You are on page 1of 13

5.

0 ANALISIS DATA KUANTITATIF

4.1 Pengenalan
Bab ini membentangkan hasil dapatan analisis data statistik berhubung pengurusan
kokurikulum sekolah kebangsaan di Daerah Kota Tinggi. Proses analisis data dibuat
berdasarkan skop kajian yang telah ditetapkan mengikut objektif kajian. Kajian ini
melibatkan keseluruhan populasi iaitu di Zon Bandar, Zon Sedili dan Zon Air Tawar.
Responden adalah sebanyak 40 orang Guru Penolong Kanan Kokurikulum bagi menilai tahap
pengetahuan, kemahiran dan efikasi setiausaha kokurikulum.

Bahagian ini adalah bertujuan bagi menganalisis data dan menghuraikan data yang
diperolehi daripada responden menerusi instrumen soal selidik tentang pengurusan
kokurikulum yang telah dilaksanakan oleh setiausaha kokurikulum sekolah. Analisis data
kajian ini menggunakan statistik deskriptif yang melibatkan enam item demografi di
bahagian A, pengetahuan guru sebanyak dua belas item di bahagian B, kemahiran guru
sebanyak sepuluh item di bahagian C dan afektif guru sebanyak sepuluh item di bahagian D.
Melalui metodologi kajian yang direkabentuk dan prosedur kajian secara sistematik dapat
memberi gambaran terhadap isu latihan yang diperlukan oleh setiausaha kokurikulum sekolah
sekolah rendah di Daerah Kota Tinggi.

Pengkaji telah menggunakan perisian SPSS Versi 16.0 untuk melaksanakan analisis
data kuantitatif. Data telah dianalisis dalam bentuk frekuensi (f), peratusan (%), min (M),
sisihan piawai (SP) dan nilai Alpha Cronbach (α). Hasil analisis dapatan akan dibentangkan
dalam bentuk jadual supaya dapat dilihat dengan jelas.

4.2 Taburan Pengagihan Soal Selidik Kajian

Instrumen kajian ini telah diedarkan kepada semua Guru Penolong Kanan Kokurikulum
sekolah kebangsaan di Daerah Kota Tinggi, Johor. dan guru penolong dari 4 buah sekolah
kebangsaan di zon Sedili daerah Kota Tinggi. Jadual 4.1 di bawah menunjukkan taburan
pengagihan soal selidik kajian yang telah diedar dan dikembalikan mengikut sekolah.
Jadual 4.1: Taburan Pengagihan Soal Selidik Kajian
Jumlah soal selidik
Bil Sekolah Tidak
Diedar Dikembalikan
dikembalikan
1 Zon Bandar 19 16 3
2 Zon Sedili 16 16 -
3 Zon Air Tawar 10 8 2
Jumlah 45 40 5
Peratus 100 88.89 11.11

Berdasarkan jadual di atas, secara keseluruhannya seramai 54 orang responden telah


terlibat sebagai sampel dalam kajian ini dan kadar pulangan instrumen sebagai maklum balas
adalah 88.89% iaitu seramai 40 responden yang telah mengembalikan semula instrumen soal
selidik. Menurut Kerlinger dan Lee (2000) menyarankan bagi mengelakkan kesan bias
responden, kadar pulangan soal selidik seharusnya mencapai nilai minimum 40 peratus
hingga 50 peratus. Dapatan maklum balas instrument ini adalah mencukupi untuk dijalankan
analisis data.

4.3 Demografi Responden

Pada peringkat awal analisis ini, data telah diproses bagi mengenalpasti taburan
responden yang terlibat dalam pengurusan kokurikulum berdasarkan enam ciri demografi
iaitu jantina, tempoh memegang jawatan, latihan yang diperlukan, jangka masa memegang
jawatan setiausaha kokurikulum sekolah, bantuan jurulatih luar dan menjadi jurulatih pusat
kokurikulum. Data demografi dari bahagian A soal selidik dan dianalisis menggunakan
statistik deskriptif dengan membentangkan taburan kekerapan responden dalam bentuk
frekuensi (f) dan peratusan (%). Keputusan analisis ditunjukkan dalam Jadual 4.2 hingga
Jadual 4.6.

