You are on page 1of 11

PKP3173 : Seni Bahasa dan Sastera dalam Pendidikan Pemulihan

Pembinaan bahan rangsangan pengajaran pemulihan


TAJUK 14
kanak-kanak berdasarkan bahan sastera

Sinopsis
Bahagian ini mengandungi perbincangan pembinaan bahan rangsangan pengajaran
pemulihan kanak-kanak berdasarkan bahan sastera. Secara umumnya, topik ini
akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut:

14.1 Bentuk bahan rangsangan pengajaran berdasarkan bahan sastera


14.2 Fungsi bahan rangsangan pengajaran berdasarkan bahan sastera
14.3 Ciri bahan rangsangan pengajaran berdasarkan bahan sastera

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir tajuk ini, anda akan dapat:


i. Menghuraikan tentang bentuk bahan rangsangan berdasarkan bahan
sastera.
ii. Membincangkan aspek-aspek fungsi bahan rangsangan berdasarkan
bahan sastera.
iii. Membincangkan ciri bahan rangsangan berdasarkan bahan sastera.

14.1 Bentuk Bahan Rangsangan

Bentuk bahan rangsangan berdasarkan bahan sastera yang sesuai untuk murid
pemulihan ada pelbagai. Bahan-bahan rangsangan yang disediakan perlu
bersesuaian dengan jenis prosa tradisional dan jenis prosa moden.

Bentuk bahan rangsangan berdasarkan bahan sastera boleh menggunakan bahan


Teknologi Maklumat atau bahan-bahan maujud.

Sebagai contoh, jika guru pemulihan ingin mengaplikasikan cerita binatang, bahan
rangsangan boleh berbentuk carta cerita, menggunakan boneka semasa

130
PKP3173 : Seni Bahasa dan Sastera dalam Pendidikan Pemulihan

menyampaikan cerita dan murid pemulihan boleh memakai kostum binatang semasa
aktiviti bercerita.

Kaedah VAKT boleh diaplikasi untuk merangsang murid turut serta secara aktif.
Sebagai contoh untuk Visual (V) guru terlebih dahulu boleh memaparkan gambar-
gambar yang bersesuaian seperti gambar Sang Kancil, Sang Buaya, gambar Arnab
dan Kura-kura untuk menarik dan merangsang murid pemulihan menumpukan
perhatian yang lebih lama dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran melalui bahan
sastera.

Guru pemulihan boleh merangsang murid dengan Auditori (A) iaitu memasangkan
bunyi binatang seperti harimau mengaum semasa aktiviti bercerita atau dalam
lakonan drama.

Manakala kaedah pembelajaran secara pergerakan Kinestatik (K) diaplikasi untuk


menjadikan suasana pembelajaran aktif, sebagai contoh murid pemulihan diberikan
watak dalam lakonan, mereka melakukan aksi seperti berlari, mengikut jalan cerita
perlumbaan lari antara Si Arnab dan Si Kura-kura.

Kaedah Taktile (T) boleh menjadikan suasana lebih seronok dan ceria kerana murid
pemulihan boleh memegang sendiri kostum, boneka dan alat-alat muzik untuk
menjayakan drama dalam kelas.

14.2 Fungsi bahan rangsangan pengajaran berdasarkan bahan sastera

Antara fungsi bahan rangsangan berdasarkan bahan sastera untuk murid-murid


pemulihan ialah :
i. menarik perhatian murid untuk turut serta dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran
ii. menimbulkan suasana didik hibur dalam pengajaran dan pembelajaran guru
iii. supaya objektif pengajaran guru tercapai
iv. mempelbagaikan pendekatan pengajaran dan pembelajaran

131
PKP3173 : Seni Bahasa dan Sastera dalam Pendidikan Pemulihan

v. menanam sikap cinta dan sayang budaya warisan bangsa dalam kalangan
murid
vi. memberi pendedahan kepada murid tajuk KOMSAS
vii. berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan murid-murid kelas aliran
perdana
viii boleh mengesan kepelbagai kecerdasan dalam kalangan murid pemulihan
xi. mewujudkan daya saing secara sihat dalam menggilap bakat dan
kecenderungan murid tanpa mengira sama ada murid dari program pemulihan
atau aliran perdana

