You are on page 1of 4

PADUAN PROMOSI

a) Definisi Paduan Promosi


Gabungan alat-alat pengiklanan, jualan peribadi, promosi jualan, perhubungan awam dan
pemasaran digital yang digunakan oleh syarikat dalam melaksanakan objektif pengiklanan
dan pemasaran.

b) Alat Paduan Promosi


1. Pengiklanan
“Suatu bentuk komunikasi yang bukan peribadi dan berbayar ditujukan kepada pihak-
pihak tertentu melalui media massa iaitu bercetak atau elektronik seperti televisyen, radio,
suratkhabar, majalah dan internet.”

Bentuk-Bentuk Pengiklanan
i. Pengiklanan Produk -: Suatu bentuk komunikasi yang bukan peribadi dan berbayar
ditujukan kepada pihak-pihak tertentu melalui media massa iaitu bercetak atau
elektronik untuk meningkatkan permintaan terhadap sesuatu produk.

Digunakan untuk menyampaikan maklumat tentang produk yang dijual, memujuk dan
mengingatkan sasaran pasaran mereka tentang kebaikan produk yang dimaksudkan.

ii. Pengiklanan institusi -: Suatu bentuk komunikasi yang bukan peribadi dan berbayar
ditujukan kepada pihak-pihak tertentu melalui media massa iaitu bercetak atau
elektronik untuk meningkatkan imej sesebuah institusi dan produknya.

Tujuan bukan untuk menjual sesuatu produk yang spesifik dan digunakan apabila
terdapat produk drpd pelbagai kategori dalam sykt yg berbeza bersaing utk
mendapatkan segmen pasaran yg sama.
Cth: Petronas & Shell mempromosikan kesedaran pengguna terhadap isu
persekitaran yang sihat dan bersih

Media Pengiklanan
Merupakan alat atau saluran pengiklanan yang biasanya menggunakan media massa iaitu
media cetak dan media elektronik.
 Media Cetak
i. Suratkhabar - Digunakan secara meluas oleh firma-firma perniagaan. Memberi
liputan kepada sasaran pasaran mengikut kehendak dan perancangan pemasar.
Terbahagi kepada 3 jenis (iklan kecil, iklan muka surat dan iklan ruangan)

ii. Majalah - Media yang paling sesuai untuk mengiklankan barangan dan
perkhidmatan yang ingin ditujukan kepada kumpulan pengguna yang tertentu.
Contoh: Majalah WANITA sesuai untuk mengiklankan barangan dan perkhidmatan
untuk wanita. Setiap majalah dalam pasaran mempunyai kumpulan sasar yang
tersendiri. Bayaran iklan bergantung kepada
 Saiz dan bentuk ruangan
 Saiz muka surat
 Penggunaan warna
 Kedudukan ruang iklan
 Saluran pengedaran media

iii. Pos Langsung/Mel Langsung - Iklan melalui pos langsung disampaikan dalam
bentuk risalah, katalog surat atau sampel kepada bakal pelanggan melalui pos.
Iklan jenis ini adalah sesuai untuk menjual produk kepada kumpulan tertentu
sahaja. Kaedah ini berkesan bergantung kepada kecekapan penghantaran bahan
maklumat, ketepatan sasaran sasaran pasaran. Contoh, Avon mengepos katalog
syarikat ke rumah pelanggan

iv. Peragaan Luaran - Pengiklanan yang menggunakan medium dalam bentuk papan
iklan, poster, iklan-iklan di bas dan teksi serta “skywriting”. Contoh, Ikea
memasang belon gergasi dengan nama syarikatnya

 Media Elektronik
i. Televisyen - Iklan di televisyen disampaikan melalui penglihatan dan pendengaran
dengan unsur-unsur kreativiti yang tinggi, penuh aksi, berwarna-warni dan
menarik.Iklan di televisyen diselitkan di antara rancangan untuk menarik perhatian
penonton. Pengiklan juga boleh menaja sesuatu rancangan televisyen.

