You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN MURNI JAYA

KAMPUNG MURNI JAYA

81850 LAYANG-LAYANG

JOHOR

KERTAS KERJA

LAWATAN KE ZOO JOHOR

&

SAMBUTAN HARI LAHIR

PENDIDIKAN KHAS MASALAH PEMBELAJARAN

2017

TEMPAT

ZOO JOHOR DAN SEKITAR KULAI

TARIKH

16 NOVEMBER 2017
1.0 Pendahuluan

Program lawatan sambil belajar ini merupakan aktiviti pembelajaran luar bilik darjah bagi
mengembangkan pengetahuan sedia ada murid dengan hidupan haiwan yang sebenar dari segi mengenal
haiwan, bunyi haiwan dan habitat haiwan. Dengan itu, pelajar-pelajar akan lebih memahami pembelajaran
yang telah diajarkan dalam bilik darjah. Selain itu, diadakan juga majlis sambutan hari lahir murid bagi
membangkitkan emosi yang positif dan meningkatkan rasa dihargai dalam diri murid. Adalah besar
harapan agar program ini akan berjalan dengan jayanya. Sesungguhnya penyatuan idea dan tenaga dari
pelbagai pihak mampu memberikan impak yang positif bagi menjayakan niat murni ini.

2.0 Nama Program


Program lawatan ke Zoo Johor dan Sambutan hari lahir.

3.0 Tarikh dan tempat


Tarikh : 16 November 2017
Tempat : Zoo Johor dan sekitar Kulai

4.0 Objektif
4.1 Memberikan pendedahan semulajadi kepada kanak-kanak tentang kehidupan haiwan.
4.2 Mengembangkan pengetahuan sedia ada kanak-kanak tentang flora dan fauna.
4.3 Memupuk sifat ingin tahu dalam kalangan murid-murid berkeperluan khas tentang flora dan
fauna.
4.4 Membangkitkan emosi gembira dan dihargai melalui sambutan hari lahir

5.0 Sasaran/ penyertaan


5.1 Semua murid berkeperluan khas masalah pembelajaran SK Murni Jaya.

6.0 Tentatif program

Hari : Khamis
Tarikh : 16 November 2017
6.1 Jadual Program
Tarikh / Hari Masa Perkara
Khamis 7.30 Pagi - Berkumpul di kelas Pendidikan Khas
16 November 2017 - Sarapan Pagi
- Taklimat ringkas
8.00 Pagi - Bertolak ke Zoo Johor
- Sarapan pagi
- Aktiviti di Zoo Johor
- Majlis sambutan hari lahir di Aeon Kulai
- Makan Tengahari

2.00 petang - Bertolak pulang ke SK Murni Jaya

7.0 Sumber kewangan


7.1 Peruntukan Pendidikan Khas

8.0 Anggaran Perbelanjaan


BIL PERKARA PERBELANJAAN
1 Makan pagi
Makan tengahari RM138

2 Minyak kereta RM 40
3 Kek Hari Lahir RM 90
4 Tiket masuk ke zoo RM12
5 Doorgift RM 40
6 Tiket parking RM 1

Jumlah Besar RM 321


9.0 Penutup

Diharapkan dengan adanya program lawatan ke zoo dan majlis sambutan hari jadi ini dapat
memberikan pengalaman pembelajaran di luar bilik darjah yang lebih menarik kepada murid-murid
berkeperluan khas. Disamping itu, diharap juga ia akan menggalakkan murid untuk berdikari agar
tidak berasa terasing apabila berada dalam masyarakat.

Disediakan Oleh : Disahkan Oleh :

…………………………………………….. …………………………………………..

You might also like