You are on page 1of 8

LAPORAN MINIT MESYUARAT KURIKULUM

Bil 01 / Tahun 2017

Tarikh : 27.12.2016
Hari : Selasa
Masa : 8.30 pagi – 4.00 petang
Tempat : Bilik Tahun 6V

HADIR
1.Pn.K.Puvaneswari ( Guru Besar )
2.Pn.K. Mageswary ( Penolong Kanan Pentadbiran )
3. En.T.Vinod ( Penolong Kanan Kokurikulum)
4.Pn.P.Mariayee (Setiausaha Kurikulum)
5.Pn.S.Selvi
6. Pn.M.Salve
7.Pn.A.Anbarasi
8. Pn.R.Girija
9. Pn.D.Kirubai Malar
10.Pn.G.Kogilavaani
11.Pn.G.Gunavathi
12.Pn.P.Letchumi
13.Pn. P.Sangritha
14.Pn.P.Rani
15.Pn.P.Shubashini
16.Pn.K.Malathi
17.Pn.S.Tharmambaal
18.Pn.R.Vicknaswary
19.Pn.R.Jayamalar
20.En.S.Theenagaran
21.Pn.G.Logeswari
22.Pn.K.Mageswari
23.En.R.Rajendran
24.Pn.R.Kalaivani
25.Pn.A.Kaminee
26.En.Mohd.Hairy Bin Ishak

TIDAK HADIR :
1. Pn.B.Luies Mary ( Penolong Kanan HEM )-(Cuti Rehat)

I. UCAPAN PENGERUSI

1.Guru Besar berterima kasih atas kehadiran semua guru serta kerjasama yang telah dihulurkan
dalam segala aktiviti dan pencapaian yang telah dicapai sepanjang tahun 2016 sehingga kini.

2.Beliau mengharapkan sesi persekolahan bagi sesi 2017 akan berjalan dengan cemerlang dan
gemilang dengan lebih pencapaian.

1
II LAPORAN PIHAK ATASAN

1.Guru Besar menyampaikan amanat pengarah iaitu setiap mesyuarat guru haruslah berfokus.

2.Guru-guru diharap dapat melaksanakan ’core-business’ iaitu mengajar dengan baik dan
bersungguh-sungguh. Beliau juga mengharapkan peperiksaan awam akan berjalan dengan
lancar.

3. Guru besar berharap agar tiada kes keracunan makanan berlaku. Semua guru mempunyai
hak untuk menegur jika pihak pengusaha kantin tidak mematuhi atau melanggar peraturan
mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

4. Selain itu, warga sekolah harus mengamalkan budaya sekolah penyayang sepanjang sesi
persekolahan.
Tindakan : Semua guru

KEPUTUSAN UPSR 2016

1.Guru Besar mengucapkan tahniah kepada semua guru atas komitmen dan usaha yang telah
diberikan dalam meningkatkan keputusan UPSR tahun 2016. Guru-guru diharap dapat
menyumbang kepada peningkatan kualiti dan kuantiti. Beliau juga menyampaikan
penghargaan daripada pihak JPN Pulau Pinang.

LINUS

1.Guru besar memaklumkan bahawa KPI yang dicapai bagi tahun 3 adalah 100% bagi
Numerasi. Literasi Bahasa Melayu dan Bahasa Ingeris tidak mencapai 100%.Oleh yang
demikian semua guru memainkan peranan dalam meningkatkan KPI bagi tahun semasa. Beliau
menitikberatkan bahawa semua guru-guru LINUS harus merancang strategik yang unik untuk
mencapai KPI.
Tindakan : Guru LINUS

KOKURIKULUM

1.Guru Besar mengucapkan tahniah dan syabas kepada Puan Kaminee dan tiga orang murid
dibawah seliaan beliau kerana berjaya memenangi pingat emas peringkat anatarabangsa di
Seoul, Korea. Walaupun pencapaian sekolah kita telah ke peringkat anatarbangsa, kita masih
lagi mempunyai banyak ruang lagi untuk dicapai. Kita masih lagi jauh ketinggalan dalam
bidang sukan dan permainan.

2.Guru Besar juga memberitahu bahawa kegiatan kokurikulum merupakan tugas rasmi guru
dimana semua guru wajib melibatkan diri. Selain itu, semua guru hendaklah merekodkan
kehadiran dalam buku Kehadiran Kokurikulum Guru. Kegiatan kokurikulum bagi tahun 2017
adalah pada hari Selasa bagi aktiviti permainan manakala bagi kelab dan persatuan serta badan
beruniform adalah pada hari Rabu dari jam 1:10 petang hingga 2:10 petang.