4.3.1 Jantina

Berdasarkan Jadual 4.2 menunjukkan bahawa bilangan GPK Kokurikulum lelaki


yang terlibat dalam kajian ini melebihi bilangan GPK Kokurikulum perempuan. Seramai 25
orang responden atau 62.50% adalah GPK Kokurikulum lelaki dan 15 orang responden atau
37.50% adalah dikalangan GPK Kokurikulum perempuan.

Jadual 4.2 : Taburan Responden Mengikut Jantina


Jantina Kekerapan (f) Peratus (%)
Lelaki 25 62.50
Perempuan 15 37.50
Jumlah 40 100.00

4.3.2 Tempoh Memegang Jawatan

Jadual 4.3 menunjukkan taburan frekuensi (f) dan peratusan (%) responden mengikut
tempoh memegang jawatan. Jadual 4.5 menunjukkan taburan frekuensi (f) dan peratusan (%)
responden mengikut tempoh perkhidmatan. Dapatan kajian menunjukkan responden yang
mempunyai tempoh perkhidmatan bawah 5 tahun adalah yang tertinggi iaitu seramai 24
orang atau 60%. Ini diikuti oleh responden yang mempunyai tempoh perkhidmatan antara
6~10 tahun iaitu seramai 14 orang atau 35%. Manakala tempoh perkhidmatan 11 ~ 15 tahun
dan 16 tahun ke atas merupakan kumpulan responden paling sedikit iaitu seramai 1 orang
atau 2.5%.
Jadual 4.3: Taburan Responden Mengikut Tempoh Memegang Jawatan

Tempoh Frekuensi (f) Peratus (%)


Bawah 5 tahun 24 60.00
6 ~ 10 tahun 14 35.00
11 ~ 15 tahun 1 2.50
16 tahun ke atas 1 2.50
Jumlah 120 100

4.3.3 Latihan Yang Diperlukan

Jadual 4.4 menunjukkan taburan frekuensi (f) dan peratusan (%) responden mengikut
latihan yang diperlukan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kebanyakan responden
memerlukan latihan pengurusan unit beruniform iaitu seramai 27 orang atau 67.5%. Ini
diikuti oleh responden yang memerlukan latihan pengurusan sukan dan permainan iaitu
seramai 8 orang respondan atau 20%. Manakala latihan pengurusan kelab dan persatuan iaitu
seramai 5 orang atau 12.50%.

Jadual 4.4: Taburan Responden Berdasarkan Latihan Yang Diperlukan

Latihan Frekuensi (f) Peratus (%)


Pengurusan Unit Beruniform 27 67.50
Pengurusan Sukan dan Permainan 8 20.00
Pengurusan Kelab dan Permainan 5 12.50
Jumlah 40 100

4.3.4 Tempoh Perkhidmatan Sebagai Setiausaha Kokurikulum

Jadual 4.5 menunjukkan taburan frekuensi (f) dan peratusan (%) responden mengikut
tempoh perkhidmatan setiausaha kokurikulum. Dapatan kajian menunjukkan setiausaha
kokurikulum yang mempunyai tempoh perkhidmatan 2 tahun adalah yang tertinggi iaitu
seramai 21 orang atau 52.50%. Ini diikuti oleh setiausaha kokurikulum yang mempunyai
tempoh perkhidmatan 1tahun iaitu seramai 11 orang atau 27.50%. Manakala 3 tahun tempoh
perkhidmatan sebagai setiausaha kokurikulum seramai 5 orang atau 12.50% . Bagi tempoh 5
tahun ke atas sebagai setiausaha kokurikulum adalah sebanyak 2 orang atau 5%. Setiausaha
kokurikulum yang telah berkhidmat selama 4 tahun merupakan kumpulan responden paling
sedikit iaitu seramai 1 orang atau 2.50%.

Jadual 4.5 : Taburan Setiausaha Kokurikulum Mengikut Tempoh Perkhidmatan


Tempoh Masa Setiausaha Kokurikulum Frekuensi (f) Peratus (%)
1 tahun 11 27.50
2 tahun 21 52.50
3 tahun 5 12.50
4 tahun 1 2.50
5 tahun ke atas 2 5.0
Jumlah 40 100.00
4.3.5 Penyertaan Bantuan Jurulatih Luar

Jadual 4.6 menunjukkan taburan responden frekuensi (f) dan peratusan (%) responden
mengikut penyertaan bantuan jurulatih luar dalam aktiviti kokurikulum unit beruniform.
Kebanyakan responden bersetuju mendapatkan bantuan jurulatih luar iaitu seramai 28 orang
responden atau 70%. Manakala seramai 12 orang atau 30% responden tidak meminta bantuan
jurulatih luar dalam menjalankan aktiviti kokurikulum unit beruniform.

