You are on page 1of 6

LAPORAN LAWATAN KE PUSPEN BENTA

Pada 31 Oktober 2018, pihak Jabatan Hal Ehwal Pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus
Tengku Ampuan Afzan telah merangka sebuah aktiviti bagi memenuhi ruang masa pelajar
semester lima yang baru sahaja menamatkan sesi praktikum bagi fasa yang pertama. Unit
yang terlibat ialah unit PAI, BM SJK(T), BM SJK(C), PSV, Pemulihan 1, PAKK, BT dan Pemulihan
SJK(C).

Kami telah bertolak dari IPG pada jam 6.45 pagi bagi trip yang pertama dan 7.30 pagi
bagi trip yang kedua. Setelah semua pelajar dan pensyarah JHEP sampai di PUSPEN Benta,
kami telah diberi taklimat asas terlebih dahulu oleh seorang pegawai tempat tersebut yang
berpangkat Sarjan. Kami diperingatkan agar tidak menggunakan sebarang peranti elektronik
seperti telefon bimbit. Kami juga dilarang untuk mengambil sebarang gambar yang
menunjukkan wajah pelatih di situ. Hal ini kerana demi menjaga aib pelatih yang sedang
menjalani sesi pemilihan di situ.

Kami di bawa terus masuk ke dalam Dewan As-Syakirin. Setibanya kami di dewan
tersebut, kesemua pelatih telah berdiri dan menunggu kehadiran kami. Program pada pagi
tersebut bermula sekitar jam 8.30 pagi. Program ini dimulakan dengan sesi perhimpunan
bulanan sesi Oktober 2018 untuk semua pelatih PUSPEN Benta. Kemudian, telah diadakan
sesi penyampaian anugerah perkhidmatan cemerlang bagi fasilitator serta tenaga pengajar di
situ.

Setelah selesai majlis tersebut, kami dipertontonkan dengan sesi ‘morning meeting’.
Sesi ‘morning meeting’ ini adalah sesi mereka (pelatih) meluahkan perasaan ketidakpuasan
hati terhadap rakan meraka yang kurang menyenangkan. Mereka akan lebih terbuka pada
sesi tersebut. Namun, walaupun sesi tersebut kelihatan tegang, mereka masih mampu
menasihati rakan mereka. Satu frasa yang amat menarik perhatian kami adalah ‘sejahtera
sahabat’ yang sering diucapkan selepas setiap daripada mereka memberi nasihat. Di akhir sesi
‘morning meeting’ ini, mereka akan adalah sedikit hiburan untuk menutupi ketegangan
tersebut. Dua orang pelatih telah menyanyikan dua buah lagu yang sangat mencuit hati kami.
Yang lebih menarik perhatian kami, selepas sesi ‘morning meeting’ seorang daripada
pegawai PUSPEN tersebut telah mengumumkan lima nama yang akan dibebaskan pada hari
itu. Muka kelima-lima pelatih tersebut kelihatan gembira bercampur kesedihan. Mereka
mungkin gembiran sudah dibebaskan dan mereka juga mungkin sedih untuk meninggalkan
sahabat di dalam pusat pemulihan itu. Namun, mereka tetap harus meneruskan kehidupan di
dunia luar setelah menjalani sesi pemulihan selama 12 bulan. Kesemua pelatih dan pegawai
bersalam-salaman buat kali yang terakhir dengan lima orang pelatih tersebut.

Kemudian, sekitar jam 10 pagi kami di bawa melawat ke sekitar kawasan PUSPEN itu.
Tempat pertama yang kami lawati ialah asrama penghuni di situ. Terdapat lima blok asrama
yang menempatkan pelatih di situ. Kami telah diberi kebenaran untuk melawat ke asrama
Cenderawasih. Menariknya, asrama ini menempatkan pelatih yang masih dalam tempoh
intervensi. Mereka akan ditempatkan di asrama ini terlebih dahulu selama 14 hari tanpa
dibenarkan keluar sebelum menjalani sesi pemulihan seperti pelatih biasa. Tujuaanya adalah
untuk menghilangkan rasa gian terhadap dadah yang pernah diambil oleh mereka.

Kami dibenarkan bersoal jawab dengan pelatih asrama tersebut. Mereka


menceritakan pengalaman mereka bagaimanakah mereka boleh mengambil bahan terlarang
tersebut. Rupa-rupanya, ada dalam kalangan mereka yang dihantar ke sini dari Langkawi
kerana kekurangan tempat di sana. Mereka juga ada menasihati kami agar tidak mengambil
bahan terlarang ini. Banyak kesan yang amat buruk yang bakal menimpa sesiapa sahaja yang
mengambilnya.

