You are on page 1of 5

PK 07/3

SK (P) SULTAN IBRAHIM, JOHOR BAHRU


MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KURIKULUM BIL 2 / 2018

Tarikh : 24 April 2018 ( Selasa )


Masa : 2.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat Budiman , SK(P)Sultan Ibrahim.
Pengerusi : Puan Hjh Faridah bt Sukiran.
Kehadiran(Bilangan) : 54 orang
Turut Hadir (Jika ada) : Tiada

1 AGENDA 1: PERUTUSAN PENGERUSI


1.1Mesyuarat dimulakan dengan bacaan doa oleh ustaz Mohd Hadzmin
Bin Mohd Sabri.
1.2Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua guru
dalam mesyuarat kurikulum Bil 2 /2018.
1.3Guru-guru perlulah ingat bahawa SK(P) Sultan Ibrahim merupakan
sekolah rintis KBAT dan showcase bagi PAK 21.
1.4Guru perlulah mendekati murid-murid untuk memastikan kebolehan
dan minat murid
(Makluman : semua
guru)

2 AGENDA 2: PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU


Dicadang untuk disahkan oleh Cik Sarina binti Ahmad
Disokong untuk pengesahan oleh Pn. Nornazaliza binti Mohd Said

3 AGENDA 3 :PERKARA-PERKARA BERBANGKIT


- Tiada -

4 AGENDA 4 : PERKARA-PERKARA YANG DIBINCANGKAN


4.1 Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan PBPPP)
4.1.1 Penambahan penilai. Ketua Panitia sebagai penilai ahli panitia.
4.1.2 Pentadbir akan memaklumkan nama penilai PYD masing-
masing.
4.1.3 Penerangan elemen-elemen yang akan dinilai
4.1.4 Borang penilaian kendiri, guru-guru mengamalkan penilaian
kendiri berdasarkan item yang diberi.
4.1.5 Terdapat 2 kali penilaian. Laporan penilaian pertama akan
dicetak untuk dikaji dan diperbaiki.
4.1.6 Perkara yang dinilai iaitu sasaran boleh ditukar dan bukan
rutin harian.
4.1.7 Sekurang-kurangnya 6 sasaran dan lampirkan eviden slip
markah dan gambar)

(Makluman :
semua guru)
4.2 Pencerapan PDPC
4.2.1 Pastikan guru-guru telah dipantau sehingga minggu pertama
naik sekolah selepas cuti sekolah.
4.2.2 Pemantau juga akan menyemak buku-buku tulis.
4.2.3 Patikan penghantaran buku rekod pengajaran konsisten.
4.2.4 Buku RPH perlulah lengkap dengan nama murid, TOV, catatan
markah catatan tentang murid dan kelas serta lengkapkan
aktiviti guru.
4.2.5 Sediakan buku RPH terbaik yang boleh diadikan rujukan.
(Makluman :
semua guru)

4.3 Penilaian berasaskan sekolah (PBS) dan Penilaian Bilik Darjah


(PBD)
4.3.1 Pastikan guru-guru tidak lupa menjalankan PBS dan PBD
4.3.2 Puan Devamalar dilantik sebagai penyelaras PBS
4.3.3 Segak kali pertama telah selesai dijalankan.
4.3.4 Psikometrik akan dijalankan : Tahun 6 (April)
: Tahun 3 (Julai)
4.3.5 Buku-buku PAJSK disimpan di bilik kokurikulum.
4.3.6 Borang-borang transit akan dikumpulkan kali pertama pada
minggu pertama selepas cuti sekolah.
(Makluman : semua
guru)

4.4 Penyediaan kertas soalan peperiksaan


4.4.1 Semua guru yang mengubal soalan peperiksaan perlulah
menyediakan soalan berasaskan KBAT mengikut ketetapan
berikut:
- Tahun 1 : 10% - Tahun 4 : 40%
- Tahun 2 : 20% - Tahun 5 : 40%
- Tahun 3 : 30% - Tahun 6 : 50%