Jadual 4.6 : Taburan Responden Mengikut Penyertaan Bantuan Jurulatih Luar

Bantuan Jurulatih Luar Frekuensi (f) Peratus (%)


Ya 28 70.00
Tidak 12 30.00
Jumlah 40 100.00

4.3.6 Sijil Jurulatih Pusat Kokurikulum Di Kalangan Setiausaha Kokurikulum

Jadual 4.7 menunjukkan taburan responden frekuensi (f) dan peratusan (%) responden
terhadap setiausaha kokurikulum yang mempunyai sijil jurulatih pusat kokurikulum.
Kebanyakan setiausaha kokurikulum tidak menjadi jurulatih pusat kokurikulum iaitu seramai
34 orang responden atau 85%. Manakala seramai 6 orang atau 15% setiausaha kokurikulum
yang mempunyai sijil jurulatih pusat kokurikulum.

Jadual 4.7 : Taburan Setiausaha Kokurikulum Sebagai Jurulatih Pusat Kokurikulum

Kursus / Taklimat Frekuensi (f) Peratus (%)


Ya 6 15.00
Tidak 34 85.00
Jumlah 40 100.00
4.4 Dapatan Deskriptif

Analisis deskriptif dilakukan untuk menjawab soalan kajian tentang pengurusan


kokurikulum sekolah kebangsaan di Daerah Kota Tinggi, Johor. Statistik deskriptif yang
merangkumi skor min, sisihan piawai telah diguna untuk menganalisis pemboleh ubah tahap
pengetahuan guru dan amalan guru dalam pengurusan pendidikan abad ke-21. Hasil kajian
yang diperolehi dibandingkan dengan Jadual 3.7.1 untuk mengkategorikan sama ada skor min
yang diperolehi barada pada tahap rendah, sederhana atau tinggi.

4.4.1 Analisis Kuantitatif

Analisis secara kuantitatif dijalankan kepada responden untuk mendapatkan maklum


balas terhadap setiausaha kokurikulum sekolah. Bahagian B mengandungi 12 item berkaitan
pengetahuan, bahagian C dan bahagian D mengandungi 10 soalan berkaitan kemahiran dan
efikasi. Data dianalisis terhadap skor setiap item yang dinyatakan oleh responden
menggunakan skala Likert 5 mata bermula dengan 1; Sangat Tidak Setuju, 2; Tidak Setuju, 3;
Kurang Setuju, 4; Setuju dan 5; Sangat Setuju. Analisis dijalankan bagi menentukan beberapa
parameter iaitu frekuensi (f), peratusan (%), min (M) dan tahap.

Jadual 4.8: Taburan Keseluruhan Elemen Pengurusan Kokurikulum Sekolah Kebangsaan


Daerah Kota Tinggi.

Bil Elemen Pengurusan Kokurikulum Min Tahap

1 Pengetahuan Setiausaha Kokurikulum 3.222 Sederhana

2 Kemahiran Setiausaha Kokurikulum 3.395 Sederhana

3 Efikasi Setiausaha Kokurikulum 3.514 Sederhana

Jumlah Keseluruhan 3.377 Sederhana

Hasil dapatan analisis dalam Jadual 4.8 tentang pengurusan kokurikulum dikelaskan
kepada 3 elemen. Data ini menunjukkan bahawa min keseluruhan adalah 3.377 dan berada
pada tahap sederhana. Skor min tertinggi adalah efikasi setiausaha kokurikulum iaitu 3.514
dan ia berada pada tahap sederhana. Skor min kedua tertinggi adalah kemahiran setiausaha
kokurikulum iaitu 3.395 juga berada pada tahap sederhana. Pengetahuan setiausaha
kokurikulum adalah skor min yang terendah iaitu 3.222 juga berada pada tahap sederhana.

