You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT JPP BIRO PERHUBUNGAN DOMESTIK DAN ANTARABANGSA SESI 2018/2019

IPG KAMPUS PULAU PINANG

MESYUARAT JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR SESI 2018/2019


IPG KAMPUS PULAU PINANG

Tarikh : 11 April 2018


Tempat : Dewan Pelajar
Masa : 10.05 – 10.45 pagi
Kehadiran : 6/7
Tidak hadir : Nantha Kumar a/l Tamil Selva Naib Setiausaha

Nurul Atikah Binti Saari : Pengerusi Biro Domestik dan Antarabangsa


Awangku Saiful Anwar Bin Awang Setara : Timb. Pengerusi Biro Domestik dan Antarabangsa
Nor Khadijah binti Abdelkrim : Setiausaha
Muhammad Ilham Bin Amri : Bendahari
Nurul Fahda binti Mustaffa : Naib Bendahari
Nor Hafiz Hamizan Bin Nor Mahadi : Ahli Jawatankuasa

AGENDA 1: UCAPAN ENCIK FAIZEL

1.1 En Faizel megalu-alukan kedatangan semua ahli mesyuarat


1.2 Menanyakan pendapat Pengerusi berkaitan program yang akan dijalankan
1.3 Pengerusi mengatakan bahawa akan ada penandaarasan ke IPTEK dan IPGK Raja
Melewar
1.4 En Faizel menegaskan ia merupakan perancangan biro tahun lepas dan tidak akan
dijalankan pada tahun ini
1.5 Tahun ini fokus penandaarasan akan dilakukan di dalam negara sahaja kerana tahun
lepas program penadaarasan baru saja dilakukan di Perth
MINIT MESYUARAT JPP BIRO PERHUBUNGAN DOMESTIK DAN ANTARABANGSA SESI 2018/2019
IPG KAMPUS PULAU PINANG

1.6 Memohon Biro Domestik supaya menggantikan program penandaarasan dengan


Program Team Building untuk JPP
1.7 Menegaskan bahawa ingin penandaarasan dilakukan di universiti dan bukannya di
IPG
1.8 Untuk memastikan kelancaran penandaarasan di luar negara pada tahun 2019, Biro
Domestik diminta untuk membuat program yang memerlukan pelajar luar negara
seperti dari Hankuk University, Korea datang ke IPGKPP dan menghadiri program di
sini terlebih dahulu.
1.9 En faizel juga mencadangkan supaya melibatkan pelajar dari negara yang berdekatan
dengan Malaysia seperti Bandung, Singapura atau Brunei.
1.10 Ilham mencadangkan supaya program besar yang dijalankan di IPGKPP selari dengan
tempoh pelajar luar negara berada di IPGKPP. Program kebudayaan juga boleh
dijalankan untuk dipersembahkan kepada mereka.
1.11 En Faizel meminta setiap ahli membincangkan skop dan mencari maklumat tentang
universiti yang ingin disasarkan untuk program yang akan dianjurkan Biro Domestik
dan mengutarakannya dalam mesyuarat yang akan datang

( Tindakan: Pengerusi )

AGENDA 2: HAL BERBANGKIT

2.1 Awangku (Naib Pengerusi) mencadangkan supaya menggunakan sekolah angkat (SK
Sungai Gelugor) untuk menjalankan program biro. Seperti mengisi masa laung dan mengajar
murid-murid
2.2 En Faizel mengatakan bahawa program tersebut sepatutnya dijalankan oleh
pensyarah yang ditugaskan dan JPP tidak perlu melaksanakan program tersebut.
2.3 Ilham mencadangkan biro domestik menjalankan program yang melibatkan pelajar
IPGKPP secara keseluruhan. Contohnya aktiviti ke Bukit Bendera atau Langkawi. Ia
memastikan bahawa biro domestik bukan sahaja melibatkan JPP sahaja, malah pelajar
IPGKPP yang lain juga terlibat.
MINIT MESYUARAT JPP BIRO PERHUBUNGAN DOMESTIK DAN ANTARABANGSA SESI 2018/2019
IPG KAMPUS PULAU PINANG

( Tindakan: Yang Pengerusi )

AGENDA 3: CADANGAN AKTIVITI

3.1 Pengerusi meminta semua ahli mencari sumber dan memikirkan satu program
domestik dan antarabangsa untuk sem hadapan
3.2 setiap ahli perlu membentangkan program tersebut ketika bermesyuarat bersama En
Faizel sekali lagi
PENUTUP

1. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.45 pagi.


MINIT MESYUARAT JPP BIRO PERHUBUNGAN DOMESTIK DAN ANTARABANGSA SESI 2018/2019
IPG KAMPUS PULAU PINANG

Disediakan oleh:

(NOR KHADIJAH BINTI ANDELKRIM)


Setiausaha Biro Perhubungan Domestik Dan Antarabangsa
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar,
Sesi 2018/2019

Disemak oleh:

(Nurul Atikah binti Saari)


Pengerusi Biro Perhubungan Domestik Dan Antarabangsa
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar
Sesi 2018/2019.

Disahkan oleh:

( PUAN SHUHAILAH BT. MAT SAID)


Penasihat,
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar,
Sesi 2018/2019.

You might also like