas.
 Masukkan kod pengesahan yang dihantar di kotak yang disediakan.

9
Klik “Sahkan” setelah
memasukkan nombor kod
pengesahan.

10
 Kata Laluan Yang Dipilih – Masukkan kata laluan yang dipilih dan dicadangkan agar kata
laluan itu mestilah unik yang mengandungi aksara, digit dan simbol.
 Sahkan Kata Laluan – Masukkan kata laluan anda yang sama sekali lagi.

11
 Paparan seperti rajah diatas menunujukkan pendaftaran yang dibuat telah selesai.
 Anda boleh meneruskan akses sistem setelah menekan butang “Selesai”.

12
2.2 – Daftar Masuk Sistem

 Masukkan nombor MyKad/pasport beserta kata laluan di kotak yang disediakan.


 Klik “Daftar Masuk” untuk meneruskan akses sistem.

13
2.3 – Pilihan Menu

 Paparan skrin menunjukkan menu yang diberi bagi membantu anda mengetahui
maklumat dan isi kandungan sistem.

14
2.3.1 – Menu Borang e-Taksir

Borang e-Taksir zakat terbahagi kepada 4 bahagian iaitu bahagian A, B, C dan D.

Bahagian A : komponen pendapatan

Terdapat 4 item yang perlu diisi dalam bahagian ini iaitu A1: hasil penggajian setahun/ upah setahun, A2:
hasil bebas setahun, A3: hasil aset tetap setahun dan A4: jumlah semua A1, A2 dan A3.

 A1: Hasil penggajian setahun/upah setahun – masukkan jumlah gaji setahun atau gaji bulanan
yang telah didarabkan dengan 12 bulan. Contohnya gaji sebulan RM 4,000 didarabkan dengan 12
maka jumlahnya Rm 48,000.

 A2: Hasil bebas setahun – hasil yang diperolehi daripada pekerjaan yang dilakukan atas usaha
sendiri tanpa ada kaitan dengan pihak lain dalam bentuk kerja bebas atau perkhidmatan
professional secara upah, imbuhan, royalti. Contoh bayaran yang diterima peguam atas khidmat
guaman yang diberikan, bayaran projek yang diterima oleh kontraktor.

 A3: Hasil aset tetap setahun – masukkan jumlah hasil bagi aset tetap. Contohnya hasil sewaan,
hasil ladang sawit dan dijumlahkan semua hasil tersebut.

 A4: Jumlah pendapatan – jumlah semua item pada A1, A2 dan A3.

15
Klik untuk membuat
pilihan taksir tanpa
tolakan Had Kifayah
atau dengan tolakan
Had Kifayah.

 Sekiranya pengguna ingin membuat taksiran tanpa tolakan Had Kifayah, pengguna tidak perlu
mengisi maklumat di bahagian B dan C.

16
Bahagian B : komponen perbelanjaan

Terdapat 6 item yang perlu diisi dalam bahagian ini iaitu B1: diri sendiri, B2: pasangan bekerja, B3:
pasangan tidak bekerja, B4: anak 0-6 tahun, B5: anak 7 tahun keatas dan B6: jumlah semua B1 hingga B6.

 B1 : Diri sendiri – ruangan ini adalah wajib diisi oleh semua orang.

 B2 : Pasangan bekerja – pencari nafkah kedua atau sampingan

 B3 : Pasangan tidak bekerja – isteri atau suami yang tiada punca pendapatan.

 B4 : Anak 0-6 tahun – bersekolah serta dalam penjagaan dan pendidikan diuruskan oleh pihak
lain.
- Tidak bersekolah serta mempunyai urusan penjagaan domestik.

 B5 : Anak 7 tahun ke atas – bersekolah dan masih menerima pendidikan lanjutan


- Tidak bersekolah dan tidak mempunyai pendapatan.

 B6 : Jumlah semua item dari B1 hingga B5.

17
Bahagian C : komponen perbelanjaan lain- lain

Terdapat lima bahagian yang perlu diisi iaitu C1 : pemberian wajib kepada ibu bapa, C2 : caruman KWSP/
LTAT, caruman di institusi yang membayar zakat bagi ahli, C4 : perbelanjaan perubatan dan C5 : semua
jumlah dari item C1 hingga C4.

 C1 : Pemberian wajib kepada ibu bapa – masukkan jumlah pemberian kepada ibu bapa selama
setahun. Jumlah hanya terhad RM 4,200 setahun.

 C2 : Caruman KWSP/ LTAT – masukkkan jumlah caruman KWSP / LTAT bagi tempoh setahun.

 C3 : Caruman di insitusi yang membayar zakat bagi ahli – contoh tabung haji

 C4 : Perbelanjaan perubatan : masukkan jumlah perbelanjaan perubatan bagi tempoh setahun.