4.4.2 Analisis Tahap Pengetahuan Setiausaha Kokurikulum

Berdasarkan jadual 4.9 didapati setiausaha kokurikulum mempunyai tahap


pengetahuan yang sederhana dalam pengurusan kokurikulum. Terdapat tiga item yang
menunjukkan min di bawah 3.00 iaitu ini bagi item ”Setiausaha kokurikulum sekolah saya
menghadapi masalah dalam melaksanakan sesuatu aktiviti kokurikulum”, “Setiausaha
kokurikulum sekolah saya mempunyai pengetahuan yang mendalam terhadap perlaksanaan
Pengurusan Kokurikulum” dan “Setiausaha kokurikulum sekolah saya tidak memikirkan
tindakan susulan yang khusus bagi murid yang tidak mencapai sasaran yang ditetapkan”. Ini
menunjukkan bahawa setiausaha kokurikulum mempunyai pengetahuan yang cukup
sederhana dalam merancang dan melakukan penambahbaikan aktiviti terhadap pencapain
objektif yang telah ditentukan dalam pengurusan kokurikulum di sekolah.

Jadual 4.9 Taburan Responden Terhadap Pengetahuan Setiausaha Kokurikulum

Maklumat Skor
1 2 3 4 5 Min
No
Pernyataan (STS) (TS) (KS) (S) (SS)
Item
Bil Bil Bil Bil Bil Tahap
(%) (%) (%) (%) (%)
B1 Setiausaha kokurikulum sekolah
saya mempunyai pengetahuan
3 19 3 9 6 2.90
yang mendalam terhadap
(7.5) (47.5) (7.5) (22.5) (15.0) Sederhana
perlaksanaan Pengurusan
Kokurikulum.

B2 Setiausaha kokurikulum sekolah


saya sentiasa menjadi rujukan 1 13 10 11 5 3.15
guru lain dalam melaksanakan (2.5) (32.5) (25.0) (27.5) (12.5) Sederhana
Pengurusan Kokurikulum.
B3 Setiausaha kokurikulum sekolah
saya dapat menerangkan konsep
11 8 12 9 3.48
Pengurusan Kokurikulum kepada
(27.5) (20.0) (15.8) (11.8) Sederhana
guru-guru dengan berkesan dan
tepat.

B4 Setiausaha kokurikulum sekolah


saya mengetahui cara
2 4 13 16 5 3.45
perlaksanaan pengurusan
(5.0) (10.0) (32.5) (40.0) (6.6) Sederhana
Pentaksiran Aktiviti Jasmani,
Sukan dan Kokurikulum (PAJSK)

B5 Setiausaha kokurikulum sekolah


saya dapat membentangkan kertas 2 9 4 23 2 3.35
kerja kepada guru-guru dengan (5.0) (22.5) (10.0) (57.5) (5.0) Sederhana
baik

B6 Setiausaha kokurikulum sekolah


saya tidak memikirkan tindakan
4 8 17 8 3 2.95
susulan yang khusus bagi murid
(10.0) (20.0) (42.5) (20.0) (7.5) Sederhana
yang tidak mencapai sasaran yang
ditetapkan

B7 Setiausaha kokurikulum sekolah


saya merancang aktiviti yang 16 4 14 6 3.25
sama dalam program kokurikulum (40.0) (10.0) (35.0) (15.0) Sederhana
tahunan.

B8 Setiausaha kokurikulum sekolah


saya mampu memastikan
1 4 9 22 4 3.60
perlaksanaan kokurikulum
(2.5) (10.0) (22.5) (55.0) (10.0) Sederhana
berjalan dengan baik di sekolah
ini

B9 Setiausaha kokurikulum sekolah


saya menghadapi masalah dalam 2 20 12 6 2.55
melaksanakan sesuatu aktiviti (5.0) (50.0) (30.0) (15.0) Sederhana
kokurikulum
B10 Analisis dan pembentangan audit
kewangan kokurikulum
8 14 17 1 3.28
Setiausaha kokurikulum sekolah
(20.0) (35.0) (42.5) (2.5) Sederhana
saya sentiasa menjadi contoh
kepada guru lain

B11 Saya akan melantik setiausaha


5 5 2 23 5 3.45
kokurikulum sekolah saya
(12.5) (12.5) (5.0) (57.5) (6.6) Sederhana
mengikut sistem giliran.

B12 Setiausaha kokurikulum sekolah


5 5 7 21 2 3.25
saya akan dilantik setiap 2/3 tahun
(12.5) (12.5) (17.5) (52.5) (95.0) Sederhana
sekali.

