You are on page 1of 10

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/330259587

Pelaksanaan Outcome-Based Education di Kolej Vokasional, Malaysia

Conference Paper · December 2018

CITATIONS READS

0 39

2 authors:

Mohd Amiruddin Ag Damit Muhd Khaizer Omar


Universiti Putra Malaysia Universiti Putra Malaysia
1 PUBLICATION   0 CITATIONS    31 PUBLICATIONS   0 CITATIONS   

SEE PROFILE SEE PROFILE

Some of the authors of this publication are also working on these related projects:

Job Satisfaction and Retention Factors of Vocational College Teachers in the Malaysian Technical and Vocational Education Training (TVET) System View project

Development of Service-Learning Model in Technical and Vocational Education And Training (TVET)-Based Program View project

All content following this page was uploaded by Mohd Amiruddin Ag Damit on 09 January 2019.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


GRADUATE RESEARCH IN EDUCATION SEMINAR (GREduc) 2018
Revolutionalising Research Practices in Education and Human Resource Development

Pelaksanaan Outcome-Based Education (OBE) di Kolej Vokasional, Malaysia

Mohd Amiruddin Ag. Damit1


1 Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia
GS52133@student.upm.edu.my

Muhd Khaizer Omar2


2 Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia
khaizer@upm.edu.my

ABSTRAK

Transformasi pendidikan merupakan satu perubahan yang besar berlaku dalam sistem pendidikan di Malaysia.
Perubahan ini berlaku kerana keperluan yang berubah-ubah seiring dengan kemajuan sesebuah negara. Outcome-
based Education (OBE) dilaksanakan di Kolej Vokasional di Malaysia setelah Transformasi Pendidikan Vokasional
menaiktaraf Sekolah Menengah Vokasional ke Kolej Vokasional. Pendekatan OBE di Kolej Vokasional sedikit
sebanyak memberikan perubahan besar kepada sistem pendidikan vokasional kerana sebelum ini terikat dengan corak
pendidikan konventional yang lebih berpusatkan kepada peperiksaan semata-mata. Pelaksanaan OBE di Kolej
Vokasional ini juga merupakan pra-syarat bagi mendapatkan akreditasi dari Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)
dimana hasil pembelajaran yang jelas dan nyata perlu diperlihatkan supaya segala program yang dijalankan di Kolej
Vokasional ini memenuhi standard kualiti yang telah ditetapkan.

KATA KUNCI: Outcome-Based Education (OBE), Malaysian Qualification Accreditation (MQA), Kolej
Vokasional (KV).

1.0 PENGENALAN

Pendekatan Outcome-based Education (OBE) dalam pendidikan telah wujud 500 tahun dahulu di Eropah
dimana OBE berkembang pesat dengan kemenjadian pelajar yang cemerlang lahir sepanjang pelaksanaanya
(Spady & Marshall, 1991). Sistem OBE ini secara tidak langsung menggantikan kaedah pengajaran dan
pembelajaran konvensional yang lebih berorentasikan kepada peperiksaan dimana ianya telah diamalkan
mengikut pemeringkatan umur dan pengkelasan pelajar di peringkat rendah dan menengah.
Di Malaysia, pelaksanaan Outcome-based Education yang lebih berpusatkan pelajar sedang
digunapakai secara meluas dalam sistem pendidikan negara kita. OBE telah pada tahun 1950 lagi dan sedang
diimplementasikan di seluruh pusat pengajian tinggi di Malaysia (Mohd Ghazali Mohayidin et al., 2008).
Tidak terkecuali di Kolej Vokasional, pelaksanaan OBE ini menjadi perubahan yang positif kerana
pembelajaran dan pengajaran berpusatkan pelajar bukan sahaja dari aspek kognitif, malah aspek psikomotor,
afektif dan sosial turut dinilai sepanjang pelajar menuntut di Kolej Vokasional. Hal ini diketengahkan dalam
buku Panduan Asas Pembelajaran Pensyarah Institusi Pengajian Tinggi yang menyatakan ujian dan
peperiksaan akhir yang biasanya dalam bentuk kertas dan pensil hanya berkesan untuk menguji domain
pembelajaran kognitif peringkat rendah yang memerlukan ingatan dan hafalan (Jabatan Pengajian Tinggi &
Kementerian Pengajian Tinggi, 2012).
Penilaian berasaskan ujian dan peperiksaan akhir tidak berkesan untuk menilai domain pembelajaran
psikomotor, afektif dan sosial termasuk kemahiran insaniah. Penilaian terhadap domain pembelajaran
sedemikian memerlukan kaedah yang autentik dan secara langsung. Penguasaan kemahiran menyelesaikan
masalah matematik secara berkumpulan tidak boleh diuji, diperiksa dan dinilai dengan soalan dalam bentuk
kertas dan pensil semata-mata. Pentaksiran berterusan secara autentik misalnya dengan menggunakan
cerapan rubrik pemarkahan untuk kerja berkumpulan dijangka menghasilkan penaksiran dan penilaian yang
lebih menyeluruh, tepat dan adil terhadap penguasaan domain pembelajaran kognitif, psikomotor, afektif
dan sosial (Jabatan Pengajian Tinggi & Kementerian Pengajian Tinggi, 2012).

