Professional Documents
Culture Documents
Artikel 4 - ICT Dan E-Kerajaan PDF
Artikel 4 - ICT Dan E-Kerajaan PDF
Norshita Mat Nayan, Halimah Badioze Zaman, Tengku Mohammad Tengku Sembuk
Abstrak
Pelaksanaan e-kerajaan dalam sektor perkhidmatan awam dipercayai dapat menambah baik
mutu perkhidmatan awam agar lebih sempurna dan berkesan. Di samping itu, ia juga dilihat
dapat mewujudkan satu saluran baru bagi meningkatkan penyertaan secara langsung rakyat
dalam penggubalan dasar-dasar awam selaras dengan harapan pendukung sistem demokrasi
yang berpaksikan kepentingan rakyat. Oleh hal demikian, e-kerajaan dianggap sebagai
langkah pertama untuk memperkukuhkan pembentukan masyarakat madani (civil society)
melalui ICT. Justeru itu, makalah ini akan cuba menganalisis makna konsep kerajaan
elektronik, aplikasi yang terlibat dalam e-kerajaan serta perlaksanaannya di dalam
masyarakat. Walaupun konsep aplikasi e-kerajaan ini masih di peringkat awal penerimaan
rakyat Malaysia, namun perlaksanaannya dapat dihuraikan dengan jelas. Beberapa sistem di
bawah e-kerajaan yang melibatkan pengguna pelbagai peringkat akan dibahaskan. Selain itu,
kertas kerja ini juga akan melihat secara mendalam fungsi sistem yang berada di bawah
flagship kerajaan Malaysia, peranan dan kepentingan serta penilaian pengguna umum dan
pengguna dalaman kerajaan elektronik dalam membantu membaik pulih perkhidmatan
kerajaan kepada masyarakat. Masyarakat kini bukan sahaja mendambakan perkhidmatan
yang berkesan dan mudah, malahan lebih cepat dan pintar dalam segala urusan. Kehendak
kepada kemajuan yang memerlukan transaksi dilakukan di hujung jari tanpa pembaziran
masa dan tenaga merupakan permintaan utama masyarakat dan ini mungkin dapat
direalisasikan oleh pembangunan sistem di bawah kerajaan elektronik.
Kata kunci: E-kerajaan, Malaysia, Masyarakat madani, Flagship, Transaksi
1. Pengenalan
Ke arah menuju sebuah negara maju, masyarakat kini memerlukan satu perkhidmatan yang
berkesan, cepat, serta mudah. Segala urusan harian perlu dilaksanakan dalam konteks yang
lebih efektif berkonsepkan maklumat di hujung jari. Semua ini boleh direalisasikan dengan
satu mekanisme iaitu kerajaan elektronik. Kerajaan elektronik merupakan satu perancangan
untuk menuju ke arah negara maju yang berkonsepkan sistem pengurusan yang berinformasi
sejajar dengan pembentukan dan objektif Wawasan 2020 yang telah dilancarkan pada bulan
Ogos tahun 1996. Pembinaan sebuah negara maju akan menjadikan teknologi maklumat
(ICT) sebagai salah satu nadi pembangunannya. Justeru, pelancaran projek mega negara
seperti Koridor Raya Multimedia (MSC) pada tahun 1996 telah dijadikan batu loncatan bagi
merealisasikan impian melahirkan sebuah negara dan masyarakat yang bermaklumat. Antara
misi utama pelancaran MSC ini adalah pembangunan kerajaan elektronik. Selain daripada itu,
objektif utama MSC juga adalah untuk mencapai Wawasan 2020 dengan merancang
pertumbuhan produktiviti. Untuk melonjakkan negara Malaysia sebagai pemimpin dalam era
maklumat dengan menarik dan membangunkan syarikat bertaraf dunia melalui perkongsian
pintar (smart partnerships). Selain daripada itu objektif MSC yang lain juga adalah untuk
membangunkan jabatan global di antara Malaysia dan bandaraya pintar bagi kepentingan
bersama atau dalam istilah lain adalah global bridges. Dalam gagasan aplikasi perdana MSC
Sumber: MAMPU
Oleh itu, makalah ini akan membincangkan tentang aplikasi kerajaan elektronik di bahagian
dua dan fungsi aplikasi tersebut serta penggunaannya di bahagian seterusnya. Penilaian
kepada aplikasi kerajaan elektronik yang dibangunkan dan digunakan oleh pengguna akan
dibincangkan di bahagian empat dan kesimpulan kepada kajian ini di akhir perbincangan.
