You are on page 1of 9

MODUL 2 Sistem

Komputer

1. Nama Modul : Bahagian Komputer dan Komponen - Gambaran


Keseluruhan Sistem Komputer

2. Hasil Pembelajaran : Pelajar akan dapat:


a. Mengenal pasti komponen utama dalam sistem
komputer
b. Mmenyatakan fungsi komponen-komponen utama dalam
sistem komputer
c. Menerangkan secara ringkas kitaran pemprosesan data
sistem komputer

3. Pengetahuan dan Kemahiran


a. Apakah itu komputer
b. Jenis-jenis Komputer

4. Ringkasan Modul
Pada akhir modul ini, pelajar akan dapat mengenal pasti dan menyatakan fungsi
komponen-komponen utama dalam sistem komputer dan juga menerangkan secara
ringkas kitaran pemprosesan data sistem komputer
.
Aktiviti 1 : Mengenal pasti komponen-komponen utama dalam sistem komputer dan
fungsi mereka
Aktiviti 2 : Terangkan secara ringkas kitaran pemprosesan data komputer sistem

1
MODUL 2 Sistem
Komputer

Aktiviti 1

SISTEM KOMPUTER

Sistem komputer merupakan peranti elektronik yang berupaya menerima data (input)
menerusi peranti-peranti tertentu seperti papan kekunci oleh pengguna. Data-data
tersebut akan diproses (proses) menjadi maklumat yang berguna oleh CPU menerusi
perisian tertentu. Maklumat tersebut akan dipaparkan (output) menerusi peranti seperti
monitor ataupun pada mesin pencetak. Maklumat tersebut juga boleh disimpan
(storan) untuk kegunaan pada masa-masa akan datang.

Sistem Unit/CPU

Pembesar
suara

Papan kekunci tetikus

MONITOR
 Monitor ialah paparan komputer yang seperti monitor TV . Satu imej pada monitor
komputer terdiri daripada piksel (titik). Secara umumnya, lebih tinggi resolusi, lebih
baik imej. Semakin kecil titik-titik (biasanya dari 0.25 mm hingga 0.31 mm ), lebih
baik imej tersebut.

 Jenis-jenis paparan skrin monitor adalah:

Set Televisyen Standard


Set Televisyen rumah yang biasa boleh digunakan untuk
output komputer

Monitor Komputer Standard


Monitor mempunyai resolusi lebih baik daripada monitor TV.
Ada juga monitor yang skrin rata (flat screen).

Liquid Crystal Display( LCD )


Skrin ini terdiri daripada dua plat kaca dengan cecair
diantaranya.

2
MODUL 2 Sistem
Komputer

3
MODUL 2 Sistem
Komputer

PAPAN KEKUNCI

Papan Kekunci Papan Kekunci


Multimedia “Wireless”

 Papan kekunci adalah peranti input utama untuk teks dan arahan. Papan kekunci
komputer menggunakan paparan utama sama seperti mesin taip . Ia juga
mengandungi fungsi kekunci standard , seperti Esc, pergerakan kursor dan kekunci
kawalan.
 Papan kekunci terdiri daripada tiga (3) jenis port seperti :

Serial port

PS/2 port

USB port

PEMBESAR SUARA

Pembesar suara memberi maklumat dalam bentuk bunyi. Pembesar suara komputer
boleh didapati secara meluas dalam pelbagai kualiti dan harga.

4
MODUL 2 Sistem
Komputer

TETIKUS
Tetikus adalah satu peranti input yang digunakan untuk kawalan pergerakan kursor
atau penunjuk pada paparan skrin. Ia mempunyai klik kanan, klik kiri dan klik dua kali
untuk berfungsi. Tetikus optik menggunakan teknologi kamera digital manakala tetikus
port PS/2 menggunakan bebola dan penggelek pada bawah tetikus.

SISTEM UNIT

Unit sistem juga dikenali sebagai unit asas . Ia adalah badan induk komputer desktop
yang terdiri daripada kepungan logam atau serat yang mengandungi motherboard,
power supply (bekalan kuasa), kipas penyejuk, pemacu cakera keras, kad tambahan
(seperti kad grafik dan kad rangkaian).

PENCETAK
Pencetak ialah alat yang menghasilkan satu salinan (hardcopy) pada kertas atau
material tertentu (berbentuk teks atau grafik yang boleh dibaca) daripada dokumen
yang disimpan dalam bentuk elektronik (softcopy).

Kebanyakan pencetak digunakan sebagai peralatan komputer dan disambung


menggunakan kabel pencetak kepada komputer yang berfungsi sebagai sumber
dokumen.

5
MODUL 2 Sistem
Komputer

Terdapat banyak jenis pencetak komputer .

PENCETAK DOT-MATRIX PRINTER

Pencetak dot matrik adalah pencetak kos rendah yang menghasilkan output yang
berkualiti rendah. Ia berfungsi seperti mesin taip automatik. Ia juga boleh digunakan
bersama salinan karbon pada dokumen.

PENCETAK INK-JET

Pencetak ink-jet pencetak kos rendah yang menghasilkan output berkualiti


pertengahan. Pencetak jenis ini adalah yang paling ekonomi untuk output warna.

PENCETAK LASER

Pencetak laser menggunakan pancaran laser untuk menghasilkan output yang


berkualiti. Kelajuan laser pencetak biasanya kira-kira 8 ppm (halaman per minit).

6
MODUL 2 Sistem
Komputer

Aktiviti 2
KITARAN PEMPROSESAN DATA

Sistem komputer memproses data kepada maklumat melalui empat operasi; input ,
proses, storan dan output.

Pengguna memasukkan data dengan menggunakan peranti input (seperti papan


kekunci, tetikus) secara elektronik dan diproses oleh pemproses. Dalam operasi
pemprosesan, data dimanipulasikan untuk memproses atau mengubahnya menjadi
maklumat

Storan (seperti cakera keras , cakera padat (CD), disket ) menyimpan data , maklumat
dan program. Peranti output (seperti monitor, pencetak) memaparkan data diproses
sebagai maklumat kepada pengguna.

7
MODUL 2 Sistem
Komputer

Latihan 1
Labelkan gambar di bawah. Tulis jawapan anda pada ruang yang diberikan

8
MODUL 2 Sistem
Komputer

Latihan 2
Berdasarkan gambar yang diberikan, namakan komponen komputer dan
nyatakan fungsi komponen tersebut.

NO KOMPONEN NAMA KOMPONEN KOMPUTER DAN FUNGSINYA


KOMPUTER
1
NAMA : _______________________________________

FUNGSI : ______________________________________

NAMA : _______________________________________

FUNGSI : ______________________________________

NAMA : _______________________________________

FUNGSI : ______________________________________

NAMA : _______________________________________

FUNGSI : ______________________________________

Latihan 3
Lengkapkan kitaran pemprosesan data sistem komputer di bawah.

You might also like