You are on page 1of 2

KAJIAN LAPANGAN

1.0 PENGENALAN

Kajian ini dilakukan untuk menemu bual tokoh nyanyian tradisonal bagi mendapatkan
maklumat tentang gubahan dan ciptaan muzik tradisonal di Negara Malaysia. Secara
berkumpulan, kami telah melaksanakan tugas ini dengan sebaik yang mungkin bermula
dengan fasa sebelum, semasa dan selepas kajian. Masyarakat Melayu sememangnya
terkenal dengan pelbagai irama dan lagu yang diwarisi secara turun temurun. Walaupun
mengalami sedikit pembaharuan dari segi aturan liirik, gaya nyanyian atau alat muzik serta
cara penyampaiannya yang dipelbagaikan, ia masih memperlihatkan ciri-ciri yang tersendiri.
Menurut Zurinah Hassan (2006), lagu dapat didefinisian sebagai gubahan suara dalam
urutan, kombinasi dan hubungan temporal untu menghasilkan gubahan muzik yang
mempunyai kesatuan dan kesinambungan. Lagu amat penting di dalam kehidupan
masyakat. Menurut Zainal Kling (1999), muzik dan lagu menjadi bahagian daripada budaya
dan sistem sosial masyarakat. Tambahan, pelbagai bentuk muzik harus diteliti pada dua
aspek utama iaitu sebagai perlakuan manusia dalam budayanya serta sebagai bentuk
budaya atau seni tersendiri.

Menurut Rahmah Bujang (1999), lagu rakyat masyarakat Melayu adalah lagu-lagu
atau nyanyian berasal dari sesuatu kawasan dalam Alam Melayu tidak kira kawasan itu
terletak di Negara Indonesia, Malaysia, Singapura, brunei hatta di mna-mana pelusuk pulau
terpencil di Nusantara. Lagu rakyat menceritakan perihal masyarakat, alam, haiwan,
tumbuh-tubuhan ataupun senario semasa di kawasan tersebut. Lagu rakyat biasanya
dinyanyikan semasa bermain, mendodoikan ana, hiburan setelah penat membanting tulang
dan juga semasa majlis-majlis keraian yang didengangkan secara berkumpulan atau
berseorangan. Menurut Aripin Said (1999), lagu rakyat juga dikenali sebagai nyanyian
rakyat. Nyanyian rakyat merupakan lagu-lagu yang dinanyikan oleh masyarakat tradisional
masa lalu yang rata-ratanya bukan sekadar untuk menghibur malah untuk mendidik
sesebuah masyarakat. Oleh yang demikian, kajian ini dibuat bagi mencari maklumat-
maklumat berkaitan penyanyi lagu rakyat dan lagu-lagu rakyat sering didengkan bagi
menghiburkan dan memberi pengajaran kepada masyakat Malaysia.
2.0 SEBELUM MELAKSANAKAN KAJIAN LAPANGAN

2.0.1 PERANCANGAN KAJIAN

Sebelum melaksanakan tugasan ini, kami telah membuat perbincangan


secara bersemuka sebanyak 4 kali bagi meniliti setiap perkara yang perlu dilakukan
bagi melancarkan kajian yang bakal dilakukan. Setelah berbincang pada perjumpaan
yang pertama, kami telah memutuskan untuk membuat kajian berkaitan seorang
tokoh nyanyian lagu rakyat yang tersohor dan tidak asing lagi dari masyarakat
setempat iaitu Roslan Madun. Pada perjumpaan yang pertama juga, agihan tugasan
telah di buat bagi memudahkan pengurusan tugasan kajian lapangan ini agar
masing-masing dapat memberikan komitmen terhadap tugasan masing-masing.
Berikut merupakan jadual perancangan yang kami putuskan untuk menjalankan
kajian lapangan tersebut :

TARIKH/HARI MASA/TEMPAT CATATAN

14/07/2018(Sabtu) 10.00-11.00 pagi Perjumpaan 1 ;


(Dewan Pelajar IPGKPP) Agihan Tugasan

28/07/2018 (Sabtu) 5.00-6.00 petang Perjumpaan 2 ;


(Kafe IPGKPP) Perbincangan

05/08/2018 (Sabtu) 9.00-11.00 pagi Temubual Atas Talian


(Gelanggara IPGKPP)

19/08/2018 (Sabtu) 8.00-10.00 pagi Penyelarasan Maklumat


(Kafe IPGKPP)

26/20/2018 (Sabtu) 9.00-11.00 pagi Perjumpaan 3 ;


(Kafe IPGKPP) Penyelarasan Maklumat

Jadual 1 menunjukkan perancangan pelaksanaan tugasan kajian lapangan.

You might also like