138
GRADUATE RESEARCH IN EDUCATION SEMINAR (GREduc) 2018
Revolutionalising Research Practices in Education and Human Resource Development

2.0 OUTCOME-BASED EDUCATION (OBE)

Outcome-based Education (OBE) bermaksud suatu sistem pendidikan yang teratur dan berfokus secara
menyeluruh didalam sistem pendidikan terhadap hasil yang diperolehi oleh pelajar diakhir sesuatu
pembelajaran (Spady, 1994). OBE memfokuskan hasil kerana ianya melibatkan kepada perbuatan dan
perlakuan sebenar berbanding hanya mengetahui terhadap sesuatu perkara (Spady, 1994). Menurut Killen
(2000) terdapat dua jenis hasil pembelajaran dalam sistem pendidikan. Jenis pertama adalah membuat
penilaian kepada pencapaian pelajar dari ujian dan peperiksaan, kadar masa yang dilakukan untuk
menyiapkan sesuatu kerja, dan juga kadar kebolehpasaran kerja. Jenis yang kedua adalah melibatkan
penguasaan pelajar terhadap pengetahuan, kemahiran dan kebolehpasaran kerja pelajar dalam bidang yang
diceburi. Pembelajaran berasaskan hasil mengimplemantasi kepada jenis pembelajaran yang kedua (Killen,
2000).
OBE adalah suatu perubahan yang dikandung dan dibangunkan oleh William G. Spady. Menurut
Spady & Marshall (1991), OBE terletak pada tiga asas. Pertama, semua pelajar boleh belajar dan berjaya
tetapi tidak pada masa yang sama. Kedua, kejayaan yang dihasilkan dalam sesebuah institusi akan
membuahkan kejayaan yang lain. Ketiga, institusi mempunyai autonomi penuh dalam membentuk kejayaan.
Spady dan Marshall (1991) telah mengenal pasti tiga jenis perubahan reka bentuk OBE dalam pendidikan
iaitu tradisional, transisi dan transformasi OBE (Spady & Marshall, 1991).
OBE tradisional beroperasi dengan menerangkan kandungan dan aplikasi dari segi hasil dalam
kurikulum dan sistem institusi yang sedia ada. Walaupun guru mungkin lebih berfokus, terdapat beberapa
isu menjadikan obe tradisional kelihatan bermasalah antaranya iaitu yang pertama adalah kandungan dan
struktur kurikulum adalah sama seperti pembelajaran tradisional dan hanya ditambahkan beberapa fokus
yang lebih jelas didalamnya serta isi kandungannya tidak dapat mengaitkan dengan kehidupan. Pendekatan
ini juga juga tidak meletakkan lulusan daripada institusi sebahagai hasil pembelajaran, ia lebih tertumpu
kepada kompeten akademik (Spady & Marshall, 1991). Spady & Marshall juga melabelkan OBE tradisional
ini sebagai Objektif Berasaskan Kurikulum (Curriculum Based Objectives) berbanding OBE kerana objektif
diletakkan mendahului hasil dalam proses merekabentuk kurikulum. OBE peralihan terletak antara OBE
tradisional dan transformasi dari segi skop dan tujuan. Ia beralih dari konsep tradisional yang lebih
bertumpukan kepada objektif kepada bertumpu kepada hasil yang dicapai oleh pelajar sejurus tamat belajar.
Penekanan diberikan kepada pemikiran kritikal, komunikasi yang berkesan, aplikasi teknologi dan
penyelesaian masalah yang kompleks (Spady & Marshall, 1991). OBE transformasi adalah berorientasikan
masa hadapan yang memerlukan penciptaan sistem baru dengan memberi tumpuan kepada keupayaan
prestasi pelajar dan keupayaan mereka untuk lebih berfungsi dan berwibawa dalam situasi sebenar. Oleh itu,
penggubalan kurikulum dan perancangan strategik diperlukan bagi memperuntukan sumber pendidikan dan
hasil pembelajaran. Tujuan utama transformasi OBE adalah kejayaan pelajar setelah mereka meninggalkan
sekolah (Spady & Marshall, 1991).

Rajah 1: Kerangka Outcome Based System (Spady, 1994)

139
GRADUATE RESEARCH IN EDUCATION SEMINAR (GREduc) 2018
Revolutionalising Research Practices in Education and Human Resource Development