2. Kerajaan elektronik
Penawaran perkhidmatan yang baik dan berkesan sentiasa dituntut oleh masyarakat yang
terdedah dengan arus globalisasi. Kerajaan sentiasa berusaha untuk memenuhi permintaan
dan memperkenalkan kaedah baru atau memperbaiki mekanisme yang sedia ada dalam
memberikan perkhidmatan yang terbaik. Kepentingan sistem penyampaian dasar yang
berkesan telah menarik perhatian kerajaan dan merupakan salah satu strategi utama dalam
merangsang ekonomi negara. Mengikut definisi Jaeger, P.T dan Thompson, K.M. 2003,
kerajaan elektronik atau electronic government (EG) ditakrifkan sebagai pengguna sistem
maklumat dan penggunaan teknologi untuk mengambil alih tugasan manual. Kerajaan
elektronik juga melibatkan hubungan di antara kerajaan dengan kerajaan, kerajaan dengan
masyarakat dan kerajaan dengan perniagaan (Mary Maureen Brown. 2003). Selain daripada
itu, mengikut definisi laporan Pertubuhan Bangsa Bersatu menyatakan kerajaan elektronik
adalah penggunaan Internet dan jaringan sedunia untuk penghantaran maklumat dan
perkhidmatan kerajaan kepada rakyat. Definisi yang lebih umum kerajaan elektronik adalah
penghantaran dan pentadbiran produk kerajaan melalui infrastruktur teknologi maklumat
(Mohd Abkari dan Mokhtar, 2006). Komponen yang terlibat dalam EG mengikut definisi
tersebut adalah pemaju, produk dan juga pengguna EG. Dalam proses pelaksanaan EG
kerajaan telah mempunyai visi terhadap sasaran yang perlu dicapai, pihak yang terlibat dan
Projek kerajaan elektronik bermula apabila kerajaan melancarkan Koridor Raya Multimedia.
Dalam tempoh 10 tahun dari pelancaran pelbagai perubahan dapat dilihat dalam jabatan dan
agensi kerajaan terutama yang melibatkan perkhidmatan kaunter dan orang ramai. Sehingga
kini penambahbaikan terus dijalankan sejajar dengan keperluan semasa yang menuntut
kepada kecepatan dan kepantasan masa. EG dibangunkan untuk mengubah cara operasi
dalam kerajaan dan kaedah untuk menyalurkan perkhidmatan elektronik kepada rakyat. EG
dibangunkan mengikut fasa yang telah ditetapkan. Dalam fasa 1, tumpuan diberi kepada
proses dalaman agensi dengan tujuan untuk melicinkan dan meningkatkan keupayaan.
Kecekapan dan keberkesanan agensi dalam menyediakan perkhidmatan. Fasa yang ke-2 ada
penumpuan terhadap usaha untuk meningkatkan pencapaian kepada perkhidmatan yang
ditawarkan oleh agensi kerajaan kepada orang ramai serta ahli perniagaan melalui pelbagai
saluran elektronik (Ismail Hashim, 1998).
Apabila kerajaan melancarkan projek MSC, secara tidak langsung negara akan didedahkan
dengan penggunaan teknologi maklumat dan multimedia dalam kebanyakan urusan
khususnya dalam projek kerajaan elektronik. Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan
Pengurusan Malaysia (MAMPU) adalah perbadanan yang dipertanggungjawabkan mengetuai
dan memastikan perlaksanaan projek ICT negara berjalan dengan lancar. Konsep kerajaan
elektronik bertujuan untuk memudahkan pengurusan di samping dapat menambah baik
hubungan dan keselesaan di antara kerajaan, masyarakat dan perniagaan. Ini akan dapat
menjadikan aliran maklumat dapat diperbaiki bagi meningkatkan kualiti pembangunan,
penyelarasan dan perlaksanaan polisi kerajaan. Antara objektif utama kerajaan elektronik
adalah untuk mendefinisikan semula hubungan antara kerajaan, rakyat dan entiti perniagaan
(Mohd Rais Abdul Karim dan Nazariah Mohd Khalid, 2003). Oleh itu dengan perlaksanaan
projek kerajaan elektronik ini akan dapat membantu rakyat mendapat akses yang lebih
meluas, selesa dan berkualiti pada harga yang lebih baik terhadap perkhidmatan kerajaan.