3.222
Jumlah Keseluruhan
Sederhana

4.4.3 Analisis Tahap Kemahiran Setiausaha Kokurikulum

Berdasarkan jadual 4.10 didapati setiausaha mempunyai kemahiran yang sederhana


bagi mengendalikan pengurusan kokurikulum. Terdapat enam item yang menunjukkan min di
bawah 3.50 iaitu ”Setiausaha kokurikulum sekolah saya sukar mendapatkan maklumat
setiap murid dengan mudah dan cepat melalui sistem sedia ada tentang PAJSK”,
“Setiausaha kokurikulum sekolah saya mempunyai kemahiran dan kepakaran yang baik
dalam mengendalikan setiap aktiviti kokurikulum”,” Setiausaha kokurikulum sekolah saya
sentiasa mengemaskini sudut kokurikulum”, “Setiausaha kokurikulum sekolah saya sentiasa
melaksanakan penyelenggaraan secara berkala bagi peralatan kokurikulum supaya berada
dalam keadaan baik”,” Setiausaha kokurikulum sekolah saya dapat menerangkan SOP
setiap aktiviti kokurikulum yang dijalankan” dan “Setiausaha kokurikulum sekolah saya
dapat menentukan sasaran tahunan setiap murid dengan jelas dan tepat”. Ini menunjukkan
bahawa setiausaha kokurikulum mempunyai kemahiran yang sederhana dalam
mengendalikan maklumat murid berkaitan PAJSK, kurang berkemahiran dalam
penyelenggaraan alatan, Standard Operation Procedure (SOP) dan perlaksanaan aktiviti
kokurikulum.
Jadual 4.9 Taburan Responden Terhadap Kemahiran Setiausaha Kokurikulum

Maklumat Skor

1 2 3 4 5 Min
No
Pernyataan (STS) (TS) (KS) (S) (SS)
Item
Bil Bil Bil Bil Bil Tahap
(%) (%) (%) (%) (%)

C1 Setiausaha kokurikulum sekolah saya


mempunyai kemahiran dan kepakaran 1 16 2 18 3 3.15
yang baik dalam mengendalikan setiap (2.5) (40.0) (5.0) (45.0) (7.5) Sederhana
aktiviti kokurikulum

C2 Setiausaha kokurikulum sekolah saya


8 11 16 5 3.45
dapat menentukan sasaran tahunan
(20.0) (27.5) (40.0) (12.5) Sederhana
setiap murid dengan jelas dan tepat

C3 Setiausaha kokurikulum sekolah saya


dapat menentukan sasaran tahunan
5 10 24 1 3.52
setiap unit beruniform, persatuan &
(12.5) (25.0) (60.0) (2.5) Sederhana
kelab serta sukan & permainan dengan
tepat

C4 Setiausaha kokurikulum sekolah saya


sukar mendapatkan maklumat setiap 2 9 16 12 1 3.02
murid dengan mudah dan cepat melalui (5.0) (22.5) (40.0) (30.0) (2.5) Sederhana
sistem sedia ada tentang PAJSK

C5 Setiausaha kokurikulum sekolah saya


9 9 18 4 3.42
dapat menerangkan SOP setiap aktiviti
(22.5) (22.5) (45.0) (10.0) Sederhana
kokurikulum yang dijalankan

C6 Setiausaha kokurikulum sekolah saya


6 5 24 5 3.70
dapat menjalankan aktiviti kokurikulum
(15.0) (12.5) (60.0) (12.5) Tinggi
mengikut takwim yang ditetapkan

C7 Setiausaha kokurikulum sekolah saya


5 6 25 4 3.70
dapat meyediakan laporan aktiviti
(12.5) (15.0) (62.5) (10.0) Tinggi
kokurikulum yang dijalankan
C8 Setiausaha kokurikulum sekolah saya
6 7 23 4 3.62
membuat semakan buku laporan aktiviti
(15.0) (17.5) (57.5) (10.0) Sederhana
kokurikulum

C9 Setiausaha kokurikulum sekolah saya


sentiasa melaksanakan penyelenggaraan
14 5 19 2 3.22
secara berkala bagi peralatan
(35.0) (12.5) (47.5) (5.0) Sederhana
kokurikulum supaya berada dalam
keadaan baik

