You are on page 1of 5

SEKOLAH KEBANGSAAN LANAI

MINIT MESYUARAT KECEMERLANGAN TAHUN 6

BIL 2/2016

TARIKH : 7 APRIL 2016

HARI : KHAMIS

MASA : 1.45 PETANG

TEMPAT : BILIK MESYUARAT SK LANAI

KEHADIRAN :

1. EN TAJULDIN BIN YAAKOB GURU BESAR

2. ENCIK ZUBER BIN OMAR PK1

3. CIK NIK NORADILLA BINTI ZAKARIA SETIAUSAHA/PENYELARAS


UPSR/GURU BM

4. ENCIK WAN MOHD ZAFUAN BIN WAN ZAKY GURU MATEMATIK

5. ENCIK AHMAD ZAMRI BIN MAMAT GURU BAHASA INGGERIS

6. ENCIK MOHD NADZRI BIN ISMAIL GURU SAINS

AGENDA :

1. Ucapan Pengerusi
2. Pembentangan dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Lepas
3. Pembentangan Keputusan Peperiksaan Ujian Pengesanan 1
4. Pembentangan Intervensi / RCA
5. Hal-hal lain
6. Ucapan penangguhan
1.0 ALUAN PENGERUSI MAJLIS

1.1 Pengerusi Encik Tajuldin bin Ya’akob mengalu- alukan kehadiran semua guru ke
mesyuarat kecemerlangan tahun 6 kali kedua untuk sesi 2016 dan mengucapkan
terima kasih di atas kehadiran semua.
1.2 Pengerusi juga mengingatkan kepada semua guru tahun 6 tentang fokus utama
untuk melonjakkan prestasi UPSR pada tahun ini.
Tindakan : Makluman

2.0 PEMBENTANGAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

2.1 Minit mesyuarat kecemerlangan tahun 6 kali pertama untuk sesi 2016 pertama telah
dibentangkan oleh SetiausahaTahun 6 Cik Nik Noradilla Binti Zakaria dan diterima
oleh mesyuarat dengan tiada apa-apa pindaan.

Cadangan oleh : Encik Mohd Nadzri Bin Ismail

Disokong Oleh : Encik Ahmad Zamry Bin Mamat

Tindakan : Cik Nik Noradilla Binti Zakaria


3.0 PEMBENTANGAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN UJIAN
PENGESANAN 1

3.1 Pembentangan oleh Cik Nik Noradilla Binti Zakaria bagi mata Pelajaran
Bahasa Melayu, jumlah murid menduduki Peperiksaan Ujian Pengesanan 1
ialah 22 orang. Jumlah lulus bagi mata pelajaran bahasa melayu pemahaman
ialah 12 orang manakala yang gagal ialah sebanyak 10 orang. Bagi mata
pelajaran bahasa melayu penulisan, jumlah murid yang lulus ialah 13 orang
dan gagal ialah 9 orang. Menurut Cik Nik Noradilla, bagi kertas pemahaman,
murid lemah dalam bahagian petikan dan bahan sastera , sementara itu dalam
penulisan pula murid tidak menjawab semua soalan dan banyak tinggalkan
ruangan kosong. Hal ini mungkin terjadi kerana murid-murid masih belum
biasa dengan format UPSR yang baru bagi Mata Pelajaran Bahasa Melayu.

3.2 Pembentangan oleh Encik Wan Mohd Zafuan bagi mata pelajaran
matematik. jumlah murid menduduki Peperiksaan Ujian Pengesanan 1 ialah 25
orang.Bagi mata pelajaran matematik jumlah yang lulus ialah 2 orang manakala
yang gagal ialah sebanyak 23 orang. Menurut Encik Wan Mohd Zafuan Murid
mudah lupa walaupun topik yang dikeluarkan telah dipelajari. Murid juga tidak
menghafal sifir. Murid masih tidak pandai mengeluarkan maklumat. Bagi kertas
1, murid tidak cukup masa. Murid lambat mengira dan akan menghentam
jawapan. Bagi kertas 2 pula, murid cuai walaupun soalan agak senang.

3.3 Pembentangan oleh Encik Ahmad zamri Bin Mamat. jumlah murid
menduduki Peperiksaan Ujian Pengesanan 1 ialah 24 orang. Bagi mata
pelajaran Bahasa Inggeris bagi kedua-dua kertas pemahaman dan penulisan,
jumlah yang lulus ialah sebanyak 1 orang manakala yang gagal ialah 23 orang.
Mwnurut beliau, Agak sukar untuk murid kerana format telah bertukar pada
tahun ini. Murid juga tidak menguasai perkataan asas dalam bahasa inggeris.

3.4 Pembentangan oleh Encik Mohd Nadzri Bin Ismail . jumlah murid
menduduki Peperiksaan Ujian Pengesanan 1 ialah 23 orang Bagi mata
pelajaran Bahasa Sains jumlah yang lulus ialah sebanyak 4 orang manakala
yang gagal ialah 19 orang. Menurut encik nadzri, punca murid gagal menguasai
peperiksaan pada kali ini ialah kerana murid kurang menguasai istilah sains dan
tidak menjawab mengikut kehendak soalan.

Tindakan : Semua
guru.

4.0PEMBENTANGAN INTERVENSI / RCA

4.1 Semua guru tahun 6 membentangkan RCA dan intervensi yang telah dan
akan dijalankan keatas murid-murid tahun 6. (rujuk lampiran)

4.2 Pengerusi memberitahu supaya setiap intervensi perlu berfokus mengikut


tahap murid-murid

4.3 Beliau meminta guru melaksanakan intervensi dan bersedia dengan


pembentangan untuk DPI.

4.4 Setiap guru bertanggungjawab untuk memastikan kecemerlangan UPSR


2016. Beliau mengingatkan tentang perlunya mengatur strategi untuk
melonjakkan prestasi murid tahun 6.

4.5 Guru perlu memberi perhatian yang lebih kepada murid-murid yang
lemah.supaya mereka tidak berasa terpinggir. Guru juga perlu memberi
perangsang kepada murid-murid ini.

5.0 HAL-HAL LAIN

5.1 Guru besar memaklumkan akan berbincang dengan ketua-ketua panitia


untuk membeli buku rujukan UPSR format baru.

5.2 Cik Nik Noradila memaklumkan tentang masalah klehadiran murid tahun
6.
5.3 En. Zuber menyatakan murid akan berjumpa dengan ibu bapa angkat
masing-masing (guru-guru) seminggu sekali untuk bertanya pasal pelajaran
ataupun masalah.

5.4 Bagi pelajar yang tidak menyiapkan kerja rumah tindakan serta-merta
akan dikenakan iaitu dikumpulkan dan hantar kepada Encik Zuber.

5.5 Encik Zuber dan guru besar akan berjumpa dengan murid sebelum kelas
bermula untuk memberikan suntikan semangat dan motivasii

Tindakan : Semua Guru

6.0 PENANGGUHAN / PENUTUP

6.1 Tuan Guru Besar mengucapkan terima kasih di atas sokongan semua guru yang
berusaha menjana kecemerlangan murid-murid tahun 6. Beliau juga berharap agar warga
pendidik tahun 6 cekal dengan cabaran UPSR 2016.

Tindakan : Semua Ahli Mesyuarat

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.30 petang

You might also like