Secara amnya, terdapat empat prinsip utama bagi OBE yang dinyatakan oleh (Spady, 1994) iaitu fokus
pembelajaran yang jelas, perancangan semula, hasil jangkaan yang tinggi, dan memperluaskan peluang
pembelajaran (Rajah 1). Setiap dari prinsip yang dinyatakan mampu meluaskan lagi proses pengajaran dan
pembelajaran seterusnya menjadikan hasil pembelajaran pelajar itu berjaya. Prinsip yang pertama iaitu fokus
yang jelas bermaksud segala pengajaran guru mestilah mempunyai fokus yang jelas terhadap apa yang ingin
dicapai oleh pelajar diakhir sesuatu pembelajaran (Spady, 1994). Semasa guru atau penggubal membuat
perancangan kurikulum, fokus utama adalah membantu pelajar meningkatkan pengetahuan, kemahiran, dan
nilai kendiri untuk mencapai sesuatu hasil dalam pembelajaran. Objektif pembelajaran yang jelas perlu
menjurus kepada hasil yang bakal dicapai oleh pelajar serta mampu mengaplikasikan pengetahuan sedia ada.
Para guru haruslah sedar bahawa setiap daripada hasil pembelajaran para pelajar ini hendaklah dicapai dari
peringkat kursus lagi. Jika setiap dari kursus yang dijalankan menghasilkan hasil yang baik maka secara
tidak langsung program yang dijalankan adalah berjaya. Oleh itu, pada peringkat awal para penggubal
kurikulum harus memberikan tumpuan yang terperinci terhadap hasil yang bakal dicapai daripada peringkat
kursus lagi (Jonathan, 2017). Prinsip ini menunjukkan bahawa kriteria pencapaian hasil pelajar dapat
diketengahkan melalui penilaian yang standard untuk semua pelajar. Ini dapat menyeragamkan amalan
penilaian dan prosedur yang digunakan oleh pendidik dalam subjek atau kursus tertentu.
Prinsip perancangan semula bermaksud titik permulaan dalam membuat sesuatu perancangan
kurikulum haruslah membawa makna yang jelas terhadap apa hala tuju pelajar setelah tamat pengajian
(Spady, 1994). Perancangan yang strategik dalam membentuk kurikulum bermula daripada perancangan,
pengajaran dan pembelajaran serta penilaian haruslah menjurus kepada hasil yang paling utama bagi sesuatu
program. OBE melaksanakan pendekatan perancangan dari atas ke bawah dalam merancang dan menyatakan
hasil pendidikan (Jonathan, 2017). Prinsip yang sama boleh digunakan dalam merancang dan melaksanakan
hasil penilaian di dalam bilik darjah. Prinsip OBE yang ketiga adalah guru seharusnya mempunyai jangkaan
yang tinggi kepada pelajar (Spady, 1994). Apabila seseorang pelajar berjaya menguasai sesuatu kemahiran
dan ilmu baru, secara tidak langsung ianya membangkitkan keyakinan dan menggalakkan mereka untuk
mendalami sesuatu ilmu itu dengan lebih mendalam (Killen, 2000). Seperti yang dinyatakan didalam prinsip
fokus yang jelas, hasil pembelajaran di peringkat kursus semestinya dihubungkan dengan tahap hasil
pembelajaran yang lebih tinggi. Hubungan ini dapat menjamin para pendidik mempamerkan prestasi yang
tinggi para pelajar. Tahap prestasi ini dapat memastikan setiap pelajar berjawa mencapai hasil pembelajaran
yang dikehendaki oleh kursus, dan seterusnya membolehkan mereka menunjukkan hasil pada tahap yang
lebih tinggi iaitu program dan institusi. Oleh itu, penilaian yang dijalankan dalam konteks OBE perlu lebih
mencabar untuk mengaktifkan kemahiran berfikir yang tinggi seperti pemikiran kritikal, membuat
keputusan, menyelesaikan masalah dan lain-lain lagi dapat dicapai (Jonathan, 2017).
Prinsip OBE yang keempat iaitu memperluaskan peluang kepada pelajar. Dalam pembelajaran, bukan
kesemua pelajar mampu menguasai sesuatu ilmu yang baru dengan menggunakan kaedah pembelajaran yang
sama dan pada masa yang sama (Spady, 1994). Apa yang menjadi keutamaan adalah pelajar dapat menguasai
ilmu tersebut. Perkara ini tidak menggalakkan para pendidik menzahirkan manifestasi perilaku belajar dari
pelajar, memandangkan setiap dari pelajar yang unik. Oleh itu, memperluaskan peluang perlu diberikan
kepada pelajar dalam proses pembelajaran dan yang lebih penting dalam menilai prestasi mereka. Menurut
Jonathan (2017) dalam kajiannya yang bertajuk Implementing Outcome-based Education (OBE) Framework
: Implications for Assessment of Students ' Performance, prinsip memperluaskan peluang boleh dianggap
sebagai multidimensi yang merangkumi masa, kaedah dan modaliti, prinsip operasi, piawaian prestasi, akses
kurikulum dan penstrukturan. Dalam amalan dan prosedur penilaian, dimensi masa menunjukkan bahawa
pendidik harus memberi lebih banyak peluang kepada pelajar untuk menunjukkan hasil pembelajaran pada
tahap yang dikehendaki. Oleh itu, kaedah pemulihan dan peluang pembelajaran adalah biasa di lakukan
dalam bilik kelas OBE. Kaedah dan bentuk penilaian juga boleh diperluas bergantung kepada tahap pelajar.

3.0 KOLEJ VOKASIONAL

Transformasi Pendidikan Vokasional telah merubah sistem Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional
(PLTV) di Malaysia. Transformasi ini dilancarkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin pada tahun 2012 bagi
meningkatkan taraf PLTV supaya menjadi pilihan utama rakyat Malaysia. Ia bermula dengan Pindaan Akta
Pendidikan 1996 (Akta 550) yang berkuatkuasa pada 1 Januari 2012. Pindaan ini selaras dengan dasar
transformasi pendidikan vokasional yang dizahirkan melalui penjenamaan semula sekolah menengah
140
GRADUATE RESEARCH IN EDUCATION SEMINAR (GREduc) 2018
Revolutionalising Research Practices in Education and Human Resource Development

