You are on page 1of 4

ARAHAN PERLAKSANAAN KESELAMATAN

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS

Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Bil. 2/ 2018 pada 9 Oktober 2018 telah


mengambil ketetapan berikut:

Aktiviti Siswa Guru

1. Ketua Jabatan/ Ketua Unit hendaklah memberikan satu salinan pemakluman


aktiviti siswa guru yang dijalankan di luar kampus kepada Ketua Jabatan Hal
Ehwal Pelajar (HEP) dan Ketua Unit Khidmat Pengurusan (UKP). Pemakluman ini
termasuk juga untuk aktiviti dalam kampus pada hujung minggu dan cuti semester.
Tujuan prosedur ini untuk memudahkan pihak Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan
pengurusan bertindak dan maklum jika berlaku sesuatu kecemasan.

2. Siswa guru hendaklah mendapat kebenaran daripada Pengarah/ Timbalan


Pengarah untuk terlibat dalam semua aktiviti atas nama institut tidak kira pihak
mana yang menganjurkannya sama ada dalam atau luar KPM.

Peraturan Pakaian dan Penggunaan Kad Matrik

3. Siswa guru hendaklah berpakaian mengikut peraturan dan memaparkan kad


matrik semasa berada dalam kawasan kampus. Hal ini bertujuan untuk mengesan
pihak luar yang tidak sepatutnya berada dalam kawasan kampus.

Peraturan Parkir

4. Semua warga diminta agar tidak memakir kenderaan di tempat yang dikhaskan
untuk Pengarah/ Timbalan Pengarah/ Ketua Jabatan pada setiap masa sama ada
waktu bekerja atau semasa cuti.

5. Siswa guru tidak dibenarkan membawa atau meletakkan kenderaan di blok


pentadbiran pada bila-bila masa sama ada hari bekerja mahupun semasa cuti
kecuali tempat yang dikhaskan kepada JPP. Kawasan letak kenderaan bagi siswa
guru ialah di hadapan surau dan belakang kolej kediaman.
6. Siswa guru tidak dibenarkan memakir kenderaan di hadapan kolej kediaman pada
bila-bila masa sama ada hari bekerja mahupun semasa cuti.

7. Warga IPGKIK/ individu yang menyewa dewan untuk sesuatu majlis seperti majlis
perkahwinan, maklumkan kepada pengawal keselamatan tentang majlis tersebut.
Warga IPGKIK/ individu yang menyewa dewan hendaklah memastikan kelancaran
trafik dan pematuhan susun atur kenderaan semasa majlis tersebut. Kawasan di
hadapan Blok Perdana hendaklah dikosongkan.

8. Warga IPGKIK yang bertugas di luar dan berhasrat meninggalkan kenderaan di


kampus, makluman kepada KUKP diperlukan. Kenderaan hendaklah diparkir di
tempat yang tidak menghalang lalu-lintas manakala keselamatan kenderaan
tersebut adalah tanggungjawab pemiliknya.

Penggunaan Pelekat Kenderaan

9. Jawatankuasa Keselamatan telah bersetuju untuk mengguna pakai pelekat


kenderaan baharu mulai tahun 2019. Pelekat tersebut akan dicetak mengikut
tahun semasa untuk mengelakkan kes salah guna.

Keselamatan Siber

10. Warga IPGKIK diingatkan agar menghindarkan diri daripada penipuan siber dan
menjaga maklumat peribadi daripada digodam oleh penjenayah siber. Pihak
pengurusan akan mengusahakan ceramah/ sinergi ilmu siri ke-2 tentang perkara
ini awal tahun 2019.

Keselamatan Diri dan Harta Benda

11. Semua pensyarah/ mentor diminta mengingatkan siswa guru agar menjaga
keselamatan diri dan harta benda pada setiap masa.

12. Setiap jabatan/ unit yang menganjurkan aktiviti luar dan membawa siswa guru
menggunakan kenderaan rasmi institut hendaklah diiringi seorang pensyarah atau
staf dalam kenderaan tersebut.
13. Hanya kenderaan yang mempunyai pelekat pelajar atau staf akan dibenarkan
masuk. Jika tiada pelekat, pengawal berhak meminta pelawat tersebut mendaftar
diri terlebih dahulu dan pelawat perlu mendapatkan tandatangan pegawai/ pihak
yang ditemui. Palang keselamatan akan diturunkan di luar waktu puncak iaitu
selepas jam 8.30 pagi dan selepas jam 5.30 petang. Langkah ini untuk
memudahkan pengawal keselamatan memeriksa kenderaan yang tiada pelekat.

14. Pintu pagar di belakang blok Pendidikan Khas akan dikunci selepas jam 8.30 pagi
dan dibuka pada jam 4.30 petang. Pada jam 6.00 petang, pintu ini akan dikunci
semula dan hanya dibuka pada jam 6.30 pagi hari yang berikutnya. Hal ini untuk
menjaga keselamatan semua warga IPGKIK dan mengelakkan kawasan kampus
daripada dicerobohi.

SOP Pengendalian Pelajar Sakit

15. SOP mengendalikan siswa guru yang sakit semasa kuliah/ aktiviti dalam kampus:

1. Pensyarah/ staf yang bertanggungjawab semasa kuliah/ aktiviti hendaklah


menilai keadaan siswa guru yang sakit. Jika siswa guru tersebut dapat
menguruskan dirinya, minta beliau mendapatkan surat rawatan daripada
Jabatan Hal Ehwal Pelajar. Ingatkan siswa guru tersebut untuk menjaga
keselamatan diri.

2. Ingatkan siswa guru tersebut supaya mendapatkan sijil cuti sakit/ atau ‘time-
slip’ dan serahkan kepada mentor dan juga kepada pensyarah semasa kuliah/
aktiviti untuk urusan kehadiran. Ingatkan siswa guru supaya menyimpan
salinan dokumen berkenaan untuk diri sendiri.

3. Jika siswa guru sakit teruk, cedera, sesak nafas, atau tidak boleh bergerak,
telefon talian 999 menggunakan telefon bimbit dengan segera dan minta
bantuan ambulan. Pihak yang menerima panggilan akan bertanyakan
beberapa soalan asas untuk mempercepatkan proses bantuan kecemasan.
Sila bersabar dengan semua pertanyaan operator kerana itu adalah SOP
mereka. Ambulan akan tiba daripada hospital terdekat secepat mungkin.
Seorang pensyarah/ mentor hendaklah mengiringi siswa guru menaiki
ambulan. Urusan surat rawatan hendaklah dilakukan selepas itu atau jika
sempat, surat boleh diambil terus daripada Jabatan Hal Ehwal Pelajar.
Pensyarah pengiring hendaklah memaklumkan kejadian tersebut kepada
JHEP (Ketua Unit Kebajikan dan Keselamatan – Pn Rose Maria Ira) dan
mentor supaya waris kepada siswa guru yang terlibat dapat dimaklumkan.

16. Jika siswa guru tidak tenat tetapi masih memerlukan bantuan untuk ke hospital,
sila berhubung dengan mentor supaya mentor boleh mengusahakan kaedah untuk
menghantar siswa guru berkenaan ke hospital.

17. Jika kecemasan berlaku di luar waktu pejabat tetapi dalam kawasan kolej
kediaman, warden bertugas perlu bertanggungjawab dalam menguruskan
kecemasan tersebut.

You might also like