14.3 Ciri bahan rangsangan pengajaran berdasarkan bahan sastera

Bahan rangsangan pengajaran berdasarkan bahan sastera, perlu ada ciri-ciri yang
dapat menarik murid pemulihan untuk terlibat aktif dan memberikan motivasi untuk
murid-murid pemulihan terlibat dalam pengajaran dan pembelajaran. Terdapat
beberapa ciri bahan rangsangan pengajaran berdasarkan bahan sastera seperti :
i. mudah disediakan oleh guru, sebagai contoh bahan tersebut ada di
persekitaran sekolah seperti, guru dengan mudah boleh menggunakan alat
muzik seperti kompang kerana sekolah ada Persatuan Kompang yang boleh
meminjamkan alat muzik kompang
ii. mesra pengguna, bahan atau alat yang bercirikan sastera mudah digunakan,
sebagai contoh guru menggunakan boneka dalam aktiviti bercerita, boneka
mudah dibuat kerana menggunakan bahan kitar semula seperti stoking lusuh
dan hanya perlu ditokok tambah dengan mata, hidung dan mulut serta lain-
lain perhiasan untuk menjadikan boneka menarik dan mudah digunakan
iii. bahan rangsangan untuk aktiviti seni bahasa dan sastera dalam pendidikan
pemulihan fleksible dan boleh diubah suai mengikut tema
iv. bahan ada yang berunsurkan teknologi maklumat untuk memberi kelainan
dan alternatif kepada guru dan murid dalam menjalankan aktiviti pengajaran
dan pembelajaran berunsurkan sastera

132
PKP3173 : Seni Bahasa dan Sastera dalam Pendidikan Pemulihan

Kesimpulan
Pembinaan bahan rangsangan pengajaran pemulihan kanak-kanak berdasarkan
bahan sastera, perlukan keprihatinan, kreativiti dan inovasi guru-guru pemulihan.
Pembinaan bahan yang melibatkan kos yang rendah dan mudah dibina amat
popular dalam kalangan guru.

Aktiviti :
Bincangkan bahan berunsur sastera yang boleh dibina bersama-sama
oleh guru dan murid pemulihan dalam kelas

Latihan Tambahan:
Bina sebuah bahan berunsur sastera yang ada ciri inovasi, bertema bebas
dan aplikasikan bahan tersebut semasa kuliah

133
PKP3173 : Seni Bahasa dan Sastera dalam Pendidikan Pemulihan

Pembinaan Rancangan Pengajaran Harian


TAJUK 15 Pemulihan berdasarkan bahan rangsangan yang
dibina

Sinopsis
Bahagian ini mengandungi perbincangan pembinaan Rancangan Pengajaran Harian
Pemulihan berdasarkan bahan rangsangan yang dibina. Topik ini akan
membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut:

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir tajuk ini, anda akan dapat:

i. Membina Rancangan Pengajaran Harian Pemulihan berdasarkan bahan


ransangan yang dibina

15.1 Pembinaan Rancangan Pengajaran Harian Pemulihan berdasarkan


bahan sastera

Contoh:

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN


PROGRAM PENDIDIKAN PEMULIHAN

Nama Guru: Diana binti Danial


Sekolah: Sek.Keb.Raja Melewar
Kelas/Darjah: 2 Murni
Bil.Murid: 10 orang
Umur Purata Murid: 10 tahun
Tarikh: 16 Januari 2014
Hari: Isnin
Masa: 8.45 – 9.45 pagi (60 Minit)
Mata Pelajaran: Bahasa Melayu

134
PKP3173 : Seni Bahasa dan Sastera dalam Pendidikan Pemulihan

KUMPULA A B C
N
Nama 1. Sukarni bt 1. Burhan b Abu 1. Aisyah bt Alias
Murid Taib 2. Tajol Rosli b 2. Zawawi b Bujang
2. Wong May Lin Rasdan 3. Juwita bt Adenan
3. Sukata a/p 3. Meena Kumari 4. Aminah bt
Muniandy a/p Rajoo Mustaffa
Tajuk / Melawat Zoo Negara
Tema