vokasional kepada Kolej Vokasional. Penjenamaan semula ini melibatkan pengenalan kurikulum baharu
yang dikenali sebagai Kurikulum Standard Kolej Vokasional (KSKV) yang digunakan di semua kolej
vokasional. KSKV ini dirangka dengan mematuhi keperluan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan di
bawah Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006 (Akta 652) dan Akta Agensi Kelayakan Malaysia
2007 (Akta 679) bagi memastikan sijil atau diploma yang bakal dianugerahkan adalah setaraf dengan sijil
atau diploma yang bakal dianugerahkan oleh Kolej Vokasional yang lain dan diiktiraf oleh industri (Akta
Pendidikan 1996, 2012). Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV) menjadi badan induk dalam
menjayakan program Transformasi Pendidikan Vokasional bagi Kolej Vokasional di Malaysia.
Pelaksanaan Kolej Vokasional bermula dengan menaiktaraf 15 Sekolah Menengah Vokasional
(SMV) kepada Kolej Vokasional (KV) rintis di seluruh Malaysia pada tahun 2012. Setelah KV rintis berjalan
selama setahun, 71 buah Sekolah Menengah Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik telah dinaik taraf
ke Kolej Vokasional pada tahun 2013 dan 2014 menjadikan keseluruhan Kolej Vokasional dibawah
Kementerian Pendidikan Malaysia sebanyak 86 buah. Kolej Vokasional menawarkan 16 program yang
dijalankan selama 4 tahun yang merangkumi dua tahun pengajian diperingkat Sijil dan dua tahun lima bulan
di peringkat Diploma termasuk On Job Training (OJT). Pelajar yang berjaya menamatkan pengajian di
peringkat sijil akan dianugerahkan Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dan layak ditawarkan menyambung
pengajian peringkat Diploma di Kolej Vokasional yang sama. Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional
(BPTV) mensasarkan 70% hasil graduan Kolej Vokasional akan memenuhi pasaran kerja di industri,
seterusnya 20% pelajar akan melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi dan baki 10% daripada pelajar
akan menjadi usahawan dalam bidang yang diceburi (Fauzi, 2017; Kementerian Pendidikan Malaysia, 2017).
Peratusan yang tinggi diletakkan graduan Kolej Vokasional terus menceburi bidang pekerjaan bagi
memenuhi tenaga kerja berkemahiran yang diperlukan bagi membangunkan negara Malaysia.

4.0 PELAKSANAAN OUTCOME-BASED EDUCATION (OBE) DI KOLEJ VOKASIONAL

Pendekatan OBE di Kolej Vokasional digunapakai bagi memenuhi keperluan Agensi Kelayakan Malaysia
bagi mengiktiraf program diploma yang dilaksanakan supaya memenuhi standard yang telah ditetapkan.
Pelaksanaan Outcome-Based Education (OBE) di Kolej Vokasional memerlukan setiap program yang
dijalankan mempunyai Programme Education Objective (PEO) yang menyatakan hala tuju pelajar dari
empat ke lima tahun setelah tamat mengikuti program yang dijalankan. Seterusnya setiap program perlu
menyediakan Programme Learning Objective (PLO) yang menyatakan kemenjadian pelajar sejurus tamat
mengikuti program di Kolej Vokasional tersebut.
Menurut Kerangka Kelayakan Malaysia (KKR), setiap penyataan Hasil Pembelajaran Program
(PLO) mestilah mengandungi tiga domain pembelajaran iaitu Pengetahuan (kognitif), Kemahiran Praktikal
(psikomotor), dan nilai (afektif). Setelah terhasilnya Hasil Pembelajaran Program, setiap kursus dibawah
program perlu juga dinyatakan Hasil Pembelajaran Kursus atau lebih dikenali sebagai Course Learning
Outcome (CLO). CLO merupakan panduan kepada guru-guru dalam pelaksanakan pengajaran dan
pembelajaran berkonsepkan OBE. Setiap CLO, PLO dan PEO mesti mempunyai hubungkait antara satu
sama lain dan dinyatakan secara jelas dan nyata tentang pengetahuan, kemahiran dan nilai yang perlu dicapai
oleh pelajar dalam program tersebut. Analisa pencapaian dari CLO, PLO ke PEO sama ada tercapai atau
tidak bergantung kepada KPI yang telah ditetapkan oleh Kolej Vokasional. Setiap hasil pembelajaran
merupakan kenyataan mengenai hasil yang perlu dicapai oleh pelajar diakhir proses pengajaran dimana ianya
dinilai untuk mendapatkan kelayakan (Malaysian Qualifications Agency, 2017).
Di Kolej Vokasional proses pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) dilaksanakan mengikut sistem
semester dimana takwim tahunan dibahagi kepada dua semester. Pada permulaan semester pelajar akan
diberikan garis panduan kursus dimana pendedahan mengenai hasil pembelajaran kursus, isi kandungan
kursus serta penilaian diterangkan oleh guru yang mengajar kursus tersebut. Penilaian bagi mengukur tahap
penguasaan pelajar dijalankan dalam bentuk penilaian berterusan dan juga penilaian akhir. Pemberatan bagi
penilaian berterusan adalah 60% dan penilaian akhir 40%. Terdapat 16 program yang dijalankan di Kolej
Vokasional seluruh Malaysia, setiap program yang dijalankan perlu memenuhi jumlah jam kredit yang perlu
diambil bagi melayakkan seseorang pelajar bergraduat di dalam program tersebut. Jam kredit yang
dijalankan mestilah memenuhi ketetapan yang telah ditentukan oleh MQA.
Kod Amalan Akreditasi Program menyatakan perlunya guru mempelbagaikan kaedah pembelajaran
dan pengajaran untuk mencapai lapan domain hasil pembelajaran MQF. Ini bagi memastikan pelajar lebih
bertanggungjawab terhadap pembelajaran dan pengajaran berasaskan hasil dan kredit yang berasaskan
141
GRADUATE RESEARCH IN EDUCATION SEMINAR (GREduc) 2018
Revolutionalising Research Practices in Education and Human Resource Development