Selepas itu kami di bawa melawati masjid yang menjadi tempat ibadah bagi pelatih
dan pegawai yang beragaa Islam. Di sinilah tempat mereka mengerjakan solat fardhu dan
solat sunat. Mereka juga belajar membaca al-Quran di masjid ini. Semasa kami melawati
masjid tersebut, ada dalam kalangan mereka yang menjalani kelas bacaan al-Quran. Kami
lebih lama di sini kerana pegawai-pegawai pusat pemulihan ini banyak memberi penerangan
kepada kami tentang bahaya dadah dan siapakah yang banyak menghuni pusat pemulihan
ini.
Selepas itu, kami kembali ke dewan untuk menjamah minum pagi yang telah
disediakan oleh pihak PUSPEN Benta. Sekitar jam 11.30 pagi, satu sesi taklimat tentang aktiviti
serta jadual pelatih PUSPEN Benta telah disampaikan oleh pegawai yang terlibat. Bagi diberi
penerangan tentang bagaimana aktiviti di sini berjalan. Kami juga didedahkan jumlah sbeenar
pelatih di sini. Banyak input yang kami peroleh daripada sesi ini. Kemudian, kami diberi
peluang untuk mendengar sendiri kisah hidup tiga orang pelatih yang menjalani pemulihan di
sini. Ketiga-tiga pelatih ini telah menceritakan nasib malang mereka yang telah terlibat dalam
kancah dadah. Yang amat mengejutkan kami, ketiga-tiga pelatih ini merupakan pelajar yang
cemerlang dan sudah mempunyai pekerjaan yang baik. Mereka menasihati kami bahawa
janganlah dekati dengan najis dadah ini.

Program ini berakhir pada jam 1.00 petang. Kami bersalaman dengan pegawai di situ
sebelum berangkat pulang ke IPG. Seperti di sebelah pagi, dua trip diperlukan untuk
menghantar kami pulang. Setibanya di IPG, kami disediakan makan tengah hari oleh pihak
JHEP. Program ini berakhir dengan jamuan makan tengah hari.
KEKUATAN PROGRAM

Setiap aktiviti yang dijalankan pasti ada kekuatan yang boleh dijadikan sudut pandang
positif. Kekuatan bagi program ini yang pertama ialah sebagai satu usaha pencegahan awal
kepada kami yang bergelar bakal guru. Seperti yang kami dimaklumkan, dadah ini bukan
sahaja akn menjengah kepada mereka yang tiada pendidikan. Malah, mereka yang sudah
menghafal 30 juzu al-Quran, mereka yang menjawatan jawatan tinggi juga terlibat dalam
kancah dadah ini. Jadi langkah pencegahan seperti inilah yang perlu diterapkan.

Kedua, program ini memberi kesedaran kepada semua orang tentang bahaya dadah.
Kami juga diberi maklumat tentang jenis dadah yang sering digunakan dalam kalangan pelajar
IPT. Kami juga diberi kesedaran bahawa penagih dadah ini boleh berubah. Semuanya perlu
bermula dalam diri mereka sendiri dan yang paling penting adalah sokongan daripada sahabat
dan ahli keluarga mereka. Jangan kita memandang hina terhadap mereka. Hal ini kerana
mereka juga mempunyai peluang untuk berubah.
KELEMAHAN PROGRAM

Seperti biasa, kelemahan itu pasti wujud dalam apa jua perkara sekalipun. Pertama
ialah dari segi pengangkutan. Disebabkan kekurangan pengangkutan, pihak JHEP terpaksa
mengadakan dua trip. Hal ini akan mengambil masa untuk sampai ke tempat lawatan.apabila
lewat, maka semua perancangan program akan tergendala dan menjadi lewat.

Kedua, pengawasan penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar semasa sesi
lawatan di PUSPEN Benta dijalankan. Tiada pengawasan yang ketat dilaksanakan semasa
lawatan. Hal ini dikhuatiri ada dalam kalangan pelajar yang mengambil kesempatan untuk
mencuri-curi mengambil gambar penghuni pusat pemulihan itu. Maka akan membuka aib
pelatih di situ.
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Bagi kelemahan yang pertama ialah kekurangan dari segi pengangkutan. IPGKTAA
mempunyai dua buah bas. Jadi, tidak menjadi masalah untuk menggunakan kedua-dua bas
sebagai pengangkutan untuk menghantar pelajar ke tempat lawatan. Hal ini akan lebih
menjimatkan masa dan memudahkan urusan semua pihak. Walau bagaimanapun, sekiranya
bas roisak di saat akhir, kita semua tidak mampu berbuat apa-apa.

Kedua ialah pengawasan penggunaan telefon bimbit. Sepatutunya pihak JHEP atau
pengawai di PUSPEN Benta memungut telefon bimbit untuk langkah berjaga-jaga. Hal ini
kerana untuk mengelakkan daripada berlaku sebarang perkara yang tidak diingini seperti
mengambil gambar tanpa kebenaran pihak yang berkaita.

You might also like