1M1S

1.Guru Besar memaklumkan bahawa sekolah kita merupakan sekolah rintis bagi 1M1S tetapi
pencapaian dalam 1M1S tidak begitu membanggakan kerana tidak ramai murid yang mencapai
ke peringkat negeri dan negara.

2. Guru Besar juga mengingatkan guru-guru untuk memastikan murid berada dalam permainan
yang sama dari tahun satu hingga tahun enam. Selain itu, permainan catur dijadikan sebagai

2
permainan utama dan dipilih sebagai kebitaraan.Oleh itu, semua warga sekolah harus
menguasai permainan catur ini.

BIDANG HEM

1.Guru Besar memberitahu bahawa prestasi penampilan dan sahsiah murid belum mencapai
tahap gemilang. Oleh itu, sebagai guru semua mempunyai tanggungjawab untuk menerapkan
nilai serta mengwujudkan tabiat memberikan salam apabila berjumpa dengan guru-guru dan
juga murid.Beliau juga memberitahu bahawa semua guru berperanan sebagai guru disiplin dan
memastikan tidak berlakunya masalah disiplin disekolah.
Tindakan : Semua guru

KEMUDAHAN FIZIKAL

1.Guru Besar menyuruh guru-guru memastikan bilik darjah dalam keadaan kondusif dan
selamat. Guru-guru harus memastikan semua kemudahan di bilik-bilik khas sentiasa dalam
keadaan baik dan selamat digunakan. Guru-guru perlu sentiasa peka kepada amalan 3K
(Kebersihan, Keselamatan, Keceriaan).
Tindakan : Semua guru

SISTEM PENYAMPAIAN DAN PENGURUSAN MAKLUMAT

1.Guru Besar menyarankan bahawa sistem penyampaian dan pengurusan maklumat harus
dimantapkan bagi meningkatkan keberkesanan pengurusan maklumat. Guru-guru harus
mewujudkan kumpulan whatsapp dan telegram ibu bapa sebagai sesawang penyampaian
maklumat.
Tindakan : Semua guru
PUSAT SUMBER

1.Guru Besar menyatakan rasa tidak puas hati dengan sistem pengurusan bilik sumber dan
fungsi penggunaannya. Masih terdapat masalah kehilangan buku yang dilaporkan.

2.Guru Besar juga menyatakan bahawa ramai guru yang masih tidak menggunakan pusat
sumber. Pihak pentadbir menggalakkan semua guru menggunakan pusat sumber dengan lebih
kerap.Guru Besar juga mewajibkan semua guru harus membaca sekurang-kurangnya 6 buku
setahun.
Tindakan : Semua guru
: PK 1
PENGURUSAN DATA

1.Guru Besar memberitahu bahawa data HRMIS kurang lengkap. Guru-guru diminta untuk
memastikan data sentiasa lengkap dan dikemaskini khususnya pengisytiharaan harta dan
tarikh-tarikh penting.
Tindakan : Semua guru

APDM

1.Guru Besar mengingatkan guru-guru kelas agar mengisi maklumat dengan tepat di Buku
Kedatangan Murid. Beliau menegaskan bahawa penggunaan pemadam cecair tidak dibenarkan
sama sekali.Oleh itu, guru-guru harus mengisi tanpa ralat. Guru-guru kelas harus mengeluarkan
borang maklumat yang baru untuk mendapatkan data terkini.Segala maklumat dalam APDM
perlu dikemaskini dengan betul dan tepat oleh guru kelas agar tidak mendapat ralat.

Tindakan : Guru Kelas

3
DOKUMEN UNDANG-UNDANG

1.Guru Besar mengingatkan guru-guru agar mematuhi dan akur kepada perlembagaan serta
Akta Pendidikan.
Tindakan : Semua guru
JADUAL WAKTU

1.Guru Besar memberitahu bahawa guru akur dengan jadual waktu yang diberikan. Waktu
luang dalam jadual waktu merupakan waktu bekerja dan harus digunakan sepenuhnya untuk
tujuan pembelajaran dan pengajaran serta kerja-kerja berkaitan sekolah sahaja. Selain itu, guru
juga akan ditugaskan sebagai guru ganti bagi menggantikan guru tidak hadir.
Tindakan : Semua guru
PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN ABAD KE-21

1.Guru Besar memaklumkan bahawa proses pembelajaran dan pengajaran harus mengikut abad
ke 21 serta mengandungi 6 komponen pelajaran dalam bilik darjah iaitu set induksi,
kandungan, aktiviti, penilaian, pengkayaan,pengukuhan,pemulihan dan perkembangan.

