You are on page 1of 2

Ayat Tunggal

1. Ayat tunggal terdiri daripada satu subjek dan satu predikat.


2. Ayat ini juga dikenali sebagai ayat mudah atau ayat selapis.
Contoh : Lelaki gemuk itu \ sedang menembak burung.
Subjek = Lelaki gemuk itu
Predikat = sedang menembak burung.

Ayat Majmuk
1. Ayat Majmuk ialah ayat yang mengandungi dua atau lebih ayat - ayat tunggal
disambungkan oleh perkataan Kata Hubung seperti dan, atau, kecuali, tetapi,
sambil, seraya dan lain-lain.
2. Ayat ini juga dikenali sebagai ayat Selapis.
Contoh : A) Razak mengambil sebuah buku cerita. ( Ayat Tunggal )
B) Razak membaca buku itu. ( Ayat Tunggal )
C) Razak mengambil sebuah buku cerita lalu membaca buku itu. ( Ayat
Majmuk )

PEMAJMUKAN
Kata Majmuk
1. Dua atau lebih daripada dua patah dasar dapat digabungkan
untuk membentuk satu kata baru yang padu atau sebati maknanya.
- Setiap kata yang menjadi komponen kata majmuk mempunyai maknanya
sendiri-sendiri.
- Misalnya, wang dan saku yang menjadi komponen kata majmuk wang saku
mempunyai maknanya masing-masing. Makna wang saku ialah wang
dibawa untuk digunakan apabila diperlukan.
- Ada juga kata majmuk yang terbentuk daripada dua patah kata
yang berbeza tetapi maknanya sama atau hampir-hampir sama. Beberapa
contohnya ialah cantik jelita, hancur lebur, dan sunyi sepi.
- Dua patah kata yang sama atau hampir sama maknanya itu
dimaksudkan untuk menyatakan makna kesangatan. Misalnya, cantik jelita
bererti sangat cantik, hancur lebur bererti hancur sama sekali, dan sunyi sepi
bererti sangat sunyi.
Bentuknya
- Kata majmuk ada yang dieja tercantum dan ada yang dieja terpisah tetapi
tidak ada yang bersempang.
8. Dengan itu, dapatlah dibezakan bentuk kata majmuk daripada
bentuk kata ganda yang dieja bersempang kecuali kata ganda separa seperti
bebawang, jejari, kekuda, dan sebagainya.
9. Beberapa contoh kata majmuk yang dieja tercantum ialah
apabila, bumiputera, daripada, jurumudi, kadangkala, dan walaupun.
10. Beberapa contoh kata majmuk yang dieja terpisah ialah air
mata, buah pinggang, campur tangan, daun pintu, ganti rugi, dan hak cipta.
Ayat majmuk ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu subjek atau predikat yang
digabungkan dengan kata hubung.
Ayat majmuk Kata Ayat tunggal
hubung
Suhaili suka makan nasi lemak dan (a) Suhaili suka makan nasi lemak.
dan mi sup.
(b) Suhaili suka makan mi sup.
Rumah yang besar itu rumah Yang(a) Rumah itu besar.
Fazli.
(b) Rumah itu rumah Fazli.
Dia memberitahu bahawa bahawa
(a) Dia memberitahu.
kakaknya akan melanjutkan
pelajaran ke luar Negara. (b) Kakaknya akan melanjutkan
pelajaran ke luar Negara.
Dia akan balik ke kampong Apabila
(a) Dia akan balik ke kampung.
apabila ada masa lapang.
(b) Dia ada masa lapang.
Gabungkan ayat-ayat tunggal di bawah dengan kata hubung yang diberi supaya menjadi
ayat majmuk.
1. Ayah membaca surat khabar.
Ayah menonton televisyen. sambil
________________________________________
2. Hanita tinggal di Taman Aman.
Suresh tinggal di Taman Aman dan
_________________________________________
3. Amran melayari internet.
Amran mencari maklumat terbaru. untuk
_________________________________________
4. Kasut itu berwarna biru.
Kasut itu sangat mahal. yang
_________________________________________
5. Kami terkejut.
Kami terdengar bunyi letupan. apabila
_________________________________________
6. Halim kaya.
Halim kedekut. tetapi
_________________________________________
7. Murid itu mengetuk pintu.
Murid itu masuk ke dalam bilik darjah. sebelum
__________________________________________
8. Ibu memarahi adik.
Adik bermain di tepi longkang. kerana
__________________________________________
9. Asward tetap pergi ke kelas tuisyen.
Asward tidak sihat. walaupun
__________________________________________

You might also like