kepada Standard Learning Time (SLT) kebangsaan. Penyampaian kurikulum merupakan proses untuk
mencapat hasil pembelajaran program dan disokong oleh pentaksiran. Penyampaian adalah proses yang
melibatkan perancangan mengajar, mentaksir, menjadi fasilitator, mencatat dam melaporkan proses
pengajaran dan pembelajaran (Malaysian Qualifications Agency, 2011).
Penyampaian kurikulum merangkumi pelbagai cara untuk membolehkan pelajar mencapai hasil
pembelajaran yang ditetapkan. Pengajaran, sokongan pembelajaran, penasihatan dan bimbingan, coaching,
mentoring dan pembelajaran kolaboratif, maklum balas dan pentaksiran, perancangan pembangunan
personal dan tutoran, pembangunan kemahiran dan latihan, adalah antara pelbagai proses yang terlibat. Guru
boleh memilih kaedah pembelajaran yang sesuai seperti Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL),
Pembelajaran Berpusat Pelajar (SCL) dan pendekatan lain yang berkaitan (Mohd Ghazali Mohayidin et al.,
2008). Di dalam buku Garis Panduan Amalan Baik: Reka Bentuk dan Penyampaian Kurikulum yang
dikeluarkan oleh Malaysian Qualifications Agency, 2011 menyatakan antara mod penyampaian termasuklah
penyampaian dalam bilik kuliah, pembelajaran kendiri, pembelajaran atas talian dan gabungan mod tersebut.
Mod penyampaian hendaklah menyokong pembangunan individu untuk menjadi seorang pelajar sepanjang
hayat yang berautonomi dan mampu membuat refleksi ke atas pembelajarannya (secara formal dan tidak
formal) serta mampu merancang pembangunan diri, pendidikan dan profesional.
Terdapat tiga domain pembelajaran yang berlandaskan tahap kerumitan dalam setiap domain yang
digunakan dalam pembangunan pelajar. Domain tersebut adalah domain kognitif, psikomotor dan afektif
(Bloom, 1956). Hasil pembelajaran MQA dan KPM perlu merangkumi ketiga-tiga domain tersebut. Di dalam
domain kognitif, psikomotor dan afektif, hasil pembelajaran MQA dan KPM juga menerapkan kemahiran
generik pelajar sepeti kemahiran komunikasi, profesionalisme, kerja berpasukan, pembelajaran sepanjang
hayat dan kepimpinan (Malaysian Qualifications Agency, 2013). Hasil Pembelajaran yang ditetapkan oleh
MQA dan KPM merangkumi domain pengetahuan atau kognitif (C), domain kemahiran atau psikomotor (P)
dan domain afektif (A) ditunjukkan dalam Jadual 1.

Jadual 1. Domain Hasil Pembelajaran MQA dan KPM di Kolej Vokasional


Domain Hasil Pembelajaran Domain Hasil Pembelajaran
No.
MQA KPM
Pengetahuan Tentang Kandungan
1. Pengetahuan (C)
Disiplin (C)
2. Kemahiran Praktikal (P) Kemahiran Praktikal (P)
Kemahiran dan Tanggungjawab Kemahiran Berfikir dan Saintifik
3.
Sosial (A) (C)
Etika, profesionalisme dan Kemahiran Komunikasi (A)
4.
kemanusiaan (A)
Kemahiran komunikasi, Kemahiran sosial, kerja berpasukan
5.
kepimpinan dan berpasukan (A) dan tanggungjawab (A)
Kaedah saintifik, pemikiran kritikal Nilai, etika, moral dan
6. dan kemahiran menyelesaikan profesionalisme (A)
masalah (C)
Pembelajaran sepanjang hayat dan Kemahiran pengurusan maklumat
7. kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat
(A) (A)
Kemahiran keusahawanan dan Kemahiran pengurusan dan
8.
pengurusan (A) keusahawanan (A)
9. Kemahiran kepimpinan (A)

OBE di Kolej Vokasional lebih menjurus kepada perancangan dan hasil yang bakal diperolehi oleh
setiap pelajar dalam setiap program yang diikuti. Hasil pembelajaran ini lebih berfokus kepada jangkaan
yang perlu para pelajar capai dari segi pengetahuan, kefahaman atau kebolehan untuk membuat sesuatu
ataupun kualiti yang perlu dibangunkan oleh mereka sendiri semasa pembelajaran di Kolej Vokasional. OBE
menekankan kepada pembelajaran pelajar dengan menggunakan pernyataan hasil pembelajaran yang jelas
untuk memudahkan para pelajar mengetahui dan memahami tentang jangkaan hasil yang perlu mereka capai.
142
GRADUATE RESEARCH IN EDUCATION SEMINAR (GREduc) 2018
Revolutionalising Research Practices in Education and Human Resource Development