Jumlah hanya terhad kepada RM 2400 setahun.

 C5 : Jumlah semua item daripada C1 hingga C4

18
Bahagian D : taksiran

Bahagian taksiran adalah untuk menentukan samada baki pendapatan perlu dikeluarkan zakat atau tidak,
setelah ditolak item-item pada bahagian A hingga C mengikut kadar nisab zakat semasa. Terdapat lima
item dalam bahagian ini iaitu D1: jumlah dari bahagian A, D2 : jumlah dari bahagian B dan C, D3 : baki
pendapatan, D4 : nisab zakat bagi tahun semasa dan D5 : jumlah yang perlu dikeluarkan zakat. Pengguna
hanya perlu tekan butang taksir zakat pada petak berwarna hijau dan semua item D1 hingga D5 akan
keluar secara automatik.

 D1 : Jumlah bahagian A – jumlah pada bahagian A iaitu pada A4.

 D2 : Jumlah bahagian B + C – jumlah pada bahagian B iaitu pada item B6 ditambah dengan jumlah
bahagian C iaitu pada C5.

 D3 : Baki pendapatan untuk dikira zakat – D1 tolak D2 dan jumlahnya merupakan baki pendapatan
yang perlu ditaksir untuk kiraan Zakat Pendapatan.

 D4 : Nisab zakat – kadar nisab zakat bagi tahun semasa.

19
 D5 : zakat – Amaun yang wajib dikeluarkan zakat. Tahunan ialah jumlah zakat yang perlu dibayar
setahun dan bulanan ialah jumlah zakat yang perlu dibayar secara bulanan. Bagi baki pendapatan
yang kurang daripada kadar nisab semasa, maka item pada D5 akan kosong kerana mereka tidak
perlu mengeluarkan zakat.

 Klik pada butang simpan & tangguh untuk menyimpan maklumat dan menagguh proses taksir.

 Klik pada butang hantar dan proses untuk menghantar maklumat dan meneruskan proses taksir.

20
2.3.2 Menu Taksiran Lepas

Klik pada ikon untuk


dapatkan rekod taksiran
 Menu ini menunjukkan taksiran yang telah selesai dibuat oleh pengguna. zakat.

 Ia turut menunjukkan amaun yang wajib zakat.

21
2.3.3 Menu Edit Profil

 Pengguna boleh mengemaskini maklumat di setiap ruangan profil pengguna

 Klik butang simpan untuk sistem menyimpan profil pengguna yang telah dikemaskini.

 Kilik butang batal untuk membatalkan proses kemaskini.

22
2.3.4 Menu Buat Bayaran

 Setelah selesai membuat penaksiran pendapatan, pengguna akan ditentukan sama ada wajib
atau tidak wajib menunaikan zakat.

 Bagi pengguna yang wajib menunaikan zakat perlu membuat bayaran melalui kaedah yang telah
disediakan.

 Bagi pengguna yang tidak wajib menunaikan zakat, pengguna tidak perlu membayar zakat,
namun jika ingin menunaikan zakat-zakat harta yang lain, pengguna boleh memilih kaedah yang
telah disediakan untuk membuat bayaran.

 Pengguna boleh membuat bayaran dengan memilih tiga cara untuk membayar iaitu potongan
gaji bulanan, perbankan internet dan bayar di kaunter.

23
Potongan Gaji Bulanan

 Lengkapkan maklumat yang diperlukan.

 Masukkan jumlah amaun yang hendak dipotong melalui pendapatan.

 Klik butang hantar untuk meneruskan proses pembayaran dan sekiranya ingin membatalkan
proses klik butang batal.

24
Perbankan Internet

 Pengguna boleh memilih mana-mana bank yang terdapat dalam sistem ini dengan klik pada
nama bank yang tertera.

 Pastikan pengguna mempunyai akaun perbankan atas talian bagi bank yang telah dipilih.

 Setelah klik pada nama bank yang tertera, pengguna dikehendaki login pada laman bank
tersebut untuk meneruskan pembayaran.

 Kilk butang kembali untuk tidak meneruskan pembayaran melalui perbankan internet.

25
Bayar Di Kaunter

 Pengguna boleh memilih mana-mana kaunter zakat Pahang seperti yang tersenarai.

 Pengguna boleh klik pada butang lokasi pejabat untuk mendapatkan lokasi yang sebenar.

26
2.3.5 Log Keluar (LOGOUT)

 Pautan log keluar disediakan untuk kemudahan pengguna untuk keluar dari sistem.

 Pengguna hanya perlu klik pada pautan log keluar di bahagian bawah.

27

You might also like