Begitu juga dengan sektor swasta, di mana ia dapat meningkatkan perhubungan dan kepekaan
terhadap sesuatu prosedur atau polisi di samping memudahkan lagi proses permohonan dan
kelulusan. Objektif yang kedua pula adalah sebagai pemangkin kepada pembangunan MSC
GOE merupakan satu sistem aplikasi yang berupaya membantu agensi kerajaan menguruskan
dokumen dengan lebih efektif. Urusan-urusan berkenaan akan dikendalikan secara elektronik,
beroperasi tanpa kertas dan berlandaskan komunikasi pantas. Antara fungsi sistem GOE
adalah:
a) penyediaan dan penyimpanan dokumen dengan lebih berkesan
b) carian dan capaian dokumen dengan lebih cepat
c) penggunaan dan perkongsian maklumat yang lebih efektif dan produktif
d) setiap dokumen dikesan dan diuruskan dengan selamat
Sistem ini berperanan menyediakan satu mekanisme bagi membantu kementerian serta agensi
di bawahnya untuk membuat pemantauan projek yang dibiayai oleh kerajaan. Sistem ini telah
dilaksanakan kepada semua kementerian dan agensi kerajaan di seluruh negara hingga ke
peringkat daerah. Sistem ini mempunyai pangkalan maklumat yang boleh membantu dalam
penyediaan laporan dan proses membuat keputusan dengan sepat dan tepat. Antara funsi
PMS adalah:
a) mengesan dan memantau aliran kewangan projek yang diluluskan
b) membantu dalam proses merancang dan proses membuat keputusan dengan cepat
c) membuat analisis status pelaksanaan projek dan membuat jangkaan isu yang
mungkin akan timbul
d) mengurangkan tugas-tugas manual seperti mengisi borang, mengemas kini rekod,
menghantar dokumen, mencetak dan sebagainya
e) mempercepatkan kerja dan mengurangkan kegunaan kertas serta meningkatkan
kemahiran IT
3.3 E-Perolehan(EP)
3.4 E-Khidmat
HRMIS merupakan satu aplikasi yang dibangunkan bertujuan untuk memastikan pengurusan
sumber manusia dalam perkhidmatan awam dapat menghasilkan kerja yang mahir, terlatih
dan bermotivasi untuk menghadapi cabaran semasa terutama dalam merealisasikan ekonomi
berasakan ilmu (k-ekonomi). HRMIS mengandungi 14 model pengurusan sumber manusia
yang bersepadu iaitu:
a) pengurusan rekod peribadi
b) data perjawatan
c) perolehan sumber manusia
d) pengurusan prestasi dan kerjaya
e) penilaian kompetensi
f) pembangunan sumber manusia
g) pengurusan komunikasi dan tatatertib
h) penamatan perkhidmatan
i) pengurusan saraan, faedah dan ganjaran
j) formulasi dan penilaian strategi
k) pangkalan ilmu, penerbitan web dan direktori kerajaan
ELX adalah satu sistem yang dikawalselia oleh Kementerian Sumber Manusia. Ia merupakan
pusat pengumpulan maklumat pasaran buruh bagi membolehkan majikan dan pencari kerja
berhubung menggunakan platform yang sama. ELX bertujuan untuk mengadakan proses
pemadanan peluang pekerjaan di antara majikan dan pekerja secara menyeluruh. Selain
daripada itu ia juga bertujuan untuk membantu dan menjaga kepentingan majikan dan pekerja
dalam arus pembangunan negara. Majikan yang mendaftar dengan sistem ELX dapat
menyenaraikan semua peluang pekerjaan yang diperlukan dan pencari kerja yang mendaftar
juga boleh mendapatkan peluang mengetahui semua peluang pekerjaan yang ditawarkan.