Selain itu, para guru menyediakan aktiviti pembelajaran tertentu dengan tujuan untuk membolehkan para
pelajar mencapai semua hasil yang dirancangkan. Akhirnya guru menilai tahap pencapaian pelajar
berdasarkan kriteria penilaian yang telah ditetapkan secara jelas dan berkesan. Rajah 2 menunjukkan proses
OBE yang dilaksanakan di Kolej Vokasional dimana secara keseluruhannya memfokuskan kepada empat
elemen yang utama dalam pelaksanaan sepanjang program akademik iaitu Perancangan, Pelaksanaan,
Pemantauan, Penilaian. Proses penambahbaikan berterusan dilakukan bagi melengkapkan kekurangan
sepanjang proses OBE dijalankan.

Rajah 2: Kitaran Keseluruhan OBE


(Sumber dari Garis Panduan Pelaksanaan Kurikulum Diploma Kolej Vokasional)

5.0 IMPLIKASI PELAKSANAAN OBE DI KOLEJ VOKASIONAL

Audit daripada Agensi Kelayakan Malaysia terhadap program yang dijalankan di Kolej Vokasional seluruh
Malaysia bermula pada tahun 2015 lagi terhadap 16 buah KV rintis. Pada tahun 2018, 70 buah KV bukan
rintis telah menjalani proses audit dan sedang berlangsung sehingga hujung tahun. Pelaksanaan audit
penilaian program yang dijalankan di setiap Kolej Vokasional bagi mendapatkan akreditasi penuh serta
melayakkan program tersebut diiktiraf oleh MQA. Pengiktirafan ini amat penting bagi menunjukkan
standard dan kualiti bagi program yang dijalankan di KV (Malaysian Qualifications Agency, 2007). Hasil
laporan akreditasi penuh oleh MQA terhadap program Diploma Teknologi Automotif di beberapa buah KV
mendapati amalan OBE masih rendah di mana guru tidak memahami peranan CLO dan hubungkait dengan
PLO. Pentaksiran yang diamalkan adalah menjurus kepada isi kandungan kursus dan pencapaian gred pelajar
dan bukannya hasil pembelajaran yang ditetapkan didalam CLO kursus masing-masing (Malaysian
Qualification Agency, 2018). Laporan dari audit juga menyatakan kesedaran dan kefahaman bagi ketua
program dan guru terhadap kurikulum berasaskan OBE berada di tahap sederhana dan perlu dipertingkatkan.
Proses Continuous Quality Improvement (CQI) masih kurang dilaksanakan sepenuhnya serta tiada
mekanisme yang baik bagi menyokong pengukuran dan penilaian CQI. Menurut Garis Panduan Pelaksanaan
Kurikulum Diploma Kolej Vokasional (Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV), 2016), Segala
penilaian yang dibuat perlu dianalisis bagi membandingkan perancangan dan kejayaan yang dicapai.
Perancangan yang dirancang haruslah menjurus kepada objektif dan hasil pembelajaran program yang telah
direkabentuk. Analisa hasil yang dicapai samada tercapai atau tidak bergantung kepada indeks pencapaian
utama yang telah ditetapkan. Kaedah penilaian juga menjadi alat yang penting dalam mengenalpasti
pencapaian setiap pelajar. Jika pencapaian berada di bawah sasaran yang ditetapkan, proses penambahbaikan
CQI perlu dijalankan dalam usaha meningkatkan pencapaian hasil program yang dirancang secara
berterusan.

143
GRADUATE RESEARCH IN EDUCATION SEMINAR (GREduc) 2018
Revolutionalising Research Practices in Education and Human Resource Development

