You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN LADANG MUTIARA

PETI SURAT 24, LADANG MUTIARA, 86700 KAHANG,


KLUANG, JOHOR.

MINIT MESYUARAT
PROGRAM KECEMERLANGAN UPSR
TAHUN 2010

______________________________________________________________________________

Tarikh : 20 Januari 2010


Hari : Rabu
Masa : 1.30 petang
Tempat: Bilik Mesyuarat

Kehadiran :
1. Tn. Hj. Idrus Bin Md. Nor (GPK 1)
2. Pn. Norahimah Binti Mohd Ramli (GPK HEM)
3. Tn. Hj Rais Bin Shahdan (GPK HEM)
4. En. Mohd Zaki Bin Mohd Kailane (Guru Bahasa Melayu)
5. En. Mohd Faizal Bin Haji Ghazali (Guru Sains)
6. En. Mohd Nizam Bin Abd. Rahman (Guru Matematik)
7. Cik Norhaida Binti Othman (Guru Bahasa Inggeris)

1.0 UCAPAN ALUAN PENGERUSI

1.1 Mesyuarat dipengerusikan oleh Tuan Haji Idrus Bin Md. Nor. Beliau memanjatkan
rasa syukur kehadrat illahi kerana dengan keizinanNya dapat semua berkumpul bagi
membincangkan Program Kecemerlangan UPSR bagi tahun 2010.
1.2 Menurut beliau, berdasarkan pencapaian UPSR 2009, SK. Ladang Mutiara telah
memperoleh kelulusan 92.3%. Justeru itu satu program perlu diatur bagi mencapai
ETR JPN iaitu 92.3% dan ETR sekolah 100% bagi UPSR 2010.

2.0 PROGRAM KECEMERLANGAN 2010

2.1 Perjumpaan ibubapa : 26 Januari 2010


2.2 Solat Hajat 1 : 28 Januari 2010
2.3 Makanan Tambahan ( Kismis & Air Yassin )
2.4 Kelas Tambahan Malam : Bermula 1 Februari 2010
2.5 Bacaan Yassin & Solat Hajat setiap pagi Jumaat
2.6 Kelas Tambahan ( Cuti Sekolah bulan Jun )
2.7 Teknik Menjawab Soalan : 3 & 4 Mac 2010 (Rabu & Khamis)
2.8 Motivasi keibubapaan ( Semasa Mesyuarat Agong PIBG )
2.9 Motivasi murid : Kem Dayang, Pontian : 9, 10 & 11 April 2010.
2.10 Teknik Menjawab Berfokus : Bermula Jun - September
2.11 Perkampungan Bestari : 17, 18 & 19 September 2010
2.12 Solat Hajat Perdana
2.13 Majlis Mohon Restu : 20 September 2010 ( Isnin )
2.14 Sarapan pagi.

3.0 HAL – HAL LAIN.

3.1 Puan Norahimah Binti Mohd Ramli selaku GPK HEM mencadangkan agar setiap
ibubapa tahun enam dikenakan bayaran bulanan untuk menampung keperluan program yang
hendak dijalankan.

3.2 Hadirin mencadangkan agar bayaran yang dikenakan sebanyak RM 15.00. Bayaran
bermula dari Februari sehingga September 2010. Namun begitu cadangan ini perlu dikemukan
kepada Tuan Penasihat dan YDP PIBG terlebih dahulu. Sekiranya diluluskan, barulah kutipan
boleh dilakukan.

3.3 Sekiranya dipersetujui, guru kelas tahun 6 yang akan menerima bayaran daripada
murid – murid.

Mesyuarat ditangguhkan jam 3.00 petang

Disediakan oleh ;

……………………………….
Mohd Zaki Bin Mohd Kailane
Penyelaras Program Kecemerlangan UPSR
SK. Ladang Mutiara, Kluang, Johor.
Program Kecemerlangan UPS R
S K. Ladang Mutiara, Kluang, Johor
Tahun 2010

Bil Program Tarikh Catatan


1. Perjumpaan Ibubapa / Penjaga Tahun 6 -26 Januari 2010 *Kos : RM 2.00 x 50orang
= RM100.00

2. Solat Hajat dan Bacaan Yassin -28 Januari 2010:Pertama -Di Surau Ladang
-27 M ei 2010 :Ke-2 (bersama ibubapa/ penjaga)
-17 September 2010:ke-3
*Kos : RM 600.00

-Peringkat sekolah melibatkan guru


-Setiap pagi Jumaat : dan murid sahaja.

3. M akanan Tambahan (Kismis & Air Yassin) Setiap hari -3 biji seorang

*Kos
RM 30.00 sebulanx 9
RM 270.00

4. Kelas Tambahan M alam PIBG Bermula 1 Februari *Kos


Bahan:
Kelas Tambahan PIBG RM 2.00X5X22
(Cuti Sekolah) Bulan Jun RM 220.00 (1set)

(anjuran PIBG SKLM )


5. Teknik M enjawab Soalan 3 & 4 M ac 2010 4 matapelajaran

*Kos:
RM 500.00

6. M otivasi keibubapaan Bulan M ac *Kos


RM 200.00
7. M otivasi M urid 9-11 April 2010 Kem Dayang, Pontian
*Kos
RM 70.00 seorangx22
RM 1 540.00

8. Teknik M enjawab Berfokus Jun – September -

9. Perkampungan Bestari 17-19 .9.2010 *Kos


RM 15.00x3harix22org
RM 990.00

10. M ajlis M ohon Restu 20.9.2010 -

11. Sarapan pagi 21-23.9.2010 Semasa UPSR

*Kos
RM 2.00x22orgx3hari
RM 132.00

Anggaran Jumlah Kos RM 4 552.00

You might also like