2.Beliau juga menyarankan pembelajaran bermotifkan menarik minat murid hasil daripada
projek,kuiz,cerita,experimen,permainan,serta lagu yang dapat meningkatkan pencapaian.

Tindakan : Semua guru

PROSES PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BERKESAN

1.Guru Besar mengharapkan guru-guru mempelbagaikan teknik Pembelajaran dan Pengajaran


menggunakan peta pemikiran, berasaskan ICT, penggunaan VLE Frog dan lain-lain teknologi.
Segala penggunaan alat ICT perlu direkodkan dalam buku rekod PdP.
Tindakan : Semua guru

PEMANTAUAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

1.Guru Besar menjelaskan bahawa segala pemantauan adalah berpandukan instrumen standard
kurikulum.
Tindakan : Semua guru

2.Beliau juga menyatakan guru-guru harus sedia lebih awal mengenai jenis-jenis buku latihan
pelajar, bilangan buku yang diperlukan dan digunakan.Guru-guru matapelajaran harus
menyediakan jadual pemantauan buku latihan dan harus diputuskan dalam mesyuarat panitia.
Tindakan : Guru M/pelajaran
Tindakan : Ketua Panitia

BUKU REKOD PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

1.Guru Besar menegaskan semua guru harus melengkapkan semua butiran dengan lengkap
dalam buku rekod dan mengemaskini dari semasa ke semasa dengan betul. Guru-guru harus
mematuhi peraturan penyediaan dan penghantaran buku rekod setiap hari Jumaat. Selain itu,
helaian hadapan perlu dilengkapkan dan dilekatkan bersama Aku Janji.

2.Beliau juga menekankan tentang penulisn buku rekod harus berpandukan pekeliling. Guru-
guru harus menulis refleksi dalam bentuk bilangan murid dan bukannya dalam bentuk peratus.
Guru juga perlu tuliskan tindakan yang telah diambil bagi murid yang tidak menguasai
pelajaran.
4
3.Guru Besar juga menekankan tentang penulisan Rancangan Pelajaran Harian yang
merupakan terjemahan daripada Rancangan Pengajaran Tahunan yang harus mengandungi
objektif, cara mencapai objektif tersebut, kenyataan mengenai sejauh mana objektif itu
tercapai.

4.Beliau mewajibkan semua guru untuk menyertakan maklumat headcount dan post-mortem
bagi setiap matapelajaran setiap kali ujian dan peperiksaan dijalankan di akhir buku rekod.
Tindakan : Semua guru

DOKUMEN PERANCANGAN PENINGKATAN PRESTASI AKADEMIK TAHUNAN

1.Guru Besar menyuruh semua guru menyediakan dokumen perancangan peningkatan prestasi
akademik bagi setiap mata pelajaran setiap tahun. Kandungan dokumen tersebut haruslah
merangkumi matlamat, objektif, headcount,pelan strategik,pelan tindakan, pelan taktikal,pelan
operasi, pelan kontigensi, serta carta Gantt pelaksanaan.

2.Guru besar menegaskan tentang pencapaian murid yang di harapkan untuk tahun ini
iaitu ’SIFAR GRED E’. Beliau tidak mahu mana-mana murid mendapat gred E. Oleh itu, guru-
guru harus merancang program yang unik dan bersepadan bagi meningkatan kualiti pencapaian
murid.

3.Guru Besar juga memberitahu bahawa segala pelan tindakan atau strategik peningkatan harus
merangkumi 3 kumpulan murid iaitu cemerlang, lemah dan tidak menguasai.
Tindakan : Semua guru
PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

1.Guru Besar memberitahu bahawa pentaksiran berasaskan sekolah dilaksanakan mengikut


arahan dan jadual yang telah ditetapkan. Oleh yang demikian semua guru perlu mempunyai
integriti dalam memberi markah kepada murid. Pentaksiran yang dilakukan adalah secara
berterusan dan secara telus.