6.0 PERBINCANGAN

Pelaksanaan OBE di Kolej Vokasional perlu lebih menyeluruh daripada perancangan hingga
penambahbaikan. Peranan perlu diambil oleh semua pihak termasuk Bahagian Pendidikan Teknik dan
Vokasional (BPTV), Pentadbir Kolej Vokasional, guru-guru dan para pelajar bagi menambah baik
implementasi OBE di Kolej Vokasional.
Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV) dan pentadbir Kolej Vokasional perlu memberi
panduan dan sokongan penuh kepada pelaksanaan OBE di Kolej Vokasional. Dalam kajian Chee Keong,
Liang, Said, & Man (2010) mendapati faktor sokongan dari pihak pentadbir penting dalam sesuatu
pelaksanaan dalam sesebuah organisasi. Tanpa sokongan dan bantuan dari pihak pentadbir, pelaksanaan
OBE tidak akan dijalankan. Selain itu, penambahbaikan kepada kurikulum yang sedia ada dan penglibatan
lebih dari pakar-pakar dalam program yang ditawarkan perlu lebih meluas kerana menurut laporan audit
Malaysian Qualification Agency (2018) terhadap Kolej Vokasional mendapati kurikulum sedia ada belum
cukup memenuhi standard peringkat Diploma Kerangka Kelayakan Malaysia (KKM). Pentadbir diharap
dapat memberi pendedahan lebih mengenai OBE kepada guru dan pelajar melalui latihan berkala. Guru perlu
menguasai dan menyokong objektif OBE agar dapat membuat persediaan terhadap pengajaran, pembelajaran
serta penilaian pada tahap yang tinggi untuk pelajar (Jonathan, 2017).
Penggerak utama bagi pelaksanaan OBE di Kolej Vokasional adalah guru. Guru perlu
menterjemahkan apa sahaja garis panduan kurikulum yang diterima ke dalam pengajaran yang lebih spesifik
dan mencukupi untuk membimbing aktiviti pengajaran dan pemudah cara (Killen, 2000). Menurut Sulaiman
(2012) guru menggalas tanggungjawab penuh dalam perancangan dan pengurusan persekitaran pelajar.
Manakala pelajar perlu lebih bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka. Jika seseorang guru tidak
dapat memahami hasil pembelajaran kursus yang diajar, pelajar mungkin tidak akan mencapai hasil yang
ditetapkan. Ini akan menyebabkan kegagalan sesebuah program serta institusi tersebut kerana guru adalah
tunjang kepada sistem pendidikan (Ahmad Esa, Razali Hassan, Jamaludin Hashim, & Mohd Yusop Hadi,
2012). Nor Amanina Izyan (2013) menyatakan, pengetahuan dan peranan seseorang guru mengenai sesuatu
perkara merupakan penyebab utama sesuatu pendekatan itu berjaya. Apa yang perlu diambil berat oleh guru
adalah menghayati dan memahami proses OBE dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta
mengamalkan penilaian berasaskan hasil. Laporan audit Malaysian Qualification Agency (2018) menyatakan
proses penilaian yang dilaksanakan oleh guru tidak releven dengan domain taksonomi berlandaskan kepada
dokumen silibus. Guru juga disaran tidak terikut kaedah pengajaran konvensional dan lebih fokus kepada
kemenjadian pelajar. Ini kerana guru bukanlah seseorang yang ditugaskan untuk menyampaikan ilmu kepada
pelajar semata-mata, tetapi guru bersama-sama pelajar mencari ilmu dan menambah ilmu yang kurang dan
dengan penglibatan guru bersama pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat mewujudkan
budaya berdaya saing yang sihat (Siti Nor Atiqah Abdul Padzil, Rohana Hamzah, & Amirudin Udin, 2011)
Pendekatan OBE merupakan pembelajaran berasaskan hasil yang dicapai oleh pelajar. Hasil
pembelajaran ini boleh dikuasai bila pengajaran dan pembelajaran itu lebih berpusatkan pelajar (Scott, 2011).
Sebagai seorang pelajar, peranan yang perlu diambil adalah memahami konsep OBE itu sendiri. Pelajar harus
fokus dan memahami setiap hasil pembelajaran bagi daripada kursus sehingga program yang diikuti. Pelajar
juga perlu mengambil tanggungjawab yang besar untuk pembelajaran mereka (Sulaiman, 2012). Oleh itu,
setiap dari individu perlu melaksanakan tanggungjawab dan peranan masing-masing bagi menjayakan
implementasi OBE dalam Kolej Vokasional.

7.0 KESIMPULAN

Outcome-based Education (OBE) di Kolej Vokasional masih dalam peringkat awal dan pelaksanaan
secara menyeluruh perlu dilaksanakan bagi mendapat hasil pembelajaran yang tinggi selaras dengan
kemajuan industri di Malaysia. Pelan Transformasi Pendidikan Vokasional menyatakan keperluan negara
dalam tenaga mahir amat diperlukan bagi memenuhi aspirasi pembangunan negara. Dengan adanya pelajar
yang mencapai hasil pembelajaran di Kolej Vokasional secara tidak langsung dapat memberi sumbangan
kepada pembangunan negara. Penguasaan ilmu berkaitan OBE ini perlu didalami oleh setiap warga pendidik
dan pihak pengurusan Kolej Vokasional bagi memantapkan lagi matlamat program yang dijalankan. Peranan
warga pendidik dalam menjayakan pelaksanaan OBE ini mampu menjadikan pelajar yang kurang cemerlang
dari aspek akademiknya menjadi lebih berjaya dan seterusnya dapat mengurangkan kepada masalah

144
GRADUATE RESEARCH IN EDUCATION SEMINAR (GREduc) 2018
Revolutionalising Research Practices in Education and Human Resource Development

keciciran pembelajaran di Malaysia selaras dengan usaha membangunkan laluan pendidikan vokasional
untuk menjadi pilihan utama para pelajar. Melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025
menekankan inisiatif dalam meningkatkan penyertaan pelajar dalam bidang vokasional di peringkat
menengah atas bagi memenuhi permintaan industri. Warga Kolej Vokasional diharap dapat menjadikan
amalan OBE dalam pengajaran dan pemudahcaraan seterusnya menjayakan agenda Transformasi Pendidikan
Vokasional bagi negara Malaysia.