ELX juga menawarkan Sistem Penempatan Orang Kurang Upaya (SPOKU) dan dibuka
kepada semua majikan dan orang awam. Pendaftaran boleh dibuat menggunakan sistem atas
talian dan pengguna akan menikmati semua perkhidmatan yang ditawarkan.
E-Syariah merupakan satu sistem yang dibangunkan untuk menguruskan sistem pentadbiran
institusi kehakiman Islam di semua negeri. Projek ini siap dibangunkan pada tahun 2006
dengan pelancaran aplikasi terakhirnya Sistem Pendaftaran Peguam Syarie (SPPS). Aplikasi
e-syariah menawarkan maklumat di mana orang ramai boleh capai di portal e-syariah. Portal
ini menyediakan kemudahan kepada orang ramai untuk membuat pendaftaran kes tanpa perlu
ke mahkamah. Ia juga dapat mempercepatkan proses pendaftaran di kaunter mahkamah selain
memudahkan orang ramai membuat pendaftaran kes. Antara kemudahan lain menerusi portal
e-syariah ialah:
a) pengiraan faraid
b) rujukan enakmen dan ordinan negeri
c) semakan kes dalam talian
d) pendaftaran dan pembaharuan sijil peguam syarie
e) pra pendaftaran kes jenayah
4. Penilaian e-kerajaan
Penilaian terhadap e-kerajaan telah dibuat dengan pengedaran soalan kaji selidik kepada 70
orang responden. 35 orang mewakili pengguna dalaman sistem e-kerajaan, iaitu pengguna
atau kakitangan kerajaan (internal user) yang terlibat secara langsung dengan aplikasi
tersebut dan 35 orang lagi adalah pengguna umum (public user) iaitu masyarakat yang
terlibat sebagai pengguna (end user) kepada aplikasi e-kerajaan yang dibangunkan. Penilaian
adalah menggunakan aplikasi SPSS versi 16 dengan mengambil kira nilai min pada setiap
konstruksi soalan kaji selidik dan juga nilai faktor analisis. 70 orang responden telah diambil
dalam kajian pilot di mana mewakili 10% daripada data dalam kajian sebenar yang akan
dijalankan iaitu 700 responden [8], di mana diwakili oleh 350 responden pada setiap
kumpulan iaitu kumpulan pengguna umum (public user) dan juga pengguna dalaman
(internal user).
Kebolehpercayaan instrumen adalah satu nilai ukuran untuk menentukan ketekalan skor
setiap item (William, 2000). Tujuan kajian rintis dibuat adalah untuk mendapatkan ketelusan
data dari ujian percubaan melalui kumpulan kecil individu (Walter R., 1979). Tujuan lain
adalah untuk menilai ketekalan (realibility) item dari aspek aras item, objektif item,
kefahaman item, kebolehgunaan item dan arahan item itu sendiri (Gale H. Roid, 1982).
Kaedah yang digunakan untuk menguji darjah kebolehpercayaan item adalah dengan
menggunakan Internal consistency - prosedur Cronbach Alpha. Dalam kaedah penyelidikan
sains sosial pentafsir pekali kebolehpercayaan yang boleh diterima adalah melebihi α = 0.6
(Mohd Zaimi Abdul Majid dan Mc Affer, 1997). Jadual di bawah menunjukkan nilai
Cronbach Alpha pada setiap konstruksi soalan kaji selidik:
Untuk mengetahui hubungan dan penerima terhadap nilai pembolehubah dalam soalan
kaji selidik ini maka nilai min diambil kira seperti yang ditunjukkan dalam jadual di
bawah:
Penilaian dibuat terhadap 7 aplikasi utama e-kerajaan seperti yang dibincangkan di atas.