2.Guru-guru diingatkan agar menyediakan Jadual Spesifikasi Item (JSI) terlebih dahulu
sebelum ijian atau peperiksaan dijalankan bagi semua mata pelajaran yang dijalankan di
sekolah. Ini akan memudahkan guru-guru menetapkan aras kesukaran.
Tindakan : Semua guru
MBMMBI / DLP

1.Guru Besar memaklumkan tentang pemilihan sekolah dalam program Dwilanguage Program
(DLP). Pihak pentadbir membuat keputusan tentang pelaksanaan pembelajaran dan pengajaran
Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris bagi Tahun 1 dan Tahun 4.

2.Beliau juga memberitahu guru tentang pendekatan pembelajaran dan pengajaran yang harus
merangkumi aspek seni bahasa.
Tindakan : Semua guru
ORIENTASI TAHUN 1 2017

1.Guru Besar memaklumkan tentang tarikh Orientasi Tahun 1 yang akan diadakan pada
29.12.2017. Beliau menjelaskan bahawa jawatan kuasa program telah dibentuk berharap semua
guru dapat memberikan komitmen secara menyeluruh. Selain itu, beliau memaklumkan tentang
bayaran awal persekolahan bagi sesi 2017 yang akan diterima oleh ibu bapa mulai awal
persekolahan. Beliau menaihatkan guru-guru unutk mengutip bayaran yuran dalam tempoh
sebulan agar ibu bapa dapat membuat pembayaran meggunakan wang bantuan awal
persekolahan.
Tindakan : Semua guru
5
BUKU JADUAL KEDATANGAN MURID

1.Guru Besar memberi amaran tegas kepada guru-guru kelas supaya tidak menggunakan cecair
pemadam untuk memadam kesalahan. Beliau memaklumkan jika masih terdapat kesalahan
yang dikenalpasti surat amaran akan dikeluarkan kepada gur kelas yang terlibat. Beliau
menyatakan segala butiran perlu dikemaskini dengan tepat oleh guru kelas sahaja.
Tindakan : Guru Kelas

SURAT AMARAN PONTENG

1. Guru Besar meminta PKHEM untuk mengeluarkan surat amaran kepada murid yang
ponteng mengikut prosedur.
2. Murid-murid yang ponteng berturut-turut dan tidak bertururt-turut perlu dikesan dan diambil
tindakan.
3. Surat amaran 1 & 2 akan ditandatangani oleh PKHEM atau Guru Besar.
4. Surat amaran 3 meruapakan surat berdaftar dan ditandatangani oleh Guru besar.
Tindakan : PHEM

GURU DISIPLIN

1. Guru besar menegaskan bahawa setiap tindakan yang diambil untuk menangani masalah
disiplin haruslah merujuk buku peraturan dan panduan disiplin. Guru disiplin tidak boleh
mengambil tindakan sewenang-wenangnya.
2. Berikut adalah hukuman / denda yang dilarang terhadap murid:-
 Jemur tengah panas
 Lompat katak
 Merotan pelajar
 Ketuk ketampi
 Arah murid berdiri di luar kelas
 Sentuhan ( tampar, tumbuh dan lain-lain)
Tindakan : Guru Disiplin

PERHIMPUNAN MINGGUAN RASMI

1. Guru-guru wajib hadir perhimpunan rasmi pada hari dan masa yang ditetapkan.
2. Guru lelaki digalakkan memakai ‘blazer’ sewaktu perhimpunan rasmi.
3. Perhimpunan rasmi perlu dijalankan oleh murid-murid. Guru besar menyatakan bahawa kita
harus menanam sikap kepimpinan sejak kecil lagi.
4. Aturcara perhimpunan rasmi :-
 Lagu Kebangsaan
 Lagu Negeri
 Doa
 Ikrar pelajar dan Rukun negara
 Laporan guru bertugas
 Penyampaian hadiah / anugerah
 Ucapan guru besar
 Perhimpunan tamat

Tindakan :Semua guru

6
KEGIATAN KOKURIKULUM

1. Aktiviti kokurikulum merupakan satu tugas rasmi guru. Setiap guru wajib hadir aktiviti
kokurikulum.
2. Semua guru harus merekodkan kehadiran murid dalam borang kedatangan.
3. Pada hari Selasa aktiviti permainan akan dijalankan.
4. Pada hari Rabu aktiviti kelab & persatuan dan badan beruniform akan diadakan selang seli.

Tindakan : Semua guru

PENGGUNAAN PERALATAN SUKAN DAN PJK

1. Semua peralatan yang dipinjam keluar dari stor sukan / PJK hendaklah direkod dan
dikembalikan ke stor dalam keadaan yang baik.