4.4.2 Guru-guru perlulah menyediakan 2 salinan kertas ujian.


Salinan pertama perlu ditulis soalan KBAT dihujung soalan.
Manakala salinan kedua tidak perlu ditulis untuk cetakan.
4.4.3 Soalan-soalan yang hendak digubal perlulah dibincang
terlebih dahulu dalam mesyuarat panitia .
4.4.4 Soalan yang telah disiapkan perlulah disemak oleh Ketua
Panitia dan Guru Penolong Kanan Pentadbiran sebelum
dicetak.
(Tindakan : semua
guru)
4.5 Analisis pentaksiran Ujian Psikometrik
4.5.1 Cik Siti Aisyah membentangkan analisis ujian psikometrik.
4.5.2 Hasil ujian tersebut, didapati Murid-murid mempunyai
kecerdasan yang pelbagai.
4.5.3 Kecenderungan terhadap salah satu domain yang telah
ditentukan.
4.5.4 Guru-guru bolehlah menentukan ala tuju murid mengikut
kecenderungan murid-murid tersebut.
(Makluman :
semua guru)

4.6 Jadual waktu pindaan


4.6.1 ProsPastikan semua gurutelah mengambil jadual baru pindaan
3.
4.6.2 Perubahan jadual mengikut keperluan, guru bersalin, guru
pencen dan guru cuti sakit dan akan berubah akan dating
mengikut keperluan semasa.
4.6.3 surat makluman untuk kelas tambahan tahun 6 akan
diberikan.
(Makluman : semua
guru)

4.7 Sekolah Rintis PAK-21:


4.7.1 Semua guru mesti menjalankan pdp abad ke-21 mengikut
INSTRUMEN pdpc (SKPM g2)
4.7.2 Fokus kepada 4c (communication, collaboration,critical
thinking and creativity)
4.7.3 Setiap Panitia mestilah menjalankan PLC (komuniti
pembelajaran profesional) pada setiap minggu mengikut hari
yang telah ditetapkan.
(Tindakan : Ketua
Panitia)

4.8 Frog VLE


4.8.1 Cik Siti Badriah memberitahu ID tahun satu telah dikemaskini.
4.8.2 SIGS masih belum menguasai Frog VLE, guru perlu membawa
murid masuk ke makmal.
4.8.3 Pengaktifan ID tahun 1 akan dibantu mengikut kelas.
(Tindakan : Setiausaha
Panitia)
5 AGENDA 5 :HAL-HAL LAIN

5.1 Peruntukan Panitia 2018


5.1.1 Pastikan digunakan untuk bahan-bahan bantu mengajar.
5.1.2 Peruntukan tersebut perlulah dibelanja dengan sebaiknya.
(Tindakan : Ketua Panitia)

5.2 Penyerahan sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC):


1. Pn Norsiah binti Abdul Rahman
2. Pn Rozana binti Md. Taib @Sanin
3. Pn Helis Suriati binti Abu Bakar
4. Pn Wan Rosiah binti Wan Khalid
5. En. Ahmad Nazir bin Hamzah
6. En Mohd Faiz bin Zainol

5.3 Kemaskini data e-operasi yang telah dicetak dengan menggunakan pen
merah.
5.3.1 Buka laman WEB e-operasi dengan kerap.
5.3.2 Guru-guru perlu ingat ID dan kata laluan.
55.3. Maklumat alamat tinggal semasa nombor telefon, maklumat
akademik dan tarikh isytihar harta perlulah diisi.

6 PENUTUP
6.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kerjasama guru-guru dalam
menjayakan mesyuarat kali ini. Beliau yakin guru-guru akan terus
melaksanakan tanggungjawab dengan penuh iltizam demi meningkatkan
prestasi dan kecemerlangan murid-murid.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.00 petang

Disediakan oleh : Disahkan oleh:

(HELIS SURIATI BINTI ABU BAKAR) (HJH FARIDAH BINTI SUKIRAN)


Setiausaha Kurikulum Guru Besar
SK(P) Sultan Ibrahim,
SK(P) Sultan Ibrahim,
Johor Bahru.
Johor Bahru.
Tarikh : 30 April 2018

You might also like