Kemahiran: Suku kata KV Perkataan V+KVK Membaca dan membina


ayat mudah
Hasil 1. Memadankan 1. Memadan 1. Membina sekurang-
Pembelajar huruf konsonan perkataan V+KVK kurangnya 3 ayat
an: dengan vokal dengan gambar tunggal dengan betul
Pada akhir sehingga yang diberikan berdasarkan gambar
pengajaran melahirkan 2. Menulis sekurang- tunggal yang diberi.
dan bentuk bunyi kurangnya 4 2. Membacakan ayat
pembelajara yang betul daripada 5 nama tunggal yang dibina
n murid berdasarkan binatang dengan dengan sebutan dan
dapat: gambar yang betul berdasarkan intonasi yang betul
diberi. gambar
2. Menulis semula
suku kata KV di
awal dengan
betul
 Telah mengenal  Mengenal perkataan
Pengetahua  Telah mengenal
n Sedia perkataan KVK
huruf konsonan
Ada: dan vokal
 Borang pengurusan  Gambar Zoo Negara
Bahan  Kad perkataan
grafik: Mengkategori  Kad-kad perkataan
Bantu  Kad suku kata
 Bola  Kertas mahjong
Belajar  Papan selit
 Botol kosong  Rakaman bunyi
 Gambar-gambar
binatang
(botol plastik)  Puzzle
 Boneka
Nilai Murni 1. Sayangi binatang 2. Hargai ciptaan Tuhan
Kemahiran
Mengkategorikan: Binatang peliharaan dengan binatang liar
Berfikir
LANGKAH PENGAJARAN
LANGKAH KUMPULAN 1 KUMPULAN 2 KUMPULAN 3
Set Induksi 1.Guru bersoal jawab dengan murid:
5 minit a. Siapakah yang pernah pergi ke Zoo Negara?
b. Sebutkan nama-nama binatang yang anda temui?
2. Murid bercerita pengalaman melawat Zoo Negara dan guru mengaitkan
dengan
pelajaran hari ini.

135
PKP3173 : Seni Bahasa dan Sastera dalam Pendidikan Pemulihan

3. Murid dibimbing oleh guru menyanyikan lagu “Lompat Si Arnab Lompat”


(lagu asal
Lompat Si Katak Lompat) sambil melakukan aksi dan pergerakan kreatif.

Sebelum memulakan Langkah 1 guru memberi penerangan aktiviti PdP yang akan
dilaksanakan oleh murid-murid di dalam kumpulan masing-masing dengan
penerangan yang ringkas.
LEMBARAN AKTIVITI INTERAKSI P&P
KERJA PENGUKUHAN
Langkah 1 1. Guru menampal gambar
20 minit 1. Murid 1. Murid bermain di papan putih.
melengkapkan bowling (3 botol (Gambar Arnab dan Kura-
lembaran kerja plastik) yang di kura)
Contoh: dalamnya
dimasukkan
dengan suku kata V
dan KVK.

2. Murid
menggolekkan bola
ke arah botol yang
disusun sebaris
dalam jarak 15cm.
s a
3. Murid mengambil
satu kad dari dalam
botol yang terbalik
dan membaca
arahan. a. Selain daripada di zoo,
di mana lagi kita boleh
4. Murid jumpa binatang-
melaksanakan binatang seperti: ayam,
arahan yang ikan, badak, harimau
diterima. dan lain-lain?

5. Permainan b. Guru memulakan


d a diteruskan cerita ”Sang Arnab
sehingga masa berlumba dengan Sang
tamat. Kura-kura” dengan
menggunakan gambar
dalam bentuk puzzle.
Sambil bercerita guru
membina puzzle
bersama murid.

c. Setelah puzzle lengkap


guru meletakkan kad
perkataan, guru
meminta semua murid

136
PKP3173 : Seni Bahasa dan Sastera dalam Pendidikan Pemulihan

mengeja dan menyebut


perkataan yang tertera
pada anggota badan
Arnab dan Kura-kura
tersebut. Aktiviti ini
dilaksanakan sehingga
semua perkataan dieja
dan disebut.

d. Guru meminta murid


menanggalkan semula
kad perkataan dan
menunjukkan kad
kepada semua murid
dalam kumpulan C
serta membacanya.
Selepas itu meletakkan
kembali ke dalam kotak.

e. Guru bersoal jawab


dengan murid-murid
tentang cerita yang
disampaikan dan
meminta murid
membuat rumusan.

* Murid menjawab soalan


berdasarkan kad-kad ayat
yang
telah disediakan oleh guru.

2. Murid membina ayat


tunggal
secara berpasangan
berpandukan gambar
tunggal
yang dipaparkan.

3. Murid membacakan
tugasan

AKTIVITI INTERAKSI P&P LEMBARAN KERJA


Langkah 2 PENGUKUHAN
15 minit 1. Guru menampalkan 1. Murid diminta menjawab
1. Murid bermain gambar-gambar lembaran kerja
bowling binatang:
menggunakan 3 ulat, ikan, ular,
botol plastik yang ayam