Tindakan : Semua guru

DASAR PENJIMATAN

1. Guru besar meminta guru-guru berjimat-cermat bil elektrik.


2. Lampu haruslah ditutup jika kelas terang.
3. Suiz lampu dan kipas harus ditutup apabila murid keluar dari kelas.

Tindakan : Semua guru

MESIN FOTOSTAT

1. Guru besar menegaskan bahawa mesin fotostat hanya untuk urusan pejabat sahaja.
2. Guru-guru tidak dibenarkan menggunakan mesin fotostat untuk fotostat latihan atau nota.

Tindakan : Semua guru

MASA BERTUGAS

1. Guru besar menyatakan waktu persekolahan ialah 7.30 pagi hingga 2.20 petang. Guru
bertugas perlu hadir ke sekolah sebelum 7.20 pagi.
2. Guru-guru diminta menepati masa ketika datang ke sekolah. Guru-guru harus merekodkan
masa masuk kerja dan masa pulang.
3. Beliau jiga menegaskan bahawa guru-guru hanya boleh datang lewat 2 hari. Jika lebih 3
hari, tindakan akan dimabil.

Tindakan : Semua guru

KEHADIRAN KE KELAS / KELAS GANTI

1. Guru besar menyatakan bahawa guru-guru harus menepati masa apabila masuk ke kelas.
2. Selain itu kelas ganti merupakan waktu pengajaran. Guru-guru harus masuk ke kelas ganti
jika diminta berbuat demikian.
3. Guru besar juga meminta guru memeriksa kehadiran murid setiap kali masuk kelas. Hal ini
untuk mengelakkan masalah ponteng. Guru-guru harus menyemak dan merekod kehadiran
dalam Buku Pengesanan Ponteng (BPP) serta perlu ditandatangani.

Tindakan : Semua guru

7
KELUAR KAWASAN

1. Guru besar mengingatkan guru tentang keluar sekolah sebelum tamat waktu persekolahan.
2. Guru-guru wajib mendapatkan kebenaran daripada guru besar terlebih dahulu sebelum
keluar dari kawasan.
3. Guru-guru juga harus merekod dalam buku pulang awal setelah mendapatkan kebenaran.

Tindakan : Semua guru

HAL-HAL LAIN

1. Pn.Logeswari
 Beliau memaklumkan kepada guru bahawa i-Nilam diubah kepada e-Nilam. Data
murid nilam akan direkod secara ‘online’. Guru-guru perlu menyimpan bukti Nilam.
 Guru-guru tidak boleh memberi sifar kepada murid. Murid pemulihan yang
membaca lima ayat juga dikira dan direkod dalam data Nilam.
 Pada tahun 2016 peminjaman dan pemulangan buku beropersi sepanjang tahun pada
waktu rehat dan selepas sekolah.
2. Pn.S.Selvi
 Beliau mengucapkan tahniah kepada guru besar keran mesyuarat guru kali pertama
2017 bejalan dengan lancar dan lebih berfokus.
3. Pn.Kaminee
 Beliau menyatakan masalah murid tidak menghantar buku sukar diatasi. Seorang
murid yang bernama Gobeenath tidak memulangkan buku teks.
4. Pn.Vicknasvary
 Beliau menyatakan bahawa penggunaan VLE-frog tidak mencapai sasaran. Sekolah
hanya mencapai 8% yang kurang memuaskan.
 Guru-guru tidak perlu membawa semua chrome book ke satu kelas. Chrome book
boleh dibahagikan dan dibawa ke 2 kelas.
 Pn.Kaminee membuat aduan bahawa terdapat beberapa Chrome book tidak
mencapai talian internet. Beliau memberitahu Chrome book perlu diselengara
semula sebelum digunakan dalam kelas.

PENUTUP
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 11.30 pagi. Guru besar berharap agar semua guru akan
sentiasa bekerjasama bagi meningkatkan pencapaian sekolah pada tahun 2017 nanti.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

__________________________ ___________________________
(THEENAGARAN A/L SIWARAMAN) (MAGESWARY A/P KUNJAPPA)
Penolong Kanan 1,
SJK (T) Ramakrishna.

Disahkan oleh,

__________________________________
(K.PUVANESWARI A/P K.KALIMUTHU)
Guru Besar,
SJK (T) Ramakrishna.
8

You might also like