C10 Setiausaha kokurikulum sekolah saya


16 6 14 4 3.15
sentiasa mengemaskini sudut
(40.0) (15.0) (35.0) (10.0) Sederhana
kokurikulum

3.395
Jumlah keseluruhan
Sederhana

4.4.4 Analisis Tahap Efikasi Setiausaha Kokurikulum

Berdasarkan jadual 4.10 didapati setiausaha kokurikulum mempunyai tahap efikasi


yang sederhana terhadap pengurusan kokurikulum. Terdapat tiga item yang menunjukkan
pada tahap sederhana iaitu ”Setiausaha kokurikulum sekolah saya sanggup bekerja lebih
masa untuk memastikan sasaran kokurikulum tercapai”, ”Setiausaha kokurikulum sekolah
saya membantu rakan-rakan yang menghadapi masalah dalam pengurusan kokurikulum”
dan “Setiausaha kokurikulum sekolah saya yakin untuk membantu murid mencapai sasaran
yang telah mereka tetapkan”. Ini menunjukkan bahawa setiausaha kokurikulum hanya mahu
bertugas mengikut masa waktu persekolahan dan lebih mementingkan diri sendiri dalam
melaksanakan pengurusan kokurikulum.
Jadual 4.10 Taburan Responden Terhadap Efikasi Setiausaha Kokurikulum

Maklumat Skor
Min
1 2 3 4 5
No Sisihan
Pernyataan (STS) (TS) (KS) (S) (SS)
Item Piawai
Bil Bil Bil Bil Bil
Tahap
(%) (%) (%) (%) (%)

D1 Saya berpendapat strategi guru


penyelaras unit beruniform, persatuan
5 2 23 10 3.95
dan kelab serta sukan dan permainan
(12.5) (5.0) (57.5) (25.0) Tinggi
dapat membantu meningkatkan
prestasi kokurikulum sekolah

D2 Setiausaha kokurikulum sekolah saya


yakin untuk membantu murid 4 16 7 9 4 2.82
mencapai sasaran yang telah mereka (10.0) (40.0) (17.5) (22.5) (10.0) Tinggi
tetapkan

D3 Setiausaha kokurikulum sekolah saya


sanggup bekerja lebih masa untuk 9 16 6 4 5 2.50
memastikan sasaran kokurikulum (22.5) (40.0) (15.0) (10.0) (12.5) Sederhana
tercapai

D4 Setiausaha kokurikulum sekolah saya


dan guru-guru bekerjasama dalam 2 3 21 14 4.18
menjayakan setiap aktiviti (5.0) (7.5) (52.5) (35.0) Tinggi
kokurikulum yang dijalankan

D5 Setiausaha kokurikulum sekolah saya


tidak merasa terbeban bekerja lebih 5 8 17 10 3.80
masa dalam memastikan sasaran (12.5) (20.0) (42.5) (25.0) Tinggi
aktiviti kokurikulum tercapai

D6 Setiausaha kokurikulum sekolah saya


membantu rakan-rakan yang 8 14 5 8 5 2.70
menghadapi masalah dalam (20.0) (35.0) (12.5) (20.0) (12.5) Sederhana
pengurusan kokurikulum
D7 Setiausaha kokurikulum sekolah saya
sentiasa memastikan guru-guru
6 8 19 7 3.68
melaksanakan aktiviti kokurikulum
(15.0) (20.0) (47.5) (17.5) Tinggi
mengikut takwim yang telah
ditetapkan

D8 Setiausaha kokurikulum sekolah saya


4 4 25 7 3.88
gembira dapat membantu murid-
(10.0) (10.0) (62.5) (17.5) Sederhana
murid sehingga berjaya

D9 Setiausaha kokurikulum sekolah saya


prihatin terhadap guru-guru yang
8 1 27 4 3.68
menghadapi masalah yang dihadapi
(20.0) (2.5) (67.5) (10.0) Sederhana
semasa menjalankan aktiviti
kokurikulum

D10 Setiausaha kokurikulum sekolah saya


bersedia untuk mendapatkan lebih 5 1 25 9 3.95
pengetahuan dan kemahiran berkaitan (12.5) (2.5) (62.5) (22.5) Sederhana
tugas-tugasnya

Jumlah keseluruhan 3.514


Sederhana

You might also like