ii. Radio - Radio menyampaikan iklan menerusi suara dan bunyi. Iklan di radio
diselitkan di antara rancangan untuk menarik perhatian pendengar. Disesuaikan
dengan keperluan tempatan,budaya setempat. Contoh, iklan untuk produk-produk
IKS di stesen radio tempatan
2. Jualan Peribadi
Persembahan peribadi oleh tenaga jualan firma untuk tujuan untuk membuat jualan serta
membina hubungan pelanggan (Kotler). Ia melibatkan;
 layanan jurujual di kedai
 lawatan penjual ke rumah / syarikat

Kebaikan: pengguna dapat maklumat dengan jelas, boleh mencuba dan memberi
maklumbalas segera. Contoh: syarikat insuran/broker tanah/broker saham dan Avon. Ciri-
ciri produk:
 Produk beli belah
 Barang-barang industri
 Barang mewah

3. Promosi Jualan
Definisi: merujuk kepada penawaran insentif jangka pendek untuk menggalakkan
pembelian atau jualan produk.
i. Kupon – berupa keratan kertas dari surat khabar, majalah yang memberikan sesuatu
penjimatan kepada pengguna.
ii. Rebat/Tawaran pulangan tunai - kupon dalam bentuk pengurangan harga jualan yang
diberi kepada pembeli yang menunjukkan bukti pembelia sesuatu produk untuk
menggalakkan pembelian. Contoh, pembelian komputer Dell dapat rebat tunai RM100
iii. Sampel – pek percubaan yang diedarkan kepada pengguna semasa jualan
pengenalan sesuatu produk bagi menarik pengguna membeli selepas mencuba.
iv. Hadiah - Satu barangan percuma yang diberikan apabila membeli sesuatu produk
v. Pemberian mata atas pembelian - Pemberian mata ganjaran kesetiaan dan boleh
ditukar kepada barangan apabila mencapai mata tertentu
vi. Diskaun jualan - Harga tawaran yang lebih rendah dari harga asal.
vii. Peraduan - Pengguna bersaing untuk mendapatkan hadiah yang ditawarkan untuk
menumbulkan minat pengguna terhadap produk.
viii. Premium - Barangan yang ditawarkan secara percuma atau harga rendah sebagai
insentif untuk membeli

Tujuan promosi jualan:


 Meningkatkan jualan jangka pendek
 Membantu membina syer pasaran jangka panjang
 Meningkatkan kesedaran jenama
 Membentuk jualan tanpa dirancang
 Menggalakkan pengguna mencuba produk baru
 Menggalakkan belian ulangan
 Memberi pilihan yang banyak kepada pengguna.
 Memberi ganjaran kepada pengguna setia

4. Perhubungan Awam
“Menilai sikap dan pendapat awam dan mengenal pasti polisi, dasar dan peraturan-
peraturan sesuatu individu atau sesebuah organisasi terhadap minat dan kepentingan
awam.Seterusnya bertindak dan melaksanakan program yang dapat menghasilkan
pemahaman, penerimaan awam terhadap organisasi itu”.

Merujuk kepada membina hubungan baik dengan pelbagai pihak awam syarikat dengan
mewujudkan publisiti serta imej korporat yang baik dan menangani sebarang khabar
angin, cerita serta peristiwa yang tidak baik.

Tujuan:
 Mendapat publisiti yang sihat / positif
 Membina imej korporat yang berprestij
 Menghapuskan khabar angin

Jenis Perhubungan Awam:


i. Hubungan akhbar/wakil akhbar – Mencipta dan menempatkan maklumat berharga
dalam media berita untuk menarik perhatian pada seseorang dan produk
ii. Publisiti produk – Memberi publisiti kepada sesuatu produk spesifik
iii. Lobi – Membina dan mengekalkan hubungan dengan pihak pegawai perundangan dan
kerajaan untuk mempengaruhi undang-undang dan peraturan. Contoh Sheldtox
menjalankan kempen bersama Majlis Daerah Gopeng

5. Pemasaran Digital

 Pemasaran digital adalah sebuah strategi pemasaran yang dilakukan oleh


perniagaan atau individu untuk memasarkan produk mereka dengan
menggunakan media digital (laman web/media sosial).

You might also like