137
PKP3173 : Seni Bahasa dan Sastera dalam Pendidikan Pemulihan

di dalamnya dan itik di papan


dimasukkan putih
dengan huruf
konsonan dan 2. Setiap orang murid
vokal. diberi boneka jari
mengikut gambar
2. Murid ayam, itik, dan ular.
menggolekkan Murid mengajuk
bola ke arah bunyi binatang dan Ayat:
botol yang menyebut nama- 1._____________________
disusun sebaris nama binatang ____
dalam jarak yang disebut oleh 2._____________________
15cm. guru. ____
3._____________________
3. Murid mengambil 3. Murid mengambil ____
satu kad dari kad perkataan
dalam botol yang V+KVK dan
terbalik dan menampal pada
membaca gambar-gambar
arahan yang dipaparkan
a. (ulang aktiviti M
enggabung melibatkan
konsonan beberapa orang
dengan vokal murid).
menjadi suku
kata di awal 4. Murid-murid
yang sesuai membacakan
dengan gambar perkataan yang Ayat:
b. terbentuk. M 1._____________________
emadankan ____
suku kata 5. Murid menulis 2._____________________
dengan gambar semula perkataan ____
yang diberi yang terbentuk di 3._____________________
c.Menyalin suku papan putih. ____
kata yang
dibina ke dalam 6. Murid diminta
kertas mahjong membaca semua
yang perkataan yang
disediakan. ditulis sambil
mengeja dan
4. Murid membuat aksi
melaksanakan bagaimana
arahan yang binatang itu
diterima. bergerak, contoh
cara itik, ayam dan Ayat:
5. Permainan ular bergerak. 1._____________________
diteruskan ____
sehingga masa 7. Guru merumuskan 2._____________________
tamat. isi pelajaran ____

138
PKP3173 : Seni Bahasa dan Sastera dalam Pendidikan Pemulihan

dengan meminta 3._____________________


murid menamakan ____
semua gambar
yang disediakan.

INTERAKSI P&P LEMBARAN KERJA AKTIVITI PENGUKUHAN


Langkah 3
15 minit 1. Guru 1. Murid 1. Murid bermain bowling
menampalkan melengkapkan menggunakan 3 botol
gambar-gambar lembaran kerja plastik yang di dalamnya
binatang: kala, Contoh: dimasukkan dengan
kutu, kuda dan kad-kad perkataan.
rusa di papan
putih
2. Murid menggolekkan
2. Murid menyebut bola ke arah botol yang
nama binatang disusun sebaris dalam
yang ditampal. jarak 15 cm.

3. Murid mengambil 3. Murid mengambil satu


kad suku kata kad dari dalam botol
awal dan yang terbalik dan
menampalkanny membaca arahan.
a di sebelah
gambar yang 4. Murid melaksanakan
dipaparkan arahan yang diterima:

4. Murid membaca a. Mencantum kad


suku kata KV di perkataan
awal yang untuk membina ayat.
terbentuk. b.Menuliskan ayat yang
dibina dalam kertas
5. Murid menulis majong
semula suku kata yang disediakan.
KV di awal yang
terbentuk. 5. Permainan diteruskan
sehingga masa tamat.
6. Murid
membacakan
semua perkataan
yang ditulis
sambil mengeja.

7. Guru
merumuskan isi
pelajaran dengan
meminta murid
menamakan
semua gambar-

139
PKP3173 : Seni Bahasa dan Sastera dalam Pendidikan Pemulihan

gambar yang
terpapar.

Penutup Penutup Kognitif


5 minit Murid mengkategori:
1. Binatang liar.
2. Binatang peliharaan.

Penutup Sosial
1. Murid dibimbing membuat rumusan tentang kebaikan memelihara
binatang kesayangan dan bagaimana kita menjaga kebajikan binatang
peliharaan dengan baik.
2. Menyanyi lagu ”Lompat Si Arnab Lompat” beramai-ramai sambil
membuat pergerakan kreatif.

Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran:

Kesimpulan
Pembinaan Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan Pemulihan berdasarkan
bahan sastera, perlukan keprihatinan, kreativiti dan inovasi guru-guru pemulihan dan
unsur sastera tidak perlu dalam setiap langkah pengajaran. Aktiviti menyanyi,
membuat aksi, bercerita dan menggunakan boneka yang pelbagai antara unsur
sastera yang boleh diaplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kelas
mengikut kesesuaian tajuk dan bahan yang ada. Penggunaan bahan bantu belajar
dapat merangsang suasana pembelajaran aktif dan menyeronokkan murid.
Rancangan Pengajaran Harian yang dirancang dengan teliti boleh memberi impak
positif kepada pengajaran guru.

Aktiviti :
Bincangkan aktiviti berunsur sastera yang boleh diaplikasi oleh guru
pemulihan semasa menjalankan set induksi dalam salah satu tajuk
Bahasa Melayu Pemulihan.

Latihan Tambahan:
Baca dan buat analisis satu kajian tindakan yang ada kaitan dengan tajuk
seni bahasa dan sastera dalam pendidikan pemulihan

140

You might also like