RUJUKAN

Ahmad Esa, Razali Hassan, Jamaludin Hashim, & Mohd Yusop Hadi. (2012). Peranan UTHM Dalam
Melahirkan Pendidik Berketrampilan. Cabaran Pendidikan Teknik & Vokasional (PTV) Di Malaysia :,
1–13.
Akta Pendidikan 1996. Undang-Undang Malaysia: Akta 550, Pub. L. No. 550, 94 (2012). Retrieved from
https://www.moe.gov.my/index.php/my/pekeliling/pekelilling-ikhtisas/item/164-akta-pendidikan-
1996-dan-peraturan-perat
Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV). GARIS PANDUAN PELAKSANAAN
KURIKULUM DIPLOMA KOLEJ VOKASIONAL (2016). Retrieved from www.bptv.edu.my
Bloom, B. (1956). A Taxonomy of Cognitive Objectives. In A Taxonomy of Cognitive Objectives.
Chee Keong, C., Liang, L., Said, S., & Man, S. H. (2010). Amalan Penggunaan TMK Dalam Pengajaran
dan Pembelajaran Di Sebuah Sekolah Orang Asli Di Hulu Perak, Grik: Satu Kajian Kes. Institut
Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim. Retrieved from
http://onlinelibrary.wiley.com/doi/10.1002/cbdv.200490137/abstract
Fauzi, A. (2017). Pendidikan dan Latihan Teknik & Vokasional KPM Ke Arah Transformasi Negara 2050.
Seminar Pendidikan Johor Berkemajuan 2017, (September).
Jabatan Pengajian Tinggi, & KPT. (2012). Asas Pembelajaran dan Pengajaran Pensyarah Institusi
Pengajian Tinggi.
Jonathan, V. M. (2017). Implementing Outcome-Based Education ( OBE ) Framework : Implications for
Assessment of Students ’ Performance. Educational Measurement and Evaluation Review (2017), 8(1).
Kementerian Pendidikan Malaysia. DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN, 4 Bahagian Perancangan dan
Penyelidikan Dasar Pendidikan (2017). Retrieved from
https://www.moe.gov.my/images/KPM/UKK/2018/BUKU DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN
JILID KEEMPAT.pdf
Killen, R. (2000). Outcomes-based education: Principles and possibilities. … . University of Newcastle,
Faculty of Education, 1–24. https://doi.org/10.1111/j.1365-2929.2005.02210.x
Malaysian Qualification Agency. (2018). LAPORAN PENILAIAN AKREDITASI PENUH DIPLOMA
TEKNOLOGI AUTOMOTIF KV SEPANG.
Malaysian Qualifications Agency. (2007). Garis Panduan Amalan Baik: Pemantauan, Penyemakan dan
Penambahbaikan Kualiti Institusi Berterusan (Vol. 1). Retrieved from
http://www2.mqa.gov.my/QAD/garispanduan/2017/GGP MR_CIIQ (BM).upload website
13.10.17.pdf
Malaysian Qualifications Agency. (2011). Garis Panduan Amalan Baik: Reka Bentuk Dan Penyampaian
Kurukulum. Retrieved from http://www2.mqa.gov.my/QAD/garispanduan/2013/GGP CDD_bm.pdf
Malaysian Qualifications Agency. (2013). Garis Panduan Amalan Baik: Penilaian Pelajar. Retrieved from
http://www2.mqa.gov.my/QAD/garispanduan/2013/MALAY GGP AS 061113.pdf
Malaysian Qualifications Agency. (2017). Malaysian Qualifications Framework (MQF) (2nd Editio).
Retrieved from http://www.mqa.gov.my/PortalMQAv3/document/mqf/MQF 2nd Edition
02042018.pdf
Mohd Ghazali Mohayidin, Turiman Suandi, Ghazali Mustapha, Mohd. Majid Konting, Norfaryanti
Kamaruddin, Nor Azirawani Man, … Siti Norziah Abdullah. (2008). Implementation of Outcome-
Based Education in Universiti Putra Malaysia: A Focus on Students’ Learning Outcomes. International
Education Studies, 1(4). https://doi.org/10.5539/ies.v1n4p147
Nor Amanina Izyan, A. (2013). Pelaksanaan Outcome-based Education (OBE) Dalam Kalangan Pensyarah
Di Fakulti Pendidikan Teknikal Dan Vokasional.
Scott, I. (2011). The Learning Outcome in Higher Education: Time to think again? Worcester Journal of
Learning and Teaching Personal Perspectives Section, (5).
145
GRADUATE RESEARCH IN EDUCATION SEMINAR (GREduc) 2018
Revolutionalising Research Practices in Education and Human Resource Development

Siti Nor Atiqah Abdul Padzil, Rohana Hamzah, & Amirudin Udin. (2011). Pendidikan PTV dalam
membangunkan tenaga manusia berminda kelas pertama. Journal of Edupres, 1(September), 279–286.
Spady, W. G. (1994). OBE Book_Critical Issues and Answers. American Association of School
Administrators, Arlington, VA. Retrieved from https://eric.ed.gov/?id=ED380910
Spady, W. G., & Marshall, K. J. (1991). Beyond Traditional Outcome-Based Education Transformational
Outcome-Based Education gives schools a profoundly different means of restructuring themselves.
Educational Leadership, 49(2), 67–72. Retrieved from
http://www.archive.jfn.ac.lk/OBESCL/MOHE/OBE-Articles/Academic-documents-articles/3.OBE-
beyond-traditional.pdf
Sulaiman, N. A. (2012). Amalan Pensyarah Dalam Perlaksanaan Pendidikan Berasaskan Hasil (Obe) Di
University Tun Hussein Onn Malaysia. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Retrieved from
http://eprints.uthm.edu.my/4243/1/nurul_ain_binti_sulaiman.pdf

146

View publication stats

You might also like