Dapat dilihat dalam Jadual 4, kesemua purata min bagi setiap konstruk adalah melebihi
4.0 di mana menunjukkan pengguna dalaman sistem e-kerajaan berpuas hati dengan
kesemua 7 aplikasi sistem yang digunakan dan menyokong penggunaan dan
pembangunan sistem tersebut. Nilai min di antara julat 4.5 hingga 5.0 adalah nilai terbaik
(Mohd Zaimi Abdul Majid dan Mc Affer, 1997). Manakala, dalam Jadual 5 pula
menunjukkan tahap penilaian mengikut persepsi pengguna umum. Jadual di atas
menunjukkan kesemua konstruk mendapat purata nilai min melebihi 5.0 ke atas, dan
hanya satu mendapat nilai 4.80 iaitu kualiti perkhidmatan. Ini menunjukkan pengguna
umum yang menggunakan aplikasi e-kerajaan berpuas hati dengan segala perkhidmatan
yang ditawarkan dan menyokong penggunaan sistem tersebut dalam urusan harian.
Tujuan kerajaan elektronik diwujudkan adalah untuk memberi perkhidmatan yang terbaik
kepada masyarakat. Selain daripada itu meningkatkan kecekapan dan keberkesanan aktiviti-
aktiviti kerajaan ke tahap yang maksimum. Kerajaan elektronik dilihat mampu untuk
memudahkan dan meningkatkan perkhidmatan sektor swasta dan kerajaan khususnya. Ini
akan dapat menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju sekali gus dapat menjana
ekonomi negara. Aplikasi kerajaan elektronik juga dapat menjimatkan kos seperti masa dan
tenaga khususnya serta kos penggunaan kertas apabila konsep paperless diperkenalkan dan
diaplikasikan sepenuhnya. Penilaian kepada sistem kerajaan elektronik juga dijalankan bagi
melihat pandangan dan persepsi pengguna terhadap aplikasi kerajaan elektronik ini dengan
mengambil kira nilai min pada setiap konstruk soalan kaji selidik. Data kajian pilot ini
melibatkan 70 responden, di mana 35 mewakili pengguna umum sistem dan 35 lagi mewakili
pengguna dalaman sistem iaitu kakitangan kerajaan yang terlibat secara langsung dalam
aplikasi e-kerajaan. Nilai min yang diperoleh daripada kedua-dua kumpulan ini adalah
melebihi 4.0 pada setiap konstruk, di mana menunjukkan pengguna setiap kumpulan
menerima dan menggunakan aplikasi e-kerajaan ini dalam urusan mereka. Kajian mungkin
dapat dijalankan terhadap responden yang lebih ramai untuk melihat sejauh mana aplikasi e-
kerajaan ini di terima oleh masyarakat di masa akan datang. Selain daripada itu, faktor
kejayaan dan kegagalan sistem juga mungkin boleh dikaji untuk dijadikan garis panduan
kepada aplikasi lain yang akan dibangunkan. Dengan itu ia akan memudahkan dan peratusan
kegagalan projek IT secara umumnya mungkin dapat dikurangkan.
Rujukan
Abdul Majid, M.Z dan Mc Caffer. (1997). Non excusable delay in construction
Loughborough: Phd thesis.
Accenture. (2004). E-Government Leadership: Higher Performance in government.
Accenture Report 2004.
Ake Gronlund (2002). Electronic Government: Design, Applications and Management. Idea
Group Publishing.
Asgarkhani, M., (2003) A Strategic Framework for Electronic Government. Proceeding of
the 22nd National IT Conference. Colombo, Sri Lanka.
Barnes, J. S. and Vidgen, R.. (2003). Measuring Web site quality improvements: A Case
Study of the forum on Strategic Management Knowledge Exchange. Industrial
Management and Data Systems. 103/5, 2003, p297 – 309.
Burn, J. and Robins, G. (2003). Moving towards e-government: A Case study of
organizational change processes. Logistics Information Management. Vol.: 16, No: 1,
2003, p 25 –35.
Caldow, J. (2001). Seven E-Government Leadership Milestones. Institute for Electronic
Government, IBM Corporation.
Detlor, B. and Finn, K. (2002). Towards a framework for government portal design: The
Government, citizen and Portal perspective. Idea Group Publishing, Chapter VI.
Gale H. Roid & Thomas M. Haladyna .(1982). A Technology for Test-Item Writing. New
York : Harcourt Brace Jovonavich Publishers.
Ismail Hashim. (1998). Penglibatan Awam dalam kerajaan elektronik. Utusan Pengguna.
Julai , JIL 22 BIL 7, ms 12.